Aku telah membunuh.
Aku bagaikan tak percaya apa yang telah aku lakukan. Aku
telah membunuh satu nyawa. Apa yang harus aku lakukan ? Kemana harus aku
sorokkan mayat ini ? Kalau orang lain dapat tau macam mana ?
Aku cuba mengingati kisah Habil dan Qabil. Seekor gagak
telah mengilhamkan dia untuk menanam saudaranya. Jadi , patutkah aku tanam
mayat ini ? Tidak sia-siakah ? Selamatkah aku dari diketahui orang ?
Oh Tuhan . Aku telah membunuh satu nyawa . Kemana harus ku
bawa dosa ini . Dosa ini telah tercalit dengan dakwat kekal berwarna hitam jauh
di lubuk hati. Memadam semua putih kebaikan dalam diri. Aku perlu kembali. Aku
perlu pulang kepangkal jalan.
TAPI !
Tapi dia yang mulakan dulu. Dia yang memulakan
pertelingkahan ini. Aku hanya cuba melindungi diri sendiri. Tapi aku tak sangka
, hunusan tangan ini membawa kepada kematian. Dosakah aku ?
Tapi semua tu tak peting sekarang! Yang penting , apa harus
kubuat dengan mayat ini. Perlukah aku tanam dia ? atau kubakar ? atau
kulemaskan saja ? apa yang harus kulakukan agar tidak diketahui sesiapa ?
Tapi…Allah Nampak. Allah tau.
Arghhh. Jadi semua ini sia-sia. Tiada tempat yang Allah tak
Nampak dan Allah tak tahu. Maka silaplah aku jika cuba mencari idea sebodoh
itu. Aku juga belajar agama. Tapi hari ini , agama dalam diriku telah terpalit
satu dosa. Dan ia tidak dapat dipadam melainkan dengan satu cara.
Aku harus bertaubat.
Aku harus memohon ampun kepada Allah.
Aku harus memaafkan diri sendiri. Karna , jika hari ini aku tidak memaafkan
diri sendiri , nescaya aku akan dihantui.
Dihantui dosa semalam.
Yang menjelma dari dalam diri. Jiwa
yang sering menyalahkan diri sendiri. Menangis pun tiada guna. Nasi sudah
menjadi bubur. Aku harus keringkan air mata secepat mungkin. Aku harus uruskan
mayat ini dengan cara yang betul. Dan aku akan kembali , duduk di atas sejadah
, kurapikan songkok dan rambut , memohon sebuah keampunan dari Yang Maha Esa .
…
Selesai sudah penyempurnaan mayat ini. Tiadalah guna aku
bermuram durja. Ini sudah ketentuan. Dan ia tertulis bahawa hari ini aku telah
membunuh seekor nyamuk. Niatku ingin menghalau , tidak ku sangka tepisan tangan
ku telah membunuhnya. ia terpalit
darahku sendiri yang dia hisap , keluar dari perutnya yang halus. Maafkan aku
nyamuk…
END
P/S : Allah itu Maha
Melihat Lagi Maha Mengetahui setiap apa yang kamu kerjakan meskipun kamu hanya
membunuh seekor nyamuk kecil yang gemuk lagi boyot selepas menyedut darah kamu sehingga kenyang.
P/S2 : Nampak macam cerita takda motif. Tapi aku sebenarnya
nak sampaikan satu mesej saja iaitu Allah itu Maha Melihat. (walaupun aku tak
cukup kreatif)