1/03/2014

Topeng



Kadang bila kita senyum,kita gelak, kita bersembang tertawa dan bergaul mesra, orang anggap kita happy. Padahal…siapa yang tahu?




Assalamualaikum . Hai stalker. - Entri pertama 2014 (yeah! happy sekejap..)


Aku jarang tulis pasal perasaan. Tapi biasalah. Manusia. Hati manusia itu sifatnya berbolak balik. Aku manusia yang lemah. Biarlah kali ni aku nak share sikit kat blog aku yang sepi tak siapa yang tahu ini. Ehem.



FAQ : Kata taknak tulis pasal perasaan ? kata taknak jadi perempuan ? (jadikan blog sebagai diary)


Answer : Suka hati mak bapak aku la. Aku punya blog. Cis. Kau hidup lagi rupanya FAQ.


-

Kadang bila kita senyum,kita gelak, kita bersembang tertawa dan bergaul mesra, orang anggap kita happy. Orang anggap kita takda masalah dan bahagia. Padahal dalam hati Allah je yang tahu.


Aku ada masalah.


Tapi.


Aku bangga. Sebab masalah seberat dan sebesar ini Allah bagi kat aku. Dan aku tau memang aku saja satu-satunya manusia yang Allah beri masalah ini. Cuma aku yang mampu hadapinya. Dia tau orang lain tak boleh punya. So, Dia tau aku boleh hadapi, maka Dia pun bagi. (positif level 50)



Cumanya, aku taktau ini adalah ujian untuk menghapus dosa dan cara untuk Dia buat aku ingat kat Dia atau balasan atas dosa dosa lalu. Atau kedua-duanya. Atau sebaliknya. Atau salah satunya. Atau apa apa sajalah!



Memang sepanjang masa aku stress. Rasa nak bunuh diri pun ada. Aku tak mampu nak share sesiapa kecuali mengadu kat Dia dalam hati. Tambah pedih ialah aku tak boleh luahkan kat sesiapa. TAK BOLEH. Kenapa ? adalah sebab tertentu. Memang tak boleh.



Lelaki macam aku tak boleh nak badmood selalu. Sebab apa ?


FAQ : mohon contoh. Alah macam selalu kau buat.

Answer : okey.


Contoh :


Satu hari, aku bangun dari tidur dan buat rutin harian. Aku keluar rumah, dengan muka paling masam dan menyedihkan dalam dunia. Maka orang orang sekeliling yang bajet prihatin nak mampos akan bertanya, “kau kenapa?” / “kau okey tak?” / “bro, kalau lu ada masalah, lu cerita dengan gua. Kita member member. Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Kalau tak boleh pun, cerita buat lu lega sudah.”


No. Nope. Aku dah cakap AKU TAK BOLEH CERITA. Faham tak ?



Apa yang aku boleh buat cuma menangis dalam hati. Dan cuba mencari jalan yang tak kunjung tiba. Even kadang memang rasa putus asa dengan rahmat tuhan tapi aku cepat cepat sedarkan diri yang aku tak boleh buat camtu. Jatuh aqidah kalau terdetik dalam hati aku yang ‘Allah taknak tolong aku ke?’ ‘kenapa Allah taknak keluarkan aku dari masalah ni?’ ‘salah ke aku? Jahat sangat ke aku? Jahil ke aku ? rosak sangat ke aku ni?’ ‘aku dah doa banyak kali kenapa tak makbul?’ ‘apa yang kurang haa?’ ‘sikit pun Allah taknak tolong?’ ‘kalau betul Allah makbulkan doa hambanya, kenapa lambat sangat?’ ‘nak tengok aku mati dulu ke camna?’



Astagfirullah. Ampunkan dosa aku ya Allah. Emm..memang aku pun macam manusia yang lain. Bila buntu, macam macam yang aku fikir. Banyak setan datang bisik ayat ayat camtu. Ya. Dan aku masih putus asa.


Bila keadaan berlarutan macam ni, agak-agak aku nak hidup dan menjalani rutin harian dengan wajah camna ?


Ya. Wajah badmood.



Tapi, sebagai manusia yang positif dan perasan kuat, aku lawan ‘wajah badmood’ aku.




Apa yang menyakitkan ialah aku terpaksa pakai ‘topeng’. Topeng bermuka happy go lucky. Bahagia. Macam orang yang baru berkahwin, ada rumah dan kereta, isteri yang cantik dan sempurna, pekerjaan yang best dengan gaji puluhan ribu.



Pergi mampos. Aku benci topeng ni. Aku still terpaksa pakai untuk mengelakkan diri dari orang yang bajet prihatin nak mampos tapi habuk pun takda guna. Yeap, kadang-kadang aku memang benci semua orang. Aku benci seluruh dunia ni. Pergi mampos semuanya.


Semuanya taktahu apa-apa maka sila diam. Jangan risau, aku akan still pakai topeng. Dan semua orang takkan tahu walau sikit pun. Tak payah tanya apa masalah aku. Aku bukan budak sekolah lagi yang bodoh badmood pasal awek la apa la. Bulu pun belum tumbuh dah frust dengan awek apahal ? jangan jadi bodoh la anggap aku macam tu. ni masalah bukan level level lu yang boleh hadapi. (perasan)


-


Kadang kalau korang rasa yang korang ada member sehidup semati pun, belum tentu dia boleh buat apa-apa. Cuba teka dari mana kita nak kenal siapa kawan yang sebenar-benarnya ?



Dari masalah yang kita hadapi. Tak kesah la sebesar mana pun.



 Dan dari apa yang aku dapat ialah, tak ramai kawan yang sebenar-benarnya. Sorang dua je yang layak aku panggil MANUSIA BERHATI MANUSIA. Selebihnya..ehem. aku rasa aku bukan seorang yang tak pandai berkawan sampai dilayan camtu, cuma dah memang perangai dan lumrah manusia semuanya macam tu.



Mereka ada waktu kita senang. Waktu kita happy. Waktu kita nak enjoy, mereka AKAN  ADA. Don’t worry. Diorang yang akan datang sendiri. Kalau tak pun, kita yang datang kat diorang, just untuk seronok seronok je. Saja nak habiskan masa. Buang stress sambil pakai topeng ‘happy go lucky’.



Tapi mereka TAK AKAN ADA waktu kita susah. Mereka just tanya, bajet prihatin nak mampos. Padahal cuma nak dengar gossip dan cerita baru je untuk disebarkan pada yang lain tapi tak berminat pun nak susahkan diri untuk menolong. Konon kesian, padahal... Mostly semuanya macam ni. Jangan tanya kenapa.



Itu lumrah manusia tak berhati manusia.



Ni rumusan yang aku dapat.



-80% manusia ni just nak tanya je , “kau kenapa?” / “kau okey tak?” / “bro, kalau lu ada masalah, lu cerita dengan gua. Kita member member. Kalau aku boleh tolong, aku tolong. Kalau tak boleh pun, cerita buat lu lega sudah.”  TAPI padahal diorang just nak ambil tahu, kemudian lari dengan cerita yang dibawa, bagitau benda best ni pada yang lain bila bukak cerita pasal kau.



Mostly diorang tak berminat pun nak tolong. Even diorang mampu dan takda masalah lansung kalau diorang betul betul nak tolong. Tapi diorang just nak dengar cerita. Kadang ada jugak yang bajet nak tolong, tapi dalam hati memang taknak tolong langsung. Cuma nak kelihatan macam ‘’kawan yang baik depan mata kau’’. Pergi mampos dengan orang macam ni. Diorang ni buat semak hidup kau.


Tapi jangan buang member. Tu je pesan aku. Biar orang buat camtu dengan kita. kita jangan balas balik. Kalau nak ubah sifat dia, ubah dengan berhikmah. Kita jangan pura-pura pulak bila bergaul. Be honest. Kalau suatu hari nanti dia ada masalah, jangan balas balik. Tolong seberapa banyak yang kau boleh. Tak boleh tolong banyak, sikit pun jadi. Jangan biarkan dia ‘balik tangan kosong’.




-19% manusia ni pulak memang nak tolong. Tapi tak mampu. Mungkin ada la tu sebab-sebab tertentu. Dan kadang aku pun tau la yang diorang memang tak boleh tolong pun. So diorang pun just akan amik tau macam golongan tadi. Tapi rasanya kalau dah tau yang diorang tak boleh tolong, tak payah cerita pun takpa. Buat taktau dan pakai topeng depan diorang. Tapi ingat, jangan buang member.



-1% ni pulak, diorang memang boleh tolong dan akan tolong. Golongan ni susah di cari. Ada yang kita terpaksa cerita banyak sebab diorang ni banyak soal. Tapi ada sebahagian dari mereka ni tak cakap banyak, tapi terus tolong. Tak banyak soal, terus cakap ‘boleh je. Nak tolong apa?’. Ada yang maybe memang member hidup mati korang ataupun orang orang jauh tapi ikhlas nak tolong. Kadang ada yang korang rasa macam diorang tak boleh tolong, tapi diorang keluarkan apa saja effort untuk tolong korang. Tak tolong banyak, sikit pun jadi la. Asalkan ada effort. Aku paling respect dengan orang macam ni. Aku akan kenang budi sampai mati.


-



Aku jenis tak suka cerita problem. Tak kesah la orang nak tanya atau korek rahsia camna tapi still aku takkan bagitau. Sebab aku tak suka. Biar aku mampos dengan masalah aku.



Dah nama pun lelaki.




Masalah datang dalam macam macam bentuk. Common ? Duit. (paling besar dalam dunia) Perempuan. Family. Takpun peribadi. Sama ada relationship dengan sesiapa. Atau kesihatan.  Atau etc. lantaklah.




Tapi banyak yang aku belajar dari masalah ni sebenarnya. Lebih lebih lagi manusia. Tak kesah pun takda orang tau. Aku lebih suka. Biarlah aku pakai topeng sampai mampos.




Rasa macam nak bunuh diri pun ada. Nak bunuh semua orang atas  dunia pun ada. Nak larikan diri jauh jauh di hujung dunia takda sesiapa yang tau pastu mampos sorang sorang pun ada.  bukan ada orang kesah. Bukan ada orang yang peduli.




Tapi paling kuat perasaan ialah aku nak travel sorang sorang. Aku nak buat journey aku sendiri. Journey paling gamble. Taknak fikir panjang, aku just nak jalan jauh. Duit aku taknak fikir. Pergi mampos. Bawak beg , isi baju dua tiga helai, jurnal dan sebatang pen, 2 bijik buku, alat muzik (gitar?/ukulele?/seruling?/harmonica?) dan semangat nak lupakan dunia. Aku nak pergi ke tempat yang semua orang tak kenal aku dan aku tak kenal semua orang. Nak pegi tempat yang aku tak pernah tengok. Nak merantau tengok alam. Nak lupakan semua orang dan anggap yang aku ni sebatang kara cuma buat seketika. Lepaskan aku dari jiwa yang bernanah ni.





Memang luar aku hidup, dalam aku mati. Biar aku mati sorang-sorang untuk ‘sekejap’. Rasa nak mati betul betul pun ada. tapi amalan aku memang tak cukup. Cuma aku penat duduk atas dunia. Aku nak mengadu kat tuhan aku. Nak mengadu kat Allah bila aku mati tentang apa yang aku rasa. Memang la kena ngadu dalam doa, dalam solat apa semua. Tapi aku rasa tak cukup. Aku pedih. Aku sedih. Aku penat. Aku letih. Aku nak balik jumpa Allah tapi aku taknak bunuh diri. Taknak masuk neraka. Aku Cuma nak dijemput balik oleh Allah. Tapi kadang rasa berat hati sebab aku banyak tanggungjawab lagi kat dunia. Banyak lagi harapan orang yang aku tak tunaikan.




So biarlah aku pergi jauh. Aku akan mengembara. Dan aku akan tuliskan dalam sebuah jurnal.



-


Actually kan, tak sangka. Aku ingat aku sorang je yang menghadapi pergolakan jiwa dalam dunia ni. Tak sangka. Ada yang sama macam aku. Cuma perjalanan dan usia aku berbeza dengan dia. Dia adalah Mohd Jayzuan. Penulis buku ‘’28 hari jurnal rock n roll + anarki di kuala lumpur’’. Dan aku rasa into gila bila baca. Tak sangka memang rasa macam ‘’I feel you maannnnnnn. Kita samaaaaaaaa’’.




Dia dah buat apa yang aku nak buat selama ni. Bila terbaca buku dia, terus kuatkan semangat aku nak travel.  Aku dah terfikir lama idea ni, tapi dia dah buat dulu ! aku kenal dia sejak layan lagu dia ‘’di mata mu ada hantu’’. Dia pernah ada band indie. Tapi dah gerak indie solo. Underground. Aku malas nak cerita bio dia kat sini. Pepandai la carik sendiri.



-



Aku dah puas curhat kat sini. (curahan hati).  Kbye.


-


END
Comments
0 Comments

0 Komentar:

Post a Comment