7/30/2011

Kekeliruan Jantina ??

(sangat sedih dan terkilan bila mendengar berita kematian Muhd Ashraf @ Aleesha Farhana . sedih bukan sebab kesian pasal hasratnya yang tak tercapai tu. sedih sebab dia meninggal dalam keadaan sedemikian rupa. ok la aku pun tak nak judge lebih2 , sebab kita tak boleh menghukum orang sesuka hati...)



Info yg dipetik dari google ;

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.

***

Info dipetik dari e-fatwa ;

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Isu Kekeliruan Jantina Congenital Adrenal Hyperplasia Dan Testicular Feminization Syndrome. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bagi kes Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) pembedahan jantina untuk kembali kepada genetik asal iaitu perempuan adalah diharuskan oleh Islam kerana ia boleh dilakukan melalui rawatan hormon dan pembedahan.
  2. Manakala bagi kes Testicular Feminization Syndrome (TSF), untuk kembali kepada genetik asal (lelaki) secara pembedahan atau rawatan hormon adalah sukar. Sekiranya individu berkenaan bercadang untuk melakukan pembedahan, ia adalah diharuskan selagimana perbuatan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan samada dari aspek psikologi atau biologi kepada individu tersebut.
  3. Bagi kes Testicular Feminization Syndrome yang dikesan ketika dewasa, individu tersebut boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan jantina mereka diiktiraf berdasarkan fizikal dan genitalia zahir mereka. Pembedahan untuk mengeluarkan testes (sekiranya ada) adalah harus untuk mengelakkan risiko penyakit seperti mendapat kanser. Perkahwinan dengan pasangan mengalami Testicular Feminization Syndrome tidak perlu dipisahkan.
  4. Pakar-pakar perubatan perlu memberi penjelasan, bimbingan dan menasihati ibu-bapa serta individu-individu muslim yang terlibat dengan kes-kes Congenital Adrenal Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome supaya menjalani rawatan bagi mengelakkan permasalahan hukum agama di kalangan umat Islam.

Keterangan/Hujah:
  1. Ambiguous Genitalia dan Testicular Feminisation Syndrome adalah kes-kes kekeliruan jantina bayi yang ada persamaan dengan ciri-ciri khunsa musykil. Ambiguous genitalia adalah individu yang mengalami keadaan ‘kecacatan’ jantina, manakala Testicular Feminisation Syndrome adalah mereka yang mempunyai alat kelamin sempurna tetapi genetiknya berbeza dan ‘cacat’ organ dalaman. Kekeliruan jantina disebabkan dua (2) faktor utama iaitu psikologi dan biologi.
  2. Terdapat dua (2) penyakit disebabkan masalah horman yang mengakibatkan kekeliruan jantina iaitu Congetinal Adrenal Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome. Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) secara genetik adalah perempuan tetapi membesar menjadi seorang lelaki (female pseudohermaphrodite).Ciri-cirinya ialah:

    a.Mempunyai rahim dan ovari
    b.mempunyai hormon lelaki yang berlebihan disebabkan oleh penghasilan hormon ini yang berlebihan oleh kelenjar adrenal
    c.Individu ini akan membesar dengan mempunyai sifat lelaki walaupun secara genetiknya adalah perempuan
    d.Bayi baru lahir yang menghidap CAH selalunya mempunyai Ambiguous Genitalia (kelainan alat kelamin)
    e.Jika dikenalpasti, bayi akan dirujuk kepada pakar endokrin & pediatrik untuk rawatan lanjut (Rawatan hormon dan Pembedahan kecil membetulkan alat kelamin).

  3. Testicular Feminization Syndrome (TSF) secara genetik adalah lelaki tetapi membesar menjadi seorang perempuan (male pseudohermaphrodite). Ciri-cirinya ialah:

    a.Mempunyai paras hormon lelaki yang normal
    b.Tetapi alat kelamin tidak respon terhadap hormon tersebut
    c.Alat kelamin luaran menyerupai wanita
    d.Tetapi tidak mempunyai sistem peranakan wanita
    e.Mempunyai ciri-ciri kewanitaan
    f. Rawatan hormon tidak efektif

  4. Kebanyakan pandangan ulama’ seperti yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh lebih menumpukan kehadiran dua alat kelamin sebagai kriteria khunsa. Keadaan zahir merupakan dasar utama dalam penentuan jantina bagi kebanyakan ulama’. Atas asas ini, bagi kes Ambigious Genitalia kriteria yang ada kepada kanak-kanak mungkin boleh diklasifikasikan sebagai khunsa musykil.
  5. Namun bagi kes Testicular Feminisation Syndrome, kebanyakan mereka mempunyai alat kelamin sempurna, hanya segelintir terpaksa menjalani pembedahan kerana kehadiran testis pada groins (bahagian luar alat kelamin kanak-kanak). Bayi ini lahir pada zahirnya adalah jelas memiliki alat kelamin lelaki atau perempuan tetapi genetiknya adalah jantina berlawanan dengan jantina biologi mereka dan mengalami ‘kecacatan’ organ dalaman seperti ketiadaan rahim. Pakar perubatan mendapati bahawa kelainan jantina bayi atau genetik yang bertentangan dengan jantina biologi menyebabkan individu itu tidak boleh dianggap sebagai lelaki atau perempuan.
  6. Ulama’ Fiqh membahagikan khunsa kepada dua; khunsa wadhih dan khunsa musykil. Khunsa wadhih ialah khunsa yang nyata memiliki tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan dan dapat dibezakan sama ada lelaki atau perempuan semasa bayi oleh warisnya melalui pemerhatian sifat dan ciri alat kelamin tersebut atau berdasarkan dari alat yang mana satu tempat keluar air kencing terlebih dahulu. Jantina dapat dikenalpasti dengan jelas berdasarkan yang mana alat yang lebih dominan berbanding dengan yang satu lagi yang kurang.
  7. Manakala Khunsa musykil ialah individu yang mempunyai dua alat kelamin dan air kencing keluar serentak dari kedua-dua alat tersebut dan identiti jantinanya sukar dibezakan atau hanya dapat dibezakan setelah baligh. Musykil ini hilang apabila dapat ditentukan dari mana tempat mula keluar air kencing atau kuantiti yang paling banyak atau dikira yang paling akhir berhenti. Jantina mereka juga boleh ditentukan setelah baligh dengan tanda-tanda yang dikenal pasti sama ada memiliki ciri-ciri kewanitaan (seperti kedatangan haid) atau kelelakian (seperti tumbuh janggut dan misai).
  8. Dalam kes ketidaktentuan jantina seperti ini, syarak memberi pengecualian kepada golongan khunsa musykil untuk menentukan jantina melalui pembedahan dengan syarat disokong oleh keterangan pakar di bidang tersebut. Kelonggaran adalah khusus sebagai ‘maslahah’ atau demi kebaikan bagi membolehkan individu itu dapat menjalani kehidupan dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim dengan lebih sempurna.

***

[ULASAN AKU TIADA KAITAN DENGAN ALLAHYARHAM MUHD ASYRAF] ->


WHYJ : aku dah pun ulas pasal khunsa , gay , pondan dan lelaki sopan dalam entri yg lepas2 , so taknak la ulang untuk entri kali ni. cuma , pelik . pelik ya amat-amat. pelik sesangat-sangat. apasal dengan dunia sekarang ni ?

andai kata dia khunsa musykil , dia ada dua jantina . kita dah boleh tentukan jantina dia lepas baligh. lihat kecenderungan perlakuan , air kencing , dan sebagainya. khunsa wadhih tu dah sememangnya mudah ditentukan jantinanya.

TAPI , kalau sejak lahir dah memang ada satu jantina, contoh , bayi lelaki , memang sudah ada anu masa kecik. bila dah besar sikit jadi lembut2. cek2 doktor ada chromosome itu dan ini tak betul (macam info yg kt atas) . lepas tu ada gen itu dan ini tak betul. kenapa tak redha je ?

selagi tak bagi kemudharatan dalam kesihatan tak perlu la nak buat apa2 rawatan kan ? perlakuan yg lembut semulajadi kerana ketakseimbangan hormon tu bukan masalah kan ?

JADI , kenapa nak tukar jantina ? kenapa nak jadikan anu sama macam perempuan ? padahal kelakuan yg lembut itu boleh dibentuk. rawatan emosi boleh dibuat dengan berjumpa pakar2 kaunseling atau para ulamak.

kalau tak buat rawatan kelakuan atau emosi sekalipun la kan , nak jadi lelaki lembut tak salahkan SELAGI KITA TAK MELANGGAR FITRAH KEJADIAN KITA. selagi kita tak melanggar hukum syarak SEKIRAnya memang hormon kita menjadi penyebab kelembutan kita. HARAM hukumnya sekiranya kita mengubah ciptaan Yang Maha Esa.

Kalau memang anu dari kecik memang lelaki , pakai lah baju lelaki. biasakan diri untuk bercakap seperti lelaki. buat apa yang lelaki biasa buat. kalau nak berlembut , ikut cara nabi. bukan jadi bapuk. bukan jadi pondan.

berlembut bila berbicara ketika berhadapan dengan yg lebih tua. berlembut apabila memberi teguran atau nasihat. bukan berlembut tak kena tempat.

tetapi andai kata nak salahkan hormon punya pasal , nak jadi lembut dan sopan pun takda masalah SELAGI tak melanggar hukum syarak. kena pakai baju lelaki. buat cara lelaki. kelakuan pun ikut cara lelaki sejati. cuma kalau percakapan yg lembut sepanjang masa tu nak buat macam mana. ATLEAST tak melanggar hukum syarak.

-

p/s : Moga-moga kita semua mati dalam keadaan husnul khotimah. Insyaallah.

p/s2 : Semoga Allahyarham Muhd Asyraf ditempatkan bersama orang2 yg mendapat keampunan dan keredhaan Ilahi. Amin.

p/s3 : Aku still tak tahu lagi , Allahyarham Muhd Asyraf ni khunsa ke lelaki normal ? ada sesiapa tahu ? tolong bagitau aku please ?

________________________________________________________

OH . AKU DAH TAMBAH RUANGAN UTK KOMEN. SO KORANG BOLEH LA TERUS KOMEN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK KORANG YG DAH SEDIA LOG IN TU :)


7/26/2011

Berusaha Berjaya

(kebanyakan kem2 atau ceramah motivasi yg aku pernah pergi sepanjang penglibatan aku dalam pembelajaran dari sekolah rendah hingga la ke sekolah menengah , langsung tak memberi kesan motivasi langsung kat diri aku. serius. melainkan aku yg 'push' diri aku sendiri untuk belajar)

serius. tak tipu. ada jugak ceramah2 yg saja buat2 pelajar menangis masa darjah enam. aku pun ada la basah2 mata jugak masa tu , tapi bukan pasal belajar atau dosa kat mak bapak ke , bayangkan ibu bapa sudah tiada ke apa. tapi cerita yg dia cerita dalam slot tayangan tu yg buat aku sedih.

mata aku memang mata besi. paling susah nak keluar air mata kalau bab2 ceramah atau apa saja la. bazir je buang air mata camtu kalau diri sendiri still tak nak berubah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [Ar-Ra'd 13:11]

Jadi aku sentiasa cari inisiatif demi inisiatif untuk bagi motivasi kat diri aku sendiri. dan kebanyakan dari Pak Cik Google. aku tekan je la ceramah jenis apa aku nak dengar , then dia akan bagi bermacam2 pilihan :)

Salah satu dia yg ini ;

Nampak je macam video nasyid accapella biasa , video kualiti rendah , audio teruk , lirik tak berapa dengar (tapi jangan risau , aku ada share lirik kat bawah video ni) . korang dengar la , bestt. daripada la korang asik dengar korea plastik tu , sampai bila bila pun tak habis. (ecehh. cakap orang dia pun sama) takda la , sekali sekala kita ber-astro aosis , apa salahnya ? :)

lagu ni betul2 bagi semangat kat aku , yeah , go go go ! Hindari rasa malas ~

NASYID accapella
Johan festival kemerdekaan 2007
DAMAI NURANI (SMKBTP)
LAGU: Berusaha Berjaya
Pertandingan Nasyid di Sek.Men. Agama. Rawang (SAMER)





Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

(Lagu asal oleh : Hijjaz)


p/s : lagu ni lagu lama. kalau bagi yg peminat nasyid sejati , maybe diorang akan kata , ''ehh mamat ni baru nak dengar lagu ni ?? ketinggalan bas ke dia ni ? '' .

Alahai , aku mana la beli semua album hijjaz sejak dulu sampai sekarang. aku dengar radio je. youtube je. aku tak kaya boleh beli album nasyid banyak2 :)

p/s2 : Semoga lagu ni memberi inspirasi kepada korang jugak ! ^_^

P/s3 : Majulah nasyid untuk negara .

7/24/2011

Suburkan hati sesuci serbuk pencuci

(hati oh hati . hati yg comel . hati yang muda . hati menarik jiwa dan raga . cantik menarik tertarik kau memang gerek . hati yang menggeletek . hati oh hati . berhati - hati lah di jalan raya...)

[Awas! Hantu di depan! Lajukan kenderaan anda!] -petikan filem 'Karak'

***

ok ok . semua yg kat atas tu takda kaitan pun dengan apa yg aku nak tulis. saja nak bersenandung je. nak amik 'feel'.

Question : Eh ? hari tu kata nak stop blogging buat sementara ? kata nak fokus spm ? ni asal sambung balik ? ngada-ngada ? bajet ?

Whyj : Eh suka hati aku lah. aku punya blog. aku punya sukalah. haha. lagi pun semakin dekat kita dengan spm , kita seharusnya study smart . not study hard sampai nak bukak blog pun tak boleh. bak kata ustazah aku. jadi pandai2 la bahagi masa. ;)

***

Berbalik kepada soal 'Hati' . (macam tajuk cerita Soalnya Hati la plak) . Hati ialah salah satu organ terpenting dalam tubuh badan kita. Hati kita terletak di... err... di....apa aaa...di .... di kawasan semenanjung pergunungan Kinabatangan... haha. pandai2 korang la carik hati kat mana.

Jadi hati bukan sahaja berfungsi sebagai mesin fizikal semula jadi dalaman kita , malahan berfungsi sebagai 'sesuatu yang tak dapat kita gambarkan , kita terangkan , walaupun dengan sains'. Am i right ? sebab apa ? sebab ia berhubung dengan akal yg ada di otak. mereka bersaudara. berkerja bersama. fungsi otak (selain yang sedia maklum , sudah diterangkan oleh sains) sangat banyak. dan kebanyakannya masih belum dapat di terangkan oleh para saintis.

ok. lets straight to the point...

An-Nu’man bin Basyir berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhah / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)


***

Aku ada tengok satu filem hindi yg bertajuk '3 Idiots' yg baru diterbitkan setahun yg lepas. filem ni sangat brilliant bagi aku. terlampau banyak pengajaran berbanding dengan filem hindi yg lain , banyak bogel (tak cukup kain baju) , pastu melalak terjoget sana sini ala-ala monkey. filem ni memang la ada jugak scene2 yg macam tu , tapi tak la banyak dan lebih banyak input daripada filem2 lain.


salah satu scene yg aku tertarik dengan dialognya ialah (lebih kurang macam ni la dialognya , aku pun dah lupa-lupa sikit) ;

Raju : Hey Rancho , kau tak risau ke dengan exam yg dah semakin dekat ni ? buat apa kau tolong siapkan si Jobo punya projek ? lebih baik kau ulangkaji apa yang patut daripada buat benda tak berfaedah tu.

Racho : Raju , tenang. aku tahu apa aku buat. (dia meletakkan tangan kanannya di dada) ''All izz well'' . ''All izz well''. ''All izz well'' . Segalanya akan selesai.

Raju : Hey Rancho , kenapa kau buat macam tu ? (tertanya-tanya)

Farhan : Ya ya ! Apa maksud ''All izz well'' ?

Rancho : (tersenyum) Biar aku ceritakan...

Dikawasan rumah aku ada seorang jaga yg tua. dia akan mengelilingi perlahan-lahan kawasan rumah aku setiap hari untuk memastikan tiada apa yg mencurigakan. apabila dia sudah selesai mengelilingi rumah aku , dia akan menjerit sekuat hati , ''All izz well !!!'' dalam nada yg pelat . dan semua penduduk yg mendengar , akan tidur dengan nyenyak tanpa sebarang kerisauan.

pada keesokan paginya , penduduk telah digemparkan dengan satu kes kecurian dalam salah sebuah rumah. polis bertanya bagaimana pencuri boleh masuk sedangkan ada jaga yg bertugas setiap malam? rupa-rupanya setelah disiasat , jaga tua yg bertugas mengawal keselamatan kawasan rumah itu selama ini adalah seorang yg buta. penduduk selama ini telah tertipu dengan perkataan ''All izz well'' yg selama ini dianggap selamat oleh mereka.

(Rancho tersenyum kembali)

Pada saat itu baru aku tersedar , yang hati kita adalah seorang yg penakut . kita sering tertipu dengan hati kita. Jadi setiap kali ditimpa pelbagai masalah ,kita hanya perlu katakan ''All izz well'' ! (sambil meletakkan tangan di dada).

Farhan : ''All is well'' !

Rancho : Bukan! Bukan! sebut , ''All izz well...''

Raju : Tapi ianya tidak dapat selesaikan masalah lah Rancho. Masalah tetap tidak akan selesai.

Rancho : Tapi sekurang-kurangnya ia dapat menenangkan hati kita bukan ?

***

haaa lebih kurang camtu la dialognya. aku sangat bersetuju dengan apa yg dikatakan Rancho. hati kita adalah seorang yg penakut. kita sering tertipu oleh hati kita. kita sering mengikut apa yg diarahkan hati kita.

contohnya , kalau kita takut akan hantu. secara tidak langsung kita akan takut akan gelap. kita akan takut untuk masuk ke tempat2 yg gelap. walhal , itu hati kita yg cakap. tempat tu biasa saja. tiada apa yg patut kita takutkan.

get it ?

contohnya , kita sering rasa risau bila saat untuk diumumkan pemenang sesuatu pertandingan yg kita sertai , hati mesti berdebar2 , kaki tak boleh duduk diam , asik nak bergoyang sana , goyang sini. kadang2 tu sampai tutup muka , padahal telinga yg bakal dengar pengumuman tu nanti. bukannya mata. tapi mata pulak yg kita tutup. cuba kalau kita bisikkan kat hati kita ''All izz well'' , mesti kita rasa tenang je. (bagi aku , cara ni mujarab. bagi korang taktau la)

-

tapi ''All izz well'' tu cara filem hindi tu. kita sebagai orang islam , lebih baik guna yg ini ,

''Bismillahi tawakkaltu allallah'' : Dengan nama Allah , aku bertawakal :)

-

cuba kalau hati kita dah biasa tenang. percakapan jadi kurang. perhatian kepada apa yg kita buat menjadi lebih fokus. takda la sibuk nak kacau orang sana , kacau orang sini . ngumpat sana , ngumpat sini. kita boleh tengok tahap ketenangan seseorang daripada air mukanya. betul...tak tipu.

kalau hati tu dah jadi kotor , penuh dengan titik hitam , nescaya segala apa yg keluar dari mulutnya adalah nonsense. tak bermoral. tak memberi manfaat kepada orang. bahasa teruk dan macam2 lagi lah.

belum sentuh pasal kelakuan lagi. cara pemakaian. ada yg cepat melenting apabila ditegur.
contoh , seorang perempuan tidak memakai tudung. seorang lagi memakai tudung. perempuan yg bertudung menegur perempuan yg tidak bertudung supaya bertudung. perempuan yg tidak bertudung melenting dan mengatakan , 'kau yg pakai tudung ni bukannya baik sangat. mulut pun macam *******' . perempuan yg bertudung itu mungkin mempunyai perlakuan sedikit kasar , tetapi ATLEAST dia sudah bertudung . dia dah jalankan tanggungjawab dia.

yg tidak bertudung ni , sudahlah tak tutup aurat , lepas tu melenting pulak bila ditegur. bila guru yg menegur atau siapa saja yg menegur , kata belum bersedia la , kata belum dapat hidayah la , macam macam...

(haishh...aku malas nak bahas bab bertudung ni sebenarnya , tapi entah camna boleh termasuk)

sambung balik bab hati...

hati ni , kalau dah penuh dengan kebencian , dunia pun boleh hancur. percaya tak ?

HATI KITA NI BESAR PENUMBUK KITA JE. TAPI BILA DAH PENUH DENGAN KEJAHATAN , BUMI SEBESAR ALAM NI PUN BOLEH HANCUR.

percaya atau tidak HATI LEMBU KORBAN YG SEBESAR MANGKUK COLGATE PERCUMA TU PUN TAK MAMPU NAK BUAT MACAM APA YG HATI KITA BOLEH BUAT, DIA CUMA BOLEH MAKAN RUMPUT JE...

hebat sungguh hati ni. jadi kita kenalah berhati-hati agar hati kita terjaga seperti hati-hati orang yang penuh dengan keimanan di dalam hati mereka kerana hati mereka mencontohi hati Rasulullah yang hatinya adalah al-quran... berapa banyak aku nak sebut hati haa...


p/s : ehh hati aku bukannya baik sangat pun untuk cakap pasal hati ni. tapi tak salahkan kalau nak jadikan hati aku ni baik? apa salahnya sekali sekala aku tengok astro oasis ? . aku cuma nak kaitkan je apa yg aku faham pasal hati melalui filem hindi '3 Idiots' tu dengan pemahaman aku. tu je.

p/s : melenggang hai melenggang dengan tali lenggang , kalau baik HATI nanti orang pun sayang , ewah~~ ! ^__^

7/21/2011

Hidup harmoni bersama status facebook

(actually , banyak benda yg aku teringin nak post kt blog ni. pasal dunia. pasal kehidupan. pasal sosiologi manusia terhadap alam. sifat manusia. kesilapan manusia. politik. alam sekitar. binatang. haiwan ternakan. zoo. zirafah. gajah. dinosour. aaa apa lagi apa lagi.... tapi apakan daya. aku sememangnya seorang yg perasan busy...)

ok kita abaikan sejenak makhluk yg perasan busy tu. kita singgah sebentar ke 'perkampungan ideolisme' yg memikirkan mengapa...

Makhluk yg bernama manusia , lebih2 lagi pra-remaja *13-15* , sering menjadikan status facebook sebagai tempat yg begitu beremosi .

contoh ; (status ciptaan whyj ni takda kaitan dengan yg hidup atau bangkai bernyawa)

ok contoh ; ''Weii shiall, koe engat akuew batark shangat ke harh dgn balark koe tue ???? muKa pown macham tapark kakiy akuew. Jangan nark mEnggelabah shangat ark kaN ! Weii k*m*rk! diew tue yg terhegey2 kat akuew laH weyh!''

-

(a) From the example that have been given , state one your observation.

Answer : Bodoh.

(b) State one inference that can be made based on your answer in (a).

Answer : Sebab ayat tu sangat bodoh macam si penulis ayat tu jugak.

-

sebabnya :

1. Menyalahgunakan status facebook sebagai tempat mengutuk orang.

2. Menggunakan perkataan kasar dan kesat serta tidak mengikut standard piawaian negeri yg ditetapkan whyj bla bla bla....

3.Merosakan kosa kata dan ejaan bahasa melayu yg sangat ku sanjungi.

4. Membuat kan aku rasa loya dan nak termuntah setelah membaca statement yg macam budak tak sekolah lalu berkawan dengan mat rempit serta merokok lalu gelap lah masa depan kemudian bla bla bla...

5. Merosakkan tandas awam. (takda kaitan? ADA. sebab bila aku muntah , jamban tersumbat. muntah aku bukannya sikit , banyak ohh. ikut bilangan huruf yg ada kt statement si dungu tu)

-

ok bukan tu sajaa , bila si dungu tu dah post kan statusnya yg megah dan penuh dengan perbendaharaan kata yg kaya dengan keindahan bahasanya , maka kawan2 si dungu pula akan menyahut dengan....

contoh :

''Weii shiall, koe engat akuew batark shangat ke harh dgn balark koe tue ???? muKa pown macham tapark kakiy akuew. Jangan nark mEnggelabah shangat ark kaN ! Weii k*m*rk! diew tue yg terhegey2 kat akuew laH weyh!''

[Kawan Si Dungu A commented on Si Dungu wall post]
: Weyhh , koew napew doeh ?! sapew bikin koew panasz nieh ?!

[Kawan Si Dungu B commented on Si Dungu wall post]
: weii Asall ???????????? <--punya la byk tanda soal dia--

[Kawan Si Dungu C commented on Si Dungu wall post]
: Keshian koew doeh , tapew2 , besork shiap arh diew!!!!

-

(a) From the example that have been given , state one your observation.

Answer : Bodoh.

(b) State one inference that can be made based on your answer in (a).

Answer : Sebab ayat tu sangat bodoh macam si penulis ayat tu jugak.

-

haha adoi ! apa dungu la budak2 zaman sekarang ni ? kenapa suka buat ayat macam budak tak sekolah ? suka tukar2 ejaan ? ingat comel lah tu buat perkataan camtu ? cool ? spelling on the top ? pastu bajet diri teraniaya ? mintak member sekalian umat kesian ? alahai malangnya nasib ? nak balas dendam ? pastu ingat ramai friends nak tekan 'like' ?

-

wahai adik-adik ku sayang... permata hatiku...
ini cerita penuh pengajaran , untuk didengar para semua...
setiap peristiwa ada hikmahnyaa... jeng jeng jeng jeng !

by : Raihan | title : tak ingat (cerita kanak2 masa bulan puasa)

-

jadi adik2 ,

sepatutnya tulis la sesuatu yg :

1. berbentuk pengetahuan semasa ke , pengetahuan am ke , info terkini ke , perkara penting yg baru berlaku ke , kan baguss....

2. memberi semangat dan motivasi kepada friends2 anda yg ribu-ribu tu ke...

3. sesuatu yg berbentuk religi ke , kongsikan sesuatu yg berbentuk dakwah ke , agama ke , hukum2 ke , makanan yg diragui kehalalannya ke , info ugama terbaru ke , kan bestt....

4. tak pun bagi la status yg berbentuk pujiann ke , bila kawan kita baca , dia terasa , kemain sukaa lagi diaa . tak pun sesuatu yg romantik utk di baca ke :P tak pun sesuatu yg lawak. kan seronott...

5. tak pun post la benda2 yg dipersetujui oleh orang ramai. bila friends2 baca , diorang pun akan turut setuju. dan diorang akan tekan like. maka status korang akan dikategorikan sebagai 'status bijak'. orang yg baca mesti akan cakap 'betul ! betul ! betul !'

6. tak pun paling kurang la kan , korang post sesuatu yg bertujuan menanyakan sesuatu kepada kawan korang kerana korang memang takda kedit untuk bagitau perkara tu dalam phone :) jangan lupa tag nama dia sudah...

-

jadi , gunakanlah teknologi yg ada dengan lebih bijak ! -whyj-

p/s : Tuai padi antara masak.. esok jangan layu-layuan.. intai kami antara nampak.. esok jangan rindu-rinduannn.... (takda motif)

p/s2 : aku taktau kenapa aku letak title post ni ''hidup harmoni bersama status facebook'' ~
punya damai la tajuk dia...