12/30/2013

Seni Kemanusiaan



Cuba kau tanya aku, ‘apa beza lelaki berkopiah dan lelaki berambut Mohawk?’. Nanti jawab aku, ‘takda beza pun.’

 

Assalamualaikum. Hai stalker. 

Dan macam biasa, aku akan guna ayat cliché kenapa aku dah lama tak update blog. 

1-perasan busy

2-aku terlupa yang aku ada blog.

Dan aku jugak rasa macam malas nak update sebab bukan ada orang baca pun – cliché sekali lagi.
-
Cuba kau tanya aku, ‘apa beza lelaki berkopiah dan lelaki berambut Mohawk?’. Nanti jawab aku, ‘takda beza pun.’

Aku tak heran/aku tak batak/aku tak judge/aku tak sanjung/aku tak respect/aku tak pilih kasih
dan aku tak akan tunduk pun pada,

lelaki berkopiah/lelaki berjubah/lelaki berjanggut/lelaki kulit putih/lelaki phd dalam ilmu agama/lelaki berjawatan dalam persatuan islamik/lelaki pandai ceramah/lelaki mujahadah/lelaki tak tinggal solat/lelaki selalu pegi surau/lelaki pandai tarranum dan etc… (fuuh penat taip)

aku tau siapa yang baca akan bash aku. Tapi ada sebab. Aku bukan cakap suka suka. Jangan manipulasi.

Biar aku sambung.

ANDAINYA…mereka tak tahu ILMU KEMANUSIAAN. 

-
Apa itu ilmu kemanusiaan ? hahaha. (kelakar sebab cipta benda tak wujud)

Mana ada ilmu kemanusiaan. Kalau ada pun yang diajar sangat berbeza dengan apa yang aku panggil ‘ilmu kemanusiaan’. Dan satu satunya manusia yang the master of ilmu kemanusiaan ni, adalah tak lain tak bukan Rasulullah saw. 

Dia lah pelopornya. Dia lah yang mengajar secara tak langsung. Kita hanya mendengar tentang baginda tapi tak pernah melihatnya. Bagaimana dia mempraktikkannya. 

Dan aku sedih.

Sebab rasanya takkan pernah ada yang dapat meniru dan mempraktikkannya. Termasuk aku. Dan akibatnya, semua manusia terkena tempiasnya akibat sifat kelemahan dan kebodohan masing masing.
Aku tak dapat terangkan apa itu ilmu kemanusiaan. Sebab ianya abstrak. Kalau aku cuba sedaya upaya untuk terangkan jugak ‘bahaya kepada bot bot kecil menerima pukulan ombak besar’. nanti otak jem. Sebab aku tak pandai mengajar. Aku tak pandai terangkan. Aku cuma pandai memberitahu.

Contoh 1 : 

Lelaki yang hidup sederhana. Apa yang ada ditangan itulah rezeki untuknya pada hari itu. Seorang pengemis datang meminta sedekah darinya. Dipoketnya cuma ada RM50. Itulah pendapatan untuknya pada hari itu dia bekerja. Dan dia tiada duit kecil. Maka diberinya pengemis tadi RM50 bulat bulat sambil tersenyum dan berkata, ‘Ambillah. Ini saja yang saya ada.’

Contoh 2 :

Lelaki yang sering dikutuk dihina oleh tetangganya. Tidak disenangi tanpa sebab. Suatu hari salah seorang tetangganya terlibat dalam kemalangan. Dia ada ditempat kejadian. Tiada siapapun di situ melainkan dia dan lelaki itu. Kudrat yang ada padanya ketika itu hanyalah tenaga. Maka didukungnya lelaki itu sehingga ke tempat yang ada orang untuk dia mendapatkan bantuan. Peluh membanjiri tubuhnya menahan berat lelaki yang cedera yang didukungnya itu. Lelaki yang cedera itu bertanya ‘kenapa kau tolong aku?’. Lelaki itu tidak menjawab dan hanya tersenyum.

Contoh 3 : 

Lelaki yang berjiwa rockers. Melalui penampilannya orang akan berkata yang buruk tentangnya. Tapi dia tidak mempedulikannya. Hanya orang terdekat yang mengetahui kebaikan dalam dirinya. Dia memberi semangat dan inspirasi kepada masyarakat melalui muzik. Menyuarakan keadilan pada pemerintah melalui muzik. Sehingga masyarakat tahu akan tentang dirinya. Dia melalui keperitan hidup yang sama seperti masyarakat miskin. Dia sama seperti semua orang bezanya dia lantang bersuara melalui genre muzik yang dibawa.

Contoh 4 :

Seorang pemimpin yang kaya raya. Orang bawahan memuji menyanjung akan dirinya. Walhal mereka hanya ingin mendapat keuntungan melaluinya. Dia tidak pernah merasai hidup susah. Terlahirnya dia dalam keadaan keluarga pemimpin yang kaya raya juga. Maka setiap tindakannya tidak pernah dia ketahui akan buruknya terhadap masyarakat. Dan dia merasakan sumbangannya kepada rakyat terlalu besar sehingga rakyat perlu mempelajari akan sumbangannya yang ‘tak cerdik’ itu.

Contoh 5 :

Seorang usahawan yang kaya juga. Dahulunya dia seorang yang miskin. Tapi hari ini dia berubah menjadi seorang yang hartawan. Dia seorang yang tinggi ilmu agamanya. Sering berjemaah bersama. Pandai dalam berkata kata dan berceramah. Mempunyai yayasan kebajikan sendiri. Dan dia berbangga akan dirinya yang kaya dan mempunyai yayasan sendiri. Dia merasakan bahawa dia seorang yang dermawan. Suatu hari datang seorang pemuda yang datang meminta sedikit bantuan di saat terdesak. Pemuda itu datang membawa harapan yang dia tidak akan pulang dengan tangan kosong. Tidak dapat banyak, sedikit pun sudah disyukuri. Namun, menghampakan kerana lelaki kaya itu sedikit pun tidak mahu membantu kerana baginya pemuda yang datang meminta tolong itu tidak mahu merubah nasib sendiri. Dia menuding jari kepada pemuda itu kerana menjadi miskin itu adalah kesilapan dirinya sendiri. Dia bongkak dengan harta yang dia punya. Dia kaya kerana usahanya dahulu. Dia bangga dengan kebahagiaan yang dimilliki. Pemuda itu pulang dengan hampa. Tanpa ada sedikit pun bantuan dari lelaki kaya tersebut meskipun cuma seringgit. Malah dihina lagi. Pemuda itu hanya berusaha mendapatkan bantuan kerana cuma itu jalan yang ada. Dan pemuda itu tahu bahawa lelaki kaya itu mampu untuk membantu dan tiada masalah langsung untuk membantu, namun sifat bongkak dan riak membutakan hatinya. Ilmu agama yang lelaki kaya itu punya langsung tidak berguna umpama sampah yang busuk dan berulat.

Contoh 6 :

Seorang perempuan kaya dan cantik. Lahir dalam keluarga yang kaya. Dia mahukan lelaki kaya sebagai jodohnya. Jika ada lelaki yang cuba mendekatinya, dia akan memastikan lelaki itu cukup kaya sebagai  suaminya supaya ‘standardnya tak jatuh’. Gadget lastest seperti iphone dan Nikon DSLR dan etc, itu mampu dibeli seperti goreng pisang. Melancong ke London dan paris itu hanya seperti pergi ke Mydin. Dia hanya berkawan dengan golongan yang setaraf dan sekepala dengannya. Hidup dia memang ‘havoc’.

Contoh 7 :

Seorang perempuan muslimah. Tidak mahu ada sebarang perhubungan dengan mana mana lelaki sebelum berkahwin. Dan dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan mana mana lelaki. Dia pemalu dan tidak pandai berbicara di depan orang. Andai ada lelaki yang cuba berbicara dengannya dia akan berubah wajah dan sifatnya jadi tak menentu bagai nak gila. Tidak pandai melayan tetamu di rumah. Hanya duduk di dalam bilik jikalau tetamu datang. Tidak tahu masak. Kehidupannya hanya belajar , k-pop dan runningman , novel cinta islamik. , dakwah facebook dan twitter.  Mujahadah katanya...

Contoh 8 :

Seorang lelaki yang kuat berpersatuan. Banyak jawatan yang penting dipegang. Persatuan berkonsep islamik atau tak islamik semua ada. Gerakan politik dan non-partisan semua dia ada jawatan. Dia juga bermujahadah dalam soal perhubungan dengan mana mana perempuan. Dia tidak tahu bagaimana untuk bergaul dan berbicara dengan manusia berlainan jantina. Baginya , ‘semua tu menimbulkan fitnah dan kegemaran syaitan…’. Dia ingin berkahwin. Lalu dia menggunakan account twitternya untuk mencari jodoh. Melalui DM dia bertanya kepada seorang wanita, ‘’awak nak tak kahwin dengan saya ? kalau taknak saya nak tanya perempuan lain pulak..’’ – (aduh… failed !)

Contoh 9 : 

Seorang lelaki beriman di akhir zaman. (ceh) rajin ke surau dan berjemaah. Tinggi ilmu agamanya. Juga seorang yang bermujahadah. (tak habis lagi). Dia juga ingin mencari jodoh, maka dilamarnya seorang wanita untuk menjadi isterinya. Dia berjanji untuk berkahwin setelah tamat pengajian. Namun, sesungguhnya Allah menciptakan hati manusia itu berbolak balik sifatnya. Dia merasakan hubungan dengan wanita itu tidak perlu sebelum berkahwin. Maka dia putuskan terlebih dahulu perhubungan dengan wanita itu dan mengambil keputusan untuk berhubung balik selepas tamat pengajian. Namun, sesungguhnya Allah menciptakan hati manusia itu berbolak balik sifatnya. Ditakdirkan pula dia terjatuh hati pada wanita lain. Maka dia berjanji pula untuk mengahwini wanita lain itu selepas tamat pengajian dan mereka cuba menjaga perhubungan sementara sebelum berkahwin. (playboy islamik) (aduh…failed!)

Contoh 10 :

Seorang wanita yang menjadi pensyarah di salah sebuah university. Pernah belajar di luar negara. Sangat tegas ketika mengajar. Bencikan pelajar yang tidak mengikut piawaian jawapan yang dia mahukan. Apa saja jawapan yang diberikan pelajar baginya semua tidak lengkap dan ‘untuk tunjuk pandai’ dia akan cipta jawapan yang dia rasa lebih betul walhal jawapan pelajar tadi sememangnya sudah betul. Bencikan pelajar yang tidak mengikut masa meskipun dateline lewat 2 saat , semuanya akan ditolak mentah mentah tanpa rasa kasihan meskipun kerja yang diberikan merupakan markah penting untuk lulus exam. Dia sememangnya tidak tahu bagaimana untuk into dengan manusia lain dan dia tak tahu bahawa dia memang tidak into. (faham tak ayat ni? Sama macam orang tu bodoh tapi taktau dia bodoh) (true story....)

-
Cukup contoh setakat tu. aku dah penat. Sebenarnya banyak lagi contoh, tapi aku malas. Ini lah yang aku katakan ilmu kemanusiaan. Sebab contoh-contoh tu sememangnya dah explain apa itu ilmu kemanusiaan dan aku rasa pembaca pun dah boleh agak apa nilai baik buruk yang boleh di-detect.

Bagi aku ilmu kemanusiaan susah nak explain, sebab ianya meliputi ;

1-      Kematangan
2-      Kesucian hati
3-      Perangai dan akhlak
4-      Kebijaksanaan
5-      Moraliti
6-      Penghayatan ilmu agama – paling penting.

Sebab apa penghayatan ilmu agama paling penting ? ilmu agama bukan solat 5 waktu dan pegi surau semata. Bukan belajar pengajian islam. Bukan yang lelaki perlu bersunat. Bukan perlu kaya dan ada title haji. Bukan perlu ada jawatan pengerusi dalam persatuan islamik. Bukan perlu mujahadah couple islamik. Bukan bukan bukan. Bukan semata mata. TAPI aku tak mengatakan yang semua tu tak bagus dan tak perlu ! jangan manipulasi. 

Fuhh..(tarik nafas)

Kita flashback, dulu Rasulullah saw. Masa baginda berdakwah dengan orang orang kafir, fasik,munafik: mostly baginda tak guna pendekatan ilmu agama terlebih dahulu. Tapi… tapi apa ?
Baginda guna praktikal ! praktikal apa yang diajar dalam agama. Baginda tunjuk terlebih dahulu. 

Alah macam kau nak jual barang. Kau mesti nak tunjuk yang barang kau jual tu best. Bila orang dah beli , baru la kau bagitau atau ajar cara nak pakai. 

Dan baginda tunjuk melalui perangai. Atau lebih lembut sifat. Atau super lembut iaitu akhlak. Baginda sangat into dengan masyarakat dan tau cara nak ‘masuk’ dengan jiwa masyarakat. Dan baginda melalui sendiri semua kesusahan. Dan melalui penghayatan bermasyarakat , baginda tahu untuk bergaul. Apabila baginda mudah bergaul dan disenangi , baginda menyumbang dengan apa yang ada pada diri sama ada harta atau tenaga kepada masyarakat. APA YANG ADA BUKAN APA YANG LEBIH. 

Itu membuatkan baginda lengkap dalam pelbagai sudut.

Kalau korang kumpulkan semua nilai yang korang dapat dalam setiap contoh yang aku bagi, korang akan dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Baginda perfect. Superb. 

Apa yang aku sampaikan dalam contoh, kebanyakkannya adalah true story. Orang orang yang aku jumpa sepanjang aku hidup. Dan mungkin korang pun pernah jumpa orang orang camtu. Tapi aku ubah dan tak berkaitan dengan mana mana manusia kat atas bumi ni. Mohon jangan terasa. Just korang pandai fikir sendiri dimana silapnya mereka. 

aku suka bila ada orang yang bila jumpa tu-  ‘dah la pandai ilmu agama, tak ketinggalan zaman, imej tak melambangkan apa apa, bila bergaul dia senang ‘masuk’ dengan orang, into dengan semua orang sebab dia sendiri pun memang takda beza dengan orang lain, ringan tangan nak tolong orang tanpa banyak soal dan tak fikir banyak pasal diri sendiri asalkan masalah orang yang ada masalah tu selesai dan aku rasa kalau dia mati, sejuta orang akan menangis sebab terasa kehilangan’. Dan aku taktau ada lagi ke tak manusia macam ni selepas baginda. 

Aku bukan membandingkan. Tapi yang peliknya kenapa mesti ada manusia manusia pelik camni kat dunia. Mereka yang membuatkan agama nampak pelik. Mereka yang membuatkan agama nampak asing. Sedangkan baginda penat penat dulu buat agama jadi tak pelik, tapi hari ni kita pulak yang membuatkan agama tu jadi pelik balik. Kenapa ? 

Tiada praktikal daripada orang orang yang sepatutnya mempraktikkan dengan lebih. Siapa yang sepatutnya mempraktikkan dengan lebih ? 

1-usahawan kaya- islamik tapi bongkak
2-orang yang berjawatan berkepimpinan-islamik tapi tak into dengan orang. Tak pandai bergaul dan menyelami orang lain.
3-wanita mujahadah yang tak matang.
4-manusia yang lahir lahir dah kaya tapi taktau apa itu susah. Orang orang camni dia akan sokong pemimpin yang sama lahir lahir dah kaya macam diorang. Sebab orang camni la wujud negara tak berkebajikan. Bodoh dalam menyelami jiwa rakyat. Bodoh taktau apa itu susah. Bodoh taktau apa itu lumrah ada yang senang ada yang susah.
5-semua orang termasuk aku. Sebab kita islam. 

‘’Aku seorang Muslim,Islam itu sempurna tetapi aku tidak.Jika aku membuat kesilapan,salahkan aku,bukan pada Agamaku.’’ - Buznama

Aku pun bodoh. Aku pun jahil. Aku banyak dosa. Tapi aku rasa ‘kelakar’ dan terkilan bila jumpa ada manusia manusia camni. Dan aku rasa perangai nabi tak dipraktikkan meskipun dalam kalangan orang yang tinggi ilmu agama. 

Dan aku rasa aku lebih senang bergaul dengan budak budak yang tak guna imej agama tapi tau ilmu kemanusiaan lebih daripada orang yang tinggi ilmu agama tapi bodoh ilmu kemanusiaan…sampai nanti…

Sampai….aku jumpa dengan orang yang mempunyai kedua duanya. Ilmu agama dan ilmu kemanusiaan yang sememangnya diajar oleh agama. 

_END_

p/s : siapa tengok pencetus ummah ? aku tak.



Comments
0 Comments

0 Komentar:

Post a Comment