12/31/2012

Tahun Baru Masihi : Apa benda tu ?



Aku rasa sambutan menyambut tahun Masihi adalah sangat poyo dan tak sistematik. Kalendar ciptaan si kafir sangat kelam kabut dan asal usul kalendar tu sendiri pun tak berapa tersusun. Apa-apa pun, tahun 2013 ini adalah umpama ulang tahun kelahiran nabi Isa a.s . Cumanya , aku rasa tak special mana pun. Sebab kita umat nabi Muhammad s.a.w. Jadi baik tunggu maulidur rasul , pastu kita sambut , berarak ramai-ramai sambil dengar ceramah maulud nabi. Insyaallah , ada rezeki dapat pulut atau bubur free. 


Assalamualaikum. Hai stalker. Hari ni 1 Januari 2013. So , dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada member aku, Afiq (korang tak kenal pun) dan sekiranya dia terjenguk blog aku ni, maka aku nak ucapkan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga-moga suatu hari nanti kita sama-sama Berjaya dunia akhirat. Kita member bukan kat dunia saja , malah kat akhirat pun Insyaallah kita member jugak.


-

Topik hari ini adalah : Apa itu tahun Masihi ?


Tahun masihi yang korang sambut ni , pergi KL , pergi shopping complex , pergi hotel , pergi Pavillion , pergi mana mana saja. Disetiap ceruk rantau , disambut dengan senyuman meng’gigi . Seronok ‘hurrey-hurrey’ tengok bunga api. Lagi-lagi yang bawak awek , konon romantik ? Pastu tunggu bulan 6 – 9 dah start kes buang bayi. Dengan mat rempit tak tentu hala. Dengan polis menyesakkan jalan. Dengan sampah sarap. Dengan bau-bau arak cina. Ahh banyak lagilah. Malas nak cerita. Tapi aku respect penganjur yang anjurkan ceramah UAI bagi cuci kepala anak muda. Syukur.


Konsert artis joget-joget , nyanyi-nyanyi. Mak-mak seronok tengok kat TV. Tengok bunga api kat TV pun jadiklah. Yang relaks kat rumah lagi bagus layan movie best-best kat TV tapi malang sekali waktu ni lah media prima taik ayam nak tayang iklan banyak-banyak sebab rating penonton tak ber-astro banyak lepak rumah tengok TV. Ahh malaslah nak komen. Kehkeh.



Okay-okay , balik topik tadi. Apa tu tahun Masihi. Kita mulai.


-


Kalendar Masihi ialah kalendar yang mula digunakan oleh penganut Kristian awal. Mereka menetapkan tahun kelahiran Yesus/Jesus/Isa , sebagai tahun permulaan – tahun 1 . Akan tetapi dari segi pengiraan hari dan bulan , mereka mengambil perkiraan kalendar bangsa Rom Kuno/ Romawi Kuno yang disebut Kalendar Julian (kalendar si Julian ini tak tepat) yang telah digunapakai sejak 45 sebelum masihi.


Sebelum tu flashback sekejap. Subjek sejarah sekolah menengah. Kalendar Julian ni diambil sempena nama Gaius Julius Caesar. Seorang ketua angkatan tentera dan ahli politik yang kemudiannya menjadikan Rom dibawah kekuasaan dictator. Wilayah kekuasaannya bermula di Gallia Comata dan kemudiannya diperluas sehingga ke Oceanus Atlanticus. Dia juga orang pertama yang menyerang wilayah Britania hingga ke Gaul (sekarang Gaul disebut Perancis ya kawan-kawan) dan membawa masuk sedikit budaya Rom kuno ke dalam Gaul.



Caesar mati pada tahun 15 Mac 45 SM akibat ditikam oleh Marcus Junius Brutus dan beberapa bangsawan Romawi pada ketika itu. Insiden tu menyebabkan perang saudara kedua tercetus (selepas perang saudara pertama yang dijuarai Caesar – peh ayat) dan menjadi titik noktah kepada Republik Romawi dan era permulaan Kekaisaran Romawi. Atau lebih melayu disebut zaman keemasan.





Sebelum tu kita flashback lagi. Marcus Junius Brutus / Marcus Yunius Brutus / Quintus Servilius Caepio Brutus adalah seorang senator/bangsawan Romawi yang mendalangi konspirasi pembunuhan Julius Caesar. Selepas kematian Caesar dan kekalahan Marcus dalam perang saudara kedua (pertempuran dengan cucu lelaki Caesar dan putra angkatnya Gaius Julius Caesar Agustus atau lebih terkenal dengan nama Julius Okctavianus Agustus atau Kekaisaran Agustus) Marcus lari ke Athena dan Kreta. Tidak lama selepas itu , dia cuba merebut kembali Romawi tapi gagal (dalam peperangan Philippi) dan kemudiannya membunuh diri. Romawi kembali kepada zaman keemasan dibawah pemerintah Agustus. Kekaisaran Agustus atau dikenali sebagai Pax Romana dalam buku teks sejarah sekolah menengah , bermaksud kedamaian Rom , kesejahteraan , dan etc. Selepas kematian Agustus , pemerintahan diteruskan oleh Tiberius.




Begitulah flashback saya. Ohh dimana kita tadi ?



Julius punya kalendar tidak tepat. Maka kalendar Julian diperbaharui pada tahun 1582 dan disebut sebagai Kalendar Gregorian. Perkiraan ini kemudiannya digunakan secara meluas di dunia untuk memudahkan urusan pejabat (pejabat zaman kuno) dan komunikasi pada zaman itu.




Kalendar Gregorius / Kalendar Gregorian adalah kalendar yang sekarang paling banyak di pakai di Dunia Barat. Ini merupakan pembaharuan daripada Kalendar Julius. Orang yang telah mengusulkannya adalah Dr.Aloysius Lilius dari Napoli-Italia dan dipersetujui oleh Paus Gregorius XIII pada tanggal 24 Feb 1582. Perkiraan kalendar ini adalah berdasarkan tahun Masihi. Kalendar ini dicipta kerana kalendar Julius dianggap kurang tepat kerana permulaan musim semi (21 Mac) semakin ke hadapan sehingga perayaan Paskah yang sudah disepakati sejak Nicea Concille I pada tahun 325 tidak lagi tepat. Lalu pada tahun 1582 , Khamis 4 Okt diikuti Jumaat 15 Okt.




Masalah ketika itu berpunca apabila satu tahun dalam Kalendar Julius berlangsung selama 365 hari 6 jam. Akan tetapi kerana perubahan semasa yang dialami bumi , bumi hanya bergerak selama 365 hari 5 jam 48 minit 46 detik, maka setiap 1 milenium , Kalendar Julius terlebih sehingga 7 – 8 hari (11 minit 14 detik per tahun). Masalah ini dipecahkan dengan hari-hari kabisat yang agak berbeza pada kalendar baru ni. (lebih familiar dengan sebutan hari lompat. So kalau tahun kabisat = tahun lompat ‘’leap year’’) . Pada kalendar Julius , setiap tahun yang boleh dibahagi 4 merupakan tahun kabisat. Tetapi pada kalendar baru , tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun kabisat jika tahun ini juga boleh juga dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700 , 1800 dan 1900 bukan tahun kabisat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun kabisat. Faham ?



Apabila Kalendar Gregorius dicadangkan , bukan semua Negara mahu menggunakannya. Cuma sejak beberapa abad ni saja , hampir semua Negara barat mahu mengguna pakai kalendar ini. Rusia mula guna padai tahun 1918. Gereja Ortodoks sampai sekarang adalah pengguna tegar Kalendar Julius. 1 Januari 1622 (tarikh penting) ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelum ni , setiap Negara Eropah mempunyai pandangan berbeza bagi tarikh permulaan tahun. Siapa tahu 1 May mungkin jadi permulaan tahun waktu tu ?



Kebanyakkan kita mesti selalu jumpa singkatan tarikh masihi dalam mana-mana buku atau naskah etc. Kata Masihi/Masehi (disingkatkan M) dan sebelum masehi (disingkatkan SM). Dalam bahasa arab disebut sebagai Al-Masih.  Al-Masih membawa maksud ‘’yang membasuh’’ , ‘’mengusap’’ atau ‘’membelai’’.



Oh yaa. Aku nak selitkan sikit. Tentang sedikit bukti kesilapan Kristian Katholik mengenai Isa adalah The Son of The God. Tak salah kongsi ilmu kan.


“Setelah Yesus tiba di daerah Kaisarea Filipi, Ia bertanya kepada murid-murid-Nya : “Kata orang, siapakah Anak Manusia itu?” Jawab mereka: “Ada yang mengatakan Yohanes Pembabtis, ada juga yang mengatakan: Elia dan ada pula yang mengatakan Yeremia atau salah satu nabi.” Lalu Yesus bertanya kepada mereka : “Tetapi apa katamu, siapa Aku ini?” Maka jawab Simon Petrus: “Engkau adalah Mesias, Anak Allah yang hidup!” Kata Yesus kepadanya: “Berbahagialah engkau Simon bin Yunus sebab bukan manusia yang menyatakan itu kepadamu, melainkan Bapa-Ku yang di sorga.”





Oh yaa. Korang jangan rasa pelik pulak bila tafsir kitab Bible guna nama ‘Allah’ sebagai God mereka. Untuk pengetahuan stalker sekalian , penggunaan ‘Allah’ dalam kitab mereka telah bermula sejak ratusan tahun , bermula pada penyebaran agama Kristian ke tanah melayu , atau lebih tepat Nusantara (Malaysia , Indonesia , Singapura , Selatan Thailand , Sabah Sarawak , Selatan Filipina , Burma , Kemboja dan etc. – pada suatu ketika dulu) . Cuma baru-baru ni je isu ni naik kat mahkamah. Padahal , diorang dah lama pakai. Kita je baru perasan. Aku bukan nak back-up ke apa. Cuma nampak sangat kita tak ambil pengetahuan tentang agama diorang. Bukan suruh belajar Kristian ke apa. Tapi strategi dakwah Islam yang gagal mencari kelemahan mereka dalam kitab mereka sendiri. Diorang dah mulakan langkah ratusan tahun dulu. Dimana remaja Islam yang celik ilmu ?


-


Dalam dialog antara Yesus dengan murid-muridnya tersebut, tidak sekalipun Yesus mengaku diri sebagai Tuhan. 12 orang murid tersebut adalah orang yang paling rapat dengan Yesus. Jika Yesus itu Tuhan, tentu mereka itulah yang pertama mengetahui hal tersebut. Ketika  Yesus bertanya: “Siapakah aku ini?” tidak seorang pun dari mereka yang mengatakan bahwa Yesus adalah Tuhan. Lalu mereka menjawab “Engkau adalah Mesias anak Allah yang hidup.” Jawapan mereka dibenarkan oleh Yesus. Kerana kata Yesus, jawapan itu berasal dari Bapa-Ku (Allah-Ku) yang berada di syurga.



Mesias adalah berasal dari bahasa Ibrani ‘Masyiakh’ atau ‘Al-Masih’ atau ‘Kristus’ (dalam bahasa Yunani) membawa maksud  “yang diurapi Tuhan” atau “yang dipilih Tuhan”. Sedangkan yang dimaksudkan  dengan “Anak Allah” adalah “Hamba Allah”.




Dalam teologi bangsa Israel, mereka adalah anak-anak Allah (hamba-hamba Allah) sebagaimana ayat-ayat Perjanjian Lama yang berikut :



“Maka engkau (Musa) harus berkata kepada Firaun : Beginilah firman Tuhan : Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung; sebab iu Aku berfirman kepadamu: Biarkanlah anak-Ku itu pergi, supaya ia beribadah kepada-Ku; tetapi jika engkau menolak membiarkannya pergi, maka Aku akan membunuh anakmu, anakmu yang sulung.” (Keluaran 4:22-23).


Yesus adalah keturunan Israel, sehingga dia mengakui sebagai anak Allah (hamba Allah).


Dari dialog tersebut dapat disimpulkan bahawa :
  • ·         Setiap Mesias (pilihan Tuhan), bukanlah Tuhan.
  • ·         Yesus mengaku sebagai Mesias (pilihan Tuhan)
  • ·         Maknanya Yesus bukan Tuhan.


Kita juga dapat mengambil kesimpulan dari istilah “Anak Tuhan” bahawa :

  • ·         Setiap anak Tuhan (hamba Tuhan) bukanlah Tuhan.
  • ·         Yesus mengaku sebagai anak Tuhan (hamba Tuhan)
  • ·         Maknanya Yesus bukan Tuhan.



Oh yaa. Mana kita tadi ? Sembang pasal maksud Al-Masih je dah panjang lebar. Berbalik kepada Kalendar tadi. Perkiraan kalendar Masihi dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘’Anno Domini’’/AD (berasal dari bahasa Latin yang bermaksud – Tahun Tuhan Kita) atau Common Era / CE (era umum) untuk era Masihi. Ia juga ada ditulis (bagi yang sebelum)  ‘’Before Christ’’/BC (sebelum kelahiran Jesus) atau Before Common Era / BCE (sebelum Era Umum).




Awal tahun Masihi merujuk kepada tahun yang dianggap sebagai tahun kelahiran Nabi Isa Al-Masih dan oleh sebab itu ia dinamakan merujuk kepada nama Jesus atau Masihiyyah (Masihi). Dan sebagai kontra , istilah Sebelum Masihi merujuk pada masa sebelum tahun tersebut. Sebahagian non-Kristian umumnya ditanah nusantara atau seluruh dunia (lebih lagi Muslim) biasanya menggunakan singkatan M dan SM ni tanpa merujuk atau menyandarkan frasa tu kepada Kekristianan maksud kata tu sendiri. Sistem perkiraan ini mula digunapakai di Eropah Barat pada abad ke 8. Ia dimulakan oleh seorang paderi bernama Dionysius Exiguus dan mula digunakan untuk mengira tarikh Hari Paskah (computus) berdasarkan tahun pendirian Gerejawi Katholik Rom.



Oh yaa. Bagi yang tidak mengetahui , Hari Paskah (berasal dari bahasa Yunani : Páscha) . Ia lebih familiar didengar sebagai Easther Day. Ia adalah perayaan terpenting dalam perkiraan tahun bagi Gerejawi Kristian. Perayaan yang diusulkan oleh Paulus ini meraikan kebangkitan Yesus Christ pada hari ke-3 selepas disalibkan , mati dan dikuburkan. Sebelum meraikan hari paskah ni , orang Kristian akan berpuasa selama 40 hari , bagi mencontohi Yesus Christ yang berpuasa selama 40 hari sebelum disalib.

-


END

Okay dah dah. Penat aku taip. Aku sekadar nak kongsi maklumat saja. Kalau malas baca , suka hati korang lah. Ini sekadar perkongsian ilmu.

P/S : Sumber dipetik dari google saja. Gila kau , aku bukannya pandai nak ingat tarikh gila gila tu semua sekali. Tapi betapa payahnya aku translate ke bahasa melayu. Terpaksa guna seluruh kepakaran dalam bahasa melayu semata-mata untuk update blog ? cett. Tapi suatu usaha masa boring yang harus dipuji. Lets give a big hand to Whyj ! *clapping*



2 comments:

  1. go to hell...some info are totally wrong, kalau nak petik dari google pun pastikanlah yang ianya benar!!!!!!!!!

    ReplyDelete