3/08/2011

Siapa Kata Teori Konspirasi Adalah Bodoh ?

(aku memang panas bila sesetengah orang menyempitkan fikiran mereka dengan menolak teori konspirasi bulat2 tanpa menerima sebahagian darinya yang secara harfiahnya adalah fakta yang susah untuk diterima oleh golongan cuba meng-anti kan fikiran mereka dengan mem-bodoh-bodoh-kan sesuatu fakta yg bodoh sebagai modal untuk menolak teori konspirasi 100%)

tak faham ? macam ni...

sebahagian teori konspirasi seperti Freemason adalah benar . itu memang wujud . dan aku terima fakta itu berdasarkan penelitian oleh golongan yang lebih pakar tentang hal ini. bukan daripada mat-mat konspirasi yang bodoh2...

manakala ,

sebahagian teori bodoh pula seperti tsunami dicipta oleh amerika menggunakan HAARP untuk memusnahkan negara lain , itu aku tolak 100% kerana fakta itu terlalu bodoh untuk percaya..

konklusinya , 50% daripada teori konspirasi adalah fakta . (sekiranya mempunyai sumber yang betul dan sahih untuk dibuktikan) dan 50% lagi adalah teori bodoh yg direka-reka oleh orang bodoh yg terlalu taksub .

siapa kita nak tolak fakta2 ini 100 peratus ? dan siapalah aku nak berdebat dengan blogger2 hebat seperti abang hamka (keretamayat) yang menolak teori ni 100% sedangkan 50% daripadanya adalah fakta . yaa , aku mengagumi abang hamka sebagai blogger . aku ni cuma blogger yang setahun jagung je.

Lihat link ini > TEORI KONSPIRASI ITU BODOH ?

Jadi pendapat aku adalah 50-50 .

Jika berminat mengetahui teori2 konspirasi dengan fakta yang sahih dan lebih detail dan kajian yang lebih teliti (bukannya teori2 bodoh) , lihat link Mistisfiles di header ^ kat atas.

p/s : benda ni cuma pengetahuan sampingan untuk ummat islam je. jangan la taksub sangat sampai suma benda kat dunia ni , sumanya nampak tak kena . solat tak cukup 5 , tapi nak bercakap hal2 teori ni macam profesor pulak kan...

p/s : Siapa tengok Halaqah tadi ? (9/3/2011) pukul 10 tadi kut ? ada Dr. Daniel Zainal Abidin (idola aku tu...) (macam orang lain kesah plak...) (annoying ? ) (haha...)

1 comment:

  1. ya...kite boleh anggap teori konspirasi ini 50% benar...tetapi sbagai umat islam...kite jgnlah terlalu taksub smpai sume bnde kte nk kaitkan dgn teori konspirasi "yahudi" ni...apa yg penting kite hendaklah amalkan gaya hidup islam...ikuti suruhan Allah dan jauhi larangannya...insyaAllah dapat dielakkan pengaruh dajjal semua

    ReplyDelete