3/16/2011

Letupan Loji Nuklear di Jepun menyebabkan Hujan Asid di Malaysia ?

(huh? hujan asid ? biar betul ? baru semalam aku mandi hujan . pagi tadi aku tengok rambut aku ada lagi. tak botak pun. kulit pun putih melepak lagi (fuyyoh) . takda apa-apa yg terbakar pun.)

ada ura-ura yang mengatakan , hasil daripada letupan loji nuklear di jepun (akibat tsunami) , telah menyebabkan hujan asid di Malaysia ? (LOL) Filipina yang sekangkang kera tu pun belum kena lagi. tau tau dah sampai malaysia ? (fuyyoh)

antara mesej yang disebarkan ;

I personally don't like to spread this type of panic msgs but sometimes no harm to b extra careful n protect our loved ones..A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer."

-

hahaha...kalau la hujan asid dah melanda malaysia , PM dah isytihar kan awal2 demi keselamatan rakyatnya. lagipun , kalau la hujan asid dah terbang sampai sini , dah tentu sabah sarawak kena dulu. dan amaran sudah tentu akan dikeluarkan 2 , 3 jam selepas hujan asid turun.

jadi , penduduk2 malaysia di semenanjung ni , bawak2 la bertenang . jangan cepat percaya dengan mesej berantai ni.

lihat petikan berita ni ;

KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita.

Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, berkata agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh.


Katanya, faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.

Beliau yang mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan akan turut merebak ke negara ini berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan penyebaran SMS khabar angin daripada pihak tertentu yang meminta penduduk negara ini berkurung dalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, menggugurkan rambut dan menyebabkan kanser.

-

haha .jadi jangan cepat terpedaya dengan mesej2 berantai seperti ini . contoh mesej berantai lain ;

-

*nama-nama Allah 1
*nama-nama Allah 2
*nama-nama Allah 3

Sebarkan kepada 10 orang , dalam masa 10 hari anda akan mendapat rezeki yang lumayan . jika anda mengabaikan mesej ini , anda akan mendapat musibah buruk dalam masa 10 hari.


-
LOL . haha . kalau la mesej ni betul , aku dah mati 2/3 tahun yang lalu . mesej karut . bukan sahaja karut , malahan khurafat . tahyul . syirik . munafik . fasik . kafir . (aii..lebih-lebih pulak)
haha . mesej ni umpama meletakkan rezeki dan musibah ditangan si pemberi mesej . kalau dia sebarkan mesej , dia dapat rezeki . kalau tak sebarkan mesej ,dia dapat musibah . (whaattaa..)

contoh mesej yang lain plak , ada jugak yang cakap pesanan dari pemegang kunci Kaabah , bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w . ok , kalau dia pesan suruh tingkatkan amal ibadah , terimakasih ler sebab ingatkan aku . kalau dia suruh doakan untuk orang Palestin , Insyaallah aku doakan . Tapi yang hanginnya , dia suruh aku sebarkan kat 10 orang , kalau tak sebarkan dapat musibah , kalau sebarkan dapat rezeki . (Whattaa...dah la kredit aku sentiasa ciput) . hah . khurafat !

Rezeki dan musibah tu ditangan tuhan . bukan kat tangan manusia , or pemegang kunci Kaabah , or kat tangan Rasulullah s.a.w sekalipun . manusia takda kuasa apa-apa pun . (superman pun takda . dia cuma tau pakai spender lepas pakai seluar . )

(aik...topik jepun tadi mana ?)

oh yaa lupa . kepada penduduk islam kat jepun , aku ucapkan takziah bebanyak. moga dengan musibah ni , dosa korang dicuci sekali dengan rumah dan kereta korang . bagi jepun yang kafir , moga2 dengan bala seperti ini , korang ramai2 dapat hidayah dan masuk islam . (whoaa)

bagi rakyat malaysia yang cepat cuak , lepas ni jangan cuak cepat sangat . cuak la lambat sikit . kalau takut sangat , bawak la payung sentiasa. apa salahnya langkah berjaga-jaga . bukan sahaja dapat mencegah dari terkena hujan asid , malahan demam juga .

kan 'lebih baik mencegah dari merawat' ?

source : No threat of nuclear clouds , acid rain in PH . Philiphine News for Filipinos .

p/s : daripada aku simpati dengan jepun-jepun tu , baik aku simpati dengan saudara sesama islam kat palestin . tak pun simpati dengan pemberontak yang menentang Gaddafi tu (Libya) .

4 comments: