Assalamualaikum. Hai stalker.
Sejak aku pra-sekolah, tadika, dan sampai la aku masuk
universiti, ada satu tabiat budak perempuan yang aku nampak sangat jelas terang
lagi bersuluh dan tak pernah berubah. Ianya sangat common dan merunsingkan
kepala otak aku walaupun sebenarnya tak productive untuk aku fikir. Tapi ianya
sangat menimbulkan beribu persoalan dalam benak kepala aku.
Assabiyah. Hidup berpuak-puak.
Bunyi macam kelakar. Tapi tak kelakar pun. Dan aku pasti
ianya akan berlanjutan sampai bila-bila. Aku tau ianya sukar diubah. Nescaya menular
hingga ke peringkat dah beranak pinak pun. Sebab aku nampak dari mata aku
sendiri yang kawasan kejiranan dan perumahan pun macam tu. Makcik-makcik ni pun
hidup berpuak-puak.
Oh lupa nak terangkan definisi assabiyah versi orang puang
(cakak ganu) ni macam mana.
Begini , semua orang tau dunia akhir zaman memang bilangan
orang perempuan akan sentiasa melebihi lelaki dari berbagai aspek. Contohnya ,
akademik. Tak kisah la dalam kursus apa sekali pun, peringkat apa sekali pun. Perempuan
akan sentiasa ‘kelihatan’ ramai. Bukan kelihatan rasanya, tapi memang ramai. Dalam
bidang sukan pun, atlet perempuan tidak kurang banyaknya dari lelaki. Bidang masakan?
Tak perlu diceritakan. Tapi Alhamdulillah , dah ramai chef lelaki sekarang.
Dalam bidang hiburan , rancangan mentor pun peserta lelaki Cuma
2 kerat je. Perempuan yang sepatutnya tak boleh jadi penyanyi pun lagi ramai.
Habis lelaki pergi mana semua ? pusat serenti ? rehabilitasi
? dah tak releven bro. perempuan pun dah ramai kat sana. Perempuan mengandung
luar nikah mengalahkan bilangan mat ganja.
Mana pergi lelaki ? korang tanya lelaki sendiri.
Tapi ada setengah perkara yang perempuan tak mampu kalahkan
lelaki. Iaitu menambah bilangan isteri.
-
Jauh dah aku pergi ni.
Berbalik kepada assabiyah orang
puang. Perempuan menjadi assabiyah secara semula jadi. Faktor paling jelas
ialah sebab bilangan mereka yang sangat ramai. Mereka tak mampu nak kamcing
dengan semua kenalan yang lain sebab mereka takda kelebihan macam orang lelaki.
Oleh itu , mereka akan rapat dengan yang terdekat. Terdekat dari
sudut apa ?
Pra-sekolah/tadika/sekolah rendah/sekolah menengah/university
:
1.
Kedudukan kerusi dalam
kelas.
2.
Kedudukan bilik
asrama/rumah
3.
Kursus yang diambil
4.
Kawan lama sejak sekolah
5.
Tahap kepandaian
6.
Tahap kecantikan. Lebih enak
disebut tahap kehutan . (ke-hot-an)
7.
Tahap kekayaan. (mungkin?)
8.
Semangat kenegerian. (ini
double assabiyah)
9.
Persamaan perangai. (geng
kaki memekak. geng duduk senyap. geng kaki study. geng kaki sukan. geng kaki usha lelaki hensem. geng kaki
ngumpat. geng kaki anti-lelaki. Geng kaki tengok Adam Hawa. geng no couple
before nikah. geng kaki hating anything. geng kaki politik. geng kaki kipas
kaki. geng kaki busuk. Etc. )
Mereka jadi camtu disebabkan mereka ramai. Dan disebalik
puak-puak ini , ada sebilangan kecil dari mereka duduk ditengah dan kadang kala
berada dalam dilemma. Taktau nak masuk dalam group yang mana. Contoh :
‘’aku suka memekak dan meriuhkan keadaan di dalam kelas. Tapi
aku jugak nak study betul2. So aku nak lepak dengan siapa?’’
‘’aku suka tengok adam hawa dengan geng A , tapi diorang tak
hot macam aku. Aku rasa aku hot. Banyak lelaki like photo aku dalam fb. Aku patut
lepak dengan budak-budak hot. Tapi….adam hawa…’’ (bangangnya statement)
‘’aku budak medic. Tapi banyak member2 aku dari sekolah lama
budak pengajian islam. Dua-dua ajak aku lepak sama-sama. Adakah aku patut tukar
kursus ?’’
‘’roomate aku perangai macam setan. Aku patut lepak dengan
geng bilik lain yang semuanya ahli syurga’’
‘’budak kelas aku minat k-pop. Aku benci k-pop. Aku rasa nak
bunuh diri bila dengar ringtone k-pop diorang berbunyik. Aku rasa nak bunuh
diri. Mujur permohonan tukar university aku diluluskan. Alhamdulillah’’
‘’aku suka duduk kerusi depan tengok lubang hidung cikgu. Tapi
geng2 yang aku suka lepak , ajak lepak belakang sebab boleh makan. So , geng
depan atau belakang ? akhirnya aku pilih geng tengah’’
-
So , itu lah contoh dilemma mereka. Bukan mereka tak suka
dengan geng lain. Bukan mereka tak kawan dengan geng lain. Bukan mereka tak
kamcing , Cuma mereka lebih cenderung kepada geng yang lebih sekepala. Aku nampak
‘benda’ tu. Lelaki tak macam tu sebab
lelaki tak ramai. Tapi aku yakin walaupun lelaki ramai , lelaki mampu handle
situasi macam. Dan aku sebagai lelaki , aku tak fikir sangat benda-benda macam
ni. Together we unite. LELAKI SEMUA KAMCING BRO. bapuk je tak. Sebab dia kawan
dengan perempuan.
Nak tengok adam hawa ? takda masalah. Aku tengok reramai
dengan geng bilik aku. Lepak memana ? ajak je. Geng bilik , geng kelas , kawan
lama sekolah, course lain, hot tak hot, pandai tak pandai , sekolah lain, semua
kamcing bro. aku sebagai lelaki aku bangga.
Perempuan tak dapat buat macam ni. Inilah kelebihan lelaki. So
kalau ada geng perempuan yang tak berapa ‘masuk’ sangat dengan lelaki , aku tak
amik port pun. Sebab aku tau geng yang lain memang takkan ‘masuk’ dengan
perangai lelaki. Cuma sesetengah je yang faham. Dan aku bangga bila ada perempuan
yang pandai nak handle situasi dengan lelaki. Maksud aku classmate. Bukan gf.
Jangan anti lelaki. Anda sepatutnya biasakan diri untuk
berkawan dan handle ‘mental’ bila berkawan dengan lelaki. Sebab anda bakal
hidup dengan lelaki kelak. Bahkan satu bumbung.
Jangan nilai geng yang berkawan dengan lelaki itu social. Anda
silap. Jangan masukkan air dalam kepala.
Dan jangan pula nilai setiap lelaki sama. Luaran mungkin
macam ‘pailang’ (ayat filem melayu hampeh) , tapi dalam hati ada masjid.
Jangan terlalu assabiyah , meskipun anda ramai, cubalah
rapat dengan semua. Berkawan biar berjuta, bermusuh biar tiada.
Hiduplah seperti chameleon (sesumpah) , bertukar warna
mengikut tempat. Kata orang , masuk kandang lembu kita mengembu , masuk kandang
kambing kita mengembek.
-
END
P/S : Jangan ikut kepala sendiri. Kepala kita bukan sentiasa
betul. Kepala orang bukan sentiasa salah. Rendahkan ego. Tak perlu malu.
P/S : Bagi aku , kawan dan keluarga takda beza. Keluarga
adalah kawan. Kawan adalah keluarga.
agree with you
ReplyDelete