(Sedang aku melayan pelbagai jenis video di laman 'TiubKamu' , aku terbukak satu vid yang bertajuk '20 scarriest horror movie'. dan salah satu yang tersenarai adalah 'The Exorcism'. Tiba-tiba aku teringatkan pengalaman melihat 'the real exorcism' di hadapan mata aku 'tidak berapa lama dahulu'...)
Urgh. Ia adalah satu pengalaman pelik , dan mengujakan (mengujakan? urm. lebih kurang la.) sebab itu la pertama kali aku tengok kejadian seperti itu. orang putih kata first time... tapi aku tak menjadikan tu modal sebagai mengekspresikan ekspresi batak dihadapan rakan-rakan.. aku cool saja. (cehh)
Lalu aku tertanya-tanya kenapa beliau boleh dirasuk dan kenapa begitu senang beliau boleh diganggu? Ahah ! itulah topik kita pada hari ini ! haha. urm. (tak lawak pun..annoying?)
sebelum beta ulas dengan lebih lanjut , izinkan beta menceritakan sebuah cerita benar dan cerita yang beta ingin ceritakan itu bertajuk 'cerita Emily Rose yang Kerasukan'.. kalau orang putih cakap 'THE EXORCISM OF EMILY ROSE'.. hehe.
Tapi ! ini versi yang sebenar. sebab cerita ni berpandukan cerita yang sebenar.. kalau orang putih cakap , 'based on the true story'...hehe (annoying?) .watak Emily Rose yang dilakonkan itu (didunia sebenar) sebenarnya adalah seorang pelajar perempuan yang bernama Anneliese Michel.
so , mari kita baca cerita pakcik whyj kita ni. moga dijadikan iktibar dan pengajaran.
..................................................................................................................................................
Anneliese Michel lahir pada 21 September 1952 di Klingenberg, Bavaria, Jerman. Dia merupakan gadis katolik yang taat. (kalau orang melayu cakap ; 'kira cam budak surau la gamaknya'). Pada tahun 1968, ketika dia berumur 16 tahun, kejadian aneh mula berlaku terhadap dirinya. Anneliese yang pada ketika itu masih duduk di bangku sekolah menengah (maybe dia kat sana form4/form5) itu tiba-tiba sering mengadu mengalami kekejangan. Bahkan ketika itu dia tidak dapat berbicara , lidah nya menjadi kelu, dia tidak dapat menjerit ataupun meminta bantuan.
Sejak itulah dia mengadu sering merasakan seperti ada lembaga besar yang sangat berat duduk di atas dadanya. Kejadian itu terus berulang sehingga dia berumur 23 tahun. Ketika itu, dia sudah tidak mampu untuk berjalan , berselisihan atau melihat lambang salib, dan tidak mahu meminum air suci. (amalan2 ritual penganut agama kristian katolik). Bermula dari saat itu, barulah keluarganya menyedari Anneliese mengalami kerasukan setan. Anneliese sering memaki hamun, memukul, dan menggigit kedua ibubapanya. Dia menghancurkan giginya dengan menghantukkan mukanya ke dinding , mencederakan diri dengan pisau sehingga mengalami pendarahan. Dia sering menolak apabila diberi makan ataupun minum kerana jelasnya bahawa setan tidak mengizinkan dia melakukannya.
Ketika ritual sedang dijalankan -gambar-
Khuatir dengan keadaan Anneliese , keluarganya membawa dia menemui doktor psikitiari untuk memulihkannya. Pun begitu, keadaannya tidak berubah dan masih sama. Ibu bapanya kian buntu dan kebingungan kerana tidak tahu lagi bagaimana caranya untuk mengubati Anneliese. Akhirnya keputusan telah dibuat. Ibu bapanya membawa Anneliese ke gereja dan menemui seorang paderi. Pihak gereja telah bersetuju untuk melakukan ritual pengusiran setan atau disebut eksorsisme. Ritual itu dijalankan selama 10 bulan pada tahun 1976. Jumlah sesi ritual adalah sebanyak 67 kali. 1 atau 2 sesi seminggu dan setiap ritual dilakukan selama 4 jam.
Ketika Anneliese mengalami kerasukan , dia menjadi sangat kuat bahkan diperlukan 3 orang dewasa untuk menjatuhkannya. (kekuatan meningkat menjadi 3 kali ganda). Sangkin kuatnya dia , dia pun diikat di katilnya menggunakan rantai besi untuk mengekang kekuatannya. Bukan itu sahaja , Anneliese mampu berbicara dengan pelbagai bahasa dan suara ketika kerasukan. Dia pernah berkata-kata dalam bahasa Ibrani dengan mengatakan, ''KAMI ADALAH ORANG-ORANG YANG TINGGAL DI DALAM BADAN DIA. SAYA SALAH SATU YANG TINGGAL DI DALAMNYA''. Selama proses pengusiran setan di jalankan , Anneliese meracau-racau , buang air kecil ataupun besar sembarangan (ikut suka dia) , menanggalkan pakaiannya dan sangat benci terhadap alat-alat keagamaan.
Akhirnya pada 1 Julai 1976, Anneliese pun meninggal dunia . Sehari sebelumnya , dia menjalani ritual itu sekali lagi. Di saat akhir kematiannya dia berkata kepada ibunya, ''IBU, AKU TAKUT''. Dan pada malam itu , Anneliese Michel menghembuskan nafas terakhir ketika tidur. Laporan autopsi menyatakan bahawa kematiannya adalah akibat malnutrisi dan dehidrat. (kekurangan gizi dan air dalam badan)
Kematian Anneliese memberi impak buruk kepada 2 orang paderi yang cuba memulihkannya melalui ritual tersebut. 2 paderi yang memimpin ritual itu , Paderi Alt dan Renz serta ayah Anneliese sendiri didakwa bersalah kerana menjadi penyebab kematian Anneliese. Mereka didakwa atas kesalahan menjalankan ritual dan menghentikan pengambilan ubat yang diberikan doktor psikitiari lalu menyebabkan Anneliese akhirnya meninggal dunia pada 1 Julai 1976
Olahan ; WhyJ (serius doh. aku tulis cerita ni lama gila)
source : Emily Rose True Story of Anneliese Michel Exorcism-Real Story
.......................................................................................................................................................
cerita dia tak sama pun dengan pengalaman yang aku lihat 'tak seberapa lama dahulu' tu. cuma secara umumnya , topiknya sama iaitu kerasukan. jadi , aku pun mengambil satu inisiatif demi mengupas isu ini dengan menemu ramah Emily Rose itu sendiri. supaya korang dapat faham apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan.. (bajetnyew mamat ni. hha)
Emily : Terima kasih bang sebab sudi menemu ramah saya..
Whyj : Eh. takpa. takpa. tak susah pun.
Emily : abang nak tanya apa kat saya ? sampai susah2 datang kat Jerman nih.
Whyj : sebenarnya abang nak ngorat kamu la.. ehh.. Tak! Tak! nak soal jawab dengan kamu la. abang nak tolong kamu sebenarnya. cuba kamu cerita kat abang , apa masalah yg kamu hadapi sebenarnya..
Emily : (romantik siot mamat ni) . alaaa. buat2 taktau pulak. saya ni kan popular dalam bab rasuk merasuk ni. ehh. rasuk dirasuk. hehe. tapikan bang , rasuk ni apa sebenarnya?
Whyj : Rasuk ni berlaku apabila makhluk halus cuba mengawal minda , fikiran , dan tubuh badan manusia. Manusia yg dirasuk pula akan bertindak diluar kawalan minda mereka. seperti meracau , menangis dan melakukan perkara2 yg tidak masuk akal (tak perlulah disebutkan) mencederakan diri sendiri dan sbg.
Emily : habis histeria tu hape pulak ?
Whyj : histeria ni pulak keadaan apabila seseorang itu sering memendam perasaan sama ada sedih kecewa marah atau suka menyendiri. keadaan yang menekan itu akan membuak apabila ia tidak dapat ditahan. lalu keadaan akan menjadi lebih kurang sama macam kerasukan. ruang 'tekanan' seperti itu kadang kala akan dimanfaatkan oleh makhluk halus (iblis,syaitan,jin,&sbg) untuk mengawal manusia agar manusia menyimpang dari jalan Allah dan mati di dalam keadaan su'ul khotimah. (keadaan hina)
Emily : bagaimana yang menghindarkan diri dari kedua2nya, bang ? (ciss. aku plak yang temu ramah mamat bajet ni)
Whyj : caranya mudah. jangan biarkan hatimu kosong , dik . sentiasa lah mengisinya dengan beribadah kepada tuhanmu , bergaul dengan masyarakat , bergelak ketawa dengan rakan2 , sentiasa bermuhasabah diri dan jangan biarkan hidupmu keseorangan.
Emily : tapi bang , saya sentiasa pergi gereja , baca bible , jumpa paderi . tapi masih kena rasuk jugak . kenapa ? (Emily kan kristian)
Whyj : yaa. abang tahu. agama itu penting. tapi seperti yang abang cakap tadi , sikap suka menyendiri , berdiam diri , tidak bergaul , sering memendam rasa , tidak suka bergurau senda dengan kawan , kadangkala menjadi punca histeria .
Emily : ooo. betul jugak tu. abis member Emily , nama dia Kak Limah , perangai dia pun macam kerasukan jugak.
Whyj : itu gila. lainnnn..
Emily : abis member Emily yg lagi sorang ni nama dia Jentayu. Perangai dia pun dah macam setan. kena rasuk jugak ke ?
Whyj : yg itu sebab dia mengamalkan ilmu hitam. lagi satu sebab dia memang dah mewarisi saka. dah jadi faktor lain pulak.
Emily : ooo. ok.
Lalu aku pun bersembang dengan Emily sampai la secawan teh yang aku pesan tadi habis ku minum....
Kemudian aku pun amik flight balik Malaysia...
...............................................................................................................................................
p/s : so , harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan ni. semoga kita dapat pereratkan lagi hubungan kita dengan Allah dan memperbaiki hubungan kita dengan sesama manusia. Jangan biarkan hatimu kosong dan kesunyian.
p/s : Bak kata pengacara 'Misteri Nusantara' , ''JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERIIII.......''
good story .. i like ! =)
ReplyDeletehahaha..kak limah...
ReplyDeletebest2....buat la lagi macam ni tau..best betul la...
thanks nazim :)
ReplyDeleteHacks : haha. baru je tgk cerita kak limah smalam. tetiba tringat nama dia. :) btw , thanks :D
kak limah kawan dengan emily. great :)
ReplyDeletehahaha . rekaan semata-mata :)
ReplyDelete