'Im go to the Hollywood!!!!!!'
riang ku yang keriangan sebentar tadi kemudian hilang sedikit demi sedikit. garis-garis senyuman ku kian hilang. entah mengapa. hati ku menjadi suram. terdetik suatu suara aneh *seakan-akan suara ustaz di dalam rancangan 'Halaqah' di TV9 'dekat dihatiku' . kemudian timbul satu persoalan...)
betul ke apa yg aku buat ni ? tanya ku kepada diriku . aku teringat kembali akan semua nasihat yg telah aku baca , aku dengar dan aku lihat . lantas aku mengambil keputusan untuk menarik diri dari sebuah rancangan realiti tv di sekolah ku , walaupun aku sudah berjaya memasuki ke peringkat akhir. (bila pulak skolah aku buat rancangan realiti tv ni? haha. act , tu pertandingan nyanyian je. hehe.)
ok. tanpa berlengah dan membuang masa lagi , mari kita teruskan dengan tajuk utama iaitu...
HUKUM BERHIBUR , MUZIK DAN NYANYIAN MENURUT ISLAM
Al-Imam Al-Ghazali pernah menegaskan dalam Ihya' Ulummudinnya bahawa "orang yang tidak tersentuh hatinya kerana mendengar nyanyian yang merdu adalah orang yang kurang dan tidak normal" . Orang yang seperti itu (yang tidak tersentuh kepada irama dan nyanyian) adalah jauh dari hal-hal yang bersifat rohani (batin/jiwa) dan mereka ini juga tidak peka terhadap sesuatu.
Persoalannya: Jika kecenderungan manusia terhadap irama muzik, lagu dan nyanyian itu menjadi antara faktor penting kepada dorongan hati dan fitrah semulajadi manusia ciptaan Allah itu. Apakah wajar agama itu datang untuk memerangi sesuatu yang disukai naluri manusia (yang memang diciptakan Allah sedemikian) dan menimpakan bencana kepada mereka?
Jawapannya: Sama sekali tidak. Agama itu datang untuk mendidik, mengasuh, mengangkat dan menjuruskan kita kepada kebenaran. Al-Imam Ibn Taimiyah pernah menyatakan "Sesungguhnya para Nabi itu diutuskan Allah bagi menyempurnakan akhlak, fitrah manusia dan kemudian memantapkannya lagi, bukannya untuk menukar ganti serta merubah sesuatu kepada yang baru".
Insiden ketika Rasulullah Saw datang ke Madinah, ketika itu penduduk Madinah telah dua hari berpesta, bermain dan bergembira. Lantas Rasulullah Saw bersabda (bertanya): "Untuk apa anda gunakan selama dua hari ini?"
Mereka menjawab:"Untuk kami bermain dan bersuka ria kerana permainan ini telah diwarisi turun temurun dari zaman Jahiliah lagi"
Kemudian Rasulullah Saw bersabda: "Sesungguhnya Allah Swt telah menggantikan untuk anda semua (dari permainan zaman jahiliah itu) dengan sesuatu yang lebih baik dari dua hari itu, yakni dua hari raya, Aidil Fitri dan Aidil Adha" Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa'i
Allah swt berfirman yang bermaksud;
“Dan di antara manusia (ada) orang mempergunakan ucapan yang tidak berguna.” (Luqman: 6)
Abdullah bin Mas’ud bersumpah bahawa yang dimaksudkan dengan kata lahwul hadith (memperguna ucapan yang tidak berguna) adalah nyanyian atau lagu.
Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya akan ada segolongan orang dari kaumku yang menghalalkan zina, kain sutera, khamar, dan alat muzik” (Hadith Sohihyyah)
Khilaf ulama tentang Alat Muzik yg Haram
Ada Ulama yang berpendapat bahawa Seruling, Gitar dan Gendang adalah dilarang kerana ia merupakan simbol bagi anak-anak muda yang suka berfoya dan ada antara alat itu juga menyerupai wanita.
Namun, keharusan menggunakan Gambus dan Rebana adalah berdasarkan kepada beberapa hujah dari ulama yang membawa riwayat-riwayat dari para sahabat Rasulullah Saw dan ulama-ulama terkenal. Abu Al-Fadl bin Thahir dalam karyanya As-Sama' menyatakan tidak ada perselisihan antara ahli Madinah dalam mengharuskan Gambus. Ibn Tahir juga menyatakan perkara yang sama dan inilah pendapat yang dipersetujui oleh seluruh golongan Az-Zahiriyyah.
Al Mawardi meriwayatkan bahawa sebahagian golongan Asy-Syafiyyah juga mengharuskan alat muzik Gambus dalam mengiringi nyanyian. Riwayat yang sama ini juga disampaikan oleh Abu Al-Fadl bin Thahir, Ibn Ishaq Asy-Syirazi, Al Asnawi dalam karyanya Muhimmat, Ar Rauyani, Ibn Al-Mulaqqan dalam karyanya Al-Umdah, Ibn Thahir, Al-Adfawi dan begitu juga Asy-Syeikh Izzuddin bin Abd Salam, Al-Afdawi dalam karyanya Al-Imta dan Abu Bakar bin Al-Arabi. Kesemua mereka ini juga berpendapat mendengar nyanyian yang diiringi muzik gambus dan rebana adalah diharuskan. Apa-apa yang selain dari alat muzik yang diharuskan adalah dilarang.
Timbul persoalan adakah tarian majmuk, tarian kebudayaan kaum dan band ini adalah haram???
1.Hiburan sekadar keperluan sampingan,
Yang dimaksudkan hiburan sekadar keperluan sampingan ialah, umat Islam boleh berhibur tetapi biarlah hiburan itu sekadar memenuhi kehendak naluri dan tidak berlebi-lebihan dalam berhibur contohnya, ada orang berhibur sehingga mengelengkan kepalanya sehingga mabuk (pening) dan ada yang melompat-lompat tanpa tujuan. Apabila masuk solat fardhu maka wajib menyelesaikan dahulu solat itu dengan khusuk dan tawadduk.
2.Hiburan yang memuja Allah swt,
Lirik-lirik dan alunan lagu tersebut mestilah ada unsur-unsur memuja Allah dan ada seruan untuk mentaati Allah. Selain itu juga, yang memuji Rasulullah, para sahabat dibenarkan dalam Islam bertujuan mengingat kembali sirah perjuangan para nabi dan sahabat. Lirik-lirik seperti memuja wanita, dan tiada unsur-unsur Islam (kebaikan) adalah haram.
3.Pemisahan penonton/pendengar antara kaum hawa dan kaum Adam,
Pemisahan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan, sekiranya tidak dipisahkan maka hukumnya adalah haram.
4.Penyanyi dan penghibur hendaklah di kalangan lelaki sahaja,
Maksud penyanyi dan penghibur hendaklah lelaki sahaja ialah lelaki dibenarkan menjadi penyanyi/penghibur kepada seluruh pendengar lelaki ataupun perempuan. Berlainan pula wanita menjadi penghibur/penyanyi, ada ulama’ membolehkan wanita jadi penghibur tapi dengan syarat yang menjadi pendengar/penonton adalah di kalangan perempuan sahaja dan tidak penghibur tadi tidak boleh menyebarkan hasil hiburan itu di kalangan kaum muslimin. Hukum wanita berhibur di khayalak ramai yang terdiri daripada lelaki dan perempuan adalah haram.
Kita masuk dalam persoalan adakah tarian majmuk, tarian kabudayaan kaum dan band itu adalah haram???
TARIAN MAJMUK
- Tarian in adalah tarian antara kaum yang menghimpunkan kaum cina, iban, melayu, India dan lain-lain. Penghibur pada tarian ini juga tidak ada had limited (penghalang). Siapa-siapa pun boleh join, lelaki ataupun perempuan. Madhu’ (penonton) boleh bercampur dan bebas menikmati tarian tersebut.
KONSERT BAND
- Konsert yang dipanggil band merupakan kegemaran anak muda masa kini sehinggakan konsert ini bukan sahaja dipelopori oleh budak-budak U tapi di kampung-kampung/bandar-bandar juga telah menular konsert yang telah ditaja oleh yahudi dan barat ini. Alat muzik dalam hiburan ini confirm adalah alat muzik yang dipetik dan ditiup. Hiburan ini juga adalah hiburan orang-orang kuffar dan kafir yang dipelopori di nega-negara barat.
Firman Allah swt yang bermaksud;
“Agama kamu adalah agama kamu, agama kami adalah agama kami” (Al-Kaafirun: 6)
Maksud ayat Allah di atas adalah bertujuan mengharamkan sama sekali mengikut jejak langkah golongan kafir (barat) dari segi hiburan, pemakaian, pemikiran sekular dan sebagainya.
Kesimpulan oleh Whyj ;
Maka fahamlah sudah akan kita tentang permasalahan ini . Namun bagi aku sendiri , dakwah itu banyak cabangnya dan banyak caranya. Dakwah tidak semestinya hanya dilakukan oleh ustaz dan ustazah. Dan dakwah tidak semestinya hanya perlu dilakukan di dalam masjid dan program2 agama. Dan cara hidup islam tidak semestinya hanya boleh dilakukan oleh orang yg dikategorikan sebagai 'alim' dan 'baik' sahaja.
Semua orang pun boleh buat. Semua orang pun boleh amalkan. Tak perlu rasa malu tak perlu rasa segan. Kadang2 aku tengok orang perempuan malu nak pakai tudung kat luar sekolah. kenapa ? malu kawan2 ejek 'alim' ? alim pun nak malu ke ? (dah masuk tajuk lain dah... hehe. takpe kan ? )
Kalau kawan2 taknak amalkan , biarlah. asalkan kita dah buat. bukan sebab kita nak jadi ustaz , bukan sebab kita nak tunjuk baik. tapi sebab kita islam. Manusia ini sifatnya tidak sempurna. tiada yg sempurna. semua orang ada kelemahan. semua orang ada dosa (kecuali nabi yg bersifat maksum).
Jadi marilah kita mengamalkan gaya hidup seperti abang hamka (abg keretamayat. hehe..) iaitu 'Gaya pulang ke pangkal jalan' . semua orang akan mati , semua orang akan jadi mayat . jadi tak salah kalau kita berpesan-pesan kepada kebaikan kan ?
Ingat , Dakwah itu tidak tertakluk kepada terma dan syarat. :) Semua orang boleh !
p/s : aku juga berpesan kepada diri aku sendiri . supaya aku tidak termasuk dalam golongan orang yang cakap tak serupa bikin (entri sebelumnya)
p/s2 : aku sendiri taktau kenapa aku cerita pasal tudung di akhir entri ni . terasa awkward la pulak . haha .
p/s3 : aku sebenarnya tak berani nak berbicara soal hukum sebab aku bukan seorang ustaz . aku juga bukan lah seorang student di universiti islam yang bertauliah. tapi hak untuk berdakwah terletak di tangan semua orang. semua entri yang aku post , aku ambil dari sumber2 yang aku yakini kesahihannya.
no wonder la tarik dari dari contest tuh..
ReplyDeleteu did a great job la..
good la hilman :)
hilman kan?? takot silap org :p
for sure , u pown malu untuk berdakwah dpn2 rite ? yela , when i ask u , "tersengih2" jeh ! hhaha . :P
ReplyDeletesuehaina : yes. this is me :)
ReplyDeletemekar : haa , betul lah tu. ;D