1/28/2011

Mari Mengenali Penyakit Resdung !

Err. Haha . Ari ni Whyj jadi doktor pakar Otorhinolaryngology (aku take time dalam 5-10 minit semata-mata nk sebut benda ni) . Doktor pakar tekak , hidung , dan telinga . haha . Aku sendiri taktau kenapa aku post benda ni . urmm . -.-


Pengenalan Penyakit Resdung
Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung anda sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan anda.

Apakah Sinus ? (Resdung)
Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Penyakit resdung boleh membawa maut
RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini ? Walaubagaimanapun, penyakit resdung tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada peaskit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa yang berisiko dijangkiti resdung ?
- Alah kepada habuk, debu dan asap
- Elergi kepada makanan laut, pisang dll
- Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
- Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
- Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Komplikasi
Sinusitis(resdung) yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Kanak-kanak
Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Tanda-tanda awal penyakit resdung
Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah Pendengaran

Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan dibawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Rongga Dada
- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

Peringkat rawatan penyakit resdung
- Peringkat 1 : memakan ubat-ubat yang diberi oleh doktor biasa
- Peringkat 2 : meletakkan ubat pada bahagian dalam badan oleh pakar
- Peringkat 3 : pembedahan pada bahagian-bahagian berkenaan oleh pakar

Resdung boleh merosakkan gigi
Rongga sinus ialah rongga yang terdapat dalam tulang pipi dan dahi. Ia mempunyai hubungan dengan hidung. Oleh sebab itu, tanda-tanda penyakit sinusitis adalah berkaitan dengan hidung seperti hidung berhingus, tersumbat dan berbau busuk. Tetapi tahukah anda bahawa penyakit sinusitis atau resdung ini mempunyai kaitan dengan kerosakan gigi ? Sebenarnya kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas merupakan salah satu punca utama penyakit sinusitis. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke dalam rongga sinus menyebabkan sinusitis.

Ini adalah kerana kedudukan gigi bahagian atas (upper jaw) yang amat dekat dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat dalam tulang pipi (mixillary sinus) merupakan rongga sinus yang paling sering mendapat sinusitis akibat dari kerosakan gigi paling atas. Gigi paling atas mempunyai akar yang panjang di dalam tulang gusi. Kadangkala akar gigi tersebut terlalu panjang sehingga ia menembus rongga sinus maxillary yang terdapat di dalam tulang pipi. Oleh itu sebarang kerosakan atau jangkitan pada akar gigi dengan mudah merebak ke rongga tersebut menyebabkan ’sinusitis’.

Bagaimana resdung merosakkan gigi ?
Apakah perkara-perkara yang berlaku pada gigi bahagian atas yang boleh menyebabkan sinusitis ? Di antara punca utama ialah mencabut gigi. Mencabut gigi meninggalkan kesan lubang pada gusi. Jika akar gigi tersebut panjang, lubangnya akan terlalu dalam sehingga boleh menghubungkan rongga sinus maxillary dan mulut. Akibatnya, kuman atau bakteria dari mulut boleh merebak di rongga sinus menyebabkan sinusitis. Biasanya lubang tersebut akan pulih dan ditutup semula melalui rawatan ubat-ubatan.

Tetapi jika lubang berterusan ia boleh mengakibatkan ‘fistula’ di mana bahan makanan yang dikunyah atau air minuman boleh keluar melalui hidung. Sebaliknya, nanah dari dalam rongga sinus pula boleh meleleh melalui lubang tersebut ke dalam mulut. Selain mencabut gigi, prosedur menampal gigi atau menanam gigi prostesis juga boleh menyebabkan sinusitis. Oleh itu, seseorang yang menjalani sebarang prosedur pada gigi bahagian atas haruslah waspada dan prihatin terhadap kemungkinan berlaku sinusitis atau resdung. Tanda-tanda penyakit sinusitis biasanya mula timbul seminggu atau dua minggu selepas prosedur pada gigi dilakukan. Biasanya, jika disyaki gigi tersebut boleh mengakibatkan sinusitis, doktor gigi harus memberi antibiotik kepada pesakit selama sekurang-kurangnya seminggu.

Rawatan resdung pada gigi peringkat 1
Sinusitis yang disebabkan oleh masalah pada gigi bahagian atas perlu mendapat rawatan tertentu untuk sembuh. Cara rawatannya harus terlebih dahulu menjurus kepada rawatan gigi kerana masalah gigi merupakan puncanya. Oleh itu, pesakit harus berjumpa doktor gigi terlebih dahulu. Jika ia berpunca dari jangkitan kuman pada gigi, antibiotik harus diberi. Biasanya dengan rawatan gigi yang sempurna dan antibiotik, masalah sinusitis juga boleh sembuh. Tetapi, jika sinusitis masih berterusan walaupun penyakit gigi telah sembuh, rawatan khusus untuk sinusitis harus dilakukan.

Rawatan resdung pada gigi peringkat 2
Rawatan awal yang biasa dilakukan ialah mencuci rongga sinus untuk mengeluarkan hingus dan nanah. Prosedur ini dipanggil ‘antral washout’ dan agak menyakitkan. Prosedur ini mungkin terpaksa dilakukan berulang kali sehingga rongga sinus betul-betul bersih dari jangkitan.

Rawatan resdung pada gigi 2 peringkat 3
Jika ia masih belum sembuh, rawatan pada peringkat seterusnya memerlukan pembedahan sinus. Melalui pembedahan di antara bibir dan gusi bahagian atas, pakar bedah dapat meneroka ke dalam rongga sinus maxillary dan mengeluarkan segala kotoran dan kulit dalam sinus yang berpenyakit. Prosedur ini hanya bagi membuang kotoran yang diakibatkan oleh penyakit resdung, tetapi ia tidak menyingkirkan 100% kuman bakteria yang menyebabkan jangkitan resdung dan ia boleh berulang semula.

1/22/2011

Salah 1 Ciri Manusia Akhir Zaman








Hush . Dasyat manusia zaman sekarang nie . Aku saja je tekan 'anak derhaka' kat google search . tak sangka . ini yg keluar , berita2 dari harian metro pasal anak derhaka . Mintak dijauhkan lah dari jadi seperti mereka ini dan title ' calon manusia akhir zaman ' tak terlekat kat diri kita . Aminn .







Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”

Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:

Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]

Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.

Tidak berlebihan jika diumpamakan, berdasarkan hadis di atas, bahawa kita hendaklah memandang ibubapa yang sudah tua sebagai penjaga pintu syurga. Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan membuka pintu syurga kepada kita. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan menutup pintu syurga tersebut daripada kita.

Ibubapa yang sudah lanjut usianya juga telah mendapat perhatian di dalam al-Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,

atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]

Berkata al-Qurtubi rahimahullah berkenaan ayat di atas:

Firman Allah: “Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu”: Keadaan ketika umur lanjut diistimewakan kerana dalam keadaan demikian, ibubapa sangat memerlukan bakti anaknya. Ini disebabkan keadaan mereka telah berubah menjadi lemah dan tua renta. Oleh itu dalam keadaan sedemikian, Allah mewajibkan untuk memerhatikan ibubapa melebihi perintah sebelum masa tersebut. Dalam keadaan usia lanjut, ibubapa menjadi lemah sehingga memerlukan rawatan sebagaimana dahulunya ketika kanak-kanak, seorang anak juga memerlukan rawatan ibubapanya. Atas sebab inilah keadaan umur lanjut diistimewakan.

Selain itu, hidup bersama (antara anak dan ibubapanya) dalam jangka waktu yang lama adakalanya menyebabkan seorang anak merasa berat, bosan dan banyak mengeluh sehingga menampakkan kemarahan kepada ibubapanya (yang sudah lanjut umur), menunjukkan urat lehernya yang menegang atau bahkan mencaci keduanya. Ini semua berlaku lantaran kedekatan hubungan seorang anak yang tidak diimbangi dengan nilai agama yang baik. Sikap buruk yang paling ringan ialah mengeluarkan nafas mengeluh.

Justeru (dalam suasana seperti ini) Allah memerintah (kepada anak) untuk bersikap kepada ibubapanya dengan tutur kata yang mengandungi kemuliaan, bersih daripada semua kecacatan. Firman Allah: “…janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan "Uff”, maksudnya, janganlah berbicara dengan ibubapa dengan ucapan yang mengandung isyarat kemarahan, sekalipun sedikit. Mujahid berkata: “Ertinya, apabila kamu (seorang anak) melihat ibubapanya di usia lanjut membuang air besar dan air kecil di sebarangan tempat sepertimana yang pernah terjadi kepada kamu apabila kamu masih kecil, maka janganlah mengeluh dan berkata “Uff” kepada mereka.”

Firman Allah: “katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”, yakni tutur kata yang halus dan sopan seperti “Wahai ayahku”, “Wahai ibuku”, tanpa menyebut namanya dan gelarannya. Ibn Baddah al-Tujaini berkata, aku bertanya kepada Sa‘id ibn Musayyab: “Semua jenis berbuat baik kepada ibubapa yang disebut dalam al-Qur’an telah aku fahami, kecuali firman Allah: “katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia”, apakah yang dimaksudkan dengan perkataan yang mulia?” Sa‘id ibn Musayyab menjawab: “Seperti ucapan seorang budak yang melakukan kesalahan di hadapan tuannya yang berperangai kasar lagi keras.”[2]


[1] Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2551 (Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab sungguh hina seseorang yang mendapati orang tuanya……).

[2] Nukilan berpisah daripada Jami li Ahkam al-Qur’an, (edisi Cdrom The Holy Qur’an v6.31; tafsir kepada ayat 23 surah al-Isra’).


______________________________________________


Alright2 , bila ada anak yg derhaka , maka turunlah balasannya. Bila turun balasan , pelbagai bentuk balasan yg kita selalu dengar . Macam2 , jadi batu , jadi ikan pari , jadi ular , jadi jenglot , jadi lipas , jadi tenuk dan sekutu-kutunya (ada ke?) , dan ada yg kononnya jadi manusia berupa monyet . ? sejauh mana kebenarannya ? (merujuk kepada gambar yg terakhir diatas^)

lihat ini ;



ini link nya > http://www.roslynoxley9.com.au/artists/31/Patricia_Piccinini/249/


haha . betulkah melayu diperbodohkan ? tetapi barang harus diingat , Allah itu Maha Kuasa ,
maka , tak mustahil anak yg durhaka mampu disumpah menjadi tenuk mahupun tapir .

p/s : Berpesan-pesan kepada kebaikan . Buat pedoman kepada diri sendiri dan para pentelaah :)