10/29/2012

IMD vs The Matrix



Ada ralat tentang entri lepas. Tentang Ilmu Mengenal Diri (IMD). Sepatutnya aku specifickan. Tapi silap aku sebab melulu ‘menyesatkan’ ilmu itu secara umum. Sedang ada aliran yang barangkali tidak bercanggah. Cuma segelintir yang dimaksudkan ‘sesat’ itu.


 


Assalamualaikum. Hai Stalker. Entri yang sebelum  ni aku ada tulis pasal fahaman sesat yang aku jumpa berdekatan dengan kawasan tempat tinggal aku. Dan salah satunya mengenai buku Ilmu Mengenal Diri. Ilmu Mengenal Ruh pun ada tapi kali ini aku akan fokuskan kat ilmu mengenal diri sahaja memandangkan ilmu ni sangat popular berbanding mengenal ruh. 


Sebelum tu aku nak mintak maaf sebab mungkin tindakan aku mengatakan ilmu mengenal diri itu sesat agak melulu. Aku tak cukup pemahaman tentang ilmu tu tapi dah tuduh melulu. Mintak maaf sangat-sangat. Ini sebab aku dengar sendiri dari seorang ustaz yang mengajar di sebuah tempat , dia mengatakan ilmu seperti itu tidak perlu untuk dipelajari dan kebanyakkan penuntutnya sudah jatuh sesat. Maka atas sebab itulah aku mengesyorkan ilmu tersebut tak perlu dipelajari. 


AKAN TETAPI . AKAN TETAPI … 


Aku ada buat sedikit ‘pencarian’ , bukan kajian , Cuma pencarian sedikit sebanyak tentang ilmu ni. Dan kawan aku sendiri cakap dia pernah belajar ilmu ni. Dia cakap ilmu ni tidak menyimpang dan masih berpegang pada syahadah. Tidak ada hokum yang diubah dalam ilmu ni. Melalui pencarian aku jugak , ilmu ni rupanya mempunyai banyak aliran. Kaedah pengajian berbeza mengikut perguruan.


Maka aku buat kesimpulan , ilmu mengenal diri mempunyai banyak cabang dan kaedah yang berbeza mengikut perguruan. Sesetengah aliran kebanyakkan membawa manfaat dan kaedah yang betul kepada penuntut sekaligus membawa kelebihan yang baik untuk umat islam dalam mendekatkan diri kepada Allah. 


Kontranya , kebarangkalian besar sebahagian aliran perguruan yang berniat jahat , cuba memesongkan pemahaman dan akidah umat islam dengan menggunakan ilmu ini atas nama Ilmu Mengenal Diri , mengambil kesempatan untuk menyesatkan umat islam. Oleh itu berwaspadalah dalam menuntut sesuatu ilmu. 


Fikirkan dahulu apakah ia perlu , atau tidak. Sedang banyak cara lain yang boleh kita cari jika mahu mengenal dan mendekatkan diri pada Pencipta. Ini Cuma andaian aku. 


Sesiapa ada info yang baru , boleh lah bagitau secepat mungkin. Perenggan tentang ilmu mengenal diri pada entri aku yang sebelum ni bolehlah dianggap sebagai ralat. Sebab aku mungkin bertindak melulu tanpa usul periksa dan percaya kata ustaz bulat2 tanpa memikirkan ada andaian bercanggah yang boleh dibuat.





-ini link yang aku baca . kalau tak malas bolehlah korang baca. Analisa sendiri guna ilmu korang sendiri.

Bagi aku , Hamba Allah yang  telah memulakan ‘Pemahaman’ ini adalah seorang ahli falsafah yang hebat. Hebat dalam berfalsafah , dan hebat dalam psikoterapi. Bezanya ialah mereka muncul pada zaman yang berbeza. Mereka dapat memikirkan ‘cara baru’ dalam mengenal Maha Pencipta. Dan idea itu disebarkan kepada masyarakat setempat dan mereka menjadi guru pembimbing. Akidah islam menjadi tulang belakang pemahaman. Al-quran dan Hadis menjadi panduan dan ‘klu’ dalam menyusuri ilmu itu.


Bagi aku , ianya lebih kurang seperti kisah Rabiatul Adawiyah. Beliau telah mencipta satu pemahaman baru pada ketika itu , pemahaman tentang bagaimana cara mencintai Allah dengan cinta yang sebenar-benarnya. Bukan cinta kerana mahukan nikmat. Bukan cinta kerana takutkan azab. Tapi cinta kerana ‘cinta’. Dan ia telah dijadikan panduan kepada ahli sufi untuk menjadikannya satu kaedah yang bagus dalam mencintai Allah. Korang bolehlah cari sendiri kat google ‘Doa Rabiatul Adawiyah’ .


Dan berbalik kepada Ilmu mengenal diri , bagi aku juga ia tidak ada beza dengan pemahaman ilmu ‘the matrix’ . Pernah dengar ? tak ? korang tau cerita Hollywood tajuk the matrix ? pemahaman ini dinamakan ‘the matrix’ oleh kerana sensasinya nama filem tersebut. Dan asas kepada filem tersebut asalnya daripada pemahaman ilmu ‘the matrix’ .


Sila rujuk : www.mistisfiles.blogspot.com  bahagian bawah sekali. THE MATRIX . kalau tak malas , korang amat dialu-alukan untuk mengkhatamkan pembacaan.

Apakah perbezaan ILMU MENGENAL DIRI dan THE MATRIX ?

Asasnya sama iaitu mengenal diri sebenar benar diri lalu mengenal Sang Pencipta.
Ilmu mengenal diri dan The Matrix keduanya bersandarkan Al-Quran dan Hadis nabi.
Takdanya yang bercanggah. Kedua-duanya adalah pemahaman yang bagus.

Cuma bagi aku The Matrix lebih jelas susur galurnya. Dari akar hingga kepucuk dari mana pemahaman ini muncul. Kalau korang baca sampai habis The Matrix tu , korang akan atau bahawa ia datang dari para nabi. Bukan dari golongan pemikir atau ahli falsafah/cendiakawan.  The matrix juga diterang dengan fakta sejarah dan sains. Maka kita dapat faham dengan lebih jelas dan bukan ragu-ragu seperti Ilmu Mengenal Diri.




Dan penerangan yang penulis The Matrix berikan lebih terang , terperinci, berkait rapat dengan sejarah, sirah nabi , dan sebagainya. Dimana pemikir amatur lebih mudah untuk faham. (aku juga pemikir amatur)

Tapi aku nasihatkan , bagi yang baru nak baca tentang Ilmu Mengenal Diri / The Matrix , lalu fikirannya terasa sangat terganggu atau macam nak gila , aku nasihatkan eloklah korang menghentikan pembacaan. Teruskan hidup dengan mengamalkan islam seperti biasa. Tapi sekiranya korang rasa , benda ni ada keperluan untuk korang dalami , tak jadi masalah.

Sekali lagi aku mintak maaf sekiranya ada ahli-ahli ilmu mengenal diri yang tersinggung dengan entri sebelum ini. Anggaplah ia suatu yang ralat. Sebab aku tak specifickan ilmu tu kepada cabang yang lain. Kepada yang rasa tak berapa faham , boleh la baca link2 yang aku bagi tu. 


Sila baca dengan berhemah. Buka minda , dan anggap ia suatu aliran pemikiran baru dalam mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Ini salah satu ilmu baru bagi yang belum mengenalinya.

Bagi yang baru berjinak-jinak , aku lebih mengesyorkan the matrix kerana ia lebih berilmiah. Cuma perlukan daya pemikiran luar kotak pemikiran yang sangat tinggi.

Di Malaysia , terdapat banyak aliran pemikiran yang bagus untuk dipelajari dan tak terkecuali ada juga yang menyesatkan. Tetapi kebanyakan para guru yang mengajarkan ilmu-ilmu seperti ini mengenakan bayaran kepada setiap penuntut. Katanya mahu berjuang atas nama islam dan membawa umat kepada yang lebih baik ? mengapa mengenakan bayaran ? adakah dizaman kapitalis ini , semua ilmu perlu diperdagangkan walaupun ianya berkait rapat dengan dakwah ? 


Ustaz aku pernah bagitau , ilmu ini memang ada bayarannya (sebagai contoh Pengijazahan Ilmu blab la bla). Aku betah , kenapa ilmu yang berkait rapat dengan dakwah dan membawa kebaikan untuk umat perlu dijadikan bahan jual beli ? 

Dia menjawab , contohnya seperti kereta. Kita baru beli sebuah kereta yang mahal harganya. Lalu ia tiba-tiba rosak. Pastinya kita akan berasa kecewa dan menyesal kerana tidak menjaganya sebaik mungkin. 


Berlainan pula dengan kereta mahal yang kita dapat secara percuma. Tiba-tiba ia rosak. Pastinya kita akan kurang ‘merasa kehilangan’ kerana ia bukan dibeli dengan harta kita , titik peluh kita sendiri.
Begitu juga dengan ilmu ini. Ia perlu diberi ‘sedikit penghargaan’. Sekiranya kita sudah beli , pasti kita akan mengamalkannya sebaik mungkin dan tidak mahu mencelakannya kerana kita ‘beli’ dengan harta dan titik peluh kita sendiri. Justeru , kita akan menghargainya sebaik mungkin.


Namun begitu , aku masih tak bersetuju dengan kata-kata ustaz. Kerana ia berkait rapat dengan dakwah yang ikhlas. Atas nama memperjuangkan islam dan membawa umat kepada jalan yang lebih baik. Sepatutnya bayaran kepada dakwah dan perjuangan itu tidak perlu.  Sebaliknya jika ia rezeki yang orang ikhlaskan kepada seseorang pendakwah. Sebagai contoh, ustaz jemputan yg dibayar untuk berceramah di surau/masjid. Terpulanglah berapa bayaran yang para Jemaah ikhlas mahu beri. Anggaplah ia sebagai satu sedekah. Tapi kalau demand satu jam RM1000 . ustaz-ustaz yang memperdagangkan ilmu ini seharusnya dia yang patut ‘didakwahkan’ .

-


Berbalik kepada Ilmu Mengenal Diri dan The Matrix , terserah korang nak buat andaian apa. Masing-masing ada pendapat sendiri. Kita tak boleh memaksa orang lain setuju dengan pandangan kita. Dan orang lain tidak boleh memaksa kita bersetuju dengan pandangan mereka. Ini Negara demokrasi. Semua layak mengemukakan pendapat masing-masing. Tapi meskipun pendapat kita berbeza , kita masih punyai satu persamaan. Tuhan Yang Satu. Maha Pencipta . Rabbul Izzati.


END


P/S : Sekali lagi aku mintak maaf kalau ada ralat. Boleh betah kat komen. Aku open-minded. Kalau betah sama-sama boleh dapat ilmu baru. Nasihat yang membina sangat dialu-alukan.
Comments
0 Comments

0 Komentar:

Post a Comment