2/04/2013

Kristian , Katolik , Ortodoks , Protestan dan Anglikan

Assalamualaikum. Hai stalker. Hari ini aku nak share dengan korang sedikit maklumat tentang beberapa istilah yang berkaitan dengan Christianity. Ramai yang familiar dengan perkataan-perkataan ini tapi tak ramai yang tahu apa maksud dan sejarah disebalik perkataan-perkataan ini. Selalunya dengar-dengar macam tu saja. Itupun bila traffic light berhenti depan gereja , terbaca la nama-nama gereja ni. So , Insyaallah , harap membantu sedikit sebanyak.






Pada hari ini, istilah ‘Christian’ digunakan untuk merujuk kepada mereka yang menganut agama yang dibawa oleh Jesus Christ. Istilah ini sebenarnya tidak pernah digunakan oleh Jesus Christ bagi menggelar pengikutnya sepanjang hayat baginda. Ia buat pertama kalinya digunakan oleh Raja Agrippa II iaitu seorang raja Pagan di kota Antioch sewaktu Saul the Tarsus cuba untuk mengkristiankan beliau sekitar 42 M [Acts 26:28]



Jesus Christ memulakan misi dakwahnya selepas dibaptiskan oleh sepupunya ‘’John the Baptist’’ (Yohanna/Yuhanna/Yahya) ketika umurnya sekitar 30-an. Dalam usaha dakwahnya, baginda menekankan bahawa beliau bukanlah membawa agama baru akan tetapi meneruskan ajaran Mosses (Musa)  dan untuk melengkapi hukum Torah (Taurat) yang telah diselewengkan oleh Bani Israel [Mat 5:17-20].



Baginda hanyalah diutuskan untuk membetulkan kembali ‘’The Lost Sheep of Israel’’ yang terpesong akidahnya dan Jesus melarang pengikutnya dari menyebarkan agama Kristian kepada Gentiles ataupun bukan bani Israel (Non-Israel) [Mat 15:24]. Intipati utama dakwah Jesus Christ ialah keESAAN ALLAH S.W.T  (bukan islam) yang terpelihara dari kekurangan dan hanya SATU sahaja TUHAN yang wajib disembah [Mark 12:29].



Ajaran ini selari dengan pemahaman Islam yang turut mengiktiraf Jesus Christ sebagai salah seorang daripada lima rasul terulung. Selepas peristiwa penyaliban Jesus Christ (muslim tidak percaya baginda mati seperti mana yang dianuti mereka. Nauzubillahimin Zalik) dan kebangkitan semula Jesus selepas meninggal dunia selama tiga hari, baginda dikatakan duduk ‘’at the right hands of God’’ di dalam Syurga. Misi dakwah baginda ketika ini disambung oleh anak-anak buahnya ataupun dikenali sebagai  ‘’The apostles/ Disciples of Jesus Christ’’.







 Kisah dakwah mereka diceritakan di dalam buku act of Apostles. Dalam Islam, golongan ini dikenali sebagai puak ‘’Hawariyyun’’ ataupun penolong-penolong agama Allah.Dalam Quran, Allah telah mengurniakan darjat kepada puak Hawariyyun atas keteguhan mereka menolong agama Allah. Kemudian, Saul the Tarsus mendakwa telah mendapat visi bertemu dengan Jesus Christ dalam perjalanannya ke Demascus [Acts 9:3-6].




Beliau sebelum ini merupakan penentang utama ajaran Jesus Christ dan dilihat begitu aktif dalam menjejak dan menghukum pengikut agama Jesus Christ [Acts 9:1]. Beliau pada asalnya tidak diterima oleh golongan Hawariyyun tetapi disebabkan pengaruh Barnabas, akhirnya Saul the Tarsus diterima oleh Apostles. Selepas mendapat visi, Saul the Tarsus dikenali sebagai Paul. Setelah beberapa lama menjalankan misi dakwah bersama, akhirnya Paul telah membawa haluan sendiri kerana tidak lagi sekepala dengan puak Hawariyyun.




Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep ‘’salvation’’ iaitu Jesus Christ mati di salib untuk menebus dosa manusia. Beliau seterusnya telah mengiktiraf dirinya sebagai Apostles bagi puak Gentiles [Eph 3:1,8]. Kisah mengenai puak Hawariyyun tiba-tiba menjadi senyap di dalam Bible dan baki Bible hanya bercerita tentang misi Paul dalam menyebarkan agama Kristian. Menjelang tahun 70 AC, golongan Puak Hawariyyun telah lumpuh dan Christian ajaran Paulus telah mendapat tempat dan semakin berkembang dalam pemerintahan kerajaan Roman.





Mereka menggelarkan diri sebagai Catholics yang bermaksud ‘’sejagat’’. Dan ketika ini, muncullah satu ideology yang mengaitkan Jesus Christ sebagai ‘’The Son of God’’ . Lama kelamaan, berlakulah pertembungan ideologi dalam kalangan Bishop mengenai status ketuhanan Jesus Christ. Dua tokoh hebat kristian yang bertelagah ialah Arius dan Athanasius. Arius dan pengikutnya meyakini segala keajaiban yang dilakukan Jesus Christ serta kedudukan tertinggi beliau.




Akan tetapi, mereka meyakini bahawa Jesus hanyalah seorang Rasul dan makhluk cipataan Tuhan. Perjuangan mereka berlandaskan seruan John 14:28 Athanasius pula meyakini bahawasannya Jesus Christ adalah anak tuhan yang hakiki. Ini membawa kepada persidangan Nicae I pada tahun 325 AC yang dianjurkan oleh Maharaja Constantinople. Seramai 2048 yang hadir tetapi undian dibuat dalam kalangan 318 orang sahaja. Persidangan ini telah mencapai resolusi melalui sebuah perjanjian yang dikenali sebagai ‘’Nicene Creed’’.




Pada ketika ini, Kristian mempercayai konsep dwinity iaitu God the Father dan Jesus sebagai The Son of God. Entiti ketiga ketuhanan dalam agama kristian hanya lengkap pada tahun 381 AC melalui persidangan Nicae kedua. Melalui resolusi ‘’Niceno-Constatinopolitian Creed’’  akhirnya Doktrin Trinity telah dibentuk yang merangkumi God The Father, Jesus Christ dan Holy Spirit. Tidak lama kemudian, perbalahan dalaman antara gereja telah membawa kepada perpecahan pentadbiran gereja kepada dua pentadbiran iaitu Roman Catholic dan Eastern Orthodox pada tahun 1054 AC






Masing-masing ketika itu ingin menjadi ketua kepada gereja.Roman Catholic berpusat di Rom dan hari ini berpusat di Vatican City. Eastern Orthodox pula berkembang disekitar Syiria. Walaubagaimanapun, Eastern Orthodox gagal berkembang dengan pesat. Eastern Orthodox masih mengekalkan konsep Keesaan Allah. Tapi, tidak lama kemudian ia turut berpecah dan kebanyakan dari mereka akhirnya percaya dengan konsep Jesus sebagai anak Tuhan.





 Hanya sebilangan kecil sahaja yang masih berpegang dengan prinsip Arius. Manakala doktrin trinity yang diasaskan pula telah menimbulkan banyak permasalahan kepada pengikut agama kristian. Oleh itu, satu persidangan yang dinamakan ‘’Council of Florence’’ telah diadakan pada tahun 1442 AC yang menetapkan bahawa ketiga-tiga peribadi entity dalam trinity berbeza tetapi ketiga-tiganya tetap bersatu sebagai satu tuhan yang tidak mengalami sebarang bentuk perpisahan. Kemuncak kepada perpecahan gereja membawa kepada satu lagi perpecahan penting pada kurun ke 16 apabila Roman Catholic berpecah kepada dua iaitu Catholic dan Protestant. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 33,800 aliran kristian di seluruh dunia (laporan Newsweek April 2000).




Katolik dan Protestan dahulunya adalah satu.  Diceritakan pada suatu ketika , gereja di Rom memerlukan duit dan dana tambahan. Lalu paderi mereka menjual ‘’sijil pengampunan’’ atau  disebut ‘’Indulgence’’  untuk orang-orang  yang ingin diampuni dosanya. Maka ramai golongan bangsawan dan hartawan berbuat maksiat sewenang-wenangnya lalu kemudiannya membeli sijil ini untuk diampunkan dengan mudah lalu secara tidak langsung ekonomi gereja semakin meningkat mendadak.

Tidak lama kemudian Roman Katolik berpecah kepada Protestan yang diketuai oleh Martin Luther. Pengikutnya kini dinamakan Lutherian (rujuk Gereja Lutherian). Martin Luther menolak sesetengah kitab di dalam New Testament (Perjanjian Baru) yang dianggapnya tidak authentic (tidak asli).


 Ajaran khas Martin Luther yang seringkali juga diakui sebagai ciri khas ajaran Reformasi disimpulkan dalam tiga sola, yaitu sola fide, sola gratia, dan sola scriptura, yang berarti "hanya iman", "hanya anugerah", dan "hanya Kitab Suci". Maksudnya, Luther menyatakan bahwa keselamatan manusia hanya diperoleh karena imannya kepada karya anugerah Allah yang dikerjakannya melalui Yesus Kristus, sebagaimana yang disaksikan oleh Kitab Suci. (Efesus 2:8-9 Sebab karena kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah,itu bukan hasil pekerjaanmu: jangan ada orang yang memegahkan diri.).


Dengan demikian, Luther menolak ajaran Gereja saat itu yang menjanjikan keselamatan melalui penjualan surat-surat pengampunan dosa (indulgensia). Luther menyatakan bahwa manusia diselamatkan bukan karena amal atau perbuatannya yang baik, melainkan semata-mata oleh karena anugerah Allah. Hal ini didasarkan pada perkataan Paulus dalam Surat Roma: "Akan tetapi Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita, oleh karena Kristus telah mati untuk kita, ketika kita masih berdosa." (Roma 5:8)





Gereja Lutheran mengakui dua sakramen: Pembaptisan dan Perjamuan Kudus. Katekismus Lutheran mengajarkan bahwa pembaptisan adalah karya Allah, berlandaskan perkataan dan janji Kristus; sehingga dilayankan baik bagi bayi maupun orang dewasa. Gereja Lutheran percaya bahwa roti dan anggur dalam perjamuan kudus adalah sungguh-sungguh tubuh dan darah Kristus yang dianugerahkan kepada umat Kristiani untuk dimakan dan diminum, yang diperintahkan oleh Kristus sendiri.

Banyak Kaum Lutheran yang melestarikan pendekatan liturgis terhadap Ekaristi. Komuni Kudus (atau Perjamuan Tuhan) dipandang sebagai tindakan sentral dari pemujaan Kristiani. Gereja Lutheran percaya bahwa roti dan anggur dalam perjamuan kudus hadir bersama dengan tubuh dan darah Yesus, bukannya menggantikan atau melambangkan tubuh dan darah-Nya belaka. Mereka mengaku dalam Apologi dari Pengakuan Augsburg:



Di dalam ajaran Roman Katolik , kitab Bible mereka mempunyai 73 buah buku. Dan bagi ajaran Protestan pula ada 66 buku. Terdapat 7 buah buku yang tidak diperakui oleh golongan Protestan sebagai contoh Tobit dan Baruch.  Perbezaan lain antaranya seperti dalam Katolik, Mary/Maria dianggap suci selari dengan fahaman Trinity , akan tetapi bagi golongan Protestan, Maria hanyalah manusia biasa yang melahirkan Jesus.


Berbanding dengan Protestan, Gereja Ortodoks juga mempunyai banyak perbezaan dengan Katolik akan tetapi lebih banyak persamaan dengannya. Di kalangan penganut Kristian, mereka cenderung menganggap bahawa perbezaan utama keduanya adalah  Gereja Ortodoks banyak menekankan ritual dan doa-doa dalam bahasa tertentu, terutamanya dalam bahasa Yunani Kuno atau bahasa Slavonik Kuno (Old Church Slavonik). Prinsip utama ibadah atau literasi yang dijalankan adalah supaya penganut-penganutnya dapat memahami dengan jelas. Oleh itu, Gereja Ortodoks menyokong usaha penterjemahan Kitab Suci ke bahasa setempat. Bahasa Yunani Perjanjian Baru (Koine) – bahasa asli Kitab Suci Perjanjian Baru – bahasa ini mendapat tempat yang istimewa dalam kehidupan di gereja.  Tambah lagi gereja Ortodoks lebih bersifat mistik. Gereja-gereja Ortodoks juga cenderung menjadi gereja nasional, contohnya Gereja Ortodoks Rusia, Yunani dan sebagainya.








Anglicanisme – Istilah Anglikan (dari bahasa Latin abad pertengahan Ecclesia, Anglicana bermaksud ‘Gereja Inggeris’) digunakan untuk menggambarkan orang-orang, badan-badan, dan gereja-gereja serta tradisi pemujaan dan konsep teologi yang dikembangkan oleh Gereja Inggeris, Komuniti Anglikan dan kelompok yang berasimilasi di atas gereja-gereja indipenden yang telah memisahkan diri mereka dari Komuniti Anglikan akibat daripada perbezaan-perbezaan doktrin dan pemujaan dengan berbagai provisi. Di beberapa tempat Anglikan juga dikenal sebagai Episkopal.



Komuniti Anglikan menganggap diri mereka sebagai sebahagian daripada Gereja yang Esa, Kudus, Katolik dan Apostolik dan bersifat Katolik dan pada masa yang sama ia juga bersifat Reformatoris. Bagi beberapa penganutnya, Gereja ini mewakili Katolisme tanpa pengaruh Paus , dan sebahagiannya  mewakili Protestanisme tanpa tokoh dominan seperti Martin Luther, Calvin, Knox atau Wesley. Bagi kebanyakan penganut Anglikan, identity diri mereka mewakili suatu kombinasi dari kedua-duanya. Komuniti ini secara teologinya merupakan asimilasi yang luas dan seringkali berubah rupa dari 38 provinsi yang berhubung dengan Bishop agung Canterbury. Komuniti Anglikan adalah salah satu komuniti Kristian yang mendominasi dunia dengan bilangan penganutnya yang berjumlah 73 juta orang.

Tujuh Persidangan Gereja yang Pertama  - Wikipedia (LIHAT BOLD WORD)




Tempoh agama Kristian daripada Persidangan Nicaea Pertama (325) hingga Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan Gereja.



1.       Persidangan Nicaea Pertama (325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan triniti—Arianisme, Unitari, Mormon, dan Jehovah's Witnesses.



2.       Persidangan Constantinople Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan gereja.

3.       Persidangan Ephesus Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, "Pembawa Tuhan" atau lebih umum lagi "Ibu Tuhan").


4.       Catatan: Lihat Persidangan Gereja Keempat untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan persidangan berikutnya.

        Persidangan Ephesus Kedua (449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).


        Persidangan Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monophysitisme ajaran Eutyches yang menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).


5.       Persidangan Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite Formula.

6.       Persidangan Constantinople Ketiga (680–681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan bahawa al-Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.


        Persidangan Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Bible. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.


    7. Persidangan Nicaea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.

17 comments:

  1. peristiwanya ada isinya ngarang. Protestan bukan pecahan katolik tapi seorang pastor yang buat gereja sendiri. yang disebut gereja yang didirikan para rasul itu Katolik, ortodok, koptik, kaldea, Yerusalem,Hindia. protestan dan lain lain itu ngarang agama sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katolik pun ngarang agama sendiri.. Beli sijil dapat pengampunan.. Daricmana itu? Jesus tidak pernah claim dirinya tuhan.. Jika ada d bible sila sampaikan.. Pasti nggak ada

      Delete
    2. Look,sijil pengampunan semua tu, manusia yg buat bro, ni salah manusia bukan agama, Jesus is god. Bapa, putera Dan roh kudus kn? Allah bapa menurunkan yesus ke bumi sbg manusia untuk menebus dosa manusia . next time, read carefully or baca la bible okay ❤

      Delete
  2. Tak boleh ke pakai nama Isa AS.? Knp mesti nk jesus christ?

    ReplyDelete
  3. Lain kali baca dan faham alkitab dan al-quran saya confirm kau akan kembali kepada tuhan yesus kerna dia lah allah yang berkuasa dia lah tuhan yang hidup...
    Alkitab = benar
    Al-quran = benar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad dtg utk menyempurnakan syariat nabi2 terdahulu...dgn kedatangan muhammad... syariat nabi ibrahim, musa & isa(jesus) termansuh. Syariat sebelum muhammad kebanyakan nya bersifat lokal(dikhususkan utk bangsa tertentu & waktu tertentu) & bukan global...

      Delete
    2. Jesus bukan tuhan.. Jika ada satu saja ayat jesus kata dia tuhan n sembah la saya, hari ni aku masuk kristian.. Ada ke?

      Delete
    3. Dalam 10 hukum Allah ada, hukum pertama "akulah tuhan allahmu, tiada allah lain selain aku"

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Ya benarr.. Isa@jesus dturunkan utk bani israel dan bukan utk bangsa lain tp bangsa lain yg ikut plak.. Jika istilah kristian itu bermaksud mentaati ajaran Isa maka org muslim jauh lebih kristian dari penganut kristian sndri

    ReplyDelete
  6. Maaf saya seorang kristen saat saya baca pemahaman kalian itu sangat melenceng. Karena agama kristen itu monoteis yaitu allah tritunggal bapa putra roh kudus.pemahaman kalian tebtang tuhan orang kristen aja itu udah salah besar dari awal manamungkin tuhan kami itu tiga.ya memang tuhan orang muslim itu esa tauhid. Sedangkan wujud allah kami yang utama itu adalah roh tanpa tubuh jasmani yang berada di mana saja jadi allah kami bisa memeliki pribadi sesuai tugas nya yaitu bapa putra roh kudus.yesus sendiri di katakan anak allah dalam hubungan rohani bukan jasmani tetapi dia memeng benar sebagai seorang tuhan dan juruslamat buktinya iya mengatakan di bible bahwa ia adalah terang,dia mengatakan bahwa melihat aku melihat bapa. Apabila orang muslim ingin mengetahui akidah pemahaman kristen lebih baik tanya kepada orang kristen langsung. Kareana kalau tidak menanya kepada orang kristen takutnya pemahamannya melanceng karena banyak orang islam yang salah kaprah dalam memahami konsep allah tritunggal karrna orang islam mengira tuhan orang kristen itu 3
    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu soal konsep yg lu rasa bro..soal pegangan, kenapa aliran2 itu wujud slps Islam wujud? itu persoalannya..itu jelas kristian sendiri gak pasti mana yg sbnrnya maka itulah wujudnya pecahan aliran..perjanjian lama pun memang berbeza2..taukah kamu, dlm perjanjian baru tertulis Mat 5:17, aku dtg bukan untuk meniadakan hukum taurat melainkan melengkapinya..jadi kepana tiap aliran menggunakan perjanjian lama yg berbeza2? itu masalahnya bro..bayangkan kalo Jesus itu turun, aliran apa yg sbnrnya diterima beliau? cuba kalo kamu itu protestan, tp ortodok itu yg sbnrnya, maka jelas kamu sudah lari dr Jesus..begitu juga sebaliknya..benar gak? Islam tidak seperti itu bro..kitab semua sama..kecuali ada 1 aliran Syiah saja yg diyakini sesat..

      Delete
    2. soal kitab perjanjian lama saja kalian sudah keliru kepastiannya hingga berpecah2..mau bicara tentang tuhan? hmmm

      Delete
    3. u want debate with me about this?

      Delete
  7. Tanya Saja sama Christian price... YouTube channel or David wood

    ReplyDelete
  8. masyaAllah... Love Islam, Love Quran, Love Sunnah, Love Ahlul bait, semoga kita smua mendapat hidayah petunjuk benar dripada Allah Kembalilah ke jalan yang benar lagi nyata.

    ReplyDelete
  9. KALAU TUHAN ITU MATI DI SALIB MENURUT IMAN KRISTIAN BAGAIMAN DIA MENTADBIR DAN MENGURUS ALAM SEMESTA YANG LUAS? ADA SAUDARA KRISTIAN YANG BISA MENJELASKAN.

    ReplyDelete