9/30/2010

Apa itu The Freemason ?


Freemasonry (bahasa Inggeris) adalah sebuah organisasi persaudaraan antarabangsa. Freemasonry pada zaman moden bermula dengan berdirinya Grand Lodge di London, Inggris pada tahun 1717. Sebagian peneliti Barat berkeyakinan bahwa Freemasonry sebenarnya sudah didirikan di Scotland pada abad ke-14, ketika Ksatria Templar dihapuskan oleh Raja Perancis Philipe le Bel dan Paus Clement V.

Di Scotland, Knight Templar ini menyusup ke dalam organisasi-organisasi buruh binaan (Mason) dan menguasai kelab-kelab pekerjanya (lodge). Mereka kemudian menggelarkan diri mereka sebagai Freemasonry, sebuah istilah yang sebenarnya nama lain dari perkumpulan Kabbalah Yahudi-Talmud.

Dari Eropah, Freemasonry yang terbahagi dalam dua kelompok besar (Scotland Rites dan York Rites) menyebar ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Freemason adalah campuran ritual mistik ajaran sesat Kabbalah dan gerakan politik. Tetapi sejak tumbuhnya banyak pertubuhan politik dan ekonomi Dajal (Bilderberg Group contohnya) yang lain, maka Freemason banyak menumpukan kepada kebajikan sosial dan konsep persamaan dan persaudaraan manusia.

Freemason jika ditelusuri adalah berasal dari ajaran sesat Kabbalah, iaitu ajaran sesat Yahudi yang diwarisi dari era Firaun Mesir dan era Babilon Kuno. Sihir adalah intipati ajaran Kabbalah dan ini membawa kepada penyembahan Syaitan dan Iblis untuk memohon tercapainya sihir-sihir yang dilakukan.Kabbalah sebenarnya yang mengajar bahawa setiap nombor mempunyai kuasa sihir (magic) juga dari sini timbul beraneka ragam simbol, rajah dan sigil yang dipercayai dapat memanggil kuasa sihir.

Freemason mempunyai peringkat-peringkat penyertaan (level). Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh.Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanism dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajal Laknatullah.

Apa itu illuminati ?



Mungkin ada sesetengah pihak masih belum mengetahui apa itu illuminati .
Mereka sekadar menyebut "wooo . illiminati woo . tak baik! haram ! haram ! " .
padahal satu habuk pun tak tau apa kebendanya illuminati itu .
Mari kita mulakan diskusi kita !
-whyj-

___________________________________________________

Illuminati (dari perkataan 'illuminate' bermaksud menerangi) adalah sebuah organisasi sulit terhasil dari gabungan pertubuhan kaum pagan khasnya Kabbalah-Yahudi dan kaum Kristian yang murtad dari agama mereka. Illuminati pada asalnya adalah berasaskan pengetahuan rahsia yang kononnya dicapai oleh kaum pagan sejak turun temurun yang lebih kepada dunia sihir,ramalan astrologi dan mistik sesat.Pengetahuan ini akhirnya diminati pula oleh kaum Kristian yang mula tidak percaya dengan agama mereka akibat kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalamnya termasuk kecelaruan konsep Triniti dan kesahihan Bible yang bercampur aduk dengan tulisan paderi.

Menurut sejarah moden Illuminati, pertubuhan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishupt (mati pada tahun 1830M) pada tahun 1776M.Dia yang merupakan salah seorang anggota Freemasonry telah keluar dari Kristian dan menubuhkan pertubuhan ini.Sebelum itu, dia telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menarik dirinya ke dalam sarang Freemason dan mistik Kabbalah.Dia yang juga adalah seorang profesor Teologi di Universiti Ingolstadt,Jerman telah menganut fahaman Ateisme.

Perkataan Illuminati dinisbatkan kepada salah satu daripada kumpulan mazhab Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai golongan bijaksana (hukama) Yahudi.Dalam bahasa Arab pula perkataan Illuminati bermaksud al-Nuraniyyin.Ini berasal dari salah satu nama Iblis yang dinisbatkan kepada 'bintang pagi' yang bercahaya terang atau dengan nama panggilannya ialah Lucifer.Oleh itu,perkataan ini diambil dari maksud Lucifer itu sendiri iaitu 'Pemegang Cahaya'.Pertubuhan ini dibiayai oleh Rothschild yang merupakan gedung kewangan Yahudi.

Adam Weishupt percaya bahawa dunia ini patut berubah mengikut kehendak Iblis dan dia juga percaya keamanan dan kestabilan berserta hidup gembira adalah mengikut sistem Iblis.Untuk mencapai matlamat ini,dia telah membuat helah dengan mengatakan dunia ini patut dipimpin oleh orang-orang yang berwibawa sahaja dan dia telah berjaya menarik lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan mendapat sokongan anggota Freemasonry peringkat tertinggi.Pengikut-pengikut ini memang mempunyai berkemahiran tinggi dalam semua aspek kehidupan dunia telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai 'Lodges of The Grand Orient' untuk melaksanakan agenda Dajal Laknatullah yang merekrutnya.

Tujuan asas Illuminati ialah menguasai dunia dan isinya.Dengan itu mereka dapat melaksanakan apa jua kehendak mereka sendiri.Namun begitu mereka bukanlah yang sebenar-benarnya memegang kuasa di Illuminati ini.Terdapat 'The Hidden Hand' yang memantau mereka.Dia adalah Dajal Laknatullah Al-Muntazhor, manusia berwatak syaitan yang dilengahkan ajalnya.

9/25/2010

Bio Homo sapiens

Nota : Teori ini mungkin tidak dapat diterima akal bagi mereka yg mempunyai daya pemikiran pendek & cetek serta malas membaca .


Agenda menghasilkan manusia separa robot bukanlah hanya fantasi di televisyen, tetapi ianya suatu usaha yang realiti dan benar-benar berlaku tanpa disedari orang awam. Usaha ini telah dilakukan oleh beberapa organisasi bukan kerajaan yang dipercayai ditaja oleh Illuminati.
Fokus penghasilan manusia separa robot

Sekumpulan ahli-ahli saintis yang terkenal (tetapi disembunyikan populariti mereka) dalam bidang sains biologi telah bersepakat bahawa dunia perlu menerima kewujudan ‘manusia separa robot’ sebagai langkah menghadapi bencana akhir zaman.

Menurut propaganda tahyul mereka, manusia akan menghadapi kepupusan populasi yang mendadak secara tidak sedar walaupun pada zahirnya statistik tahunan menunjukkan kadar kelahiran semakin meningkat.

Hujah kelompok saintis ini yang diketuai oleh Dr. Nick Bostrom menyatakan penyakit-penyakit moden akhir zaman dan perang nuklear yang bakal berlaku akan menyebabkan kadar kematian menaik dengan mendadak.

Mereka beralasan bahawa manusia biasa dengan keadaan biologi biasa tidak mampu menghadapi situasi ini kerana elemen kognitif manusia adalah sama sejak ribuan tahun dahulu tetapi persekitaran sentiasa berubah setiap tahun.

Atas alasan ini, Dr. Nick Bostrom telah memberikan penekanan bahawa hanya manusia yang mempunyai ciri-ciri biologi berteknologi sahaja yang mampu bertahan dengan perubahan dan ancaman dari bencana-bencana dunia.

Dalam seminar empat hari yang berlangsung di Universiti Oxford pada 5 Julai lepas, Bostrom menegaskan,
Sebarang entiti yang didapati lebih bijak dari manusia akan ditakrifkan sebagai lebih berkuasa.”
Kenyataan tegas Bostrom di dalam seminar tersebut ini harus diperhalusi dan diambil berat oleh semua orang khususnya orang Islam kerana Dr. Nick Bostrom adalah Pengarah Future of Humanity Institute di Universiti Oxford.

Pembinaan Biologi Manusia yang lebih kompleks
Manusia separa robot yang bakal diperkenalkan ini bukanlah seperti Robocop, Terminator atau Data (pekerja kapal angkasa Star Trek). Ia juga bukanlah sejenis manusia yang dipenuhi besi-besi pada tubuh badan dan kepala.

Ianya lebih kepada pembinaan sistem saraf dalaman manusia yang disokong oleh teknologi nano dan micro cip. Ini bermakna, manusia itu tetap manusia tetapi keupayaan deria-deria semulajadinya akan dipertingkatkan ke tahap luar normal.

Kami percaya, peranan gabungan teknologi dengan biologi manusia akan diambil peranannya oleh jentera nano robot. Nano robot adalah satu vektor kompleks yang boleh diprogramkan peranannya dari jarak jauh, maka tidak mustahil jika ia di reconstruct sebagai penyokong saraf secara kekal.

Ini berdasarkan laporan dari seminar Dr. Nick Bostrom sendiri, sejenis nano robot berbentuk sel darah merah sedang dibangunkan untuk diuji pada bila-bila masa. Sel darah sintetik itu berupaya membuat pelari jarak jauh Olimpik bernafas hanya sekali dalam masa 15 minit. (mungkin telah digunakan beberapa kelab bola sepak profesional tanpa pengetahuan umum).
Kemungkinan sel darah sintetik akan digunakan anggota tentera Illuminati amat diyakini kerana ia mengelakkan keletihan yang teruk ketika perang. Manakala umat Islam secara holistik, semuanya layak menjadi tentera kerana mampu berpuasa tanpa sokongan nano robot dalam badan.

Perang akhir zaman akan lebih kompleks
Usaha-usaha kumpulan saintis Dajjal ini menunjukkan perang akhir zaman adalah lebih kompleks, maju, sistematik dan luar jangka. Situasi sebegini juga membuktikan bahawa hadith-hadith akhir zaman amat tepat dan bukan lagi sebuah bahasa kiasan atau perlambangan konsep. Maka disebabkan itu, kami telah mengeluarkan sebuah artikel berkaitan teknologi Nabi Isa pada tahun lepas.

Kemungkinan tentera-tentera Dajjal akhir zaman akan dianggotai oleh kelompok manusia separa robot semakin menjadi kenyataan. Ia bukan lagi dongeng Spielberg di layar perak, ia sedang berlangsung dan sedang diusahakan sekarang ini.

Dunia akhir zaman menunjukkan teknologi bukan lagi mesti memegang atau menggunakan sesuatu ‘alat maujud’ untuk menikmati teknologi itu tetapi ia sudah mencapai peringkat ‘gabungan bersama biologi manusia’.

Hakikatnya…
Berapa pula masa yang umat Islam ada untuk menghadapi perang akhir zaman ini? Sedangkan buku-buku teks sains di universiti tempatan pun masih lagi berhabuk dengan tulisan-tulisan saintis barat.

Salah seorang ahli panel yang hadir bersama Bostrom iaitu Dr. Raymond Kurzweil telah mengeluarkan kenyataan yang amat mengejutkan dengan penuh yakin;

“This will happen faster than people realize.”

Akhbar Fortune sendiri telah mengiktiraf Kurzweil sebagai “The Smartest Futurist on Earth”, manakala pengerusi Microsoft juga menggelarkan beliau sebagai “Visionary thinker and futurist.” Selain itu, Kuzrweil juga menjangkakan pada 2020, generasi kedua nano robot akan dihasilkan.

-Sumberkucubitdari : panjihitam-

9/19/2010

Agenda Rahsia Dalam Twitter dan FB



___________________________________________________

Sebelum ni aku dah post entri pasal FB , sekarang Twitter plak !

___________________________________________________



Temuramah antara stesen TV Fox News (Amerika) dengan Dr. Keith Ablow membuktikan bahawa Illuminati mempunyai agenda tersembunyi yang tidak disedari oleh masyarakat dalam teknologi Twitter.

Agenda tersembunyi Illuminati ialah mereka cuba menjadikan Twitter sebagai alat perantara untuk mengenal pasti dan menganalisis keadaan ‘mood’ masyarakat Amerika mengikut waktu. Mereka juga cuba melihat ‘mood’ manakah yang mengambil tempoh masa yang paling panjang dalam 24 jam.

Keadaan ini walaupun masih dalam bentuk persoalan, tetapi ia seolah-olah sudah mendedahkan rangka-rangka perancangan level mikro para pasukan Illuminati. Ianya jelas menunjukkan rakyat Amerika tidak lebih kepada suatu bahan ujian untuk para jurutera Illuminati menguji pelbagai aplikasi.



Ia tidak lebih seperti Facebook yang mana pengasasnya sendiri iaitu Zuckerberg menyindir ahli-ahli Facebook dalam satu chatting pada awal 2004 dahulu. Ketika itu beliau baru berumur 19 tahun. Di bawah adalah perbualan Zuckerberg dengan salah seorang kenalan yang tidak dikenali berkaitan Facebook awal ciptaannya.

Zuck: Yeah so if you ever need info about anyone at Harvard
Zuck: Just ask.
Zuck: I have over 4,000 emails, pictures, addresses, SNS
[Redacted Friend's Name]: What? How’d you manage that one?
Zuck: People just submitted it.
Zuck: I don’t know why.
Zuck: They “trust me”
Zuck: Dumb f**ks

Perbualan ini telah didedahkan oleh akhbar Business Insider pada 13 Mei 2010.

Wallahu’alam…

_________________________________________________________

Sumberkucilokdari : ibnuyaacob

9/17/2010

Heehh ! Kebenaran tentang Facebook

Sumber kucilok dari : Panjihitamdaritimur

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.

Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.

Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum. Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum!

Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!







Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.

Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.

_____________________________________________________


Info yang sangat berinformatif ! Tapi... err aku pun ada facebook gak .

Solusinya ?


9/16/2010

Heehh ! Hubungan Malay-Indo Kemana Akhirnya ?



Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Cinta huraian
Ku takkan mengerti

Teka silangkata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja

Dan coba diamnya bicara
Sediam bersama
Di temani jasad kita

Kan ku cari konklusi


( Mencari Konklusi - Hujan )

_________________
*catatan dipadam*
_____"takut kene band''_____



Jom kita imbas kembali sejarah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia ;

Mengikut sejarah , Malaysia pernah berkonfrontasi dengan Indonesia oleh kerana Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia yang melibatkan kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Presiden Soekarno menganggap bahawa penubuhan Malaysia adalah satu percubaan kolonial Inggeris untuk meneruskan keuasaaan di Asia Tenggara melancarkan gerakan Ganyang Malaysia pada 27 Julai 1963.

16 September 1963 secara rasminya Malaysia ditubuhkan dimana Malaya bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Akan tetapi, Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia kurang dari dua tahun selepas itu pada 9 Ogos 1965.

Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlangsung dari 1963 sehingga 1966. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa serang menyerang berlaku diantara tentera kedua-dua negara sehinggalah konfrontasi ditamatkan secara rasminya pada 28 Mei 1966 dalam sebuah persidangan di Bangkok, Thailand dimana pemerintah Malaysia dan Indonesia mengumumkan untuk menyelesaikan konflik tersebut. Peperangan berakhir bulan Jun, dan perjanjian damai ditandatangani pada 11 Ogos 1966.

__________________________________________________________






9/15/2010

Heehh ! Panduan Membaca Mistisfiles



ohh . aku tau kebanyakan pembaca blog tersebut mesti pening dan
berserabut bila mula2 berjinak2 nak baca kajian penulis tu .
jadi aku pun buat lah satu kesimpulan@panduan@tips
untuk membaca blog tu .

1.Baca ikut tajuk (tajuk2 yg tersedia sebelah kanan dan telah dikategorikan)

2.Baca ikut plot kajian , jangan main pilih je nak baca yg mana satu .
Nanti pening . umpama kaw pakai seluar kemudian pakai spender .
macam superman . takpun , macam kaw belum start enjin , tau2dah sampai bulan .
Woha !

3.Tahan mata dan fikiran dari cepat bosan . sebab kajian dia terlalu panjang berjela .
kalau tak faham , buat2 la faham . baca dan jgn banyak soal .


__________________________________________

Dari mistisfiles sendiri ;

Panduan Memahami Ilmu Teori Konspirasi

1-Bukan semua benda di dalam dunia ini adalah hasil konspirasi.

2-Jangan menjadi mangsa conspiracy theorist yang berniat jahat atau keliru.

3-Bagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi musuh-musuh Allah,akhirnya yang menang adalah Allah s.w.t kerana tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

_____________________________________________________

Pesanan MO ;

Di dalam Pengajian Konspirasi Antarabangsa,adalah penting untuk memahami beberapa perkara supaya kita tidak tersesat dalam ribut teka-teki dan misteri.Di MistisFiles,kami memanggilnya sebagai 'The Trafficker Code',berasal dari sejumlah peraturan atau 'undang-undang' dan etika ketika membuat penyelidikan dan memahami konspirasi yang berjalan di seluruh dunia.

JIka anda 'terjebak' ke dalam pencarian jawapan-jawapan kepada misteri atau konspirasi di seluruh dunia ini,anda perlukan 'The Trafficker Code' ini.Ini sebagai panduan sahaja,namun jika anda mempunyai keberanian dan keyakinan serta sedikit pengetahuan yang benar,anda pasti tidak tersesat dalam ribut konspirasi ini.Ini penting,jika tidak anda akan terjerumus dalam kekeliruan demi kekeliruan dan hasilnya anda menjadi sebahagian dari statistik mangsa-mangsa konspirasi antarabangsa.

The Trafficker Code terdiri dari tiga perkara penting.Tiga sahaja.Dan ini adalah tunjang kepada panduan untuk menyelamatkan diri anda dari menjadi keliru.Ingat baik-baik tiga perkara ini:

1-Bukan semua yang ada di dalam dunia ini adalah konspirasi,hasil konspirasi ataupun bersangkut paut dengan konspirasi.Jika anda bertemu dengan satu fakta bahawa terdapat konspirasi pada A,maka tidak semestinya B dan C juga ada kaitan dengan konspirasi.Jangan anggap pokok,kucing anda dan ibu bapa anda adalah ciptaan konspirasi.Ini adalah pandangan yang ekstrim.

Yang penting,anda mesti tapis dahulu maklumat itu.Jangan terima bulat-bulat atau menolaknya tanpa mengkaji dahulu.Fikirkan baik-baik.

2-Tidak dinafikan,sebahagian besar sumber Teori Konspirasi adalah dari para pengkaji Barat.Jadi terdapat dua kategori pengkaji Barat ini.Pertamanya mereka yang memang benar-benar jujur mahu mencari kepastian kepada misteri yang terjadi di sekeliling mereka.Mereka sedar terdapat sesuatu yang tidak kena dengan sistem sosial masyarakat mereka dan apa yang mereka tahu selama ini.Mereka pun mula mengkaji dan mengkaji.Dalam hal ini,mungkin 80% kajian mereka boleh diterimapakai,kerana mereka mengkaji berdasarkan kesan-kesan konspirasi yang dialami oleh mereka sendiri.Selebihnya perlu ditapis dan dipadankan dengan sumber kita sendiri.

Keduanya para penulis yang diupah oleh The Elite sendiri atau para Orientalis yang menulis dengan tujuan tertentu bagi menghasilkan kesan-kesan yang negatif terhadap khalayak.Antaranya dengan tujuan mahu menimbulkan panik atau kesan bahawa manusia tiada gunanya melawan mereka,kekuatan The Hidden Hand amat gagah dan telah mempengaruhi segenap kehidupan mereka.Jadi mereka mahu 'brainwash' khalayak supaya tunduk berserah diri pada kekuatan mereka,menganggap The Hidden Hand ini sebagai 'Tuhan' yang dapat menaburkan mereka kekayaan.Lihat,pertamanya mereka menulis segala konspirasi yang berlaku,kemudian mereka akan selitkan seolah-olah Tuhan langsung tidak berkuasa dan jika mahu selamat,berserah diri sahaja pada The Hidden Hand ini.Berhati-hati dengan penulis seperti Zecharia Sitchin atau Alberto Rievera mahupun penulis The Vatican Assassin yang dalam menceritakan pelbagai konspirasi,boleh meleret-leret sehingga Nabi Muhammad dan agama Islam juga dikatakan hasil konspirasi juga!Ini dinamakan merepek dan ada juga di antara mereka yang menganggap makhluk asing adalah punca segala konspirasi ini dan tujuan para 'alien' ini adalah untuk menduduki bumi dan memperhambakan manusia!

Moralnya,jangan terperangkap dengan permainan penyelidik konspirasi upahan The Hidden Hand mahupun yang berjaya mengelirukan diri sendiri.

3-Apa jua konspirasi mereka,perancangan atau pelan,bagaimana hebat atau dasyat sekalipun perancangan konspirasi mereka,semuanya masih jauh untuk mengatasi PERANCANGAN DAN TAKDIR ALLAH AZZA WA JALLA.

Bagaimana sekalipun hebat mereka merancang dan bertindak,Allah s.w.t adalah Pemenangnya dan hanya Dialah yang layak untuk menang selama-lamanya.Ini kerana semua konspirasi dan pembuat konspirasi itu sendiri adalah makhluk-Nya dan semua itu berada di dalam Ilmu-Nya.

Gunakan kod panduan di atas ketika membaca atau mengkaji pelbagai teori konspirasi di merata-rata sumber.Dalam hal ini,adalah penting untuk belajar ilmu AlQuran dan Hadis Rasulullah s.a.w supaya kita lebih celik dan jelas membaca segala konspirasi musuh-musuh Allah.Ini kerana di dalam kedua-dua sumber inilah telah diceritakan tanda-tanda konspirasi mereka ini.Orang yang asing dengan AlQuran dan Hadis adalah cenderung untuk panik dan terkejut dengan apa yang mereka baca.Mereka juga cenderung untuk menganggap hal-hal konspirasi yang mereka baru baca itu adalah ilmu baru dan amat luabiasa,padahal di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan Yahudi,Nasrani dan The Hidden Hand.

Ingat tiga poin penting ini.






'THE CODE IS A LAW'





9/13/2010

Heehh ! About the "Burn Koran Day"

bila ter"tengok je pasal berita ni , rasa panas je hati .
dah la time bulan syawal pulak tu . Memang busuk hati betul la paderi tu .
Tengok muka pun rasa nak baling kasut .
dan segelintir rakyat kat amerika yg mempunyai pemikiran
pesimis serta mempunyai fahaman child politic tanpa berfikir panjang
seperti kerbau dicucuk hidung hanya ikut membenci islam dengan alasan
mereka beragama lain dan apa kejadah jaga hati penganut agama lain
yg bukan seagama dengan mereka . Damn .

Tapi bagi penganut agama yg dikurniakan sedikit akal untuk berfikir ,
mereka tahu ,
tidak ada agama yg mengajar penganutnya menghina agama lain .

maka jika seseorang penganut menghina agama lain ,
itu menunjukkan betapa hinanya agama yg dianutinya itu .

Islam tak pernah ajar kita hina agama lain .
Kita tak pernah terfikir pun nak bakar bible new version mereka tu .
biarlah mereka dgn agama mereka yg sgt hina yg telah mengajar mereka
menghina agama lain .


9/07/2010

Heehh ! Melayu oh Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka


-Usman Awang-

9/06/2010

Heehh ! Tahik Sehat Badan Sehat

ohh . korang tau tak yg kesihatan kita dapat diketahui
tahap kritikalnya berdasarkan kesihatan tahik kita ?

so , kita akan sehat jika tahik kita sehat !

orang yg sehat , adalah org yg berak hari-hari ,
sbb sistem penghadamannya lancar .

orang yg berak jarang2 , eloklah di check balek
pemakanan korang dan selaraskan dgn aktiviti harian .


“Sekarang cuba korang check warna tahik korang, jika tahik korang berwarna cerah macam kuih Maruku, itu tanda tahik korang sihat, tapi jika tahik korang bewarna gelap macam dodol, itu tandanya tahik korang tidak sihat, dan tahik yang tidak sihat datang dari tuan bontot yang juga tidak sihat..,”

“Jika Tahik korang bewarna kelabu seperti kuih puteri mandi bergelumang kepala, mungkin korang ada masalah organ dalaman, kalau warna tahik hijau macam kuih puteri ayu itu lagi parah, atau warna hitam kemerah merahan macam sirap bandung terlebih sirap, mungkin usus korang ada barah.. atau korang mengalami pendarahan gastrousus”

Tapi kan , Sunnah Nabi , mana boleh tgk tahik ? haa .

“Ye tak ye jugak, tapi kau jangan tengok betul betul, jeling jer.., tak payah belek dengan tangan, tengok dengan hujung mata cukup, tentu nampak warna tahik korang.., make sure warnanya cerah macam goreng pisang.., bukan hitam macam Almonlondon!”
ekekeke ...

“Tanda lain tahik yang sihat adalah, tahik korang tenggelam macam keropok rebus yang belum masak.., tapi jika tahik korang timbul dalam air macam keropok keping yang digoreng dalam kuali yang banyak minyak, itu tandanya tahik korang ada masalah 'celiac disease' , mungkin?…, check balik pilihan makanan korang, kurangkan makanan dalam tin atau makanan segera..,”

“ Tapi ada jugak perbezaan pendapat dikalangan doctor yang mengatakan, tahik tenggelam itu tak bagus kerana ada banyak toxic, dan tahik yang terapung seperti cekodok goreng pulak yang bagus, ntah? Akupun tak tahu.., tak pernah rasa, tapi aku boleh buat kesimpulan, jika tahik korang timbul dan tidak berbau, bermakna itu adalah hampas tahik dan itu bagus, tapi jika timbul dan bau busuk macam tahik.., itu masalah..”

abis kalau tandas cangkung cemaner ?

“Alahai, kau pergilah tidur kat hotel dan berak dalam tandas duduk, boleh nampak tahik kesayangan korang tu sama ada timbul atau tenggelam.., takpun korang pergi luar negara, kat sana semua tandas jenis duduk, kan?”

“Bentuk tahik juga merupakan indicator bahawa korang ni sihat atau tak, jika tahik korang cair bersepah macam bubur lambuk, memang korang tak sihat.., factor tahik bersepah ini mungkin disebabkan terlalu banyak serat dalam diet atau jangkitan bakteria atau virus, sebab tu air banyak keluar bersama tahik lalu meleleh macam kuah satay..,”

“Jika tahik korang keras macam gula Melaka pula, pun masalah jugak, mungkin sebab kurang makan sayur”

“Tahik yang sihat adalah berbentuk seperti keropok lekor yang panjang, dan bila keluar cantik tak putus putus, macam picit ubat gigi gitu.., jika terputus putus, dan korangpun suka kemut, maka tahik korang akan jadi bulat bulat macam kuih bom, jika warna hitam, dah jadi macam tahik kambing.., tak bagus!, ingat.., tahik yang sihat, datang dari manusia yang sihat”



9/05/2010

Heehh ! The Hidden Race

ohh . aku baru saja mengikuti pengembaraan melalui
pembacaan dari siri Alter Terahsia Bangsa Melayu .
agak terkezut dan tercenggang membaca info
yg tak pernah terlintas oleh benak fikiran aku .

so harap korang try tgk kajian dia .
memang hebat (:

Sinopsis ;

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)


Di atas adalah ayat-ayat paling misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu berkenaan satu bangsa pengembara.

Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia,Babilon,Sumeria,Mesir Firaun dan Kerajaan Judea.

Satu bangsa yang pernah hidup di lembah terasing di Tibet berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya yang agung,si Mahameru yang selalu dimimpi-mimpikan oleh bangsa ini di sepanjang hayatnya.

Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia...

Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual,tabah menghadapi segala dugaan,kesakitan,airmata dan penghinaan.

Satu bangsa agung yang pernah mengharung kehangatan padang pasir,ribut salji dan hujan petir dalam pengembaraannya ke hujung dunia "Semenanjung Tanduk Emas"

... Tanah Yang Dijanjikan (Promised Land)...

hanya di : Mistisfiles.blogspot.com

9/04/2010

Heehh ! Rahsia Disebalik Nombor

Saja nak kongsi maklumat ;

Untuk membincangkan rahsia di sebalik nombor ini cukup luas bidangnya, dari segi ilmu metafizik, dari sudut matematik dan banyak lagi.

Nombor sebenarnya merupakan satu platform saja, ia tidak lah mempunyai kuasa seperti yang didakwa sesetengah pihak. Alasan dicipta berdasarkan "corak" nombor-nombor tersebut. Setiap nombor dari 1 hingga 9 mempunyai corak yang berbeza-beza dan setiap nombor tersebut mempunyai peranan, kepentingan serta kelemahan masing-masing. Fenomena yang melanda Malaysia ini yang sibuk dengan kursus-kursus rahsia tarikh lahir sebenarnya merupakan salah satu aplikasi metafizik. Ia juga bukanlah sejenis tilik nasib dan seumpamanya. Ini kerana tilik nasib berlaku apabila, kita membuat peramalan tanpa suatu yang tidak berbentuk ilmiah. Sebagai contoh, doktor konvensional memberi ubat berdasarkan simptom yang dihadapi, kita tidak boleh kata doktor sedang tilik nasib kerana ia bukanlah satu ramalan kerana ia telah pun dipelajari secara ilmiah setelah kajian-kajian dibuat. Di universiti-universiti kaedah ini juga dinamakan intelligent guess. Bukanlah satu tekaan membuta tuli. Begitu juga dengan kaedah seni metafizik yang juga diimplementasi dalam mengetahui "pattern" seseorang individu berdasarkan tarikh lahir mereka.

Tapi hari ini kita tidak akan masuk secara mendalam tentang ilmu-ilmu metafizik termasuk tarikh lahir, hari ini kita cuma akan bincangkan secara umum corak nombor dan kaitan nya dengan kaum melayu dan cina secara umum, supaya anda boleh mendapat gambaran tentang rahsia di sebalik nombor.

Melayu dan signifikan nombor 7.

Corak nombor 7 secara asas ialah berkaitan PENGARUH, KELOMPOK DAN SPIRITUAL. Jika kita lihat secara individu, individu yang mempunyai nombor 7 dikatakan mudah menarik penyokong. Dari segi konteks melayu secara umum, orang melayu sangat signifikan dengan corak 7. Orang melayu mudah menarik pengaruh dan suka duduk secara berkelompok. Mereka ini suka kepada aktiviti-aktiviti secara bersama, jika kita tengok kaum melayu ini cukup suka dengan menganjurkan macam-macam majlis, majlis berkhatan, majlis cukur jambul dan macam-macam lagi. Mereka mudah mesra dan mudah disenangi oleh jiran-jiran. Melayu juga sejenis kaum yang spiritual dimana mereka suka kepada aktiviti-aktiviti yang mistik. Setiap nombor mempunyai kelebihan serta kekurangan. Keburukan 7 ialah, jika kita lihat orang melayu cukup suka ambil tahu hal orang lain, pendek kata jaga tepi kain orang, bukan itu saja mereka juga terkenal dengan permainan hasad dengki. Sebab itu apabila kaum 7 ini duduk secara berkelompok dengan mudah mereka berasa iri hati sesama mereka. Inilah yang terjadi pada hari ini.


Cina dan signifikan nombor 8.

Corak nombor 8 sangat signifikan juga dengan kaum cina. 8 boleh didefinasikan sebagai KUAT BERFIKIR, TEKANAN DAN TANGGUNGJAWAB. Jika kita lihat perwatakan cina adalah kontra dengan orang melayu. Kaum 8 apabila bangun pagi mereka terus memikirkan tanggungjawab dan menekan diri mereka untuk berjaya. Dari zaman mereka muda-muda lagi mereka akan sibuk ke sana sini mencari pelbagai peluang untuk berjaya! Mereka ini hidup dalam tekanan. Mereka tidak peduli untuk ambil tahu hal orang lain, paling-paling pun mereka angkat tangan apabila nampak anda, jika nak mengumpat atau gossip lebih-lebih mereka tiada masa. Mereka ini bukanlah kaum yang bijak dari segi perancangan tapi mereka cepat merebut peluang yang ada kerana mereka memikirkan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan masa depan yang cerah untuk anak cucu mereka. Kita ambil satu analogi, jika anda hantar kereta ke bengkel cina dan melayu, biasanya bengkel melayu akan mengambil masa yang lebih lama untuk menyiapkan kerja kerana mereka lebih suka bersantai, berbual-bual tanya khabar. Lihat pula cina, mereka lebih mengutamakan tanggungjawab mereka untuk menyiapkan kerja.

Demikianlah sedikit review secara gambaran tentang corak nombor dan hubungan nya dengan kaum melayu dan cina.

Sebenarnya setiap corak nombor mempunyai peranan masing-masing, jika kaum melayu dan cina bergabung mereka boleh menghasilkan kekayaan yang banyak dan melimpah. Sebagai contoh dalam bidang perniagaan gabungan 7 dan 8 akan memberi hasil lumayan. Secara penjelasan ringkasnya, kaum 7 dapat menarik penyokong dan pengaruh, kaum 8 pula menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi apabila masing-masing main peranan mereka akan berjaya. Jika kita lihat dalam industri multilevel marketing, ramai kaum melayu yang terlibat dalam nya kerana mereka ini mudah mendapat penyokong berbanding cina.


Kesimpulannya ; bukankah perpaduan dan persefahaman antara kaum itu
membawa manfaat ? bulat air kerana pembentung , bulat kata kerana muafakat :D

| WhyJ |


resource : Panjihitamdaritimur



9/03/2010

Heehh ! Ni korang la ni .

aku dah tau lama dah ,
saja nak bgtau korang .

nak tau tak ;

ada hadith menceritakan bahawa malaikat Rahmat bagitahu kepada Nabi Muhammad SAW,bahawa mereka para malaikat, tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing dan gambar..!, maka rugilah kita jika kerana perhiasan yang takde faedah,(gambar korang yang tak hensem) menghalang Malaikat Rahmat memasuki rumah, lalu hilanglah keberkatan hidup..


*haha . tu korang punya hobi la kan ,
letak2 gambo2 artis barat/korean ,
yg tak hensem tu .

tanpa korang sedari , hensem lagi aku ==,

Heehh ! Malaysia and Indonesia

Kenapa anda bergaduh ?
bukankah kita kawan ?
bukankah kita bangsa serumpun ?
bukankah kita saudara seagama ?

mengapa berkelahi merebut benda remeh ?
mengapa sanggup menimbulkan kekacauan kerana wang ?

jawablah , sebab aku memang tak faham .



*aku yakin , disini ada satu konspirasi .
kita biar masa membongkar segalanya .