3/17/2011

Ciri-Ciri Wanita Idaman Pemuda Akhir Zaman

(eh , kenapa uncle Whyj cerita pasal 'girl-girl' ni ? macam dah nak kawin je ? janggut pun takda , misai pun macam hidup segan mati tak mau je . dompet pun kering . solat pun kadang2 asik hujung2 waktu je . camni nak jadi laki orang ?)

haha. takda lah. cuma nak share opinion kat korang tentang ... (jeng jeng jeng)

CIRI- CIRI WANITA IDAMAN ! muahaha ! (annoying?) (dah la tajuk post tak boleh blah)

lalu aku pun pergi menemu ramah seorang profesor yang sering menjalankan bancian tak rasmi terhadap pemuda-pemuda tak bertauliah di malaysia tentang pandangan mereka tentang wanita di akhir zaman dan cirit-cirit (ciri-ciri) wanita yang mahu mereka nikahi ... (tak habis-habis nak temu ramah orang)

-

Dr Fadilah Come To Me : eh , whyj ! apa hajat datang kemari ni ?

Whyj : err. saya...saya... nak hantar santau kat orang bole ?

Dr Fadilah Come To Me : -__- kau salah tempat la .

Whyj : hehe . takda lah . nak tanya tentang hasil kajian dr tentang pandangan pemuda-pemuda yang dr dapat melalui bancian tak rasmi dr tu...

Dr Fadilah Come To Me : ohh. yaa . calon-calon wanita akhir zaman yang mereka terpaksa pilih kerana kekurangan wanita -wanita awal zaman untuk dijadikan calon isteri.. ok , then ?

Whyj : boleh tak dr sebut kan antara ciri2 yg sering mereka sebutkan ? maksud saya purata antara mereka , mereka mahu yg macam mana ?

Dr Fadilah Come To Me : First , tentu lah nak yang solehah . kebanyakan antara mereka lebih memilih untuk mencari yang solehah berbanding memilih berdasarkan paras rupa yang cantik dan comey .

Whyj : wow . bagusbagus . tapi pemuda-pemuda tu bukannya sama soleh macam calon idaman mereka tu . diorang sosial tahap melampau. bergaul bebas dengan perempuan yg bukan muhrim . pegang sana - pegang sini . tapi nak yg soleh , macam mana tu ?

Dr Fadilah Come To Me : haaa. itulah dia . perempuan yg rela diperlakukan sebegitu oleh pemuda2 yg bajet bagus tu , sebenarnya tak sedar bahawa , perempuan jenis mereka, tak layak untuk disenaraikan sebagai calon isteri oleh semua lelaki . terlalu murah . walaupun lelaki yg bergaul dengan mereka pun turut sama murah , tetapi bila time nak carik calon isteri , mereka tetap akan pilih yang solehah . haha .

Whyj : LOL . setuju2, bila nak enjoy laki carik yang seksi2 , make up tebal2 , tapi bila carik calon isteri , diorang akan pilih yang bertudung dan menutup aurat. haha . ok , ciri kedua ?

Dr Fadilah Come To Me : kebanyakan mereka memilih wanita yang non-materialistik . wanita yang mencintai mereka bukan berdasarkan harta . bukan kaki kikis . bukan mata duitan . lelaki lebih menyukai wanita yg sederhana .

Whyj : ok . tu kira biasa la . lagi lagi ?

Dr Fadilah Come To Me : haa. yang ini banyak jugak yang sebut . pemuda2 ni cakap diorang taknak yang GEDIK2 . gedik sana. gedik sini . gedik dalam handphone . haha.

Whyj : gedik dekat luar tu tau la . macam 'huha sana ! huha sini !' haha . tapi dalam handphone tu camna ?

Dr Fadilah Come To Me : alaa , yang selalu guna ayat camni tu , 'cya cyunk cama kamoo' . 'gewdiks cane , gewdiks ciniew' . haha. tak gitu ?

Whyj : ohh. haha. setuju2 . ok2 , lagi lagi ?

Dr Fadilah Come To Me : ok , antara ciri calon yg kebanyakan mereka dambakan tentu sekali paras rupa . penting dalam mengecapi kebahagian rumah tangga . kalau tak dapat pun jangan risau , sebab apabila kita mencintai isteri kita sepenuh hati , maka di mata kita , dia lah yang tercantik . pakai apa pun cantik . cakap apa semuanya betul . tak gitu whyj ?

Whyj : yep2 . setuju ! dimata orang dia tak cantik , dimata kita , dialah miss universe !

Dr Fadilah Come To Me : ok . last sekali tentulah syarat2 yg less order . macam , kaya , keturunan yang baik2 , pilihan mak (haha) , seksi (?), besan nak jadi bestfriend (LOL) , dan bermacam ragam lagi lah .

Whyj : urmm...begitu...

-the conversation end-

p/s : ni adalah pendapat semata-mata . tapi inilah realitinya . mungkin ada yang tak berapa setuju , mybe lelaki tu suka yg seksi ke , gewdiks ke . taktau la kannn. haha.

p/s2 : kadang2 aku lebih suka gunakan dialog dalam mengemukakan pendapat aku . tokoh2 ciptaan imaginasi aku takda kaitan antara yang hidup atau yang sudah jadi mayat .

5 comments:

  1. yay pemilik cintaku setelah allah dan rasul ! HAHA
    ingat lagi oh tajuk buku tu , err ..err..

    ReplyDelete
  2. pakcik whyj dah start topik2 camnih.
    haha sorry :p

    ReplyDelete
  3. syira : buku kesayangan tuu :)

    sue : haha . ini la dia proses kematangan .

    ReplyDelete