Assalamualaikum. Hai stalker. Hari ini aku nak share dengan
korang sedikit maklumat tentang beberapa istilah yang berkaitan dengan
Christianity. Ramai yang familiar dengan perkataan-perkataan ini tapi tak ramai
yang tahu apa maksud dan sejarah disebalik perkataan-perkataan ini. Selalunya
dengar-dengar macam tu saja. Itupun bila traffic light berhenti depan gereja ,
terbaca la nama-nama gereja ni. So , Insyaallah , harap membantu sedikit sebanyak.
Pada hari ini, istilah ‘Christian’ digunakan untuk merujuk
kepada mereka yang menganut agama yang dibawa oleh Jesus Christ. Istilah ini
sebenarnya tidak pernah digunakan oleh Jesus Christ bagi menggelar pengikutnya
sepanjang hayat baginda. Ia buat pertama kalinya digunakan oleh Raja Agrippa II
iaitu seorang raja Pagan di kota Antioch sewaktu Saul the Tarsus cuba untuk
mengkristiankan beliau sekitar 42 M [Acts 26:28]
Jesus Christ memulakan misi dakwahnya selepas dibaptiskan oleh
sepupunya ‘’John the Baptist’’ (Yohanna/Yuhanna/Yahya) ketika umurnya sekitar
30-an. Dalam usaha dakwahnya, baginda menekankan bahawa beliau bukanlah membawa
agama baru akan tetapi meneruskan ajaran Mosses (Musa) dan untuk melengkapi hukum Torah (Taurat)
yang telah diselewengkan oleh Bani Israel [Mat 5:17-20].
Baginda hanyalah diutuskan untuk membetulkan kembali ‘’The
Lost Sheep of Israel’’ yang
terpesong akidahnya dan Jesus melarang pengikutnya dari menyebarkan agama
Kristian kepada Gentiles ataupun bukan bani Israel (Non-Israel) [Mat 15:24].
Intipati utama dakwah Jesus Christ ialah keESAAN ALLAH S.W.T (bukan islam) yang terpelihara dari kekurangan
dan hanya SATU sahaja TUHAN yang wajib disembah [Mark 12:29].
Ajaran ini selari dengan pemahaman Islam yang turut
mengiktiraf Jesus Christ sebagai salah seorang daripada lima rasul terulung.
Selepas peristiwa penyaliban Jesus Christ (muslim tidak percaya baginda mati
seperti mana yang dianuti mereka. Nauzubillahimin Zalik) dan kebangkitan semula
Jesus selepas meninggal dunia selama tiga hari, baginda dikatakan duduk ‘’at
the right hands of God’’ di
dalam Syurga. Misi dakwah baginda ketika ini disambung oleh anak-anak buahnya
ataupun dikenali sebagai ‘’The apostles/
Disciples of Jesus Christ’’.
Kisah dakwah mereka
diceritakan di dalam buku act of Apostles. Dalam Islam, golongan ini dikenali
sebagai puak ‘’Hawariyyun’’ ataupun penolong-penolong agama Allah.Dalam Quran,
Allah telah mengurniakan darjat kepada puak Hawariyyun atas keteguhan mereka
menolong agama Allah. Kemudian, Saul the Tarsus mendakwa telah mendapat visi
bertemu dengan Jesus Christ dalam perjalanannya ke Demascus [Acts 9:3-6].
Beliau sebelum ini merupakan penentang utama ajaran Jesus
Christ dan dilihat begitu aktif dalam menjejak dan menghukum pengikut agama
Jesus Christ [Acts 9:1]. Beliau pada asalnya tidak diterima oleh golongan
Hawariyyun tetapi disebabkan pengaruh Barnabas, akhirnya Saul the Tarsus diterima
oleh Apostles. Selepas mendapat visi, Saul the Tarsus dikenali sebagai Paul.
Setelah beberapa lama menjalankan misi dakwah bersama, akhirnya Paul telah
membawa haluan sendiri kerana tidak lagi sekepala dengan puak Hawariyyun.
Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan
konsep ‘’salvation’’ iaitu
Jesus Christ mati di salib untuk menebus dosa manusia. Beliau seterusnya telah
mengiktiraf dirinya sebagai Apostles bagi puak Gentiles [Eph 3:1,8]. Kisah
mengenai puak Hawariyyun tiba-tiba menjadi senyap di dalam Bible dan baki Bible
hanya bercerita tentang misi Paul dalam menyebarkan agama Kristian. Menjelang
tahun 70 AC, golongan Puak Hawariyyun telah lumpuh dan Christian ajaran Paulus
telah mendapat tempat dan semakin berkembang dalam pemerintahan kerajaan Roman.
Mereka menggelarkan diri sebagai Catholics yang bermaksud ‘’sejagat’’. Dan ketika ini, muncullah
satu ideology yang mengaitkan Jesus Christ sebagai ‘’The Son of God’’ . Lama
kelamaan, berlakulah pertembungan ideologi dalam kalangan Bishop mengenai
status ketuhanan Jesus Christ. Dua tokoh hebat kristian yang bertelagah ialah
Arius dan Athanasius. Arius dan pengikutnya meyakini segala keajaiban yang
dilakukan Jesus Christ serta kedudukan tertinggi beliau.
Akan tetapi, mereka meyakini bahawa Jesus hanyalah seorang
Rasul dan makhluk cipataan Tuhan. Perjuangan mereka berlandaskan seruan John
14:28 Athanasius pula meyakini bahawasannya Jesus Christ adalah anak tuhan yang
hakiki. Ini membawa kepada persidangan Nicae I pada tahun 325 AC yang dianjurkan
oleh Maharaja Constantinople. Seramai 2048 yang hadir tetapi undian dibuat
dalam kalangan 318 orang sahaja. Persidangan ini telah mencapai resolusi
melalui sebuah perjanjian yang dikenali sebagai ‘’Nicene Creed’’.
Pada ketika ini, Kristian mempercayai konsep dwinity iaitu
God the Father dan Jesus sebagai The Son of God. Entiti ketiga ketuhanan dalam
agama kristian hanya lengkap pada tahun 381 AC melalui persidangan Nicae kedua.
Melalui resolusi ‘’Niceno-Constatinopolitian Creed’’ akhirnya Doktrin Trinity telah dibentuk yang
merangkumi God The Father, Jesus Christ dan Holy Spirit. Tidak lama kemudian,
perbalahan dalaman antara gereja telah membawa kepada perpecahan pentadbiran
gereja kepada dua pentadbiran iaitu Roman Catholic dan Eastern Orthodox pada
tahun 1054 AC
Masing-masing ketika itu ingin menjadi ketua kepada
gereja.Roman Catholic berpusat di Rom dan hari ini berpusat di Vatican City.
Eastern Orthodox pula berkembang disekitar Syiria. Walaubagaimanapun, Eastern
Orthodox gagal berkembang dengan pesat. Eastern Orthodox masih mengekalkan
konsep Keesaan Allah. Tapi, tidak lama kemudian ia turut berpecah dan
kebanyakan dari mereka akhirnya percaya dengan konsep Jesus sebagai anak Tuhan.
Hanya sebilangan
kecil sahaja yang masih berpegang dengan prinsip Arius. Manakala doktrin
trinity yang diasaskan pula telah menimbulkan banyak permasalahan kepada
pengikut agama kristian. Oleh itu, satu persidangan yang dinamakan ‘’Council of
Florence’’ telah
diadakan pada tahun 1442 AC yang menetapkan bahawa ketiga-tiga peribadi entity
dalam trinity berbeza tetapi ketiga-tiganya tetap bersatu sebagai satu tuhan
yang tidak mengalami sebarang bentuk perpisahan. Kemuncak kepada perpecahan
gereja membawa kepada satu lagi perpecahan penting pada kurun ke 16 apabila
Roman Catholic berpecah kepada dua iaitu Catholic dan Protestant. Sehingga ke
hari ini, terdapat lebih 33,800 aliran kristian di seluruh dunia (laporan
Newsweek April 2000).
Katolik dan Protestan dahulunya adalah satu. Diceritakan pada suatu ketika , gereja di Rom
memerlukan duit dan dana tambahan. Lalu paderi mereka menjual ‘’sijil
pengampunan’’ atau disebut ‘’Indulgence’’ untuk orang-orang yang ingin diampuni dosanya. Maka ramai
golongan bangsawan dan hartawan berbuat maksiat sewenang-wenangnya lalu
kemudiannya membeli sijil ini untuk diampunkan dengan mudah lalu secara tidak
langsung ekonomi gereja semakin meningkat mendadak.
Tidak lama kemudian Roman Katolik berpecah kepada Protestan
yang diketuai oleh Martin Luther. Pengikutnya kini dinamakan Lutherian (rujuk
Gereja Lutherian). Martin Luther menolak sesetengah kitab di dalam New
Testament (Perjanjian Baru) yang dianggapnya tidak authentic (tidak asli).
Ajaran khas Martin
Luther yang seringkali juga diakui sebagai ciri khas ajaran Reformasi
disimpulkan dalam tiga sola, yaitu sola fide, sola gratia, dan sola scriptura,
yang berarti "hanya iman", "hanya anugerah", dan
"hanya Kitab Suci". Maksudnya, Luther menyatakan bahwa keselamatan
manusia hanya diperoleh karena imannya kepada karya anugerah Allah yang
dikerjakannya melalui Yesus Kristus, sebagaimana yang disaksikan oleh Kitab
Suci. (Efesus 2:8-9 Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu
bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah,itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan
ada orang yang memegahkan diri.).
Dengan demikian, Luther menolak ajaran Gereja saat itu yang
menjanjikan keselamatan melalui penjualan surat-surat pengampunan dosa
(indulgensia). Luther menyatakan bahwa manusia diselamatkan bukan karena amal
atau perbuatannya yang baik, melainkan semata-mata oleh karena anugerah Allah.
Hal ini didasarkan pada perkataan Paulus dalam Surat Roma: "Akan tetapi
Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk
kita, ketika kita masih berdosa." (Roma 5:8)
Gereja Lutheran mengakui dua sakramen: Pembaptisan dan
Perjamuan Kudus. Katekismus Lutheran mengajarkan bahwa pembaptisan adalah karya
Allah, berlandaskan perkataan dan janji Kristus; sehingga dilayankan baik bagi
bayi maupun orang dewasa. Gereja Lutheran percaya bahwa roti dan anggur dalam
perjamuan kudus adalah sungguh-sungguh tubuh dan darah Kristus yang
dianugerahkan kepada umat Kristiani untuk dimakan dan diminum, yang
diperintahkan oleh Kristus sendiri.
Banyak Kaum Lutheran yang melestarikan pendekatan liturgis
terhadap Ekaristi. Komuni Kudus (atau Perjamuan Tuhan) dipandang sebagai
tindakan sentral dari pemujaan Kristiani. Gereja Lutheran percaya bahwa roti
dan anggur dalam perjamuan kudus hadir bersama dengan tubuh dan darah Yesus,
bukannya menggantikan atau melambangkan tubuh dan darah-Nya belaka. Mereka
mengaku dalam Apologi dari Pengakuan Augsburg:
Di dalam ajaran Roman Katolik , kitab Bible mereka mempunyai
73 buah buku. Dan bagi ajaran Protestan pula ada 66 buku. Terdapat 7 buah buku
yang tidak diperakui oleh golongan Protestan sebagai contoh Tobit dan
Baruch. Perbezaan lain antaranya seperti
dalam Katolik, Mary/Maria dianggap suci selari dengan fahaman Trinity , akan
tetapi bagi golongan Protestan, Maria hanyalah manusia biasa yang melahirkan
Jesus.
Berbanding dengan Protestan, Gereja Ortodoks juga mempunyai
banyak perbezaan dengan Katolik akan tetapi lebih banyak persamaan dengannya.
Di kalangan penganut Kristian, mereka cenderung menganggap bahawa perbezaan
utama keduanya adalah Gereja Ortodoks
banyak menekankan ritual dan doa-doa dalam bahasa tertentu, terutamanya dalam
bahasa Yunani Kuno atau bahasa Slavonik Kuno (Old Church Slavonik). Prinsip
utama ibadah atau literasi yang dijalankan adalah supaya penganut-penganutnya
dapat memahami dengan jelas. Oleh itu, Gereja Ortodoks menyokong usaha
penterjemahan Kitab Suci ke bahasa setempat. Bahasa Yunani Perjanjian Baru
(Koine) – bahasa asli Kitab Suci Perjanjian Baru – bahasa ini mendapat tempat
yang istimewa dalam kehidupan di gereja. Tambah lagi gereja Ortodoks lebih bersifat
mistik. Gereja-gereja Ortodoks juga cenderung menjadi gereja nasional,
contohnya Gereja Ortodoks Rusia, Yunani dan sebagainya.
Anglicanisme – Istilah Anglikan (dari bahasa Latin abad
pertengahan Ecclesia, Anglicana bermaksud ‘Gereja Inggeris’) digunakan untuk
menggambarkan orang-orang, badan-badan, dan gereja-gereja serta tradisi pemujaan
dan konsep teologi yang dikembangkan oleh Gereja Inggeris, Komuniti Anglikan
dan kelompok yang berasimilasi di atas gereja-gereja indipenden yang telah
memisahkan diri mereka dari Komuniti Anglikan akibat daripada
perbezaan-perbezaan doktrin dan pemujaan dengan berbagai provisi. Di beberapa
tempat Anglikan juga dikenal sebagai Episkopal.
Komuniti Anglikan menganggap diri mereka sebagai sebahagian
daripada Gereja yang Esa, Kudus, Katolik dan Apostolik dan bersifat Katolik dan
pada masa yang sama ia juga bersifat Reformatoris. Bagi beberapa penganutnya,
Gereja ini mewakili Katolisme tanpa pengaruh Paus , dan sebahagiannya mewakili Protestanisme tanpa tokoh dominan
seperti Martin Luther, Calvin, Knox atau Wesley. Bagi kebanyakan penganut
Anglikan, identity diri mereka mewakili suatu kombinasi dari kedua-duanya.
Komuniti ini secara teologinya merupakan asimilasi yang luas dan seringkali
berubah rupa dari 38 provinsi yang berhubung dengan Bishop agung Canterbury.
Komuniti Anglikan adalah salah satu komuniti Kristian yang mendominasi dunia
dengan bilangan penganutnya yang berjumlah 73 juta orang.
Tujuh Persidangan Gereja yang Pertama - Wikipedia (LIHAT BOLD WORD)
Tempoh agama Kristian daripada Persidangan Nicaea Pertama
(325) hingga Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh
Persidangan Gereja.
1.
Persidangan Nicaea Pertama
(325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai
Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan
berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan triniti—Arianisme, Unitari,
Mormon, dan Jehovah's Witnesses.
2.
Persidangan Constantinople
Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada bentuk yang
digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan melarang
sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan
gereja.
3.
Persidangan Ephesus
Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan
sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, "Pembawa Tuhan" atau
lebih umum lagi "Ibu Tuhan").
4.
Catatan: Lihat Persidangan
Gereja Keempat untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi
persidangan ini dan persidangan berikutnya.
Persidangan
Ephesus Kedua (449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches
menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan
terhadap Eutyches tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini
tidak diiktiraf oleh golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks
Byzantine).
Persidangan
Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monophysitisme ajaran Eutyches yang
menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan;
menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia
adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang
ditolak oleh persidangan ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan
ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks
Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah
Persidangan Lyon Kedua (1274).
5.
Persidangan Constantinople
Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang
dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan
pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite
Formula.
6.
Persidangan Constantinople
Ketiga (680–681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan bahawa al-Masih
mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.
Persidangan
Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada
persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke
status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan
kanun Bible. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di
atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin.
Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada
Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.
7. Persidangan
Nicaea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat
ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih
mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai
Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.
peristiwanya ada isinya ngarang. Protestan bukan pecahan katolik tapi seorang pastor yang buat gereja sendiri. yang disebut gereja yang didirikan para rasul itu Katolik, ortodok, koptik, kaldea, Yerusalem,Hindia. protestan dan lain lain itu ngarang agama sendiri
ReplyDeleteKatolik pun ngarang agama sendiri.. Beli sijil dapat pengampunan.. Daricmana itu? Jesus tidak pernah claim dirinya tuhan.. Jika ada d bible sila sampaikan.. Pasti nggak ada
DeleteLook,sijil pengampunan semua tu, manusia yg buat bro, ni salah manusia bukan agama, Jesus is god. Bapa, putera Dan roh kudus kn? Allah bapa menurunkan yesus ke bumi sbg manusia untuk menebus dosa manusia . next time, read carefully or baca la bible okay ❤
DeleteTak boleh ke pakai nama Isa AS.? Knp mesti nk jesus christ?
ReplyDeleteLain kali baca dan faham alkitab dan al-quran saya confirm kau akan kembali kepada tuhan yesus kerna dia lah allah yang berkuasa dia lah tuhan yang hidup...
ReplyDeleteAlkitab = benar
Al-quran = benar
Muhammad dtg utk menyempurnakan syariat nabi2 terdahulu...dgn kedatangan muhammad... syariat nabi ibrahim, musa & isa(jesus) termansuh. Syariat sebelum muhammad kebanyakan nya bersifat lokal(dikhususkan utk bangsa tertentu & waktu tertentu) & bukan global...
DeleteJesus bukan tuhan.. Jika ada satu saja ayat jesus kata dia tuhan n sembah la saya, hari ni aku masuk kristian.. Ada ke?
DeleteDalam 10 hukum Allah ada, hukum pertama "akulah tuhan allahmu, tiada allah lain selain aku"
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteYa benarr.. Isa@jesus dturunkan utk bani israel dan bukan utk bangsa lain tp bangsa lain yg ikut plak.. Jika istilah kristian itu bermaksud mentaati ajaran Isa maka org muslim jauh lebih kristian dari penganut kristian sndri
ReplyDeleteMaaf saya seorang kristen saat saya baca pemahaman kalian itu sangat melenceng. Karena agama kristen itu monoteis yaitu allah tritunggal bapa putra roh kudus.pemahaman kalian tebtang tuhan orang kristen aja itu udah salah besar dari awal manamungkin tuhan kami itu tiga.ya memang tuhan orang muslim itu esa tauhid. Sedangkan wujud allah kami yang utama itu adalah roh tanpa tubuh jasmani yang berada di mana saja jadi allah kami bisa memeliki pribadi sesuai tugas nya yaitu bapa putra roh kudus.yesus sendiri di katakan anak allah dalam hubungan rohani bukan jasmani tetapi dia memeng benar sebagai seorang tuhan dan juruslamat buktinya iya mengatakan di bible bahwa ia adalah terang,dia mengatakan bahwa melihat aku melihat bapa. Apabila orang muslim ingin mengetahui akidah pemahaman kristen lebih baik tanya kepada orang kristen langsung. Kareana kalau tidak menanya kepada orang kristen takutnya pemahamannya melanceng karena banyak orang islam yang salah kaprah dalam memahami konsep allah tritunggal karrna orang islam mengira tuhan orang kristen itu 3
ReplyDeleteThanks
itu soal konsep yg lu rasa bro..soal pegangan, kenapa aliran2 itu wujud slps Islam wujud? itu persoalannya..itu jelas kristian sendiri gak pasti mana yg sbnrnya maka itulah wujudnya pecahan aliran..perjanjian lama pun memang berbeza2..taukah kamu, dlm perjanjian baru tertulis Mat 5:17, aku dtg bukan untuk meniadakan hukum taurat melainkan melengkapinya..jadi kepana tiap aliran menggunakan perjanjian lama yg berbeza2? itu masalahnya bro..bayangkan kalo Jesus itu turun, aliran apa yg sbnrnya diterima beliau? cuba kalo kamu itu protestan, tp ortodok itu yg sbnrnya, maka jelas kamu sudah lari dr Jesus..begitu juga sebaliknya..benar gak? Islam tidak seperti itu bro..kitab semua sama..kecuali ada 1 aliran Syiah saja yg diyakini sesat..
Deletesoal kitab perjanjian lama saja kalian sudah keliru kepastiannya hingga berpecah2..mau bicara tentang tuhan? hmmm
Deleteu want debate with me about this?
DeleteTanya Saja sama Christian price... YouTube channel or David wood
ReplyDeletemasyaAllah... Love Islam, Love Quran, Love Sunnah, Love Ahlul bait, semoga kita smua mendapat hidayah petunjuk benar dripada Allah Kembalilah ke jalan yang benar lagi nyata.
ReplyDeleteKALAU TUHAN ITU MATI DI SALIB MENURUT IMAN KRISTIAN BAGAIMAN DIA MENTADBIR DAN MENGURUS ALAM SEMESTA YANG LUAS? ADA SAUDARA KRISTIAN YANG BISA MENJELASKAN.
ReplyDelete