Tanah tempat aku berpijak dan hirup udaranya. Kini dicemari
dakyah sesat dan bodoh.
Assalamualaikum . Hai stalker. Dan Saudara seagamaku.
Pertama sekali , aku nak bagitau yang aku bukan ustaz. Dan aku
tidak bercita-cita nak jadi ustaz. Tapi ketahuilah sahabatku , tugas ‘memberitahu
berita yang benar’ itu perlu ada pada seseorang muslim.
Kedua , aku suka perkara yang berkaitan agama. Dan aku
sukakan islam dan segala keindahan yang terdapat di dalamnya. Penampilan aku ,
perlakuan aku, percakapan aku, kadang langsung tidak kena dengan apa yang aku
sampaikan. Ketahuilah kawan , tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini
namun, aku akan cuba sempurnakan diri aku untuk menjadi yang lebih baik pada
keesokkan hari.
Ketiga, aku suka memandang sesuatu dengan pandangan luar
kotak pemikiran. Ini bukan kelebihan. Ini ‘analisa’. Aku suka keluar merayap.
Aku suka pandang manusia. Dan aku suka lihat apa yang orang kadang terlepas
pandang. Lebih-lebih lagi wajah manusia. Wajah melayu. Wajah muslim dan
muslimat. Dan aku akan tertanya-tanya , apa yang mereka sedang fikirkan
sekarang ? Andai saja permintaan aku dikabulkan.
-
Cukup di situ mukadimah. Aku tidak berhajat nak cerita biodata
aku. Cuma jangan judge aku dengan pandangan kasar lalu membandingkan dengan apa
yang aku tulis. Ini Cuma suatu ‘pesanan’ buat diri aku , dan orang yang ingin
membaca.
-
Perniagaan itu satu kerja yang mulia. Rezeki yang halal
datang dari penjualan barang/perkhidmatan yang halal. 90% punca pendapatan
datang dari perniagaan. Nabi juga seorang peniaga. Dia berniaga barang yang
halal , bermanfaat untuk pembeli, dan dia berniaga dengan kejujuran.
Tapi , apa yang aku jumpa pada hari ini sangat mengejutkan.
Perniagaan yang sungguh celaka dari seorang peniaga yang celaka. (maaf berkasar
tapi aku menulis entri ni penuh dengan rasa takut dan marah)
Perjalanan ku bermula begini. Hari raya haji jatuh pada hari
lusa. Ramai kawan2 aku balik dari u masing2. Kami pun berkumpul untuk makan angin,,
melepak dan berbual pengalaman masing2. Malam itu , selepas penat berjalan kami
singgah ke suatu ‘ tempat yang tidak pernah tidur’ di tempat kami. Tempat itu
adalah Uptown Kota Damansara . bertempat di Kompleks Muhibbah Seksyen 13 . (maaf aku perlu sebut nama tempat. Ini wajib
disampaikan)
Kami berjalan mencuci mata. Lama rasanya tidak singgah ke
situ. Mata aku meliar untuk melihat kot-kot ada barang baru , atau baju baru ,
tempat makan baru . Sungguh diluar jangkaan. Tempat itu banyak berubah. Bukan sahaja
tempat. Wajah pelanggan pun banyak berubah. Muka2 dari ceruk mana pun aku
taktau. Wajah-wajah melayu. Cara pemakaian , pergaulan , percakapan. Ternyata
menyedihkan. Tak apalah. Aku tolak tepi perasaan tu sebentar. Sambil melayan
perasaan , tiba-tiba kawan ku singgah disebuah kedai buku.
Dia melihat tasbih-tasbih yang dijual – digantung di situ. Hajatnya
ingin membeli tasbih kayu koka. Aku biarkan saja. Aku pun berjalan bersendiri.
Langkah demi langkah.
First impression , aku melihat kiosknya agak rapi. Barang-barang
yang dijual , berbentuk buku keagamaan, tasbih, perhiasaan, dan barang antic seperti
duit kertas lama. Tiada yang menarik. Aku melihat wajah penjual. Orangnya
berjanggut agak serabai. Tidak kemas. Hanya berkemeja hitam. Berseluar slack/jeans
aku tak perasan. Wajahnya tua dan sedikit cengkung. Kulitnya coklat kegelapan. Bertopi/snowcap
pun aku tak perasan. Memakai kaca mata. Gaya macam otai bob marley. Macam tak
kena dengan barang yang dia jual Dia dan dua orang lagi kawannya sedang
bersembang sambil ketawa berdekah-dekah. Aku pun tak berapa dengar apa yang
diorang sembangkan. TAPI ini hanya first impression. Aku tak syak apa-apa. Dan
aku tak judge apa-apa. Aku buat tak endah.
Langkah diteruskan. Aku cuba melihat buku-buku yang dijual. Ada
tajuk solat-solat sunat , kisah nabi pun ada, perkara berkaitan fiqh ibadah pun
ada seperti cara mandi junub. Biasalah tu. TIBA-TIBA mata aku ternampak sebuah
buku. Cetakannya hanya Photostat. Berstapler sahaja ditepi. Kulit depan
berwarna hijau. Bertajuk ‘Mengenal Diri’. Disebelahnya , juga sama. Hanya berbeza
kulit depan yang berwarna merah. Bertajuk ‘Mengenal Roh’ .
SILA AMBIL PERHATIAN. Kedua buku ini (yang bertajuk MENGENAL
DIRI . dan MENGENAL ROH) tolong jangan beli dan jangan baca. Aku ulang , tolong
jangan beli dan jangan baca. Aku pernah dengar dari seorang ustaz yang aku
kenal. Dia pernah menasihati aku supaya jangan belajar ilmu mengenal diri ni.
Kebanyakan orang yang menuntut ilmu ni , akhirnya sesat. Sebab dia terlalu cuba
untuk ‘mengenal diri’ dia sendiri.
Pandangan peribadi aku : Apa jahil sangat sampai diri kau
sendiri pun kau tak kenal ? nak kenal diri ? bukan dengan ‘ilmu mengenal diri’
lah kawan. Tapi dengan amal ibadah. Solat jangan tinggal. Tingkatkan ilmu agama
dan sains islam. Pengetahuan am. Jangan tinggalkan ilmu dunia. Rapatkan diri
dengan Ustaz-ustaz bertauliah. Para pendakwah. Ataupun paling kurang
berkawanlah dengan kawan-kawan yg rajin pergi surau. Dengar kuliah. Bukan
dengan beli buku tu , lepas tu menuntut dalam gelap dengan ‘ustaz pelik2’ ,
ilmu pelik2 lepas tu sesat ? Dan paling teruk ialah bila kau tak sedar yang kau
dah sesat. Sebab kau tiada didikan agama yang sempurna. Dan kau tak guna ilmu
yang ada bila ‘hati , jiwa dan minda’ kau memerlukan.
Langkah diteruskan. Aku ternampak gambar-gambar lama seperti
mantan Sultan Selangor , Tok Janggut, Wali Songo , dicetak dalam kertas
berbagai saiz. Ditepinya diberi sedikit keterangan. Ada yang dibingkaikan. Gambar-gambar tersebut ada yang berbentuk lukisan.
Pandangan aku : Kalau setakat gambar print dari google tu
tak payah la jual. Dah tu letak harga pelik-pelik. Ini zaman teknologi. Setakat
gambar ‘bajet keramat’ tu , orang boleh cari kat google. Lagi satu ,
gambar-gambar manusia lebih-lebih lagi berbentuk lukisan manusia ,
TER-sangatlah tidak elok untuk dibawa masuk ke dalam rumah. Cuba korang carik
balik fatwa kat google. Mesti ada. Aku malas nak terangkan. Cuba korang
terangkan kat aku , andai kata korang bawak balik gambar printed Wali Songo /
Tok Janggut , yang berbentuk lukisan tu , siap frame lagi, sangkut kat dinding
rumah. Apa MANFAAT dia kat korang ? dapat meningkatkan iman ? Jangan jadi jahil
lah kawan. Fikir dalam sikit.
Okay lah. Takpalah. Saya hanya mampu berdoa agar bisnes
pakcik mendapat keberkatan Allah.
Langkah diteruskan. Tiba – tiba aku ternampak satu gambar.
Printed bersaiz A4. Framed. Sebuah lukisan dimana di dalamnya berilustrasi
seekor kuda putih , bersayap , berkepala manusia , wanita berambut panjang
berwarna hitam , didahinya terdapat emas bercorak , Sedang terbang menuju
kelangit. Di sudut atas kanan dan kiri gambar tertulis Allah dan Muhammad
didalam bulatan hijau. Tulisan Arab. Latar belakang gambar menunjukkan sebuah
bukit pasir seperti gurun , di tepinya terdapat sebuah rumah/bangunan segi
empat – batu (aku tak pasti itu Kaabah atau tidak) disebelahnya terdapat seekor
unta. Latar masa gambar yang ditunjukkan seperti kawasan tanah Arab suatu
ketika dahulu.
Aku nak tanya korang. Apa yang korang gambarkan bila aku
cerita tentang lukisan ni ? Yaaa .
BURO’ – makhluk yang dinaiki nabi ketika Isra’ Mikraj
LUKISAN YANG BERUNSUR HINDU
SESAT
SYIAH
SILA AMBIL PERHATIAN. Gambar-gambar puak SYIAH kadangkala
mencampur adukkan unsur hindu dan islam. (Sila lihat lokasi Negara yang kuat
fahaman Syiah dan contoh-contoh gambar syiah yang lain di google. Tolong kaji
sendiri guna ilmu agama korang). Dan perkara ghaib tidak seharusnya digambarkan
dengan pemikiran ‘kasar’. Ilmu manusia terhad. Tidak perlu kita terlebih-lebih
membayangkan ilmu Allah lalu meng’ilustrasikannya dengan menggunakan Ilmu
manusia. TERANG-TERANG GAMBAR-GAMBAR SEPERTI INI MEMANG MENYESATKAN.
Langkah diteruskan. Aku ternampak loket. Berbentuk bulat. Berwarna
hitam. Kotak dan loket itu terukir dan tertulis QUANTUM . aku tak pasti dia
tulis Quantum Power Energy ke apa benda entah. Aku tak ingat. Fungsinya (kononnya)
memberi tenaga dalaman. Kotak dia ada tulis Japan Tecnology.
Pandangan aku : Benda-benda macam ni sangat bodoh lagi
membodohkan. Tenaga dalaman keluar melalui loket ? melancarkan darah ? Apa
ingat aku bodoh sains ke ? Dah tu harga RM88 sekotak. Sungguh menipu. Baik aku
buat solat sunat 88 rakaat lah kawan. Pahala dapat , tenaga dalaman pun dapat.
Mintak kat Allah la brader. Mintak kat loket RM88 bodoh tu buat apa.
Sekali lagi , Saya hanya mampu berdoa agar bisnes pakcik
mendapat keberkatan Allah.
Perjalanan diteruskan. Aku ternampak sebuah buku. Agak tebal.
Ketika itu kawan-kawan aku yang lain dah keluar dari kedai tu. Diorang nak
jalan pergi kedai lain pulak. Yang seorang tu dah pun beli tasbih kayu koka.
Tapi katanya tasbih tersebut kurang kualiti. Isinya kurang.
Sebelum aku beredar , aku sempat memandang tajuk buku tadi.
Satu perkataan yang aku sempat ingat. AHLUL BAIT. Sekali lagi terlintas
difikiran – SYIAH .
SILA AMBIL PERHATIAN. Golongan Syiah mendakwa ajaran mereka
kononnya datang dari anak cucu nabi s.a.w. (ahlul bait) dan kononnya mereka
sahaja yang mencintai ahlul bait. Mereka mengangkat martabat ahlul bait dan
mengkafirkan sahabat-sahabat nabi. (kecuali Ali r.a).
Selepas tu aku beredar. Cukuplah dakyah sesat yang aku
lihat. Kepala aku memang tak boleh terima. Aku benci. Jauh di sudut hati nak
saja aku jerit :
‘’Hoi Semua !! Kedai ni Sesat !! Jangan Masuk langsung kat
kedai ni !! Penjualnya jual barang tak pakai otak !! Takda ilmu !!’’
Tapi , aku tak buat. Itu idea gila.
Seperti yang disebut
dalam hadith , mencegah itu ada tiga cara. Tangan , Lisan dan Hati. Kalau aku
guna tangan , aku tau aku akan kalah. Kalau aku sound kat pakcik tu , kang tak
pasal-pasal jadi gaduh. Akhirnya , aku mencegah guna hati saja. Itulah selemah-lemah
iman. Aku berdoa , agar takda pelanggan yang beli benda2 tu lalu terpengaruh ,
dan aku berdoa agar aku dan semua kawan-kawan aku , dan sesiapa yang baca entri
ni , dan semua umat islam , agar terhindar dari fahaman fahaman sesat macam ni.
Ni ada link bagi yang ‘zero’ tentang Syiah. Aku merayu bagi
yang dah tau dan lupa , atau yang taktau langsung agar baca artikel dalam link
ni. Insyaallah , kita sama-sama terhindar dari terpengaruh dengan ‘agama sesat
ini’ .
Kalau nak share , lagi bagus. Kalau taknak share , aku paksa korang
supaya share jugak. Share link je , blog aku takpayah .
Dalam link tu , ada contoh gambar , lukisan sesat , perayaan
, amalan , ciri2 , fahaman dan etc. Memang lengkap. Agak panjang tapi
bermanfaat.
-
END
P/S : Jujurnya , aku sangat takut. Aku risau. Hati aku tak
tenteram semenjak aku melangkah keluar dari kedai tu. Aku risaukan Melayu. Aku
risaukan Islam. Ini akhir zaman , kebaikan dan kejahatan , kebenaran dan
pendustaan naik sama tinggi. Moga kita sama-sama dapat kuatkan akidah
masing-masing , tingkatkan pengetahuan masing-masing , agar terhindar dari
pengaruh sesat ni. Nak k-pop k-pop pun lantaklah , yang penting kita sama-sama
jaga akidah kita , jaga agama kita. Biarlah kita bukan ustaz ustazah , atau
bakal ustaz ustazah , tapi kurang-kurang kita mati dalam keadaan mempertahankan
akidah dan agama. Mati dalam keadaan berilmu dan tak bodoh. Pegang prinsip tu.
Orang nak kata apa lantaklah. :’)
Bro, kaji info ni tengok ilmu mengenal diri. gua kompius lah sebab gua ada menuntut dulu http://internatebest.webs.com/
ReplyDeleteRalat . nampak melulu. aku dah betulkan . > http://heehh.blogspot.com/2012/10/imd-vs-matrix.html
ReplyDeleteaku pun bukan ustaz.tapi aku pun tak leh tengok bende2 syirik ni.aku akan jadi marah
ReplyDelete