10/20/2011

Bajet Alim Itu Bagus ?

(Bila orang kata kita 'bajet alim' walhal kita sedang melakukan perkara baik , memang tak 'cool')




Apa maksud perkataan bajet tu ? (bajet di eja budget dalam bahasa omputih) bermaksud , belanjawan atau perbelanjaan. akan tetapi , dalam 'bahasa remaja' zaman sekarang , maksud bajet sudah jauh menyimpang dari landasan yang benar...

Bajet dalam istilah remaja urban di malaysia bermaksud 'perasan' . (atau mungkin korang ada istilah lain untuk dikemukan kerana tidak bersetuju dengan istilah yang aku bagi , boleh la di ajukan diruangan komentar).

(buka kamus dewan bahasa remaja KL edisi pertama kejap...)

Contoh :

Bajet bagus = Perasan bagus

Bajet comel = Perasan comel

Bajet Hensem = Perasan Hensem

dan

Bajet Alim = Perasan Alim

Seterusnya , apakah pula yang dimaksudkan dengan Alim ? Alim adalah kata pinjaman dari bahasa arab. di dalam bahasa arab , Alim bermaksud orang yang berilmu atau ahli ilmu. dan Abid bermaksud orang yang beribadah atau ahli ibadah. (maaf jika tersalah , kalau ada yang nak tolong betulkan , jangan segan silu)

Akan tetapi di Malaysia , Alim di diistilahkan sebagai orang yang warak , kuat beribadah yang tinggi ilmu agamanya . kiranya , maksud Abid dan Alim di dalam bahasa arab telah disatukan di dalam bahasa melayu sebagai Alim sahaja.

Okay , (tarik nafas dalam-dalam....)

Kita buka satu cerita...
Suatu cerita rekaan nukilan WHYJ [eksklusif hanya di heehh.blogspot.com]

Sekumpulan remaja sedang berborak di meja restoran. restoran yang para pekerjanya 100% import dari luar negara. makanan yang disaji enak-enak dan eksklusif. dari tukang masak hinggalah ke tukang cuci lubang tandas , semuanya diimport !




Para pekerjanya semua berbangsa Bangladesh. Termasuk tukang masak , ketua chef , tukang cuci jamban semuanya bangladesh. makanan semuanya resepi Timur tengah yang diinovasi menjadi makanan ruji malaysia iaitu Canai Bread with Chicken Curry and Dalca Soup.
Harganya sungguh berpatutan dan memuaskan hati para pelanggan.

Berbalik kepada cerita para remaja tadi , mereka sedang berborak mengenai salah seorang pelajar lelaki di sekolah mereka yang sering menjadi bahan bualan guru-guru di sekolah mereka.
Murid lelaki itu bernama Zack (bukan nama sebenar. nama panjang beliau adalah Zakaria. -ehh?) .
Link




Pria A : Si Zack tu bila depan cikgu , kemain lagi dia tunjuk baik , bajet alim . Belakang cikgu..aii... pijak semut 10 kali pijak pun tak mati-mati ! Dia dengan member-member dia kalau bersembang , ayat kadang-kadang cam haram jugak. ingatkan cara cakap sama macam ustaz kat tv-alhijrah tu. apa nama ustaz yang tengah popular sekarang tu ? Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ? (Promote jap)



Pria B : Itulah manusia beb. Hipokrit. Si Zack tu , bila dalam sekolah , kemain lagi dia rambut sikat baik punya kemas , luar sekolah , amboii ! macam Awal Ashaari dah aku tengok ! macam cerita Fuhh! kat tv3 !

Pria C : Si Zack tu , dalam sekolah aku tengok , pandang pempuan langsung tak. Cikgu Noura (cantik nama) tengah bercakap dengan dia , dia boleh pandang tingkap je ! Luar tingkap bukan ada apa-apa pun , cuma budak kelas ERT yang tengah main bola... Bila habis sekolah , selangkah je keluar dari sekolah , terus aje dia kejar pempuan , muka kemain jambu lagi dia bagi. Suara mesti nak gentlemen.


Pria D : Itulah , aku panas gak dengan dia ni. Menyampah. Bajet alim ! Alim apa macam tu ? Alim taik kucing ! Hari tu aku tengok dia kencing berdiri kat tandas beb....

Pria A : Err ? .... (bunyi cengkerik)

Pria B : kau skodeng dia ke beb ?

Pria D : Aku nampak songkok dari atas pintu laa. sebab sebelum tu aku nampak dia keluar kelas , pastu aku pun saja la nak keluar gak . Homework aku tak siap , takut cikgu cek .

Pria C : Ahh kau ! mana la tau bukan dia ke yang kencing berdiri , tah-tah orang lain. lagipun , bukan dia sorang yang pakai songkok kat sekolah ni. Lagi pun , dia tu kadang-kadang mana pakai songkok. kejap pakai kejap tak. Bajet hensem la katakan...


Pria A : Ehh ? Beb , back up nampak ? (sambil menaikkan bulu kening)




(Tiba-tiba muncul seorang lagi Pria menepuk bahu salah seorang dari mereka... kemudian duduk semeja dengan Pria ABCD (air batu campur).... )


Pria W : Assalamualaikum kawan ! (melemparkan senyuman sinis yang murni selepas terdengar perbualan mereka ketika sedang melangkah menuju ke meja mereka)

Pria ABCD : Waalaikumussalam. hey bro. jom lepak sekali..

(Pria W duduk lalu meng-order air Hot Milk Tea dan Village Fried Rice...)

Pria W : Aku dengar tadi korang sembang pasal si Zack tu. Serius benar bunyinya. apa yang tak kena dengan dia ?

Pria A : ehh. camna kau boleh dengar ? besar jugak streo telinga kau.

Pria W : aaaa... (kantoi curi dengar)

Pria A : camni ceritanya... kau takkan tak perasan , si Zack tu ....

(Pria A , B , C dan D terpaksa rewind cerita balik supaya Pria W faham...)

Pria W : ohh . camtu. (menarik nafas lalu menghirup Hot Milk Tea yang telah dipesan tadi...). Tentang Zack yang bajet alim depan cikgu tu... itu perkara bagus. Kenapa bagus? bila kita berkelakuan baik depan cikgu, maka cikgu akan senang hati. bila cikgu senang hati, ilmu yang diajar dapat disampaikan dengan baik. impression cikgu terhadap kita akan sentiasa positif. so , takda masalah apa-apa pun kat situ.

Tentang style rambut Zack yang dekat sekolah. itu pun bagus , dia sikat kemas-kemas. supaya tak kena tahan cikgu disiplin. kadang-kadang dia pakai songkok , kadang-kadang dia tak pakai. mungkin sebab kepala dia panas , atau mungkin rambut dia gugur sebab terlalu lama pakai songkok. kalau dekat luar sekolah , contohnya lepak kat OU atau Curve , takkan dia nak pakai songkok ? pegi pasar basah , takkan nak pakai songkok ? Ikut keadaan la. nak pakai boleh , tak salah pun. tapi kalau dia taknak pakai pun , suka hati dia lah. so , takda masalah apa-apa pun kat situ.


Tentang Zack yang tak pandang pempuan , itu bagus . Mungkin dia menjaga pandangan matanya daripada melihat perempuan dengan pandangan tidak baik. walaupun perempuan itu bertudung. cikgu noura kan lawa , sekali pandang mesti terbayang-bayang.. sampai sebelum tido pun still boleh bayangkan. Lagipun si Zack tu manusia jugak , siapa kata dia tak tengok pempuan , buktinya dia still pandang tingkap tengok budak ERT main bola ? diorang kan pempuan jugak?
tentang dia dekat luar sekolah , tu tak jadi masalah kalau dia nak berjalan di sebelah pempuan , selagi tidak berdua-duaan ? selagi menjaga batas pergaulan iaitu tidak bersentuhan ? berbalik kepada impression guru. di mata guru , dia adalah seorang pelajar yang baik yang sentiasa menjaga adab bergaul. maka , bila guru dah suka , cemerlang lah dia. so , takda masalah apa-apa pun kat situ.

dan yang tentang Zack kencing berdiri tu , memang langsung tak betul. sebab Zack sebenarnya pegi bilik guru dengan aku ambik buku latihan yang cikgu dah tanda. yang kau tengok tu orang lain... so , takda masalah apa-apa pun kat situ.


Yang menjadi masalahnya , adalah korang. Zack selalu buat benda baik. bila sekali dia buat benda tak baik , korang akan ingat dan labelkan dia dengan benda yang tak baik. contohnya , bajet alim. padahal dia memang betul-betul alim. bukan bajet-bajet. manusia memang macam tu. umpama kerana nila setitik , rosak susu sebelanga. Lagi pulak , kerana korang asik memandang segala perkara baik yang dia buat dengan pandangan yang negatif. cuba la carik apa maksud disebalik tindak tanduk dia. cuba carik apa yang dia dapat bila dia buat macam tu. ?

dan lagi , takkan dia nak sepanjang masa 'Alim' seperti yang kita selalu tengok... dia kena la sesuaikan ikut keadaan. kalau pegi OU , buat la cara pegi OU. kalau pegi masjid , buat la cara pegi masjid. kalau dekat sekolah , buat la cara dekat sekolah. dan dia jugak kena la sesuaikan diri mengikut dengan siapa dia bergaul. dengan cikgu , buat cara dengan cikgu. dengan member-member , buat cara dengan member-member. kena la happening sikit. takkan la sepanjang masa dia kena berzikir , baru la hati korang tenang nak cakap dia memang budak baik. tak gitu ?

(ABCD mengangguk tanda faham..)

Pria W : Haa , nasik aku dah habis. air pun dah habis. kenyang. korang lepas ni lepak mana?

Pria A : kitorang tak pegi mana-mana. kau ?

Pria W : Cuti panjang camni , aku kalau dah bosan sangat , aku ajak Zack lepak CC. lawan FiFA. lepas ni aku gerak ah dengan dia . korang nak ikut ?

Woha !

[....END....]


p/s : cerita di atas tiada kena mengenai dengan sesiapa sama ada yang hidup mahupun yang sudah menjadi mayat. cerita di atas disampaikan untuk memudahkan penyampaian mesej murni yang ingin disampaikan penulis cerita.

p/s2: Woha! sekali lagi. (gaya abang Hamka Kereta Mayat)

1 comment:

  1. salam..

    semua tu dugaan..memang mcm tu..nak buat baik, mcm2 dugaaan..harap byk sabar.

    ReplyDelete