***
GAY
-terbahagi kepada dua. satu lelaki yang maskulin (lelaki yg sejati. tiada langsung ciri2 feminin) dan dan suka akan lelaki. (sesama jantina)
-satu lagi lelaki yang lembut , ciri2 nya lebih kepada wanita sama ada dari segi percakapan , bentuk tubuh badan , dan perwatakannya. Naluri mereka juga suka akan lelaki. (sejenis) dari segi dialek melayu , mereka disebut sebagai pondan ataupun maknyah.
-persamaan antara kedua-duanya adalah mereka suka akan lelaki. (dan dilaknat Allah)
***
METROSEKSUAL
-mereka bukannya gay ataupun pondan. mereka adalah lelaki sejati yang lurus (maskulin). perbezaan mereka adalah mereka menyukai perkara-perkara yg kebiasaaannya ada pada wanita. seperti menjaga kulit wajah dan bentuk badan.menyukai wangi-wangian dan bedak dll. sentiasa mengelak daripada melakukan perkara2 yg boleh merosakkan kecantikan mereka. aku istilahkan mereka sebagai preetyboy . tapi kalau orang melayu cakap mat jambu. hahaha.
***
LELAKI LEMBUT @ SUTUN
-kalau dalam bahasa kasar , orang sebut sebagai Bapuk. ada jugak yg sebut sebagai Sutun . (Sutun berasal dari perkataan Sotong , tapi penyebut perkataan itu pelat dan telah menjadi orang pertama yg mencipta istilah Sutun menggantikan perkataan Bapuk.)
-Sutun adalah lelaki yg lurus. Nalurinya juga lurus dan suka kepada wanita. perbezaannya adalah perwatakannya dan percakapannya yg menyerupai wanita. namun dari segi penampilan dan pemakaian , mereka adalah lelaki yang tulen. aku istilahkan mereka sebagai lelaki lembut , atau lelaki sopan . kenapa ? sebab , kadang2 perwatakan mereka yg sopan mengalahkan wanita. percakapannya yg lembut dan sentiasa disenangi oleh golongan wanita berbanding lelaki normal.
-Sutun bukannya pondan dan bukannya gay. mereka tetap lelaki yg sejati , cuma lebih sopan berbanding lelaki yg normal. jadi jangan sesekali memanggil mereka dengan panggilan yg kasar. mereka juga lelaki normal. mereka diciptakan untuk menjadi lelaki , dan mereka bersyukur dengan kurniaan yg telah diberi cuma kelembutan yang ada dan tidak dapat disembunyikan (semulajadi , walaupun mereka cuba mengeraskan diri , tapi tetap tidak berjaya dan kelembutan mereka sering kali terserlah.haha) menjadikan mereka lebih sopan berbanding lelaki biasa.
***
KHUNSA
-ini adalah semula jadi ciptaan Allah. bukan disengajakan seperti gay/pondan/maknyah. mereka 100% tidak dilaknat Allah. penciptaan mereka ini menunjukkan betapa Allah itu Maha Pencipta.
-
لَهُ آلَتَا الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ , أَوْ مَنْ لَيْسَ لَهُ شَيْءٌ مِنْهُمَا أَصْلًا , وَلَهُ ثُقْبٌ يَخْرُجُ مِنْهُ الْبَوْلُ .
"Orang yang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil".
Dalam Bahasa Inggeris dipanggil: Hermaphrodite.
Khunsa terbahagi kepada dua. Musykil dan tidak musykil
Tidak Musykil ialah yang jelas padanya tanda-tanda jantina sama ada lelaki atau perempuan. Maka ia dihukumkan mengikut yang mana jelas. Kalau lelaki, lelaki lah, kalau perempuan, perempuanlah.
Musykil pula ialah yang tidak jelas padanya tanda-tanda tersebut sama ada ada dua alat dan sama kuat tanda-tanda lelaki atau perempuan. Atau jenis satu lagi yang tiada alat langsung, Cuma ada lubang untuk kencing sahaja.
Menurut majoriti fuqaha’, orang khunsa sebelum balighnya dilihat, jika kencing dari alat kelamin lelaki maka ia dianggap lelaki. Sebaliknya, akan dianggap perempuan, jika kencing dari alat perempuan.
Jika selepas baligh pula, kena lihat tanda-tanda berikut : , Jika tumbuh janggut, atau keluar mani dari zakar atau menghamilkan wanita, maka ia dianggap lelaki. Begitu juga zahirnya tanda-tanda keberanian dan kepahlawanan sepertimana yang disebut al-Suyuti.
Manakala jika zahir buah dada, ada susu atau keluar haid atau boleh dijimak maka ia adalah wanita.
Jika kesemua tanda-tanda berikut lemah atau sukar ditentukan, maka lihat kecenderungannya…jika lebih ke arah lelaki, hukumkan sebagai lelaki. Jika ke arah perempuan pula, maka hukumkan ia perempuan.
***
Melalui Portal Rasmi Fatwa Malaysia ; (Copy/paste)
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.
***
Kita kalau dah diciptakan sebagai lelaki / perempuan , maka jadilah seperti apa yang telah ditakdirkan. kalau lelaki , jadilah lelaki. kalau perempuan , jadilah perempuan. jangan memandai-mandai nak tukar sana tukar sini. kalau lelaki , pakai lah baju lelaki . kalau perempuan , pakailah baju perempuan.
Dalam dunia ni , cuma Khunsa saja yg dihalalkan (untuk memilih jantina). yang lain lain tu semuanyaa Haram. Kalau lelaki lembut pulak , bagi aku tak salah kalau percakapan kita terlebih sopan , asalkan jangan tetiba nk tukar jantinalah , nak pakai baju kurunglah , lipstik lah . aaiii. melampau lah tu. memang diakui , terkadang ada lelaki sopan , yg cuba berpura-pura mengeraskan diri , supaya kejantanannya diakui . baguslah tu. dia terima fitrah kejadian dia. tapi , slalunya kurang berjaya sebab , percakapan sopannya tu asik terkeluar. takpalah . u know what? , we are who we are . tak salah pun nak terlebih sopan , asalkan tidak melanggar fitrah.
cuba kita tengok Chef Wan . dia aku kategorikan sebagai lelaki lembut. cuba tengok cara percakapan dia , macam mak-mak kita . tapi dia lelaki , dan dia sudah pun berkahwin berpuluh tahun yang lalu dan mempunyai anak. dan dia juga tidak melanggar fitrah dia sebagai seorang lelaki. bagus apa. lelaki sejati lah tu. cuma sopannn.
tapi ada segelintir masyarakat kita , terutamanya lelaki yg bajet maskulin dan keras. dimata perempuan dialah 'preman' , dalam sukan dialah juara , berotot tapi akalnya sedikit cetek. golongan ini memang anti-gay+lembut . menolak seratus peratus lelaki yg sopan ini. kalau nak menolak lelaki pondan@gay ni tak pa la. sebab memang nabi pernah buat camtu [lihat sini] .
tapi janganlah menolak lelaki yg lembut ini. jangan cerca mereka. jangan hina mereka. terimalah mereka seadanya. bersyukurlah kerana mereka terima fitrah kejadian mereka berbanding si pondan dan si gay .
-
p/s : kan bagus kalau kita sopan macam si lelaki sopan ? semuaa orang suka. cikgu-cikgu pun sayangg . hahaha. (annoying?)
p/s2 : jangan kuat menghina orang , nanti dapat dosa tak masuk syurga padan muka. bila kawin besar nanti , dapat anak gay pulak. ahh sudahh. hahaha.
p/s3 : sentiasa bersyukur akan fitrah kejadian kita. kalau kita diciptakan oleh Allah menjadi lelaki hensem, kita perlu terima seadanyaa. yelah , nak buat macam manaa kaann.. hahahaha *evil laugh* (annoying?)
p/s4 : ohh. lepas aku tulis entri ni , baru aku teringat satu entri yang pernah di-post abang hamka kereta mayat yang bertajuk Menyepak Gay Di Pintu Syurga . haha. best. korang ushalah .
Lelaki sutun mesti upgred testosteron barulah jd lelaki perkasa.
ReplyDeleteJangan onani kerana anda akan jadi sutun.
:) Terima kasih sbb jelaskan benda ni, mindset lapuk sebelum ni menghantui seluruh hidup saya sebagai lelaki berhati lembut. Cepat terasa, koyak, terpaksa keraskan diri selepas dicaci, dicerca, dimaki, diperli, diperendahkan, dipulau. Ya Allah, siapa yang pernah rasa je akan terasa penyiksaan hidup ni. Walaupun dgn family, tetap disiksa dgn pemikiran jahat ni. Dengan abang sendiri pun saya dibuli fizikal dan mental. Sampai sekarang perkara ini menjadi satu satu trauma untuk saya berdepan dengan orang. Sebab apa? Sbb family sendiri pun tak meyakinkan saya untuk teruskan hidup dengan sifat sendiri yang semulajadi. Saya harap orang yang pernah berada seperti di "kasut" saya akan sentiasa dilindungi Allah.
ReplyDelete