Serius. Aku tak pernah bercita-cita nak jadi ustaz. Tapi aku pernah terfikir nak masuk uji bakat raja lawak. walaupun aku tak pandai buat lawak. sangat aneh.
Assalamualaikum. Hai Stalker.
Setiap manusia diberi nikmat dan kelebihan tersendiri yang
bersesuaian dengan manusia itu sendiri. Cuma kita tidak menyedarinya. Namun
terkadang kita terlalu asyik hingga lupa itu Cuma pinjaman. Manusia mempunyai
dua sifat yang bagi aku (dan aku sendiri pun kadang macam tu) iaitu :
1.
Dengki tapi tidak
menyedarinya.
2.
Tak puas dan lupa sifat
syukur.
Oh ya. Aku tulis sebagai peringatan kepada diri sendiri
sebab kadang2 aku baca balik apa yang aku tulis dan dari situ berlakulah permuhasabahan
diri. Aku pun bukan bagus sangat. Cita-cita aku bukan nak jadi ustaz.
Berbalik kepada tadi , kadang-kadang aku baca status di fb
ada yang tulis :
CONTOH : Kau jangan nak bajet hotstuff sangatlah. Tak kemana
pun kau punya hotstuff tu.
Biasalah. Anak muda sekolah menengah punya status. Selalu
bunyinya macam tu. Tapi sedar tak sedar sebenarnya ia berbaur kedengkian. Dia
tak sedar yang dia sebenarnya dengki. Maka kita kena sedarkan dia.
Ketahuilah sifat hasad dengki itu mampu merosakkan amal
kebaikan kita umpama api membakar kayu.
Ada jugak yang dengki dengan harta pinjaman yang orang lain
ada. Erti kata lain , kekayaan. Dan dari situ munculnya fahaman Anarchy.
Golongan anarchist asalnya adalah golongan yang bencikan pihak atasan yang sering
mengaut kelebihan seperti kekayaan , kuasa , dan pangkat etc . mereka menentang
apa yang mereka benci tentang orang lain.
‘engkau teruskanlah
menjadi anarchist sehingga jutaan duit berada dalam genggaman kau. Nescaya kau
akan mengatakan ia fahaman yang bodoh’. Itu bukan ayat aku. Aku pernah dengar
dari ucapan seorang cendiakawan mat saleh. Dan ayat itu aku pegang dan aku
putar balik sekiranya aku dengki terhadap seseorang.
Maksudnya di situ , andai saja kau miliki apa yang orang
lain miliki , nescaya kau takkan berkata begitu. Sifat tu muncul bila kau tiada
apa yang orang lain ada. Paling teruk bila kau tak sedar yang kau tengah
dengki.
Kedua , sifat Tak puas dan lupa bersyukur.
CONTOH : ‘Untunglah muka macam itu , untunglah muka macam
orang ini’
Ayat dengki tapi tak sedar. Tapi apa kurangnya diri kita
sendiri ? kita ada nikmat yang dia takda dan kita ada. Dan nikmat yang diberi
juga sama , tapi apa yang kita nak sebenarnya
?
Kita lupa sesuatu. SYUKUR. Aku bersyukur aku diberi hidung ,
aku diberi telinga, aku diberi mata. Aku pinjam saja. Aku tak miliki apa-apa
sebenarnya.
Jadi sebagai manusia yang sama-sama ‘pinjam’ ni , janganlah
timbul di hati terasa lebih atau terasa kurang dari orang lain. Ketahuilah
bahawa sifat riak yang tersembunyi dan tidak kita sedari ini salah satu dari
jenis-jenis syirik. Kita merasa kelebihan itu kita yang punya dan terasa lebih
dari orang yang tiada. Sedang yang membezakan kita cuma amal.
Terkadang aku pun macam tu. Tapi hati ni akan terdetik ,
‘bukan aku punya’ .
Memang kadang-kadang aku suka buat gurau benda macam ni ,
tapi niatnya sengaja untuk meriuhkan keadaan yang terasa sunyi meskipun lawak
yang aku buat sangat tak lawak dan boleh bawak gaduh.
‘’Eh , apasal hari ni muka aku macam Aaron Aziz. Semalam
macam Zayn Malik. Memang babyface betul’’
Ayat – ayat seperti ini sepatutnya boleh dijadikan modal
untuk bergaduh. Tapi atas dasar prihatin dan nak jaga hati kawan , pastinya
mereka tidak akan mengeluarkan penumbuk lalu meng-iyakan saja ayat-ayat yang
aku keluarkan.
Tapi jauh di sudut hati , aku tak berniat pun nak bangga
diri. Sumpah. Aku cuba untuk buat lawak yang tak lawak dan takda orang gelak
(sebab mmg aku tak berbakat) Cuma untuk mewarnakan suasana yang Nampak macam
sunyi. Serius.
Jadi dengan ini beta berharap , janganlah ada perasaan mual
dan menyampah pada beta kerana beta sebenarnya takda modal nak bersembang. Beta
cuba buat ‘gurau member-member’ yang sebenarnya memang tak menghiburkan. Beta
mintak maaf sangat2. Lain kali beta buat lagi. Ehem.
Wallahua’lam.
END
P/S : Aku sebenarnya memang dari dulu taktau buat lawak.
Kalau ada orang gelak pun sebab kebetulan lawak. Dan aku sebenarnya tak pandai
bersembang. Tapi aku akan berusaha sebaik mungkin agar orang sekeliling tak
bosan dengan aku – ayat Forever Alone.
-_-
P/S2 : mesti ada orang yang anggap : ‘’orang macam dia ni
pun wujud ke kat dunia?’’ Kenyataannya memang wujud.