Tanya sama pokok, apa ada dengan wajah ?
Nanti jawab pokok, aku kayu, kau rajah.
Tanya sama angin, apa ada dengan hati ?
Nanti jawab angin, aku duli, kau suci.
Aku seorang manusia yang suka pandang wajah orang. Kenal atau tak kenal. Tua atau muda. Kaya atau miskin. Pandai atau kurang pandai. Malangnya aku tak dapat membaca apa isi hati orang. Orang kata bila berjalan tundukkan pandangan. Jaga penglihatan katanya, tapi aku taknak ikut. Sebab dari mata aku boleh nampak ilmu. Melainkan pandangan bernafsu. Itu lain ceritanya.
Orang kata dari wajah kita boleh nampak isi hati. Ada betul ada salah. Sebab ramai salah bagi tafsiran sebab sesat dalam pandangan.
Contoh :
Seorang lelaki berjalan. Muda usianya. Mukanya berjerawat. Warna kulitnya agak gelap. Badan tidak terlalu tinggi , tidak terlalu rendah.
- Persepsi wanita perasan sempurna : Emm. Bukan taste aku.
- Persepsi wanita muslimah : (pandangan sekali imbas) Cuma seorang lelaki.
- Persepsi lelaki : Biasa je. Dia budak mana ? boleh buat member .
Mungkin contoh tu tak berapa ‘kena’ . tapi apa yang aku ingin sampaikan ialah ‘kulit tidak melambangkan isi’ . Aku paling benci bila manusia menilai wajah dan bukan pada hati. Bila dengar ada kawan gagal dalam percintaan atas sebab paras rupa yang kaum hawa nilaikan , aku rasa benda ni tak patut ada.
Sini aku taknak masukkan bab agama. Sebab bila masuk bab agama, semestinya akan ada quote tentang ‘batas pergaulan’ dan ‘cinta hakiki’ .
Contoh :
- No couple before akad (ini betul)
- Couple itu bunga-bunga zina (ini juga betul)
- Tak perlu mencari tulang rusuk kanan kiri , jodoh yang baik datangnya dari tuhan (ini pun betul)
- Cinta yang abadi itu hanyalah untuk Ilahi (ini extremely betul)
- Dan lain-lain. Aku tau korang pernah dengar ayat lagi power dari ni.
semua tu memang betul dan tak dapat dinafikan. Tapi budaya menilai wajah dan bukan pada hati ni memang buat aku tersentuh. Aku bukan nak specifickan skop ‘menilai hanya pada wajah’ ni Cuma dalam percintaan. Aku bukan doctor cinta. Aku manusia. Manusia yang terasa aneh dengan sifat buruk sesetengah manusia.
Contoh :
‘’Budak ni orang lain selalu kata dia mulut jahat. Perangai macam hantu. Suka keluar malam. Muka dah la buruk. Memang padan la sifat dia.’’
-bagi aku ini Cuma luaran. Cuba berkawan rapat sikit dengan dia. Mesti kau akan jumpa sesuatu.
‘’emm rupanya budak ni baik jugak. Bab member tak pernah berkira. Kadang-kadang kerja yang patut orang lain buat dia yang buat. Kaki pergi surau. Silap kita menilai dia macam tu. Mungkin dia taktau nak bergaul macam mana’’
Contoh dua :
‘’budak ni rajin datang kelas. Rajin datang perjumpaan persatuan. Muka putih , jerawat takda. Memang nampak betul2 macam budak baik’’
-meh try buat kawan sikit
‘’emm rupanya budak ni kaki kencing (penipu) . kuat cakap belakang. Melaga-lagakan orang. Batang hidung dia kat surau pun tak pernah nampak. Harap muka je handsome, perangai rupanya mengalahkan setan. Silap besar aku kawan dengan dia’’
-
Persepsi masyarakat terhadap ‘muka’ selalu silap. Aku singgah skop dalam perhubungan sekejap. Perempuan yang ‘perasan diri sempurna (perasan diri terlalu lawa) ‘ kebanyakannya akan tersilap memilih pasangan. Terlalu ikut peribahasa , nak cari pasangan biar macam ‘pinang dibelah dua’ . nak seperti ‘enggang sama enggang , pipit sama pipit’ Tapi akhirnya menyesal kerana , TER-buang ‘permata’ bersalut ‘debu’ yang ‘cantik’nya tidak dapat dilihat dengan sekadar luaran. Tapi perlu ‘digilap’ baru akhirnya nampak ‘yang mana kaca yang mana delima’ .
Mungkin bahasa aku terlalu dalam. Tapi rasanya boleh faham.
Manakala perempuan yang betul bersih hati dan jiwanya , jauh dalam nurani penuh sifat ikhlas seadanya, perempuan seperti ini mudah menepis ‘kelkatu yang cuba mendekati lampu’ dengan mudah. Pandangan melalui mata hati dapat tembus serta merta ke dalam hati lelaki yang betul-betul ikhlas dalam perhubungan dan mampu melihat usaha lelaki yang ’ cantik bukan pada rupa’ dan kemana si lelaki ini ingin membawa perhubungan , kekal menjadi suri di hati lelaki hingga ke akhir hayat.
Aku bukan nak jiwang-jiwang. Tapi ini yang aku nampak. Aku bukan nak ajar remaja dekati zina. Tak ustaz ! tidak sama sekali !
Tetapi , cuba kita keluar balik dari skop tadi . kita umumkan topic semula. Masyarakat yang suka menilai dari pelbagai aspek melalui rupa. Hinggakan TV3 terpaksa buat rancangan Vokal Bukan Sekadar Rupa sebab juri atau pengundi suka memilih peserta pertandingan nyanyian melalui ‘pakej lengkap’ iaitu rupa. Puihh. Apa ada dengan rupa ?
Ohh yaa. Aku bukan nak menyokong mana2 rancangan reality nyanyian, itu cuma contoh. Aku sebenarnya benci rancangan jenis macam tu. Rancangan takda faedah.
Cumanya di sini , kalaulah boleh aku ubah budaya masyarakat melayu kita zaman sekarang, yang suka perasan ada kuasa mutan , boleh baca hati orang dengan pandangan kasar. Kita bukan tuhan. Kita manusia.
Ada satu ayat aku pernah dengar ,
Ada satu ayat aku pernah dengar ,
‘’jika kita ingin kenal seseorang manusia itu , baik atau buruk sifatnya (lebih kepada kawan. Bukan kekasih ya) , kita perlu jalan dengan dia , makan dengan dia , tidur dengan dia , segalanya dengan dia , (kecuali buang air besar atau kecik) dalam sesuatu tempoh masa tertentu , baru la kita betul-betul boleh kenal elok buruk sifat sebenar dia’’
Jadi , kalau setakat baru kenal sebulan , itu pun dalam phone , itu bukan ‘kenal sebenar-benar kenal’ . bagi aku itu sekadar ‘tahu’ . Contoh , ‘’ohhh dia tu. Dia tu aku tau…’’ . itu sekadar TAHU . bukan KENAL.
‘Tahu’ bukan bermaksud ‘kenal’ . jauh beza tu .
-
P/S : Tolong la hadirkan sifat benci dalam ‘menilai seseorang manusia melalui paras rupa , atau perangai manusia itu melalui ‘tahu’ Cuma sehari dua , sebulan dua . itu bukan kenal. Itu bukan kenal sebenar benar kenal. Jangan nilai manusia lain macam tu. Kita bukan tuhan yang boleh tau isi hati manusia lain. yang mana hatinya benar-benar mulia dan yang mana hatinya benar-benar kotor.