10/15/2012

Blog suka-suka - Ada yang ambil serius ?



Oh. Tak sangka. Serius jugak pertanyaan dia kat nama ‘WHYJ’ tu. Aku ingat main-main. Cett.


Assalamualaikum. Hai Stalker. 

Ada sorang member aku buat review tentang blog aku ni. 

Komen aku : Kemain ganas ayat kau bro. boleh buat gaduh. Hahah. 

-

Takpa lah. Aku tak kesah pun. Okaylah , disebabkan nama tu diorang dah amik serius, terganggu agaknya dengan nama tu. Malam-malam tak boleh tidur sebab teringatkan apa maksud disebalik nama tu , biar la aku terangkan. 


1 . aku ni Cuma hingusan yang buat blog untuk manfaat bagi yang ingin membaca. Tak pernah terniat nak jadi blogger yang ada beribu follower , buat duit dengan blog atau apa saja. Dan aku tak pernah nak kejar popularity dengan blog tak seberapa ni. (design blog pun kutip mana yang ada – professional ? jauh panggang dari api)



2. Nama tu untuk aku sembunyikan identity. Jujur aku cakap , aku seorang yang takut ‘terlajak kata’. Andai kata ada ayat yang pernah aku tulis menyinggung mana-mana pihak yang tak dikenali , tak lah tinggi risiko. Aku sebenarnya tak suka orang tau yang aku ada blog. Dan aku taknak orang yang tak dikenali tau empunya blog ni. Bagi yang dah tau , biarlah . yang taktau , aku biarkan taktau.



3. aku ulang sekali , tak pernah terniat dalam hati aku nak kejar popularity. (korang rasa boleh ke dengan blog serabai macam ni ? haha. Sekali lagi – jauh panggang dari api) Nama WHYJ tu asalnya dari huruf YJ . aku Cuma panjangkan. Dan YJ tu pemberian dari seseorang. Dan singkatan huruf tu membawa kepada satu nama. Dan nama tu adalah rahsia bertahun-tahun sejak aku masih form2. Selebihnya tak perlu la diceritakan. (kalau tak puas hati lagi dengan pencerahan ni taktau la)


4. tentang cara penulisan aku , itu terserah pada individu . andai kata tak boleh terima , sila komen dengan jelas kat bawah , jangan buat review . ada bran ? haha.


-


END 


P/S : Aku cuba jadikan blog Bro Hamka sebagai idola. Tiada siapa tau identity dia. Dia tak pernah tunjuk muka dia dalam blog (kecuali muka anak dia). Melalui blog dia , banyak perkara agama aku belajar tapi dalam suasana yang sempoi , ada kelakar-kelakar , tak bosan untuk aku baca. Blog dia tak pernah tukar design , tapi steady je follower 70K . dan dia tak pernah manfaatkan follower yang banyak untuk mencari pendapatan , tapi semata-mata untuk mencari keredhaan Ilahi melalui manfaat ilmu yang dia sampaikan. 

P/S : Mungkin aku ada pernah cakap nak jadi blogger popular , tapi tu main-main je. takkan amik serius ? blog hampeh camni mana boleh pergi jauh. untuk suka-suka boleh la.

1 comment:

  1. saya yang first komen .. weuhuu ! kahkah gurau der. THIS IS SPARTA !!

    ReplyDelete