Assalamualaikum. Hey there !
Lama gila aku tak bukak blog. Dah jadi busut entri-entri lama aku ni. Mana tak nya , aku lupa yang aku ada blog. Heehh. ! (nak dekat 5 kali aku tekan password –dashboard tak keluar– tak ingat punya pasal)
Ni pun sebab member aku -
http://sumpahanfikri.blogspot.com/ - suruh aku follow blog beliau. So , korang check out la blog dia. Support local blogger bro ! Jangan lupa follow J
Last aku update , lebih kurang setahun lepas. Masa tu aku form 5 lagi. Sekarang dah masuk zaman universiti. Bertambah busy. Dulu alasan taknak update – SPM katanya . Lepas tu busy lagi – kerja katanya. Sekarang dah masuk U – assignment katanya. Hidup penuh alasan.
So , dah bukak ni. Aku taktau nak cerita apa. Sebelum ni , ada jugak follower yang hantar mesej kat FB , suruh aku update. (perasan popular). Tapi , macam biasa – busy katanya.
-
Ohh. Sekarang ni aku dalam minggu final exam. (busy gila. Sangat. Siap boleh update blog).
-
Kita bukak cerita. Ilmu tu apa ? Apa itu ilmu ? Itu ilmu apa ? Ilmu apa itu ? haha. (macam biasa – Im laughing at my own joke – because im so damn funny)
Bagi aku , ilmu itu pengalaman. Ilmu itu pandangan. Ilmu itu kematangan. Ilmu untuk digunakan pakai. Ilmu bukan untuk mencari kekayaan dunia semata. Ilmu itu perhubungan. Ilmu bukan sekadar penghargaan. Ilmu bukan sekadar untuk dihormati.
Contohnya ;
Anda seorang pelajar. Anda tidak lah terlalu pandai dan tidak pula terlalu tidak cerdik. (kalau kata bodoh – macam kasar) . Di dalam konteks social , anda seorang yang pandai berkawan. Dalam konteks agama , anda juga tidak terlalu jahil. Dan dalam konteks perhubungan antara keluarga dan rakan , segalanya baik-baik saja.
Namun , akibat tidak terlalu cemerlang dalam test/exam , anda telah dicop sebagai bodoh. (nak dijadikan cerita). Anda terkilan.
Mereka memandang rendah pada anda. Akan tetapi , disebalik semua itu , anda punyai ilmu tersendiri. Anda ada kelebihan anda sendiri MESKI pun ia bukan pada kertas soalan peperiksaan.
Anda tidak merasa rendah diri walaupun dicop sebegitu. Anda tahu , anda lebih dari mereka. Anda tahu , anda lebih matang dari dia. Anda tahu anda lebih hebat berbanding mereka. Anda tahu cara memotivasikan diri anda sendiri.
Ini bukannya perasan. Ini bukan melawak. (macam ~ Im laughing at my own joke – because im so damn funny ) yes . im funny. Sangat .
Balik kepada tadi , anda cuba membandingkan ‘dia’ dengan diri anda sendiri.
Dalam pelajaran – anda seorang yang ‘not bad’ . Secara purata , markah anda lebih kurang je dengan dia. Dua tiga ketul je bezanya. Tetapi dia lebih tinggi. Anda mula membayangkan cara dia belajar. –pagi ; bangun tidur , dia belajar. –tengah hari ; lepas makan , dia belajar. –petang ; takda aktiviti , dia belajar. –malam ; masih lagi belajar.
Anda membuat kesimpulan bahawa :
1. Dia bukan manusia . Dia Alien.
2. Hey there – you’re lifeless.
3. You’re damn forever alone wannabe.
Dalam konteks social – Anda pandai berkawan. Dan anda merasakan semua orang senang sahaja untuk mendekati anda. Dia pula seorang yang pendiam. Sangat jarang untuk melihat dia senyum. Dia hanya ditegur kerana markah exam yang tinggi sahaja. (barangkali) . dan setiap lawak yang dilakukannya , tiada yang gelak.
Anda membuat kesimpulan bahawa :
1. You’re almost being forever alone.
2. Hey there – Cave Man.
3. You’re still an Alien. And You’re not damn funny. Like me. Yeah. Like me.
Dalam konteks hidup sebagai seorang muslim – Anda boleh dikatakan jarang tertinggal solat. Dan kiranya terlepas , pasti anda Kodok. (ejaan dalam arab berlainan – sila faham). Anda juga faham tentang hukum hakam agama. Dan anda masih mengamalkan Amal Makruf Nahi Mungkar. Dia juga begitu. Namun dia bersikap pesimis terhadap anda. Baginya , anda seorang yang meremehkan agama. Dan barangkali terlintas di dalam hatinya bahawa anda telah kufur-nikmat, kufur-agama .
Anda membuat kesimpulan bahawa :
1. Aku bukan meremehkan agama – aku Cuma bersederhana dalam beragama. Dan aku Islam secara Kamil.
2. Im not an extremist that believe in dark magic like you. And you are………… an Alien.
3. Hidup aku tidak penuh ketakutan. Aku Cuma takutkan Allah.
4. You are almost…… yeah. Just a little bit… almost …. Forever Alone !
Dalam konteks perhubungan dengan keluarga dan rakan , anda adalah anak yang disayangi dan anda juga menjadi harapan keluarga. Anda juga sering mengambil berat tentang keluarga dan rakan anda. Tetapi melalui pandangan anda , dia seorang yang pendiam. Sering belajar , belajar , belajar dan…. Belajar ? Dan dia tidak mengambil berat tentang orang sekeliling dia , dia juga tidak diambil berat tentang orang lain.
Anda mula membuat kesimpulan bahawa :
1. Anak terbiar. Didera oleh keluarga yang memaksanya belajar dan belajar. Dan sekiranya dia menoleh selain dari buku pelajaran , dia akan menelan kasut bapanya yang bersaiz 8 .
2. And again ….. you’re … A to the L to the I to the E to the N ! ALIEN .
3. Now you’re truly Forever Alone. The Crying Potatoes.
4. You’re live in the Cave. Kawan dah masuk kubur seminggu pun kau taktau.
_
Jadi…
‘’Begitulah flash back saya”
Anda sedikit pun tidak merasa rendah diri kerana markah anda yang rendah. Meskipun berbeza 2 3 markah , anda masih merasa anda ‘lebih’’ dan beruntung dari dia.
Pernah dengar cerita tentang Bill Gates sewaktu bergelar pelajar ? Dia sering mendapat markah yang rendah dari kawannya. Kiranya , kawan dia siap dapat anugerah Dekan lagi. (nak dijadikan cerita) .
Tetapi , sekarang dia bergelar jutawan. Dan kawannya itu , menjadi pekerja bawahannya. (dia ambil bekerja). Lebih kurang begitulah.
Jadi kecemerlangan seseorang dalam akademik belum tentu menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. Dan sekiranya anda pandai dalam menjaga hubungan dengan tuhan , jangan anda lupakan hubungan anda sesama manusia.
Jauhilah rasa rendah diri. Anda ada kelebihan yang orang lain mungkin tiada. Mungkin dari segi pemikiran / kematangan / perhubungan / agama ? siapa tahu ?
-END-
P/S : Jauhilah rasa rendah diri , Setiap manusia ada kelebihan tersendiri.
P/S2 : Jangan merasakan anda lebih berbanding orang lain. Itu syirik kecil.
P/S3 : Im reading my old entry and im laughing at my own joke because I know….
IM SO DAMN FUNNY .
Cun bro intipati yang lu cuba sampaikan ni
ReplyDeleteheheh , thanks bro
ReplyDelete