2/26/2011

Hukum berhibur , muzik dan nyanyian menurut Islam

(*bunyi cengkerik*...... di suatu petang yang sunyi sepi , kucing ku yg sedang lena tidur di kejutkan dengan suatu teriakan yang keras....

'Im go to the Hollywood!!!!!!'

riang ku yang keriangan sebentar tadi kemudian hilang sedikit demi sedikit. garis-garis senyuman ku kian hilang. entah mengapa. hati ku menjadi suram. terdetik suatu suara aneh *seakan-akan suara ustaz di dalam rancangan 'Halaqah' di TV9 'dekat dihatiku' . kemudian timbul satu persoalan...)

betul ke apa yg aku buat ni ? tanya ku kepada diriku . aku teringat kembali akan semua nasihat yg telah aku baca , aku dengar dan aku lihat . lantas aku mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebuah rancangan realiti tv di sekolah ku , walaupun aku sudah berjaya memasuki ke peringkat akhir. (bila pulak skolah aku buat rancangan realiti tv ni? haha. act , tu pertandingan nyanyian je. hehe.)

ok. tanpa berlengah dan membuang masa lagi , mari kita teruskan dengan tajuk utama iaitu...

HUKUM BERHIBUR , MUZIK DAN NYANYIAN MENURUT ISLAM

Al-Imam Al-Ghazali pernah menegaskan dalam Ihya' Ulummudinnya bahawa "orang yang tidak tersentuh hatinya kerana mendengar nyanyian yang merdu adalah orang yang kurang dan tidak normal" . Orang yang seperti itu (yang tidak tersentuh kepada irama dan nyanyian) adalah jauh dari hal-hal yang bersifat rohani (batin/jiwa) dan mereka ini juga tidak peka terhadap sesuatu.

Persoalannya: Jika kecenderungan manusia terhadap irama muzik, lagu dan nyanyian itu menjadi antara faktor penting kepada dorongan hati dan fitrah semulajadi manusia ciptaan Allah itu. Apakah wajar agama itu datang untuk memerangi sesuatu yang disukai naluri manusia (yang memang diciptakan Allah sedemikian) dan menimpakan bencana kepada mereka?

Jawapannya: Sama sekali tidak. Agama itu datang untuk mendidik, mengasuh, mengangkat dan menjuruskan kita kepada kebenaran. Al-Imam Ibn Taimiyah pernah menyatakan "Sesungguhnya para Nabi itu diutuskan Allah bagi menyempurnakan akhlak, fitrah manusia dan kemudian memantapkannya lagi, bukannya untuk menukar ganti serta merubah sesuatu kepada yang baru".

Insiden ketika Rasulullah Saw datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah telah dua hari berpesta, bermain dan bergembira. Lantas Rasulullah Saw bersabda (bertanya): "Untuk apa anda gunakan selama dua hari ini?"

Mereka menjawab:"Untuk kami bermain dan bersuka ria kerana permainan ini telah diwarisi turun temurun dari zaman Jahiliah lagi"

Kemudian Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah Swt telah menggantikan untuk anda semua (dari permainan zaman jahiliah itu) dengan sesuatu yang lebih baik dari dua hari itu, yakni dua hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha" Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i

Allah swt berfirman yang bermaksud;

“Dan di antara manusia (ada) orang mempergunakan ucapan yang tidak berguna.” (Luqman: 6)

Abdullah bin Mas’ud bersumpah bahawa yang dimaksudkan dengan kata lahwul hadith (memperguna ucapan yang tidak berguna) adalah nyanyian atau lagu.

Rasulullah saw bersabda;

“Sesungguhnya akan ada segolongan orang dari kaumku yang menghalalkan zina, kain sutera, khamar, dan alat muzik” (Hadith Sohihyyah)

Khilaf ulama tentang Alat Muzik yg Haram

Ada Ulama yang berpendapat bahawa Seruling, Gitar dan Gendang adalah dilarang kerana ia merupakan simbol bagi anak-anak muda yang suka berfoya dan ada antara alat itu juga menyerupai wanita.

Namun, keharusan menggunakan Gambus dan Rebana adalah berdasarkan kepada beberapa hujah dari ulama yang membawa riwayat-riwayat dari para sahabat Rasulullah Saw dan ulama-ulama terkenal. Abu Al-Fadl bin Thahir dalam karyanya As-Sama' menyatakan tidak ada perselisihan antara ahli Madinah dalam mengharuskan Gambus. Ibn Tahir juga menyatakan perkara yang sama dan inilah pendapat yang dipersetujui oleh seluruh golongan Az-Zahiriyyah.

Al Mawardi meriwayatkan bahawa sebahagian golongan Asy-Syafiyyah juga mengharuskan alat muzik Gambus dalam mengiringi nyanyian. Riwayat yang sama ini juga disampaikan oleh Abu Al-Fadl bin Thahir, Ibn Ishaq Asy-Syirazi, Al Asnawi dalam karyanya Muhimmat, Ar Rauyani, Ibn Al-Mulaqqan dalam karyanya Al-Umdah, Ibn Thahir, Al-Adfawi dan begitu juga Asy-Syeikh Izzuddin bin Abd Salam, Al-Afdawi dalam karyanya Al-Imta dan Abu Bakar bin Al-Arabi. Kesemua mereka ini juga berpendapat mendengar nyanyian yang diiringi muzik gambus dan rebana adalah diharuskan. Apa-apa yang selain dari alat muzik yang diharuskan adalah dilarang.


Timbul persoalan adakah tarian majmuk, tarian kebudayaan kaum dan band ini adalah haram???

1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,

Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.

2.Hiburan yang memuja Allah swt,

Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsur-unsur memuja Allah dan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.

3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,

Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.

4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,

Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.


Kita masuk dalam persoalan adakah tarian majmuk, tarian kabudayaan kaum dan band itu adalah haram???


TARIAN MAJMUK

- Tarian in adalah tarian antara kaum yang menghimpunkan kaum cina, iban, melayu, India dan lain-lain. Penghibur pada tarian ini juga tidak ada had limited (penghalang). Siapa-siapa pun boleh join, lelaki ataupun perempuan. Madhu’ (penonton) boleh bercampur dan bebas menikmati tarian tersebut.

KONSERT BAND

- Konsert yang dipanggil band merupakan kegemaran anak muda masa kini sehinggakan konsert ini bukan sahaja dipelopori oleh budak-budak U tapi di kampung-kampung/bandar-bandar juga telah menular konsert yang telah ditaja oleh yahudi dan barat ini. Alat muzik dalam hiburan ini confirm adalah alat muzik yang dipetik dan ditiup. Hiburan ini juga adalah hiburan orang-orang kuffar dan kafir yang dipelopori di nega-negara barat.

Firman Allah swt yang bermaksud;

“Agama kamu adalah agama kamu, agama kami adalah agama kami” (Al-Kaafirun: 6)

Maksud ayat Allah di atas adalah bertujuan mengharamkan sama sekali mengikut jejak langkah golongan kafir (barat) dari segi hiburan, pemakaian, pemikiran sekular dan sebagainya.


Kesimpulan oleh Whyj ;

Maka fahamlah sudah akan kita tentang permasalahan ini . Namun bagi aku sendiri , dakwah itu banyak cabangnya dan banyak caranya. Dakwah tidak semestinya hanya dilakukan oleh ustaz dan ustazah. Dan dakwah tidak semestinya hanya perlu dilakukan di dalam masjid dan program2 agama. Dan cara hidup islam tidak semestinya hanya boleh dilakukan oleh orang yg dikategorikan sebagai 'alim' dan 'baik' sahaja.


Semua orang pun boleh buat. Semua orang pun boleh amalkan. Tak perlu rasa malu tak perlu rasa segan. Kadang2 aku tengok orang perempuan malu nak pakai tudung kat luar sekolah. kenapa ? malu kawan2 ejek 'alim' ? alim pun nak malu ke ? (dah masuk tajuk lain dah... hehe. takpe kan ? )

Kalau kawan2 taknak amalkan , biarlah. asalkan kita dah buat. bukan sebab kita nak jadi ustaz , bukan sebab kita nak tunjuk baik. tapi sebab kita islam. Manusia ini sifatnya tidak sempurna. tiada yg sempurna. semua orang ada kelemahan. semua orang ada dosa (kecuali nabi yg bersifat maksum).

Jadi marilah kita mengamalkan gaya hidup seperti abang hamka (abg keretamayat. hehe..) iaitu 'Gaya pulang ke pangkal jalan' . semua orang akan mati , semua orang akan jadi mayat . jadi tak salah kalau kita berpesan-pesan kepada kebaikan kan ?

Ingat , Dakwah itu tidak tertakluk kepada terma dan syarat. :) Semua orang boleh !

p/s : aku juga berpesan kepada diri aku sendiri . supaya aku tidak termasuk dalam golongan orang yang cakap tak serupa bikin (entri sebelumnya)


p/s2 : aku sendiri taktau kenapa aku cerita pasal tudung di akhir entri ni . terasa awkward la pulak . haha .

p/s3 : aku sebenarnya tak berani nak berbicara soal hukum sebab aku bukan seorang ustaz . aku juga bukan lah seorang student di universiti islam yang bertauliah. tapi hak untuk berdakwah terletak di tangan semua orang. semua entri yang aku post , aku ambil dari sumber2 yang aku yakini kesahihannya.



2/22/2011

Hukum Cakap Tak Serupa Bikin ?

(aku merenung ke langit batu sambil baring menelentang beralaskan bantal lengan. aku cuba bermuhasabah diri sendiri ketika itu. Ingin sekali aku kongsikan di dalam blog. tapi, bagaimanakah untuk memperbetul kesalahan orang lain sekiranya kita tidak memperbetul kesalahan sendiri ?)

haa. itu la yg dinamakan cakap tak serupa bikin. nasihat orang sana , nasihat orang sini. diri sendiri pun sentiasa buat salah. aku sentiasa sedaya upaya cuba untuk jaga teguran aku kpd orang lain supaya benda tu tak terkena batang hidung sendiri. (yaa. baru nak cuba sebenarnya. heh.)

daripada terjemahan kitab riadhus salihin oleh salim bahreisy


m/s 207 jilid 1 tentang : berat siksa org yg menganjurkan kebaikan dan mencegah munkar,tetapi perkataannya menyalahi perbuatan (macam cakap tak serupa bikin laa.)


firman Allah:
maksudnya:Apakah kamu menyuruh org2 berbuat kebaikan,padahal kamu melupakan dirimu sendiri,sedangkan kamu membaca kitab,tidakkah kamu berakal?
(al-baqarah 44)

firman Allah:
maksudnya:hai org2 beriman,mengapakah kamu berkata apa yg tidak kamu perbuat.sungguh besar murka Allah jika kamu berkata apa yg tidak kamu perbuat.
(as-shaff 2-3)

Abu Zaid(usamah) bin zaid bin haritsah r.a berkata:

saya telah mendengar rasulullah s.a.w. bersabda: seorang di hadapkan di hari qiamat.kemudian di lemparkan ke dalam neraka ,maka keluar usus perutnya,lalu berputar-putar di dalam neraka bagaikan himar yg berputar di sekitar penggilingan maka berkerumun ahli neraka padanya sambil bertanya : Hai Fulan,mengapakah engkau, tidakkah engkau dahulu menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar? Jawabnya: benar,aku dahulu menganjurkan kebaikan ,tetapi tidak aku kerjakan,dan mencegah mungkar tetapi aku kerjakannya.
(hadis muttafaqun'alaih)

muttafaqun'alaih bermaksud hadis yg di sepakati oleh ulama' .



haa . maksud hadith kat atas bukan la maksudnya kita tidak perlu mengerjakan dan menyuruh kepada yg baik. tak yaa. ia lebih kepada menyuruh kita berhati-hati dalam setiap tata tutur bicara kita . jangan la kita terlalu ghairah dalam mencegah kemungkaran sedang diri kita masih lagi dalam kemungkaran. kita perlu memperlajari ilmu - mengamalkannya - kemudian baru lah kita menyampaikannya (penulis menasihati pembaca dan juga dirinya sendiri . hehh. well , im not Mr Perfect . like you. yeah. like you.)

Adakalanya mungkin jugak kita dah buat benda tu , tapi cuma tak konsisten.. (ya saya faham perasaan anda..) atau dalam istilah arab - tak istiqomah- . itu lah yang dinamakan iman. iman yang ada dalam manusia. ada turun naiknya. bukan macam malaikat. tak naik dan tak pula turun.

tapi jangan la jadikan alasan 'iman aku dah memang camtu doh. nak buat cemaner' sebagai alasan untuk tak konsisten . sebab memang susah nak carik keredhaan Allah. maka berusaha lah kawan ! (aku pun sama...hehh. samasama la kite ye..hehe)

p/s : Kekuatan itu perlu dicari , bukan ditunggu :) bak kata dalam cerita adnan sempit ' dimana ada kemahuan , di situ ada highway...'

2/21/2011

Umpama Mengejek National Anthem Sendiri

(Sedang aku berdiri di dalam barisan kelasku , kemudian keluarnya satu pengumuman yang berbunyi....)

''kita akan menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri selangor tanpa iringan muzik. satu...dua...mula.... Neegaaraakuuu... ''

Bibirku membuka langkah terkumat kamit melagukan lirik kebanggaanku dengan penuh semangat yang agak jitu . (meskipun tak berapa nak jitu). Alkisah , terkeluar suara hilai tawa manusia setahun jagung yang menyanyikan lagu Negaraku dengan kekekan umpama kera di belakangku. Mereka ketawa dan terus ketawa seperti sedang menyanyikan lagu senario tanpa mengikut sebarang tempo lagu.

ok. stop. tiada lagi karangan.

Bila nyanyi lagu negaraku gelak2 . Bila indon claim lagu negaraku tu lagu ciplak, hang marah. Bila indon ejek Malingsia , hangpa melawan habaq depa perangai setan. Bila time nyanyi Negaraku yg hang dok pertahankan tu , hang gelak2 . tangan tok sah habaq, memang tok leh dok diam. pelangkung tengkuk member kanan , pelangkung tengkuk member kiri.

Ada jugak yang sengaja melambat-lambatkan lagu , kononnya nak buat effect bunyi echo. Ada jugak yang sengaja men-sengau-kan suara , kononnya lawak la tu. Ada jugak yang bukak mulut, tapi bisu . macam Mr Mime dah aku tengok . Tu pelajar , yang pengawasnya pun sama je. Kira satu...dua...tiga.... , tapi dia sendiri miming .

Tak kurang jugak yang berbangsa india . mulut bergerak tapi lirik salah. nampak sangat tak ingat lirik. dah sekolah situ tiga empat tahun pun tak ingat lagi. Negaraku ingat sikit2 , Lagu negeri selangor , haram tak ingat langsung.

ok , kalau tak ingat sekalipun la kan , at least berdiri tegak , mulut miming tangan letak kat sisi , dan tutup mulut tanda menghormati nyanyian pun kira ok apa . tapi ni tak , tangan sangkut kat poket , kaki bengkok , mulut bising (klau aku faham apa yg dia sembangkan takpe jugak) ni guna bahasa dia je. nak je aku tapak mulut dia kalau aku bapak dia. woha!

tu baru pasal nyanyian lagu negaraku dan lagu negeri selangor , belum cakap pasal bacaan doa pagi bagi pelajar muslim. bukan nak timbulkan sikap racist kepada kaum lain (sorry to say) , tapi memang diorang ni jenis tak makan saman. dah tegur tapi buat taktau. pelajar muslim tengah baca doa , depa dok sembang2 buat tak endah.

perangai depa ni buat aku rasa meluat dengan perkataan satu malaysia . tapi ni segelintir je. bukan semua . aku faham , banyak jugak orang india yg baik2 kat malaysia. cikgu2 pun dah banyak kali tegur , tapi yela orang kata 'rebung dah jadi buluh' . payah nak cakap. perlu ada kesedaran diri sendiri la kan.


p/s : alaa , kalau nyanyian negaraku dan lagu negeri selangor yg dapat dinyanyikan dengan perfect dalam satu satu hari tu pun bukan pasal murid2 yg nyanyi. tu pasal suara background singer punya suara . tambah pulak dengan iringan muzik. sedap la jadinya.

p/s2 : agak2 kalau background singer tu faizal tahir diorang nyanyi betul2 tak ?

2/13/2011

Cuma Ahli Neraka Je yg Sambut Valentine

(oh yaa . Hari ni hari V . tepat pada tanggal 14 Feb 2011 . agak2nya apa la yg anak2 muda kita tengah buat yea.... *macam dah tua plak* . tapi kebanyakan anak2 muda kita memang buat tak endah bahawa disebalik hari yg mereka sambut ni tersimpan satu tangan yg mampu menarik mereka ke pintu mahligai neraka ! so , marilah kita berpesan-pesan pada kebaikan! )

-
-
-

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah contohnya coklat dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

* Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

* Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

* Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

* Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-hukum-umat-islam-menyambut-hari-kekasih-valentines-day

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

-
-
-

Maka , fahamlah sudah akan kita tentang haramnya sambutan ini...


p/s : so , formulanya yang boleh kita simpulkan disini adalah ...

Sambut Hari Valentine = Ikut2 orang kafir
Ikut2 orang kafir = Buat benda Haram
Buat benda Haram = Jadi orang kafir
Jadi orang kafir = Berdosa Besar
Berdosa Besar = Tak masuk Syurga
Tak masuk Syurga = Masuk Neraka laa
Masuk Neraka = Jadi Ahli2 Neraka
Jadi Ahli2 Neraka = Padanlah Muka !

So , jangan sambut Hari Valentine .

70 Binaan / Berhala Tertinggi Dunia (no.1- no.20) Final Part

Statue : Spring Temple Buddha
Height : 128 m (420 ft)
Location : People's Republic of China
No : 1
Statue : Laykyun Setkyar
Height : 116 m (381 ft)
Location : Myanmar
No : 2

Statue : Ushiku Daibutsu
Height : 110 m (361 ft)
Location : Japan
No : 3

Statue : Nanshan Haishang Guanyin
Height : 108 m (354 ft)
Location : People's Republic of China
No : 4

Statue : Emperors Yan and Huang
Height : 106 m (348 ft)
Location : People's Republic of China
No : 5
Statue : Sendai Daikannon
Height : 100 m (328 ft)
Location : Japan
No : 6

Statue : Peter the Great Statue
Height : 96 m (315 ft)
Location : Russia
No : 7

Statue : Great Buddha of Thailand
Height : 92 m (300 ft)
Location : Thailand
No : 8

Statue : Grand Buddha at Ling Shan
Height : 88 m (289 ft)
Location : People's Republic of China
No : 9

Statue : Dai Kannon of Kita no Miyako park
Height : 88 m (289 ft)
Location : Japan
No : 10

Statue : Rodina-Mat' Zovyot! (Mother Motherland Calls)
Height : 85 m (279 ft)
Location : Russia
No : 11

Statue : Awaji Kannon
Height : 80 m (262 ft)
Location : Japan
No : 12

Statue : Great Standing Maitreya Buddha
Height : 72 m (236 ft)
Location : Taiwan , ROC
No : 13

Statue : Leshan Giant Buddha
Height : 71 m (233 ft)
Location : People's Republic of China
No : 14

Statue : Mother Motherland
Height : 62 m (203 ft)
Location : Ukraine
No : 15

Statue : Guze Jibo Daikannon of the Narita-san temple
Height : 62 m (203 ft)
Location : Japan
No : 16

Statue : Guanyin of Mount Xiqiao
Height : 62 m (203 ft)
Location : People's Republic of China
No : 17

Statue : Tokyo Wan Kannon
Height : 56 m (183.7 ft)
Location : Japan
No : 18
Statue : Usami Dai-Kannon
Height : 50 m (164 ft)
Location : Japan
No : 19


Statue : African Renaissance Monument
Height : 49 m (161 ft)
Location : Senegal
No : 20

_________________________________________________

p/s : act , aku takda motif pun nak post-post gamba patung ni . just klau kita tgk la kan , antara negara-negara yg paling byk buat patung-patung tertinggi adalah China dan Jepun . its mean , negara diorang mempunyai pegangan agama yg 'macam' kuat . tapi tak kuat pun . patung je byk , tapi gejala sosial di negara jepun adalah antara tertinggi dalam senarai negara yg mempunyai gejala sosial paling teruk . so , mintak2 malaysia tak jadi camtu kan. ada masjid kristal dan masjid2 yg lain yg cantik2 ,tinggi2 , tapi gejala sosial byk . sekiranya jadi camtu (mmg tgh jadi pun) ini bermakna peranan agama sekadar terpapar pada binaan. bukan amalan.

2/03/2011

70 Binaan / Berhala Tertinggi Dunia (no.21 - no.50) Part 2

Statue : Dai Kannon of Kamaishi
Height : 48.5 m (159 ft)
Location : Japan
No : 21

Statue : Ten Directions Samantabhadra Bodhisattva
Height : 48 m (157 ft)
Location : People's Republic of China
No : 22


Statue : Virgen de la Paz (Virgin of Peace)
Height : 46.7 m (153 ft)
Location : Venezuela
No : 23


Statue : Statue of Liberty (Liberty Enlightening the World)
Height : 46 m (151 ft)
Location : United States
No : 24


Statue : Phuket Big Buddha
Height : 45 m (150 ft)
Location : Thailand
No : 25


Statue : Murugan statue
Height : 42.7 m (140 ft)
Location : Malaysia
No : 26


Statue : Santa Rita de Cássia
Height : 42 m (137.7 ft)
Location : Brazil
No : 27


Statue : Grand Byakue Kannon
Height : 41.8 m (137 ft)
Location : Japan
No : 28


Statue : Veera Abhaya Anjaneya Hanuman Swami
Height : 41 m (135 ft)
Location : India
No : 29


Statue : Guanyin of Lianhuashan
Height : 40.8 m (134 ft)
Location : People's Republic of China
No : 30


Statue : José María Morelos statue
Height : 40 m (132 ft)
Location : Mexico
No : 31

Statue : Genghis Khan Equestrian Statue
Height : 40 m (132 ft)
Location : Mongolia
No : 32

Statue : Standing Amithabha Buddha of Fo Guang Shan
Height : 40 m (132 ft)
Location : Taiwan , ROC
No : 33

Statue : Shiva of Murudeshwara
Height : 37 m (122 ft)
Location : India
No : 34

Statue : Rong Xian Buddha
Height : 37 m (121 ft)
Location : People's Republic of China
No : 35

Statue : The Merlion of Sentosa
Height : 37 m (121 ft)
Location : Singapore
No : 36

Statue : Christ the King
Height : 36 m (120 ft). It includes a 3 m tall metal crown
Location : Poland
No : 37

Statue : Statue of Padmasambhava in Namchi
Height : 36 m (118 ft)
Location : India
No : 38

Statue : Bodhisattava Avalokitesyara of Tazawako
Height : 35 m (115 ft)
Location : Japan
No : 39

Statue : Birth of the New Man
Height : 35 m (115 ft)
Location : Spain
No : 40

Statue : Christo de la Concordia
Height : 34.2 m (112 ft)
Location : Bolivia
No : 41

Statue : Tian Tian Buddha
Height : 34 m (112 ft)
Location : Hong Kong
No : 42

Statue : Notre-Dame du Sacre'-Coeur (Our Lady of the Sacred Heart)
Height : 33 m (108 ft)
Location : France
No : 43

Statue : Golden Maitreya Buddha of Beopjusa
Height : 33 m (108 ft)
Location : South Korea
No : 44

Statue : Mangal Mahadev
Height : 33 m (108 ft)
Location : Mauritius
No : 45

Statue : Mangal Mahadev
Height : 33 m (108 ft)
Location : Nepal
No : 46

Statue : Hanuman Murti in Shimla
Height : 33 m (108 ft)
Location : India
No : 47

Statue : Mindroling Monastery Buddha statue
Height : 32.6 m (107 ft)
Location : India
No : 48

Statue : Standing Buddha in the Wat Intharawihan
Height : 32.5 m (106 ft)
Location : Thailand
No : 49

Statue : Statue of Maitreya
Height : 32 m (105 ft)
Location : India
No : 50

_________________________________________

(Bersambung..... part 3)