1/06/2014

Freedom + Masa Depan yang Seram



‘’memikirkan masa depan sebelum tidur adalah lebih menyeramkan daripada memikirkan wajah mak lampir dengan lidah yang panjang, gigi yang tajam dengan rambut mengerbang..’’






Assalamualaikum. Hai Stalker.




Bahawa sesungguhnya, perlu kita akui bahawa,




‘’memikirkan masa depan sebelum tidur adalah lebih menyeramkan daripada memikirkan wajah mak lampir dengan lidah yang panjang, gigi yang tajam dengan rambut mengerbang..’’





Sebagai remaja dan rakyat marhaen disebuah negara penuh korupsi dan tipu daya, penuh pilih kroni dan pilih bulu, penuh ketirisan dan ketidakadilan, 




Sebagai remaja dan rakyat yang tinggal di persekitaran orang-orang havoc atau bajet havoc, sedangkan aku adalah tergolong dalam kalangan rakyat marhaen yang tidak punya apa apa, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, hidup cukup cukup makan penuh hutang,





Sebagai remaja dan rakyat marhaen dan pelajar ipta yang dipaksa bersyukur kerana disumbat di ipta, konon berpeluang, dipaksa diam oleh lembu atasan tidak kira dari dalam university atau luar university,





Sebagai remaja dan pelajar yang terpaksa bersaing dengan ribuan pelajar dekan yang hidup depan laptop, kpop runningman dan novel islamik atau partisan partisan islamik, mempertaruhkan hutang belajar dan masa depan dengan masa depan yang tak menentu dengan gaji yang ciput, tak lupa juga terpaksa bersaing dengan penswastaan ekonomi oleh orang cina yang kaya raya dan pandai pandai nokharom,





Sebagai remaja dan pelajar yang semakin dewasa dibebani tanggungjawab dari pelbagai sudut sebab bukan anak orang kaya berpangkat atau berdarjat,  terpaksa berhempas pulas untuk belajar rajin rajin supaya dapat jadi kuli kerajaan yang pandai dengan gaji yang ciput atau tokey cina yang semestinya racist, atau kerja dengan hidup lifeless,




Sebagai remaja dan rakyat marhaen yang saban hari dibebani kenaikan harga barang dan harga keperluan serta kos sara hidup yang tinggi dengan gaji yang ciput dan masa depan keluarga yang belum terjamin,




Sebagai rakyat marhaen dan pelajar yang menyampah dan meluat dengan anak anak orang kaya yang lahir lahir dah kaya dengan mak bapak dan memang kaya raya makan duit kroni dan ketirisan serta ketidak adilan kerajaan tak membela rakyat, benci dengan orang kaya yang tak bersyukur dan angkuh mencaci rakyat yang berjuang menuntut hak mereka sebagai rakyat dibumi sendiri , letih diperbodohkan kerajaan,




Dan sebagai manusia yang takutkan masa depan.





Ya. Korang tahu apa ? tak tahu apa-apa ? ya. Benda ni memang seram. Sampai buat aku sikit pun tak takut hantu. Sebab hantu tak seram. Yang ni seram.




Kebebasan. Aku taknak bercakap tentang politik hari ni. Langsung tak. Aku cakap pasal reality hidup yang terpaksa dilalui manusia manusia sepsis aku. Tiada kebebasan. Kebebasan apa ?




First mestilah kewangan. Semua orang nak jadi kaya. Kalau boleh jutawan. Tak. Bukan. Aku bukan maksudkan yang itu. Aku maksudkan kebebasan kewangan. Di mana kau tiada bebanan. Contohnya hutang apa saja, rumah, kereta, dan segalanya. Dan tiada halangan bagi keperluan dan kehendak yang perlu macam, haji atau umrah atau iphone5s maybe  ? (aku pun letih pakai phone yang tak berbaloi dibeli). Pergi kemana saja dan hidup dengan gembira. Aku tak maksudkan jutawan di sini. Just ‘’tiada halangan’’. Faham tak  ?




Kedua, kebebasan masa. Orang berharta mampu membeli ‘masa’ dengan memberi duit / gaji kepada manusia lain untuk ‘bekerja’ untuknya. Tapi orang miskin/kuli ‘membeli’ duit dengan menjual masa dan tenaganya. Faham tak ? so orang kaya ada baaaaaaaanyak masa untuk dipenuhi dengan aktiviti orang kaya dan orang miskin Cuma ada hari ahad untuk tido dan luang masa bersama keluarga. Sedih kan ? kalau banyak duit, duit yang bekerja untuk kita, dan kita nak buat apa ? nikmati hidup tanpa ada sebarang masalah.




Ketiga, kebebasan beribadah. Orang susah semayang pun susah nak khusyuk sebab fikir dalam semayang nak rezeki yang banyak dan dikeluarkan dari bebanan hidup dan hutang. Tapi orang kaya semayang nak fikir apa ? nothing. Just semayang dan beribadah dengan tenang dan tinggal mendekatkan diri dengan Allah , sebab dunia dia dah tak payah nak fikir. Faham tak ? (ni kalau orang kaya beriman la. Yang tak semayang tu aku taktau.) kalau kita kaya, solat kita camna ? takda masalah. Just khusyuk sekhusyuk khusyuknya sebab itu jea yang perlu fikir dan buat. Habis orang susah ? sedih memanjang. Sedih kan ?




Jangan salahkan kebodohan masa lalu. Semua orang ada latar belakang keluarga berbeza. Jangan menghina. Just tunjukkan keadilan pada manusia lain. Bukan atas riak atau menunjuk yang kau kaya dan bagus. Tak. Cuma tunjukkan SENI KEMANUSIAAN. (rujuk entri lepas lepas)



-



Masa depan.  Masa depan yang seram.




Kau taktau apa yang kau akan tempuh. Cuma mengikut kaki melangkah, memberi arah yang berbeza beza.




Aku nak bebas. Sebab aku belum merdeka lagi. Aku akan merdekakan diri aku. Sebab aku tahu susah nak melawan arus bodoh dan celaka dalam negara ni. Bila kita tak boleh melawan, kita wajib melangkah orang orang atas yang buncit dengan wang rakyat serta bengap bengap ni, dan tinggalkan diorang. Bila sudah selangkah di hadapan dan merdeka, jangan lupa tarik yang lain untuk merdeka sama. Kemudian kita pula pijak lembu lembu yang menjadi pemimpin ni. Hancurkan mereka dan anjing-anjing mereka.




Itu strategi aku. Sebab susah nak lawan guna cara cliché. So aku nak guna cara rare. Suka hati korang la nak guna cara apa pun. Yang penting, jaga SENI KEMANUSIAAN.





Aku tak pandai. Aku pun bodoh tak cukup ilmu. Tapi, aku akan guna cara apa pun untuk bebas. Cuma aku muak dengan cara cliché macam himpunan / ceramah nguk ngik nguk ngik. Bukan semua orang boleh terima cara tu, lebih lebih mostly anak anak orang kaya bodoh yang lahir lahir dah kaya tak fikir apa. Menyedihkan diorang ni. Tak tau apa itu perjuangan hidup. Parah. Elok mati manusia camni. Takda function atas dunia.




Politik itu kotor. Macam lubang taik. Orang orang dalam yang mengawal politik tu pulak umpama si pemakan najis. Pengotor.




So aku tak prefer untuk involved secara naked. (involved bodo bodo macam lalang)




Tunggu nanti. Kita buat cara rare. Siapkan diri, langkah taik taik ni, bebaskan diri barulah boleh bebaskan yang lain.




Taknak cerita panjang. Kbye.



-



END




P/s : sebab apa aku suka mention orang kaya ? bukan sebab aku jeles sebab aku tak kaya, tapi aku benci bila diorang yang sepatutnya berperanan dan berjawatan takda seni kemanusiaan untuk selamatkan yang lain. Malahan anak mereka yang lahir lahir dah kaya pulak yang jadi tahik anjing. Ketirisan dan ketidak adilan.



P/s2 : semua orang ada sifat anarki. Yang membezakan adalah sikit atau banyak je. Mohon akui.
Comments
0 Comments

0 Komentar:

Post a Comment