Assalamualaikum. Hai stalker. Hari ini aku telah dikecewakan
oleh satu artikel yang aku baca dari facebook. Baca dekat bawah ni. Dalam
artikel ini juga ada diselitkan tips atau cara-cara pendakwah kristian
menjalankan kerja-kerja mereka. Harap boleh jadi satu ingatan buat kita agar
berhati-hati diluar sana.
-
Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya di
lahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya
orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada
di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk
mencari kerja bersama-sama Kawan-kawan tetapi gagal. Sayaterpaksa tidur di
stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong.
Kami diberi layanan istimewa, tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal
selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari
iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di
Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa
saya tinggal di seksyen 14,Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok
belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas untuk orang Melayu
beragama Islam (ada hingga sekarang) .
Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar
ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk & gt; sembahyang orang
mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia.Saya belajar
sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi Pemimpin Agong Wanita Kristian
seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang
ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor
Bahru.Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama
1bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya
balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar $60.00 sehari, kenderaan percuma,
seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy
bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan
Melayu Kristian Singapura.
Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti
memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja
saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan. Saya dihantar ke Baptish
Church di Ipoh, dibekalkan duit $1 ,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah
kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.
Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah
bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan Membawa saya bertemu Mufti
Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.
Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk
Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Para hendak
mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher Hitam,
bawa beg James Bond (elaun satu hari $60.00). Perempuan - Berbaju putih skirt
hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang
Plaza.
Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.
Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal (asrama 120
katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak
sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi
sejenis air hitam (holy water).
Setelah diberi minum-1 minggu lidah menjadi hitam, tidak
boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak
mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja $12.6 juta,
sumber dari Sabah, Serawak,Filipina dan Singapura. Motorola adalah penyokong
dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang).
Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj
Ismail Orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup
terpengaruh dengan Kristian.
Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria
Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk
diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk. Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar
perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main
saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah
ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar $165.00 sehari) En
Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak $10 juta kepada Yusof Noor untuk
mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar) 1982.
Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal,
accident motor, didalam tudungnya ada salib.
Punca terjebak dalam Kristian:
1. Desakan hidup
2. Kurang agama
Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada
Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau
mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada
Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan
adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke
Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan
bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid Selepas mesyuarat
3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah
masuk Kristian di Melaka.
Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah
dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu
gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah,
Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak
dikesan)
Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian
ini. Seorang bekas padri
Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah
menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa
Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padri Indonesia)
bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras
telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad Dalam pada
berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,
Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
> > > > >> > PENGUMUMAN - HARAP
DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
"Sebarkanlah walau satu ayat pun" (Sabda
Rasulullah SAW) "Nescaya Allah Memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-
Ahzab:71)
-ARTICLE END-
Sebelum aku ulas , aku nak nyanyi sikit .
‘’Buang saja perasaanmu
Jangan biarkan mereka mengambil peluang ini
Takkan kita berhenti berapi
Takkan kita berhenti berapi
Semuanya okay bangkit darah muda !
Bangkit, bangkit saja darah muda ! (takkan berhenti
berapi)
Bangkit, bangkit saja darah muda ! (takkan berhenti
berapi) ‘’
Mana Mungkin – Hujan feat Joe The Padang
-
Kawan-kawan , ini akhir zaman. Aku nak pesan satu saja. Pesanan
untuk korang dan juga diri aku sendiri. Prinsip ni aku pegang dari dulu sampai
aku mati. Insyaallah.
Tak kiralah siapa korang. Orang kaya atau miskin. Warak atau
pendosa. Tabiat buruk , kuat caci maki, pengumpat, pemfitnah, pembunuh,
perompak, penderhaka kepada mak ayah, perogol, penagih dadah, budak rosak
akhlak, peminum arak dan tak kisahlah apa jua kejahatan yang korang pernah buat
atau sedang buat (dan korang akan bertaubat) , siapa jua korang dan tak kisah
apa dosa yang korang buat , dalam erti kata lain DALAM KEADAAN APA JUA
SEKALIPUN . meskipun korang masih belum mendalami islam dengan sebenar-benarnya
atau belum mengamalkan sepenuhnya.
Nasihat aku , PEGANGLAH SYAHADAH SAMPAI MATI. Tak kisah
siapa korang dan apa saja dosa yang korang buat , tapi PEGANGLAH SYAHADAH.
Dan berjanjilah , walaupun korang bukan alim ulamak, bukan
pendekar, bukan tentera, PERANGILAH MUSUH-MUSUH AGAMA ISLAM SAMPAI MATI. Tak kisahlah
tentangan tu datang dalam bentuk apa sekalipun. Sama ada dalam bentuk
penyebaran atau tentangan fizikal. Berjanjilah kawan-kawan.
‘’Semua okay. Bangkit saja darah muda!’’ .
Pegang agama korang iaitu islam , pertahankanlah ia sampai
korang mampus. Umpama menggenggam bara api, biar tangan terbakar takpa. Biar
orang kafir letak pisau kat leher korang , peganglah syahadah korang. Sambil tu
cuba lawan meski kau tahu kau tak terdaya. Lawan biar sampai mampus. Peganglah
syahadah sampai bila-bila. Allah pasti pandang effort kita. Allah itu Maha
Mengetahui Zahir dan Batin. Dimata orang kita mungkin bukan orang baik. Tapi
dipandangan Allah , pastikan kita sebaliknya. Yakinlah janji Allah itu
benar. Dan bantuan Allah itu pasti datang.
‘’Semua okay ! Bangkit saja darah muda ! ‘’
END