3/31/2011

Gay , Pondan , Khunsa dan Lelaki Sopan ?

(ohh. ramai orang yg tersalah tafsir akan gay , pondan/maknyah , bapuk or whatever that they usually calling. sebenarnya mereka berbeza. begitu juga dengan khunsa. jadi aku yg perasan bagus dan bukan ustaz ni akan cuba mengulas sedikit sebanyak tentang pemahaman aku tehadap topik kali ni..)

***
GAY

-terbahagi kepada dua. satu lelaki yang maskulin (lelaki yg sejati. tiada langsung ciri2 feminin) dan dan suka akan lelaki. (sesama jantina)

-satu lagi lelaki yang lembut , ciri2 nya lebih kepada wanita sama ada dari segi percakapan , bentuk tubuh badan , dan perwatakannya. Naluri mereka juga suka akan lelaki. (sejenis) dari segi dialek melayu , mereka disebut sebagai pondan ataupun maknyah.

-persamaan antara kedua-duanya adalah mereka suka akan lelaki. (dan dilaknat Allah)

***

METROSEKSUAL

-mereka bukannya gay ataupun pondan. mereka adalah lelaki sejati yang lurus (maskulin). perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yg kebiasaaannya ada pada wanita. seperti menjaga kulit wajah dan bentuk badan.menyukai wangi-wangian dan bedak dll. sentiasa mengelak daripada melakukan perkara2 yg boleh merosakkan kecantikan mereka. aku istilahkan mereka sebagai preetyboy . tapi kalau orang melayu cakap mat jambu. hahaha.

***

LELAKI LEMBUT @ SUTUN

-kalau dalam bahasa kasar , orang sebut sebagai Bapuk. ada jugak yg sebut sebagai Sutun . (Sutun berasal dari perkataan Sotong , tapi penyebut perkataan itu pelat dan telah menjadi orang pertama yg mencipta istilah Sutun menggantikan perkataan Bapuk.)

-Sutun adalah lelaki yg lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita. perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg menyerupai wanita. namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka adalah lelaki yang tulen. aku istilahkan mereka sebagai lelaki lembut , atau lelaki sopan . kenapa ? sebab , kadang2 perwatakan mereka yg sopan mengalahkan wanita. percakapannya yg lembut dan sentiasa disenangi oleh golongan wanita berbanding lelaki normal.

-Sutun bukannya pondan dan bukannya gay. mereka tetap lelaki yg sejati , cuma lebih sopan berbanding lelaki yg normal. jadi jangan sesekali memanggil mereka dengan panggilan yg kasar. mereka juga lelaki normal. mereka diciptakan untuk menjadi lelaki , dan mereka bersyukur dengan kurniaan yg telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat disembunyikan (semulajadi , walaupun mereka cuba mengeraskan diri , tapi tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali terserlah.haha) menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.

***

KHUNSA

-ini adalah semula jadi ciptaan Allah. bukan disengajakan seperti gay/pondan/maknyah. mereka 100% tidak dilaknat Allah. penciptaan mereka ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.

-

لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .

"Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil".

Dalam Bahasa Inggeris dipanggil: Hermaphrodite.


Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan tidak musykil

Tidak Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.

Musykil pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing sahaja.

Menurut majoriti fuqaha’, orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan, jika kencing dari alat perempuan.

Jika selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : , Jika tumbuh janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti.

Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.

Jika kesemua tanda-tanda berikut lemah atau sukar ditentukan, maka lihat kecenderungannya…jika lebih ke arah lelaki, hukumkan sebagai lelaki. Jika ke arah perempuan pula, maka hukumkan ia perempuan.


***


Melalui Portal Rasmi Fatwa Malaysia ; (Copy/paste)

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.


***

Kita kalau dah diciptakan sebagai lelaki / perempuan , maka jadilah seperti apa yang telah ditakdirkan. kalau lelaki , jadilah lelaki. kalau perempuan , jadilah perempuan. jangan memandai-mandai nak tukar sana tukar sini. kalau lelaki , pakai lah baju lelaki . kalau perempuan , pakailah baju perempuan.

Dalam dunia ni , cuma Khunsa saja yg dihalalkan (untuk memilih jantina). yang lain lain tu semuanyaa Haram. Kalau lelaki lembut pulak , bagi aku tak salah kalau percakapan kita terlebih sopan , asalkan jangan tetiba nk tukar jantinalah , nak pakai baju kurunglah , lipstik lah . aaiii. melampau lah tu. memang diakui , terkadang ada lelaki sopan , yg cuba berpura-pura mengeraskan diri , supaya kejantanannya diakui . baguslah tu. dia terima fitrah kejadian dia. tapi , slalunya kurang berjaya sebab , percakapan sopannya tu asik terkeluar. takpalah . u know what? , we are who we are . tak salah pun nak terlebih sopan , asalkan tidak melanggar fitrah.

cuba kita tengok Chef Wan . dia aku kategorikan sebagai lelaki lembut. cuba tengok cara percakapan dia , macam mak-mak kita . tapi dia lelaki , dan dia sudah pun berkahwin berpuluh tahun yang lalu dan mempunyai anak. dan dia juga tidak melanggar fitrah dia sebagai seorang lelaki. bagus apa. lelaki sejati lah tu. cuma sopannn.

tapi ada segelintir masyarakat kita , terutamanya lelaki yg bajet maskulin dan keras. dimata perempuan dialah 'preman' , dalam sukan dialah juara , berotot tapi akalnya sedikit cetek. golongan ini memang anti-gay+lembut . menolak seratus peratus lelaki yg sopan ini. kalau nak menolak lelaki pondan@gay ni tak pa la. sebab memang nabi pernah buat camtu [lihat sini] .
tapi janganlah menolak lelaki yg lembut ini. jangan cerca mereka. jangan hina mereka. terimalah mereka seadanya. bersyukurlah kerana mereka terima fitrah kejadian mereka berbanding si pondan dan si gay .

-

p/s : kan bagus kalau kita sopan macam si lelaki sopan ? semuaa orang suka. cikgu-cikgu pun sayangg . hahaha. (annoying?)

p/s2 : jangan kuat menghina orang , nanti dapat dosa tak masuk syurga padan muka. bila kawin besar nanti , dapat anak gay pulak. ahh sudahh. hahaha.

p/s3 : sentiasa bersyukur akan fitrah kejadian kita. kalau kita diciptakan oleh Allah menjadi lelaki hensem, kita perlu terima seadanyaa. yelah , nak buat macam manaa kaann.. hahahaha *evil laugh* (annoying?)

p/s4 : ohh. lepas aku tulis entri ni , baru aku teringat satu entri yang pernah di-post abang hamka kereta mayat yang bertajuk Menyepak Gay Di Pintu Syurga . haha. best. korang ushalah .

3/25/2011

Ceritera cinta tandas

(sangat tidak berperikemanusiaan. kejam. zalim. kebinatangan. bukan manusia. tidak berhati perut. aaa , apa lagi..apa lagi... ok. takda idea dah.)

aku yg pada ketika itu sangat sakit perut , lalu terus bergegas ke tandas untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang manusia yg normal sangat terkejut apabila mendapati terdapat seketul kuih yg ditinggalkan sendirian tanpa dijamu dengan flush .

seleraku untuk melabur yg tadinya membuak-buak kemudiannya hilang . lesap begitu sahaja. meskipun apa yg ingin ku laburkan itu serupa dengan apa yg ku lihat di depan mata ku ini.

sedih. kecewa. pilu. hampa. marah. terbantut. sakit buah pinggang. (kalau tahan berak)

-

manusia jenis apakah itu , sanggup menzalimi manusia yg lain , dengan tidak menunaikan kewajipannya walaupun tugas itu amat mudah untuk dilakukan. hanya perlu tarik flush selepas meninggalkan kuih dan selesai..(tanpa meninggalkan sisa kotoran yg tersagat semasa tersedut dek air di sekitar lubang jamban)

manusia jenis apakah itu , yg sanggup membuang air kecilnya sambil berdiri hingga terpercik di sana sini , malah lebih teruk ada yang tidak menembaknya dengan tepat ke dalam lubang yang telah di sediakan.. (dan tidak flush) . hina . sangat hina. meninggalkan sisa buangan dengan bau yang hancing , kelat , dan pahit. (untuk di lihat)

manusia jenis apakah itu , yg sanggup meludah merata-rata , meninggalkan kahak berwarna kehijau-hijauan , menjadi santapan lalat , dan memualkan setiap tekak-tekak yg melihat..(tuan punya tekak)

manusia jenis apakah itu , yg sanggup meninggalkan seluar dalamnya di lubang jamban , dengan keadaan yang mengerikan , kotor , bernajis , basah , err...apa lagi..apa lagi... (nampak sangat la dia baru lepas berak dalam seluar)

dan yang lebih parah ...

manusia jenis apakah yang sanggup merosak pintu tandas ! memang berhati binatang . sangat tidak berperikemanusiaan. kejam. zalim. kebinatangan. bukan manusia. tidak berhati perut. aaa , apa lagi..apa lagi... ok. takda idea dah. sungguh kasihan nasib rakan-rakan kita yg menderita , pilu , hampa menahan siksanya sakit perut.., atau yg lebih malu , terpaksa meminta bantuan 2 , 3 atau 4 rakan2 mewakilkan diri menjadi pintu untuk membantu dirinya yg dilanda musibah sakit perut. kasihan juga rakan2 beliau yg terpaksa menahan azabnya bau yg menusuk jauh ke hidung terus ke kalbu. betapa terkilannya hati dan sanubari mangsa2 akibat kerakusan manusia yang bersifat keanjingan , (anjing pun lebih mulia) dengan merosakkan pintu tandas..

apakah perlu diletakkan cctv di setiap penjuru tandas ? atau penjaga di hadapan pintu tandas ? atau mengenakan bayaran seringgit dua pulu lima sen setiap kali ingin masuk ke tandas ? perlukah sampai tahap begitu ? bagaimana jika dia tidak memiliki wang ? tidak terciritkah dia sebelum sempat dia mencari wang untuk membayar cas keselesaan dan mengeluarkan najis dengan sempurna ?

apalah guna ibu bapa yang melahirkan ,
jika anak bersifat kebinatangan .

apalah guna guru yang mendidik ,
jika murid berperangai pelik .

Nasihat diberi kau ketawakan ia ,
Ibarat mencurah ke daun keladi,
Segala di ajar hanyalah sia-sia ,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

cukup lah coretan buat manusia kebinatangan ,
sebagai pedoman setiap insan ,
sebaris kata sedih untuk ku ungkapkan ,
cukup lah ku postkan di blogspot buat tatapan .

p/s : sedihnya entri kali ni...isk isk isk.... (annoying?)

3/17/2011

Ciri-Ciri Wanita Idaman Pemuda Akhir Zaman

(eh , kenapa uncle Whyj cerita pasal 'girl-girl' ni ? macam dah nak kawin je ? janggut pun takda , misai pun macam hidup segan mati tak mau je . dompet pun kering . solat pun kadang2 asik hujung2 waktu je . camni nak jadi laki orang ?)

haha. takda lah. cuma nak share opinion kat korang tentang ... (jeng jeng jeng)

CIRI- CIRI WANITA IDAMAN ! muahaha ! (annoying?) (dah la tajuk post tak boleh blah)

lalu aku pun pergi menemu ramah seorang profesor yang sering menjalankan bancian tak rasmi terhadap pemuda-pemuda tak bertauliah di malaysia tentang pandangan mereka tentang wanita di akhir zaman dan cirit-cirit (ciri-ciri) wanita yang mahu mereka nikahi ... (tak habis-habis nak temu ramah orang)

-

Dr Fadilah Come To Me : eh , whyj ! apa hajat datang kemari ni ?

Whyj : err. saya...saya... nak hantar santau kat orang bole ?

Dr Fadilah Come To Me : -__- kau salah tempat la .

Whyj : hehe . takda lah . nak tanya tentang hasil kajian dr tentang pandangan pemuda-pemuda yang dr dapat melalui bancian tak rasmi dr tu...

Dr Fadilah Come To Me : ohh. yaa . calon-calon wanita akhir zaman yang mereka terpaksa pilih kerana kekurangan wanita -wanita awal zaman untuk dijadikan calon isteri.. ok , then ?

Whyj : boleh tak dr sebut kan antara ciri2 yg sering mereka sebutkan ? maksud saya purata antara mereka , mereka mahu yg macam mana ?

Dr Fadilah Come To Me : First , tentu lah nak yang solehah . kebanyakan antara mereka lebih memilih untuk mencari yang solehah berbanding memilih berdasarkan paras rupa yang cantik dan comey .

Whyj : wow . bagusbagus . tapi pemuda-pemuda tu bukannya sama soleh macam calon idaman mereka tu . diorang sosial tahap melampau. bergaul bebas dengan perempuan yg bukan muhrim . pegang sana - pegang sini . tapi nak yg soleh , macam mana tu ?

Dr Fadilah Come To Me : haaa. itulah dia . perempuan yg rela diperlakukan sebegitu oleh pemuda2 yg bajet bagus tu , sebenarnya tak sedar bahawa , perempuan jenis mereka, tak layak untuk disenaraikan sebagai calon isteri oleh semua lelaki . terlalu murah . walaupun lelaki yg bergaul dengan mereka pun turut sama murah , tetapi bila time nak carik calon isteri , mereka tetap akan pilih yang solehah . haha .

Whyj : LOL . setuju2, bila nak enjoy laki carik yang seksi2 , make up tebal2 , tapi bila carik calon isteri , diorang akan pilih yang bertudung dan menutup aurat. haha . ok , ciri kedua ?

Dr Fadilah Come To Me : kebanyakan mereka memilih wanita yang non-materialistik . wanita yang mencintai mereka bukan berdasarkan harta . bukan kaki kikis . bukan mata duitan . lelaki lebih menyukai wanita yg sederhana .

Whyj : ok . tu kira biasa la . lagi lagi ?

Dr Fadilah Come To Me : haa. yang ini banyak jugak yang sebut . pemuda2 ni cakap diorang taknak yang GEDIK2 . gedik sana. gedik sini . gedik dalam handphone . haha.

Whyj : gedik dekat luar tu tau la . macam 'huha sana ! huha sini !' haha . tapi dalam handphone tu camna ?

Dr Fadilah Come To Me : alaa , yang selalu guna ayat camni tu , 'cya cyunk cama kamoo' . 'gewdiks cane , gewdiks ciniew' . haha. tak gitu ?

Whyj : ohh. haha. setuju2 . ok2 , lagi lagi ?

Dr Fadilah Come To Me : ok , antara ciri calon yg kebanyakan mereka dambakan tentu sekali paras rupa . penting dalam mengecapi kebahagian rumah tangga . kalau tak dapat pun jangan risau , sebab apabila kita mencintai isteri kita sepenuh hati , maka di mata kita , dia lah yang tercantik . pakai apa pun cantik . cakap apa semuanya betul . tak gitu whyj ?

Whyj : yep2 . setuju ! dimata orang dia tak cantik , dimata kita , dialah miss universe !

Dr Fadilah Come To Me : ok . last sekali tentulah syarat2 yg less order . macam , kaya , keturunan yang baik2 , pilihan mak (haha) , seksi (?), besan nak jadi bestfriend (LOL) , dan bermacam ragam lagi lah .

Whyj : urmm...begitu...

-the conversation end-

p/s : ni adalah pendapat semata-mata . tapi inilah realitinya . mungkin ada yang tak berapa setuju , mybe lelaki tu suka yg seksi ke , gewdiks ke . taktau la kannn. haha.

p/s2 : kadang2 aku lebih suka gunakan dialog dalam mengemukakan pendapat aku . tokoh2 ciptaan imaginasi aku takda kaitan antara yang hidup atau yang sudah jadi mayat .

3/16/2011

Letupan Loji Nuklear di Jepun menyebabkan Hujan Asid di Malaysia ?

(huh? hujan asid ? biar betul ? baru semalam aku mandi hujan . pagi tadi aku tengok rambut aku ada lagi. tak botak pun. kulit pun putih melepak lagi (fuyyoh) . takda apa-apa yg terbakar pun.)

ada ura-ura yang mengatakan , hasil daripada letupan loji nuklear di jepun (akibat tsunami) , telah menyebabkan hujan asid di Malaysia ? (LOL) Filipina yang sekangkang kera tu pun belum kena lagi. tau tau dah sampai malaysia ? (fuyyoh)

antara mesej yang disebarkan ;

I personally don't like to spread this type of panic msgs but sometimes no harm to b extra careful n protect our loved ones..A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer."

-

hahaha...kalau la hujan asid dah melanda malaysia , PM dah isytihar kan awal2 demi keselamatan rakyatnya. lagipun , kalau la hujan asid dah terbang sampai sini , dah tentu sabah sarawak kena dulu. dan amaran sudah tentu akan dikeluarkan 2 , 3 jam selepas hujan asid turun.

jadi , penduduk2 malaysia di semenanjung ni , bawak2 la bertenang . jangan cepat percaya dengan mesej berantai ni.

lihat petikan berita ni ;

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita.

Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, berkata agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh.


Katanya, faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.

Beliau yang mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan akan turut merebak ke negara ini berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan penyebaran SMS khabar angin daripada pihak tertentu yang meminta penduduk negara ini berkurung dalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, menggugurkan rambut dan menyebabkan kanser.

-

haha .jadi jangan cepat terpedaya dengan mesej2 berantai seperti ini . contoh mesej berantai lain ;

-

*nama-nama Allah 1
*nama-nama Allah 2
*nama-nama Allah 3

Sebarkan kepada 10 orang , dalam masa 10 hari anda akan mendapat rezeki yang lumayan . jika anda mengabaikan mesej ini , anda akan mendapat musibah buruk dalam masa 10 hari.


-
LOL . haha . kalau la mesej ni betul , aku dah mati 2/3 tahun yang lalu . mesej karut . bukan sahaja karut , malahan khurafat . tahyul . syirik . munafik . fasik . kafir . (aii..lebih-lebih pulak)
haha . mesej ni umpama meletakkan rezeki dan musibah ditangan si pemberi mesej . kalau dia sebarkan mesej , dia dapat rezeki . kalau tak sebarkan mesej ,dia dapat musibah . (whaattaa..)

contoh mesej yang lain plak , ada jugak yang cakap pesanan dari pemegang kunci Kaabah , bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w . ok , kalau dia pesan suruh tingkatkan amal ibadah , terimakasih ler sebab ingatkan aku . kalau dia suruh doakan untuk orang Palestin , Insyaallah aku doakan . Tapi yang hanginnya , dia suruh aku sebarkan kat 10 orang , kalau tak sebarkan dapat musibah , kalau sebarkan dapat rezeki . (Whattaa...dah la kredit aku sentiasa ciput) . hah . khurafat !

Rezeki dan musibah tu ditangan tuhan . bukan kat tangan manusia , or pemegang kunci Kaabah , or kat tangan Rasulullah s.a.w sekalipun . manusia takda kuasa apa-apa pun . (superman pun takda . dia cuma tau pakai spender lepas pakai seluar . )

(aik...topik jepun tadi mana ?)

oh yaa lupa . kepada penduduk islam kat jepun , aku ucapkan takziah bebanyak. moga dengan musibah ni , dosa korang dicuci sekali dengan rumah dan kereta korang . bagi jepun yang kafir , moga2 dengan bala seperti ini , korang ramai2 dapat hidayah dan masuk islam . (whoaa)

bagi rakyat malaysia yang cepat cuak , lepas ni jangan cuak cepat sangat . cuak la lambat sikit . kalau takut sangat , bawak la payung sentiasa. apa salahnya langkah berjaga-jaga . bukan sahaja dapat mencegah dari terkena hujan asid , malahan demam juga .

kan 'lebih baik mencegah dari merawat' ?

source : No threat of nuclear clouds , acid rain in PH . Philiphine News for Filipinos .

p/s : daripada aku simpati dengan jepun-jepun tu , baik aku simpati dengan saudara sesama islam kat palestin . tak pun simpati dengan pemberontak yang menentang Gaddafi tu (Libya) .

3/15/2011

Iskandar Zulkarnain , Alexander The Great , Merong Mahawangsa

(whoaa. Apasal blog uncle Whyj tetiba jadik blog sejarah ni? haha. takdalah . saja nak kongsi pendapat dan pemikiran aku (yang berbelit ni) kat korang. hasil daripada tontonan aku mengenai filem Hikayat Merong Mahawangsa (best giler. haha . batak) salah satu dialog yang diucapkan oleh Merong ( Stephen Rahman Hughes ) ''Hamba memang keturunan Iskandar'' .

benarkah Merong adalah keturunan Iskandar ?

***

ISKANDAR ZULKARNAIN

Iskandar Zulkarnain dikenali sebagai raja dan penakluk yang tiada tolak bandingnya. Di kalangan umat Islam, beliau dikenali sebagai Iskandar Agung. Manakala dalam masyarakat Barat, beliau dipanggil Alexander The Great.

Namun, perbezaan nama itu menimbulkan persoalan yakni adakah kedua-dua nama itu orang yang sama ataupun tokoh yang berbeza. Persoalan ini masih belum terjawab. Di kalangan ulama dan para sarjana, mereka berbeza pendapat mengenai perkara ini kerana terdapat beberapa perbezaan dan ketidakselarasan cerita mengenai Iskandar Zulkarnain mengikut versi Islam dan barat.

Namun begitu A. Yusuf Ali, salah seorang ulama yang terlibat dalam menterjemah dan mentaksirkan al-Quran ke dalam bahasa Inggeris, menyimpulkan bahawa Iskandar Zulkarnain yang disebut dalam Quran dan sejarah Islam sama dengan Alexander The Great di barat.

Perbezaan nama itu timbul kerana Raja Iskandar Zulkarnain menguasai empayar yang luas melangkaui dari benua Eropah sampai ke Timur Jauh. Beliau memerintah dua kerajaan dunia iaitu Timur dan Barat.

Iskandar Zulkarnain pernah memimpin bala tentera ke Parsi, India, Bulchistan, dan Asia Tenggara. Malahan pernah belayar mengelilingi Semenanjung Tanah Melayu dan singgah di kota Medang Kamulan timur yang terletak di Kelantan.Di Medang, Iskandar Zulkarnain merancang untuk menguasai seluruh Kepulauan Melayu. Menurut catatan sejarah, Iskandar Zulkarnain berada Pulau Jawa selama 20 tahun untuk tujuan berdakwah.

Setelah itu, beliau memimpin angkatan tenteranya menuju ke China. Kedatangannya mendapat tentangan yang hebat daripada Maharaja China. Tetapi bala tentera Iskandar Zulkarnain terlalu kuat dan akhirnya tentera China menyerah kalah.Maharaja China terpaksa menyerahkan bahagian timur Wilayah Shensi kepada Iskandar Zulkarnain. Beliau telah melantik seorang gabenor dan menamakan wilayah itu ‘Shang’ iaitu dari sebutan Cina ‘Yaksan’, nama asal Iskandar Zulkarnain.

Selepas berjaya menguasai sebahagian wilayah Shang, China, Iskandar Zulkarnain meneruskan misi penaklukan ke negara Korea sebelum menyeberang ke Kepulauan Jepun. Dengan itu, tercapailah hasrat Iskandar Zulkarnain untuk sampai ke negara matahari terbit iaitu tempat yang paling hujung di sebelah timur.

Di setiap negara yang ditaklukinya, Iskandar Zulkarnain telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Nabi Ibrahim. Hampir tiga perempat dan penjuru dunia telah dijejaki oleh Iskandar Zulkarnain. Perihal ini ada disebut dalam al-Quran bahawa Iskandar Zulkarnain telah sampai ke negara matahari jatuh iaitu Norway dan terbit yakni Jepun. Sebab itulah beliau digelar “Zulkarnain” yang dalam bahasa Arab membawa pengertian “yang mempunyai dua tanduk”. Dua tanduk itu merujuk kepada dunia barat dan timur.

Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang lalu.Mengikut kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ramai pengkaji sejarah meragui hubungan tersebut dan menyifatkannya sebagai percubaan penulis kitab itu untuk mengangkat martabat dan menunjukkan kehebatan serta kemuliaan raja-raja pada zaman dahulu.

Sesetengah pula yang menyifatkannya sebagai mitos yang sengaja diadakan. Begitu juga legenda mengenai Iskandar Zulkarnain sengaja diperbesar-besarkan.Mengikut legenda barat, Raja Iskandar Agung pernah membina tembok gerbang besi bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj yang lari ke sebuah gunung. Tujuannya ialah untuk mengelakkan kedua-dua makhluk ini daripada membuat onar dan mencetuskan huru-hara.

Gerbang besi ini kononnya pernah ditemui oleh seorang pengembara China pada kurun ke-7 Masihi. Pengembara yang bernama Hiouen Tsiang menjumpai gerbang itu ketika dalam perjalanannya ke India. Beliau hanya menemui dua daun pintu yang diperbuat daripada besi dan digantung dengan loceng-loceng. Pintu gerbangnya sudah tidak wujud lagi.

Keadaan ini mungkin disebabkan gerbang besi itu telah dirobohkan oleh orang-orang Monggol yang keluar menjelajah ke barat. Tembok gerbang besi itu dipercayai terletak di sebuah daerah yang bernama Hissar iaitu lebih kurang 150 batu dari Bukhara.Kisah Iskandar Zulkarnain turut disebut secara tidak langsung dalam kitab Injil.

Iskandar Agung atau Alexander The Great dibayangkan sebagai seorang raja yang gagah perkasa dan memerintah jajahan yang besar. Namun empayar jajahannya musnah selepas kematiannya. Josephus, seorang ilmuwan yang berbangsa Yahudi-Palestin yang hidup hampir sezaman dengan Nabi Isa a.s. pernah menulis secara panjang lebar mengenai lawatan Iskandar Zulkarnain ke Juruselam dan Baitul Mukaddis yang menjadi kota suci kepada orang-orang Yahudi, Nasrani, dan Islam.

Baitul Mukaddis pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Selepas kewafatan kedua-dua nabi tersebut, orang Yahudi berbalah sesama sendiri dan menyebabkan kota itu jatuh ke tangan Iskandar Zulkarnain. Selepas Iskandar Zulkarnain meninggal dunia, Baitul Mukaddis jatuh pula ke tangan beberapa kuasa seperti Rom, Parsi, dan Islam. Sehingga ke hari ini, Baitul Mukaddis masih menjadi rebutan di kalangan orang-orang Islam, Yahudi, dan Nasrani dan menyebabkan pergolakan di Palestin masih menjadi isu yang tidak kunjung selesai.

Yang lebih menarik dan pelik mengenai Iskandar Zulkarnain ialah beliau dikatakan pernah berguru dengan Aristottle, anak murid Plato, ahli falsafah Yunani yang terkenal. Justeru itu, timbul persoalan apakah Aristottle merupakan seorang yang beragama Islam kerana tidak mungkin bagi Iskandar Zulkarnain yang menganut ajaran Nabi Ibrahim mempelajari sesuatu yang bertentangan dengan akidah dan kepercayaannya.

Bukan sekadar itu, Iskandar Zulkarnain juga dikatakan memperturunkan zuriatnya di Asia Tenggara, India, dan Parsi. Di antaranya ialah “Bharata” yang lahir di Pulau Jawa. Daripada “Bharata” pula lahir Anushirwan yang menjadi Raja Parsi dan turun kaum Pandawa serta Kaurawa dalam abad pertama Masihi.Nampaknya terdapat usaha daripada pelbagai bangsa dan kaum untuk menghubungkan keturunannya dengan Iskandar Zulkarnain.

Jadi sudah tentu Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh dunia yang begitu hebat sehingga namanya disebut hampir dalam kebanyakan peradaban besar dan utama dunia. Setiap bangsa dan peradaban mempunyai panggilan yang tersendiri terhadap Iskandar Zulkarnain.

Mereka cuba menampilkan sifat-sifat Iskandar Zulkarnain mengikut acuan serta nilai masyarakatnya. Oleh hal yang demikian, bukan suatu perkara yang menghairankan kalau Iskandar Zulkarnain mempunyai nama dan panggilan yang lain selain daripada Iskandar Agung dan Alexander The Great. Hal ini kerana pada hakikatnya kedua-duanya merupakan orang dan tokoh yang sama.


__


MERONG MAHAWANGSA


Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.

Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.


Pengarang tidak menyebut langsung perkaitan antara negeri Kedah dengan negeri Perak dan Patani tetapi menggambarkan wujudnya pertalian yang erat antara negeri Kedah dengan negeri Siam. Pengarang menceritakan bagaimana bermulanya tradisi penghantaran bunga emas dan bunga perak oleh negeri Kedah kepada Siam bila Raja Seri Mahawangsa (Raja Kedah yang ketiga) mendapat berita kekanda sulungnya Raja Siam mendapat putera. Terus raja Kedah memerintahkan supaya tradisi menghantar bunga emas itu diteruskan hingga ke akhir zaman setiap kali mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah puteranya, Raja Seri Maha Inderawangsa menentang perintahnya dan berkahwin dengan puteri bangsa gergasi. Perkahwinan inilah yang melahirkan Raja Bersiung, raja yang paling terkenal dalam hikayat ini. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih terkenal sebagai Raja Bersiung menjadi seorang Raja yang zalim terhadap rakyatnya sendiri dan tersingkir dari takhta. Baginda diganti oleh puteranya yang bergelar Raja Phra Ong Mahaputisat yang digantikan pula oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa.

Dalam zaman pemerintahan Raja Phra Ong Mahawangsalah, negeri Kedah menerima Islam yang dibawa oleh Syeikh Abdullah. Baginda merupakan raja Kedah pertama memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Mudzaffar (sic Muzaffar) Syah. Setelah selesai meletakkan asas keislaman di negeri itu, Syeikh Abdullah pulang ke Baghdad. Sultan Mudzalfal Syah diganti oleh puteranya bergelar Sultan Mu'azzam Syah. Hikayat diakhiri dengan jurai keturunan raja-raja yang memerintah Kedah hingga ke Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah, raja yang memerintah semasa hikayat ini disalin kali terakhir.

Jelas kelihatan bahawa hikayat ini dikarang selepas ketibaan Islam dan pengarang banyak memberi perhatian kepada peristiwa-peristiwa tertentu yang menyerlahkan asal-usul rajanya, pertalian dengan Siam yang menceritakan mengikut kebijaksanaan pengarang untuk menjaga kedaulatan raja dan negerinya, kisah kedatangan Islam yang sengaja dikemukakan berbeza dengan kedatangan Islam ke Pasai dalam Hikayat Raja Pasai dan kedatangan Islam ke Melaka dalam Sulalat al Salatin (Sejarah Melayu) dan lain-lain peristiwa. Ini membuktikan bahawa hikayat ini dikarang secara sedar oleh pengarangnya dengan tujuan mengagungkan kedaulatan raja dan negerinya.

***

Source : cari sendiri :P

p/s : Ber-pro kontra lah dengan kebenaran . tak salah membaca dan berkongsi maklumat . cuma , kalau ter-share maklumat yang salah , err. sorry. sebab aku pun sekadar membaca saja .

p/s2 : ah! berbelit otak aku pikir . timeline [Nabi Ibrahim > Iskandar Zulkarnain , Nabi Sulaiman>Merong Mahawangsa]

p/s3 : pening...pening....tu belum masuk bab tempoh hidup diorang lagi... dah kena pakai kalkulator.

p/s4 : malas la pikir lagi. baik baca buku sekolah :)


3/13/2011

Tak reti nak jawab pujian ?

(semalam aku ada tengok satu kartun jepun..memang kelaka..(batak gila ouh mamat ni. macam first time tgk kartun je). kartun tu bertajuk 'Atas sinki'. yg disiarkan di 'Tivitiga' . pada setiap hari ahad. dalam episod tu , terdapat satu situasi yang betul2 memberi pengajaran kepada aku....)

A : Waaa . lawalah kasut awak . memang sesuai dengan kaki awak .

B : ehh. mana ada . kasut ni murah je . tak berkualiti pun . kasut tiruan .


A : oo..yeke.. tapi memang nampak 'ngam' dengan kaki awak . nampak selesa .


B : ehh . mana ada . kasut ni potongan nya ketat . sakit kaki saya . lagi pun kulitnya terlalu tebal . rasa panas dan tak selesa .


A : oo..urm.. ehh . C ! cantiknyaa kasut awak ! memang sesuai dengan kaki awak !


C : ohh..yeke ? wahh . terima kasih ! saya baru je beli semalam . mahal dan tinggi kualitinya dan bla bla bla ... dan bla bla bla ....


Whyj : yang kaw A , tak habis habis puji orang . kasut kau mana ? (babak ini telah dipotong)


Lalu si B ni tadi rasa pelik dengan sikap dia sendiri yang tak tahu cara menjawab pujian dengan betul . bukan itu sahaja , malah dia telah memburuk2 kan dirinya sendiri...

-

Jadi aku telah terpanggil untuk menyelesaikan kes ini. (annoying?) aku telah berjumpa dengan Encik Google bertanyakan masalah si B ni tadi...


Whyj : Encik Google , mengikut situasi yang telah saya ceritakan tadi (kisah si B dan kasut tiruannya) , apa pandangan encik tentang situasi tersebut ?

Encik Google : FAILED !

Whyj : Kenapa encik berkata begitu ?

Encik Google : Dah tu..orang puji dia . Dia kutuk diri dia balik. Contoh situasi lain yg pernah aku tengok sebelum ni...
-

Satu : wahh . cantiknya wajah awak . putih melepak dan berseri-seri ! Clorox jenama apa awak pakai ?

Dua : ehh . mana ada . muka saya buruk lah . banyak jerawat dan jeragat . hidung dah la kembang , mata dah la terbeliak , bibir dah la tebal ... bla bla bla ..

-

Encik Google : kan failed tu !

Whyj : Hurm... tapi kan , saya kalau orang puji saya suka buat camni ,
-

Si pemuji : Yelaaa . kau kan hensem , semua orang mesti tegur kau . Siapa je yg tak suka kau , haa ? kau cakap kat aku ! kau cakap ! kau cakap !!

Whyj : err. tu puji ke marah...


Si pemuji : puji laa . hehehe .


Whyj : Well , orang hensem cam aku , ehem ! mesti la ramai peminat ! muahahah ! dari dalam dan luar negara , dari timur ke barat , dari asia ke eropah , dari cina ke india ... dari bla bla ke bla bla ... .. semua orang minat aku ! Muahahah !


Si pemuji : LOL !







-

Encik Google : Failed !

Whyj : Kenapa pulak ? kan bagus tak kutuk diri sendiri ? hehe..

Encik Google : itu dah melampau la tu . bangga diri namanya . dah jadi riak tu ! ustaz kau tak ajar ke orang yang mempunyai riak walau sebesar zarah di dalam hatinya tak masuk syurga ? (whoaa)

Whyj : hehee . ajar..ajar...

Encik Google : dah tu... ok , kalau tak timbul rasa riak sekalipun la kan , tu boleh dikategorikan sebagai perasan namanya . PERASAN GILER ! haha . budak2 muda cam kau ni selalu tambah perkataan GILER GILER kat belakang ayat kan . sebab tu orang zaman sekarang ramai yang gila .

Whyj : ...(apasal orang tua ni masuk topik gila plak ni..)






Whyj : ok la Encik Google , boleh tak kasi contoh cara menjawab pujian dengan betul ?

Encik Google : camni...biar aku kasi kau contoh la ek... kalau orang puji aku , aku akan jawab cam gini ...

Whyj : Cer citer... cer citer... cer citer...

Encik Google : Diam lah !

-

WhyB : Waahh . Hensemnyaa awak encik G ! Comelnyaa !

Encik G : Omg ! You're fuckin gay !


-

Encik Google : HAHAHA...

Whyj : betul betul laaaa.... haish .

Encik Google : ok ok . cam gini...

-

WhyB : wahh . canggihnya jam tangan awak ! ada jarum !

Encik G : oh yeke ?? (gaya datin) hehe . terima kasih. Jam awak pun canggih jugak . boleh gantung kat dinding .


WhyB : hee. terima kasih .


-

Encik Google : haaa . camtu .

Whyj : alahai . skema nya . kalau saya buat cam gini boleh ? camni....,

Encik Google : Cer citer...cer citer...cer citer...

Whyj : Diam lah !

Encik Google : . . . (LOL!)

-

Encik G : Wahh . canggihnya mangkuk tandas awak . boleh pam sendiri . tak payah susah2 tarik flush . tinggal jirus sendiri pakai gayung .

WhyB : Hehehehehehehehe.......... (tersengih-sengih)


-

Encik Google : emm. tu pun boleh jugak . senyum je . tak payah jawab apa2 . tapi seelok-elok nya cam gini...

-

WhyB : wahh . canggihnya motor awak . tak payah susah2 press handle sampai lenguh tangan . tinggal kayuh pakai kaki je .

Encik G : Alhamdulillah . dah rezeki tuhan nak bagi.... syukur...

-

Whyj : ha'aaa . yg tu bagus . nampak jugak tanda2 kesyukuran !

Encik Google : itulah yg seelok - elok nya . tidak merendah-rendahkan diri sendiri , dan tidak pula membangga-bangga kan diri . sedang2 saja dan menyerahkan pujian itu kepada yang mengurniakannya serta tidak lupa untuk bersyukur kepadaNya .

..............................................................................................................................................................

p/s : sorry kalau selalu meng-annoying-kan readers-readers yang membaca entri ini . haha .

p/s2 : sorry Justin Bieber ! HAHA

3/09/2011

Whoa! Couple Islamik ?

(couple islamik? kah kah kah. boleh pulak subjek ''couple'' ditambah dengan prediket ''islamik'' ? haha . kucing ku bertanya ; abis tu takda la cinta dalam islam ye bos ? . aku menjawab ; ada laa . cinta itu fitrah yang tak boleh ditolak. islam bukan menolak fitrah . tapi membataskannya sahaja.)

kucing ; ooww...

whyj ; asal ? kau dah couple ke ?

kucing ; ehh tak..tak... mana ada . err.

whyj ; okk. urm. kau nak dengar satu story tak ?

kucing ; aaa. boleh jugak bos ! (yes. boleh tukar topik. hehe)

whyj ; begini....

disuatu petang yang sempoii.... bos (whyj) pulang dari sekolah , lalu terus ke meja komputer . kemudian bos log in facebook dengan hati yang gumbiraa . hahaha . (annoying?)

kucing ; laaa. camtu je ? (bengong bos aku ni)

whyj ; kejap lah ! baru mukadimmah . salam pun tak bagi lagi . kemudian....

bos telah membuka suatu post oleh rakan bos yang tidak dikenali . post itu bertajuk ;

Pelayaran Cinta di Sebuah Tasik Madu yang Tercemar ! MuaHaha ! (sounds creepy)

kucing ; tajuk macam jiwang . sound effect macam cerita horror .

whyj ; kisah ini mengisahkan ....

kucing ; Bos !

whyj : what ?

kucing ; can u straight to the point ?

whyj ; err. ok. (mak aih. bila time pulak kucing aku pandai sound orang ni...)

begini ... (melalui cerita di mukabuku...)

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

kucing ; zzzz.....

whyj ; whoiii !

kucing ; opocot atuk kau ! ehh. asal ni bos ? hero dia dah mati ke ?

whyj ; kau memang nak makan penampar...

kucing ; (larikan diri) meeeoowww !

whyj ; ciss . tengok lah kau ! aku dapat kau nanti , aku cukur misai kau !!

suara dari belakang ; aii . kesiannya .

whyj ; eh . asal ?

suara dari belakang ; kawan2 kau dah tinggalkan kau ke ?

whyj ; taklah. kenapa ?

suara dari belakang ; dah tu , macam kesunyian sangat sampai bercakap dengan kucing . ?

whyj ; .................................. (awkward moment)

_

rupanya , daripada tadi aku cuma berangan bercakap dengan kucing peliharaan ku... sampai dia tertidur...

p/s : cerita pasal bercakap dengan kucing tu tak penting pun sebenarnya , tapi cerita yang aku cerita dekat kucing tu yang penting ...

p/s2 : kalau kita betul2 suka kat seseorang tu , tapi kita belum cukup sempurna nak membahagiakan dia (umur , harta , iman) , tak perlulah perasan sempurna . cukuplah sekadar menyimpan cinta dalam hati kepada orang yang kita cintai dan meletakkan cinta yang kepadaNya lebih tinggi dari manusia yang kita cintai . dan jika benar orang yang mencintai kita , benar2 mencintai kita , dia akan sanggup menunggu cinta kita sehingga kita benar2 mampu untuk membahagiakan dia . (sempurna umur , harta , iman) . aku cakap bukan kat golongan lelaki sahaja , malahan perempuan juga .

p/s3 : sebagai lelaki yang cuba mengamalkan gaya hidup pulang ke pangkal jalan ni , apa salahnya aku menasihati kaum2 lelaki diluar sana dan secara tidak langsung , memberi motivasi jugak kepada diri aku sendiri...

p/s4 : so , kepada merekamereka yang diluar sana , lepas ni takda dah ''cya cukew awark... awark chommewl larh. nark kapewl buleyh? nark num awwark buleyh?'' . haha . takda dah okey ?

3/08/2011

Siapa Kata Teori Konspirasi Adalah Bodoh ?

(aku memang panas bila sesetengah orang menyempitkan fikiran mereka dengan menolak teori konspirasi bulat2 tanpa menerima sebahagian darinya yang secara harfiahnya adalah fakta yang susah untuk diterima oleh golongan cuba meng-anti kan fikiran mereka dengan mem-bodoh-bodoh-kan sesuatu fakta yg bodoh sebagai modal untuk menolak teori konspirasi 100%)

tak faham ? macam ni...

sebahagian teori konspirasi seperti Freemason adalah benar . itu memang wujud . dan aku terima fakta itu berdasarkan penelitian oleh golongan yang lebih pakar tentang hal ini. bukan daripada mat-mat konspirasi yang bodoh2...

manakala ,

sebahagian teori bodoh pula seperti tsunami dicipta oleh amerika menggunakan HAARP untuk memusnahkan negara lain , itu aku tolak 100% kerana fakta itu terlalu bodoh untuk percaya..

konklusinya , 50% daripada teori konspirasi adalah fakta . (sekiranya mempunyai sumber yang betul dan sahih untuk dibuktikan) dan 50% lagi adalah teori bodoh yg direka-reka oleh orang bodoh yg terlalu taksub .

siapa kita nak tolak fakta2 ini 100 peratus ? dan siapalah aku nak berdebat dengan blogger2 hebat seperti abang hamka (keretamayat) yang menolak teori ni 100% sedangkan 50% daripadanya adalah fakta . yaa , aku mengagumi abang hamka sebagai blogger . aku ni cuma blogger yang setahun jagung je.

Lihat link ini > TEORI KONSPIRASI ITU BODOH ?

Jadi pendapat aku adalah 50-50 .

Jika berminat mengetahui teori2 konspirasi dengan fakta yang sahih dan lebih detail dan kajian yang lebih teliti (bukannya teori2 bodoh) , lihat link Mistisfiles di header ^ kat atas.

p/s : benda ni cuma pengetahuan sampingan untuk ummat islam je. jangan la taksub sangat sampai suma benda kat dunia ni , sumanya nampak tak kena . solat tak cukup 5 , tapi nak bercakap hal2 teori ni macam profesor pulak kan...

p/s : Siapa tengok Halaqah tadi ? (9/3/2011) pukul 10 tadi kut ? ada Dr. Daniel Zainal Abidin (idola aku tu...) (macam orang lain kesah plak...) (annoying ? ) (haha...)

3/05/2011

EXORCISM-HISTERIA ?

(Sedang aku melayan pelbagai jenis video di laman 'TiubKamu' , aku terbukak satu vid yang bertajuk '20 scarriest horror movie'. dan salah satu yang tersenarai adalah 'The Exorcism'. Tiba-tiba aku teringatkan pengalaman melihat 'the real exorcism' di hadapan mata aku 'tidak berapa lama dahulu'...)



Urgh. Ia adalah satu pengalaman pelik , dan mengujakan (mengujakan? urm. lebih kurang la.) sebab itu la pertama kali aku tengok kejadian seperti itu. orang putih kata first time... tapi aku tak menjadikan tu modal sebagai mengekspresikan ekspresi batak dihadapan rakan-rakan.. aku cool saja. (cehh)

Lalu aku tertanya-tanya kenapa beliau boleh dirasuk dan kenapa begitu senang beliau boleh diganggu? Ahah ! itulah topik kita pada hari ini ! haha. urm. (tak lawak pun..annoying?)

sebelum beta ulas dengan lebih lanjut , izinkan beta menceritakan sebuah cerita benar dan cerita yang beta ingin ceritakan itu bertajuk 'cerita Emily Rose yang Kerasukan'.. kalau orang putih cakap 'THE EXORCISM OF EMILY ROSE'.. hehe.

Tapi ! ini versi yang sebenar. sebab cerita ni berpandukan cerita yang sebenar.. kalau orang putih cakap , 'based on the true story'...hehe (annoying?) .watak Emily Rose yang dilakonkan itu (didunia sebenar) sebenarnya adalah seorang pelajar perempuan yang bernama Anneliese Michel.

so , mari kita baca cerita pakcik whyj kita ni. moga dijadikan iktibar dan pengajaran.

..................................................................................................................................................

Anneliese Michel lahir pada 21 September 1952 di Klingenberg, Bavaria, Jerman. Dia merupakan gadis katolik yang taat. (kalau orang melayu cakap ; 'kira cam budak surau la gamaknya'). Pada tahun 1968, ketika dia berumur 16 tahun, kejadian aneh mula berlaku terhadap dirinya. Anneliese yang pada ketika itu masih duduk di bangku sekolah menengah (maybe dia kat sana form4/form5) itu tiba-tiba sering mengadu mengalami kekejangan. Bahkan ketika itu dia tidak dapat berbicara , lidah nya menjadi kelu, dia tidak dapat menjerit ataupun meminta bantuan.


Sejak itulah dia mengadu sering merasakan seperti ada lembaga besar yang sangat berat duduk di atas dadanya. Kejadian itu terus berulang sehingga dia berumur 23 tahun. Ketika itu, dia sudah tidak mampu untuk berjalan , berselisihan atau melihat lambang salib, dan tidak mahu meminum air suci. (amalan2 ritual penganut agama kristian katolik). Bermula dari saat itu, barulah keluarganya menyedari Anneliese mengalami kerasukan setan. Anneliese sering memaki hamun, memukul, dan menggigit kedua ibubapanya. Dia menghancurkan giginya dengan menghantukkan mukanya ke dinding , mencederakan diri dengan pisau sehingga mengalami pendarahan. Dia sering menolak apabila diberi makan ataupun minum kerana jelasnya bahawa setan tidak mengizinkan dia melakukannya.



Ketika ritual sedang dijalankan -gambar-


Khuatir dengan keadaan Anneliese , keluarganya membawa dia menemui doktor psikitiari untuk memulihkannya. Pun begitu, keadaannya tidak berubah dan masih sama. Ibu bapanya kian buntu dan kebingungan kerana tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk mengubati Anneliese. Akhirnya keputusan telah dibuat. Ibu bapanya membawa Anneliese ke gereja dan menemui seorang paderi. Pihak gereja telah bersetuju untuk melakukan ritual pengusiran setan atau disebut eksorsisme. Ritual itu dijalankan selama 10 bulan pada tahun 1976. Jumlah sesi ritual adalah sebanyak 67 kali. 1 atau 2 sesi seminggu dan setiap ritual dilakukan selama 4 jam.


Ketika Anneliese mengalami kerasukan , dia menjadi sangat kuat bahkan diperlukan 3 orang dewasa untuk menjatuhkannya. (kekuatan meningkat menjadi 3 kali ganda). Sangkin kuatnya dia , dia pun diikat di katilnya menggunakan rantai besi untuk mengekang kekuatannya. Bukan itu sahaja , Anneliese mampu berbicara dengan pelbagai bahasa dan suara ketika kerasukan. Dia pernah berkata-kata dalam bahasa Ibrani dengan mengatakan, ''KAMI ADALAH ORANG-ORANG YANG TINGGAL DI DALAM BADAN DIA. SAYA SALAH SATU YANG TINGGAL DI DALAMNYA''. Selama proses pengusiran setan di jalankan , Anneliese meracau-racau , buang air kecil ataupun besar sembarangan (ikut suka dia) , menanggalkan pakaiannya dan sangat benci terhadap alat-alat keagamaan.


Akhirnya pada 1 Julai 1976, Anneliese pun meninggal dunia . Sehari sebelumnya , dia menjalani ritual itu sekali lagi. Di saat akhir kematiannya dia berkata kepada ibunya, ''IBU, AKU TAKUT''. Dan pada malam itu , Anneliese Michel menghembuskan nafas terakhir ketika tidur. Laporan autopsi menyatakan bahawa kematiannya adalah akibat malnutrisi dan dehidrat. (kekurangan gizi dan air dalam badan)


Kematian Anneliese memberi impak buruk kepada 2 orang paderi yang cuba memulihkannya melalui ritual tersebut. 2 paderi yang memimpin ritual itu , Paderi Alt dan Renz serta ayah Anneliese sendiri didakwa bersalah kerana menjadi penyebab kematian Anneliese. Mereka didakwa atas kesalahan menjalankan ritual dan menghentikan pengambilan ubat yang diberikan doktor psikitiari lalu menyebabkan Anneliese akhirnya meninggal dunia pada 1 Julai 1976


Olahan ; WhyJ (serius doh. aku tulis cerita ni lama gila)

source : Emily Rose True Story of Anneliese Michel Exorcism-Real Story

.......................................................................................................................................................


cerita dia tak sama pun dengan pengalaman yang aku lihat 'tak seberapa lama dahulu' tu. cuma secara umumnya , topiknya sama iaitu kerasukan. jadi , aku pun mengambil satu inisiatif demi mengupas isu ini dengan menemu ramah Emily Rose itu sendiri. supaya korang dapat faham apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan.. (bajetnyew mamat ni. hha)


Emily : Terima kasih bang sebab sudi menemu ramah saya..

Whyj : Eh. takpa. takpa. tak susah pun.

Emily : abang nak tanya apa kat saya ? sampai susah2 datang kat Jerman nih.

Whyj : sebenarnya abang nak ngorat kamu la.. ehh.. Tak! Tak! nak soal jawab dengan kamu la. abang nak tolong kamu sebenarnya. cuba kamu cerita kat abang , apa masalah yg kamu hadapi sebenarnya..

Emily : (romantik siot mamat ni) . alaaa. buat2 taktau pulak. saya ni kan popular dalam bab rasuk merasuk ni. ehh. rasuk dirasuk. hehe. tapikan bang , rasuk ni apa sebenarnya?

Whyj : Rasuk ni berlaku apabila makhluk halus cuba mengawal minda , fikiran , dan tubuh badan manusia. Manusia yg dirasuk pula akan bertindak diluar kawalan minda mereka. seperti meracau , menangis dan melakukan perkara2 yg tidak masuk akal (tak perlulah disebutkan) mencederakan diri sendiri dan sbg.

Emily : habis histeria tu hape pulak ?

Whyj : histeria ni pulak keadaan apabila seseorang itu sering memendam perasaan sama ada sedih kecewa marah atau suka menyendiri. keadaan yang menekan itu akan membuak apabila ia tidak dapat ditahan. lalu keadaan akan menjadi lebih kurang sama macam kerasukan. ruang 'tekanan' seperti itu kadang kala akan dimanfaatkan oleh makhluk halus (iblis,syaitan,jin,&sbg) untuk mengawal manusia agar manusia menyimpang dari jalan Allah dan mati di dalam keadaan su'ul khotimah. (keadaan hina)

Emily : bagaimana yang menghindarkan diri dari kedua2nya, bang ? (ciss. aku plak yang temu ramah mamat bajet ni)

Whyj : caranya mudah. jangan biarkan hatimu kosong , dik . sentiasa lah mengisinya dengan beribadah kepada tuhanmu , bergaul dengan masyarakat , bergelak ketawa dengan rakan2 , sentiasa bermuhasabah diri dan jangan biarkan hidupmu keseorangan.

Emily : tapi bang , saya sentiasa pergi gereja , baca bible , jumpa paderi . tapi masih kena rasuk jugak . kenapa ? (Emily kan kristian)

Whyj : yaa. abang tahu. agama itu penting. tapi seperti yang abang cakap tadi , sikap suka menyendiri , berdiam diri , tidak bergaul , sering memendam rasa , tidak suka bergurau senda dengan kawan , kadangkala menjadi punca histeria .

Emily : ooo. betul jugak tu. abis member Emily , nama dia Kak Limah , perangai dia pun macam kerasukan jugak.

Whyj : itu gila. lainnnn..

Emily : abis member Emily yg lagi sorang ni nama dia Jentayu. Perangai dia pun dah macam setan. kena rasuk jugak ke ?

Whyj : yg itu sebab dia mengamalkan ilmu hitam. lagi satu sebab dia memang dah mewarisi saka. dah jadi faktor lain pulak.

Emily : ooo. ok.

Lalu aku pun bersembang dengan Emily sampai la secawan teh yang aku pesan tadi habis ku minum....

Kemudian aku pun amik flight balik Malaysia...

...............................................................................................................................................

p/s : so , harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan ni. semoga kita dapat pereratkan lagi hubungan kita dengan Allah dan memperbaiki hubungan kita dengan sesama manusia. Jangan biarkan hatimu kosong dan kesunyian.

p/s : Bak kata pengacara 'Misteri Nusantara' , ''JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERIIII.......''