10/12/2012

Takut itu Subjektif



Bila yang dirancang selalu tak menjadi tapi yang tak dirancang selalu menjadi.


Assalamualaikum. Hai stalker. Sekarang ni dah masuk cuti sem. Aku habis exam lambat berbanding fakulti lain. Meskipun begitu , waktu untuk pulang ke kampong halaman bagi kebanyakan pelajar adalah sama. Aku sengaja beli tiket lewat 2 hari sebab aku dah rancang nak buat event sikit sebelum cuti. (kononnya) Beberapa bulan yang lepas aku dengan geng kelas aku , dengan geng asrama aku plan ‘baek punya’ ; kata nak pergi pulau sana lah , camping itu lah , resort itu lah . Akhirnya . . . 


1.       Duit tak cukup. Masing-masing kopak. Duit pitih (PTPTN) dah licin.
2.       Malas nak buat event simple , semua beli tiket awal. Mak bapa sampai awal. Sedara datang amik awal.
3.       Rinduuuuu sangat dengan kawan-kawan dan family dekat rumah. (lagu dendang perantau diputar)
Dan akhirnya aku terkandas seorang diri di asrama yang sepi ni. Lebih malang , aku sorang je budak lelaki yang duduk kat asrama lama. (aku boleh Nampak daun kering ditiup angin kat tengah dorm ni).
Aku pun rindu. Tapi.. apa boleh buat. Benda tak berapa menjadi. Terpaksa la aku duduk seorang diri 2 hari ni.

Okay lah. Bukan tu yang nak aku cerita.
-

Ehem.

Aku seorang yang sedikit tidak berani. (dalam erti kata lain penakut). Tapi aku suka bajet taff (tough) depan kawan-kawan. Ada beberapa benda yang aku agak takut dalam dunia ni. Memang la ketakutan tu harus disalurkan kepada Allah saja , tapi benda-benda ni datang dalam keadaan aku tak berapa ‘bersedia’ . 

Benda-benda itu adalah ; 

1.       Serangga. Terutama lipas. Aku kena tengok lipas yang aku Nampak tu mati baru aku boleh tidur. Kalau tak aku tak senang duduk.
2.       Gelap yang gelita. Kalau gelap biasa aku tak kesah. Ni gelap yang sungguh gelita. Macam buta.
3.       Seorang diri. Tanpa ada suara yang boleh aku dengar. Kalau ada bising-bising sikit baru aku tenang.
4.       Jalan yang bersimpang-simpang yang mampu membuat aku sesat.
5.       Perogol gay – dengar macam bodoh. Tapi zaman sekarang ni , lelaki handsome macam aku memang menjadi tumpuan. Hahahaha. (lawak bodoh)
6.       Last sekali bayangan yang muncul dalam kepala aku sendiri .

Aku memang peminat cerita hantu yang tegar. Terutama Horror Thai Film . Laptop aku memang banyak cerita hantu. Dan aku memang suka. :)
Tapi lepas aku tengok , macam-macam lah yang muncul dalam benak kepala ni. Lebih malang , muncul time aku tak ‘bersedia’.

Contoh ;

Bersedia : Pergi ke tandas pada lewat malam (study hard kot. Sangat) selepas menunaikan solat isyak. Alhamdulillah. Semua jembalang akan ku ketis dengan mudah ! heheh !

Tak bersedia : Pergi ke tandas dilewat malam selepas menonton cerita hantu yang baru didonlot (di-download). Berjalan dengan laju sambil menundukkan kepala. Tidak memandang cermin ketika membasuh tangan. Dan lari selaju mungkin selepas mencuci tangan seperti dikejar hantu yang merangkak dengan pantas. (uuu tak boleh dibayangkan)

Bersedia : Berjalan pulang ke rumah dibawah pokok dan semak samun yang gelap gelita selepas melepak sambil bermesej dengan yang tersayang. Hatiku girang gembira sambil tersengih-sengih macam selipar koyak dan tanpa disedari aku telah pun sampai di depan pintu rumah . Whoa !

Tak bersedia : Berjalan pulang ke rumah dibawah pokok dan semak samun yang gelap gelita sambil membayangkankan kejadian-kejadian yang pernah berlaku pada orang lain sebelum ini dan kepala aku secara automatic mengadaptasikan tempat kejadian sebenar dengan tempat yang aku sedang lalu. Whattaa .?! (astagfirullah astagfirullah astagfirullah…-time time macam ni la baru teringat nak berzikir)


Bersedia : tidur bersendirian selepas penat belajar dan kepala runsing memikirkan soalan macam mana yang keluar esok.

Tak bersedia : Tidur bersendirian selepas menonton cerita hantu Thailand dan korea sambil mengadaptasi babak-babak tersebut dengan keadaan yang yang aku sedang lakukan sekarang. Kemudian aku menukar posisi tidur dengan menghadap kipas siling kerana ingin memerhatikan keadaan sekeliling , akibat tidak berani tidur menghadap dinding. SOMEONE BEHIND YOUUUUUUU. Whattaa ?!

Bersedia : Duduk bersendirian sambil menaip sesuatu untuk di-postkan di blog Whyj. Otak berfikir apa yang patut disumbat ke dalam blog , supaya blog kelihatan bersih dan tidak bersawang. (eh. Sama macam apa yang aku tengah buat. Hehh) Sambil tu aku cuba buat lawak sorang-sorang lepas tu aku akan gelakkan lawak aku sendiri. – Forever Alone

Tak bersedia : Duduk bersendirian sambil memandang dinding agar tidak terdapat apa-apa perubahan yang berlaku pada sekeliling. (bunyi macam bodoh , tapi itu yang aku selalu buat bila takut)

-

Otak aku selalu menerawang pada yang ‘jenis’ macam tu. Dan akhirnya , aku dibelenggu perasaan sendiri. 

Tapi bila fikir balik , ada hikmahnya jugak. 

1.       Aku akan berzikir dan mengumpulkan tenaga serta chakra dalaman untuk mengeluarkan Rasengan untuk melawan benda-benda macam tu. ‘’Allahu Akhbar ! Rasakan penanganku wahai syaitan ! Muahaha !’’
2.       Aku akan rindu mak ayah aku , andainya diorang bersama aku yang keseorangan di sini. Isk Isk. Tapi aku dah besar , aku kena kuat !  (tunjuk muscle) . Nanti kalau anak aku nak berak besar nanti , mesti dia mintak aku temankan. Takkan nak cakap ‘’Papa takut la… Man pergi la sorang’’

Sesungguhnya pengalaman dekat U ni memang banyak mendewasakan aku berbanding dulu. Aku dah tahu takut itu boleh dilawan. Takut Cuma perasaan. Takut hanya pada Allah. Allah Nampak apa yang kita Nampak. Allah tunggu kita cakap ‘’Ya Allah , bantulah aku’’. Dan Allah suka hamba-hamba yang suka meminta-minta padanya.
-


END

P/S : Aku menyesal beli tiket ni. Ni last aku buat macam ni. Naik tepu aku duduk sorang-sorang kat asrama ni.
P/S2 : Ada orang tanya ‘WHYJ’ tu apa . Aku Cuma cakap , ‘adalah’. Ia bukan  nama untuk Nampak macam blogger pro , itu adalah huruf yang istimewa. Bagi aku. ^^

Comments
0 Comments

0 Komentar:

Post a Comment