Assalamualaikum. Hai Stalker.
Dulu aku pernah ada blog. Blog
pertama aku , masa zaman awal menengah dan blog
kedua muncul tak lama selepas tu. Tapi kedua-duanya aku padam atas
sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Dan sekiranya ada yg pernah
membaca kedua – dua blog aku sebelum tu … (ada ke orang baca ? follower pun
takda ) dan termasuk yang sekarang ni , topic yang selalu aku tulis adalah tentang
kawan. Seriously , aku memang suka berkawan. Dan setiap kawan yang sudi
berkawan dengan aku , aku akan hargai. Meskipun begitu , aku tak pandai nak
tunjuk.
Dulu masa kecik-kecik , dan masih
bersekolah rendah, separuh dari waktu seharian aku, aku habiskan dengan kawan.
Pukul 12 tengah hari – hari cuti
umum ;
Kawan : Whyj .. ! Whyj …. ! (bukan
nama sebenar)
Aku : Haaaa … ! Asal … !! ?
Kawan : Turun ah jom . main
apa-apa ke .
Aku : main apa do ? panas-panas
camni.
Kawan : main guli ah. Ala jommm
ahhhh
Aku : okey key , tunggu jap.
Pakai baju.
Demi kawan punya pasal , sanggup
aku join jugak. Panas ke , mak tak bagi ke , semua aku buat tak endah. Tapi
kalau demi agama lain sikit la. Aku still menjaga tatasusila kehidupan
beragama. Sampai la sekarang.
Sebab kawan banyak benda baru aku
dah belajar. Yang baik , yang buruk , yang best , yang tak best . Banyak tempat
aku jelajah. Kalau tak ada kawan , aku mungkin masih berada di bawah tempurung.
Takutkan dunia luar. Masih mengharapkan ibu bapa dalam segala hal. Sedang diri
kian hari semakin menua.
Okey lah , cukup di situ saja.
Bukan itu yang aku nak cerita. (ni pasal
rindu member Bukharians punya pasal la ni)
-
Adakah anda pernah mempunyai
seorang rakan yang kuat latar agamanya ?
Anda seorang pelajar yang tinggal
di dalam sebuah asrama yang mana sebuah bilik dikongsi dua orang. Anda mendapat
seorang rumit (room mate) yang kuat latar belakang agamanya. Dia seorang tahfiz
dan bekas pelajar pondok yang kuat disiplinnya di dalam hal agama. Dari segi
akademik , dia dengan mudah untuk skor subjek yang berkaitan agama.
Anda pula seorang yang datang
dari latar masyarakat yang agak kebandaran. Anda minat muzik. Rock , techno ,
kpop , balada , dubstep , punk , Hindustan semua anda layan. Dari segi fesyen
rambut dan baju , semua anda tidak ketinggalan. Pun begitu , anda masih
mengamalkan islam dan tatasusila hidup beragama dengan baik. Namun tidak
sehebat dia. Akademik anda juga tidak jauh berbeza Cuma dia lebih hebat di
dalam ilmu agama.
Nak dijadikan cerita , anda
sering melakukan kesilapan berkaitan kehidupan beragama. Dan dia sering memberi
teguran namun bukan dengan kasar (dia takda la terajang aku dengan keting silat
dia). Namun anda tidak dapat menerimanya kerana bagi anda ia terlalu ‘makan
dalam’. Anda bukanlah seorang yang jahil. Namun dari segi ayat yang digunakan
seolah-olah anda seorang yang kufur. Muzik yang anda dengar dianggap sesat dan
tak bermoral. Seolah-olah anda memuja jin.
Anda mula membuat kesimpulan :
1. Aku tak kafir. Aku tak kufur. Aku tak jahil. Aku pun solat macam
kau. Kau ingat semua budak Bandar rosak akhlak ke ?
2. Asal muzik rock sikit , techno sikit , semua kau cakap puja jin.
Lirik BI mana kau paham ? Ingat aku taktau nasyid ke ? aku bekas ketua nasyid
sekolah woii. Jangan pandang aku sebelah mata woii.
3. Ingat aku taktau syariah ke ? aku amik syariah spm woii.
Sekarang pun aku still belajar lagi. Jangan la anggap aku jahil sangat woii.
4. Woii woii woii . kenapa aku asik woii woii ni ?
Sebelum ni anda sering
membantunya dalam subjek yang berkaitan technology dan bahasa inggeris . Waktu
malam sekiranya anda melihat dia tergaru-garu kerana nyamuk , anda akan
memasang untuknya ubat nyamuk. Sejadahnya tak berlipat , anda lipatkan. Kainnya
bersepah di lantai , anda kemaskan. Lantai kotor , anda sapu dan anda mop.
Tapi teguran yang anda dapat
begitu menyakitkan hati.
Anda mula membuat kesimpulan :
1. Kau memang pandai bab agama , kau memang pandai jaga hubungan
dengan Allah. Tapi kemana kau tinggalkan
adab hubungan sesame manusia. Terutamanya rumit kau ?
2. Mana adab kau dalam memberi teguran ? teguran harus
disembunyikan. Bukan untuk dihebahkan.
3. Selama ni aku yang banyak uruskan bilik. Aku lagi banyak tolong
kau. Bukanlah nak mengungkit atau berkira , tapi ni cara kau balas ? aku bukan
kuli batak tak bergaji makan pasir woii.
-
Matlamat menimba ilmu bukan untuk
dihormati. Kehebatan beragama bukan untuk membezakan darjat. Jangan anggap
ibadah yang dilakukan seharian , (contohnya kau buat solat dhuha , orang lain
tak buat) lalu kau merasakan diri kau lebih. Tak kisahlah wajib atau sunat.
Jangan dengan mudah menganggap
orang kafir. Jangan terlalu yakin syurga itu pasti. Jangan menggunakan dalil
atau hadis yang tak kena pada keadaan gara-gara nak mengkafirkan orang lain
yang kurang ibadahnya.
Tuntutan dakwah ? cukup sekadar
beberapa perkataan maka tanggungjawab kau sebaga saudara seagama sudah selesai.
Jika aku mendakwa kau diakhirat kerana tidak menegur , kau boleh membidas. Kau sudah
pun menjalankan tanggungjawab kau.
Aku bukan manusia bodoh yang
dengan mudah mengatakan ;
‘’Kubur lain-lain kan ? jangan
risau bro ! aku takdanya nak curik bantal kau kat kubur nanti ! ‘’
TAK . TIDAK SAMA SEKALI.
Dan aku bukan jenis orang tak
makan saman. Satu ayat dah cukup membuatkan aku berfikir sejenak. Tanggungjawab
kau dah lepas. Terserah aku untuk melaksanakannya atau tidak. Aku masih muslim
sunni.
Aku seorang yang mempunyai hati
yang terbuka untuk menerima teguran. Namun aku tak boleh terima kalau caranya
salah. Aku boleh membidas pada saat itu jugak , namun kerana niat kau
sebenarnya membawa kebaikan aku diamkan.
Dan aku tau cara memberi teguran
yang betul. Tapi aku taknak buat kau tersinggung. Aku taknak kau masam muka. Kita
tinggal sebilik. Banyak hari lagi kau nak pandang muka aku. Tak perlulah kau
atau aku nak berdingin sesama sendiri. Susah nanti.
Bukannya esok kita nak graduate
dan berambus dengan cemerlang dari university ni dan tak perlu lagi menghadap
muka toya masing-masing. Lama lagi. Bertahun lagi. Aku diam bukan bermaksud aku
takda perasaan. Tapi sebab aku taknak berdingin.
Dan aku tau yang kau banyak dalil
dan hadis yang kau hafal. Jujurnya aku memang tak pandai guna agama untuk
membahas. Meskipun aku pandai berdebat. Dan aku rasa itu tak perlu. Takkan ada
kesudahan.
Satu-satunya cara ialah aku akan
berdiam diri. Aku akan buat hal aku sendiri. Kau nak buat apa buatlah. Aku dah
tak peduli. Tiada manusia yang sempurna. Tetapi tahulah aku cara nak
sempurnakan diri sendiri. Tak perlu kau kisah. Jangan risau , aku takkan buat ‘line’
antara kau dengan aku dalam bilik ni. Ruang ni masih boleh dikongsi. Dan kau
jangan risau , aku takkan guna ayat :
‘’Kubur lain-lain kan ? jangan
risau bro ! aku takdanya nak curik bantal kau kat kubur nanti ! ‘’
TAK. Jangan risau. Aku takkan
guna. Kau rileks je ek bro J
Chill lah.
-Ikhlas dari seorang pengirim
yang cool-
END
(Cerita di atas takda kaitan
dengan WHYJ. Jangan membuat sebarang spekulasi beremosi sesuka hati)
P/S : Sebenarnya aku pernah guna
ayat ‘’Kubur lain-lain kan ? jangan risau bro ! aku takdanya nak curik bantal
kau kat kubur nanti ! ‘’ tu , saja nak melawak. Tapi takda orang gelak pun. Cis.
Penat cari idea. Last-last aku gelak sorang-sorang.
P/S2 : Kat kubur ada disediakan
bantal ke nanti ?
Titanium screws (5-pin) | TITaniumArt
ReplyDeleteA titanium screw is a combination titanium hair clipper of thunder titanium lights the titanium spork different titanium 3d printer types of teeth to produce titanium nitride coating an elegant combination. With the use of the tips of an aluminum oxide,