10/18/2011

Layar Keinsafan di Mangkuk Tandas

(di adapatasi dari kisah benar dan ditokok tambah , ditolak bahagi , dan di kali darab agar tidak bosan dan kelihatan sama dengan kisah yang sebenar... ekeke)



Zack (bukan nama sebenar . nama panjang beliau ialah Zakaria - ehh?) dia adalah seorang pelajar lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an dan bakal menghadapi SPM pada tahun itu. (ehh? asal tak sebut je 17 tahun?) . Dia ada salah seorang pelajar lelaki yang terbaik di sekolahnya. Dia juga sering mendapat pujian dari para guru kerana kepintarannya dan kesopanan dalam setiap tingkah lakunya.

Hendak dijadikan cerita , pada suatu hari Zack terikut dengan salah seorang rakannya dari kelas lain ke suatu tempat. Zack berkawan dengan semua rakan-rakannya tanpa memilih kawan kerana dia memang seorang yang friendly :) namun tanpa disangka , rupa-rupanya rakan-rakan Zack mengajak dia melepak disebuah kawasan terpencil di dalam hutan (hutan memang la terpencil?) untuk menghisap rokok.

Zack mula terpengaruh dan mula bergiat aktif dalam bidang rokok-merokok bermula dari petang isnin 1949 itu. (ehh? belum merdeka?)

Kini Zack sudah mula berjinak melakukan aktiviti tidak bermoral seperti , merempit , minum Barbican (?) , mencuri basikal fixie , mencuri jam G-Shock rakan sekelas , mencuri IC rakan kemudian menampalnya ditapak perhimpunan , kencing dipasu bunga jiran , memanggil cikgu tanpa menggunakan kata ganti nama diri , mengetuk pintu jiran kemudian melarikan diri apabila pintu dibuka , membaling mercun ketupat di halaman rumah orang kemudian melarikan diri menggunakan basikal fixie yang telah dicuri sebentar tadi , mengumpat orang , memanggil rakan-rakan dengan nama binatang exotic seperti tenggiling , tenuk , landak , dan ba** , dan banyak lagi aktiviti yang dirasakannya seronok , pasti akan dilakukannya.

(ehh , kata belum merdeka , asal ada fixie , G-Shock semua tuh ?)

Kini sudah tiga bulan setengah sejak Zack mula bergiat aktif dalam bidang tidak bermoral itu. Ironinya , Zack tidak ponteng sekolah. Jika sebulan ada 30 hari sekolah , maka 30 harilah kehadiran yang akan dipenuhinya. Namun begitu , prestasi peperiksaan Zack semakin merosot. Ini kerana bagi Zack , sekolah hanya tempat untuk bersarapan di kantin sekolah kerana tiada siapa yang akan menyiapkan sarapan untuknya jika dia tidak hadir ke sekolah.

Nak dijadikan cerita , pada suatu hari ketika sedang asyik ber-facebook , Zack sakit perut. Kemudian dia pergi ke tandas. Zack melihat taik yang baru sahaja dikeluarkan agak berbeza dari sebelum-sebelum ini. Ia kelihatan cair dan lebih banyak air. Namun Zack tidak mengesyaki apa-apa .

Selepas saja dia pulang dari tandas (?) , dia kembali ber-facebook dan menyemak notification yang semakin menebal. tiba-tiba sakit perutnya datang kembali , tetapi kali ini bukan kerana sakit hendak mengeluarkan taik , tetapi sakit seperti sengal-sengal di bahagian tepi pinggang. sakitnya itu dirasakan di kedua-dua belah pinggang iaitu kiri dan kanan.

Kemudian dia cuba berbaring di dalam biliknya sambil tangannya mengurut lembut di bahagian yang sakit itu menggunakan minyak Yu-Ye Cap Limau yang dikhaskan untuk bayi yang kembung perut. Selepas itu , sakitnya itu beransur hilang. Tetapi sakitnya itu diganti pula dengan rasa sengal seperti tadi cuma kali ini dibahagian rusuk di kedua-dua belah. Dia menggunakan cara yang sama seperti tadi , mengurut menggunakan minyak Yu-Ye Cap Limau yang dikhaskan untuk bayi yang kembung perut. Alhamdulillah , sakitnya beransur hilang.

Dia tertanya tanya , apakah sakit yang sedang dialaminya , apakah ia sakit biasa , atau sakit luar biasa ? sakit kronik ? kanser ? HIV ? Taun bin Malaun ?

Dia membuka google untuk mendapatkan sebuah kepastian...

website A :

Apakah tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang?

Seseorang yang berisiko mengidap kanser buah pinggang mungkin tidak akan menunjukkan tanda-tanda diperingkat awal penyakit.Tanda-tanda atau gejala kanser buah pinggang termasuk:

  • Rasa sakit di bahagian tepi yang susah untuk hilang
  • Terdapat benjolan di bahagian tepi atau perut
  • Penurunan berat badan tanpa sebab
  • Demam
  • Kerap merasa letih yang amat sangat

Walaubagaimanapun,kadang-kadang tanda-tanda atau gejala yang disebutkan di atas tidak bererti bahawa seseorang itu menderita kanser buah pinggang.Kemungkinan juga ianya disebabkan masalah-masalah yang lain.Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa doktor untuk didiagnosis dan dapat diberikan rawatan seawal mungkin.


website B :

Tanda

Kencing berdarah (hematuria).

Sakit pada bahagian rusuk (sisi badan).

Sakit belakang.

Ada ketulan pada bahagian rusuk dan abdomen.

Hilang selera makan.

Berat badan menurun.

Demam.

Kelesuan melampau.

Tekanan darah meningkat.

Ketidaknormalan elektrolit (kandungan ion dalam cecair badan).


-

Dia terkedu. Persamaan pada kedua-dua website adalah , sakit dibahagian tepi , iaitu dibahagian rusuk dan pinggang. Dia mula gelisah dan cuba menenangkan diri agar tidak panik.

Keesokkan harinya , perkara yang sama berulang. Rasa sakit yang sama dan dia cuba menghilangkannya dengan cara yang sama. Namun kali ini tidak berhasil. Dia terbaring diatas tilamnya menahan kesakitan. Pada ketika itu , barulah dia sedar. Mungkin ini balasan dari Allah atas kegiatan tidak bermoralnya selama ini.

Dia mula menangis , ketakutan , kesakitan , keinsafan , dan cuba untuk bertaubat. Apakah masih ada ruang baginya untuk bertaubat? bisik hati kecilnya. Baginya , jika kesakitan itu sampai pada tahap kronik , pastinya keluarganya terpaksa menanggung kos ribuan ringgit untuk merawat. memerlukan penjagaan 24/7 . Pemindahan organ , Hemodalisis , dan apa saja yang pasti menyusahkan keluarganya. Dia mula menyesal. Mungkin ini adalah satu balasan atas dosanya yang lalu. Dia hilang punca. Kepalanya runsing memikirkan apa yang harus dilakukan.

Dia terfikir untuk lari dari rumah agar tiada siapa yang tahu kesakitan yang dialaminya. Dia juga ada terfikir untuk membunuh diri dengan melompat dari rumah flat 20 tingkat, namun agama telah melarangnya dari berbuat demikian. Dia cuba mencari pelbagai cara , agar kesakitannya itu tidak diketahui oleh semua orang.

1 - bunuh diri

2-Lari dari rumah , dan cari tempat untuk mati secara perlahan-lahan.

Dia mengeluh. Kesakitan itu berulang sehinggan hari ketiga , keempat , dan kelima. Tetapi idea masih tak kunjung tiba. Doanya di dalam solat semakin hari semakin panjang. Sujudnya semakin hari semakin lama. Amalan sunat semakin diperbanyakkan. Tidur malam dia pendekkan agar waktu Qiam dapat dipanjangkan. Zikir semakin membasahi bibirnya.

Kematian menjadi tajuk yang sibuk dibahaskan di dalam mindanya. Nikmat kesihatan yang selama ini dikurniakan , telah disalah guna untuk melakukan perbuatan sia-sia dan tidak bermoral. Perut yang sihat , buah pinggang yang sehat , telah diisi dengan minuman syubhah.

Dia menangis sendirian di dalam biliknya...

Secara tiba-tiba , suatu suara terdetik di dalam hatinya ....

"Weeii , benda ni tak pasti lagi. kau cuma baca kat internet tanda-tandanya. belum tentu kau ada sakit buah pinggang. Lagipun tanda-tanda yang kelihatan cuma dua. Kencing kau belum keluar darah , badan kau belum lesu , berat badan kau belum turun mendadak , so , apa nak dirisaukan ?''

"Kau pergi la ajak sesapa teman kau buat medical check-up , tapi jangan la sampai family kau tau. so , peluang yang kau ada sekarang 50-50 , sama ada kau ada sakit itu , atau pun tak ada!''

''Malam ni kau buat solat hajat , doa-doa supaya result tu nanti negatif!''


Jadi , malam itu jugak Zack menelefon rakan baiknya yang mempunyai lesen kereta P , untuk membawanya ke klinik kerajaan yang berdekatan.

Selepas itu dia tidur selama 4 jam , kemudian dia bangun untun memohon keampunan dan diberikan jalan keluar daripada permasalahan yang dihadapinya.

Keesokkan harinya , sambil ditemani dua lagi rakan baiknya , mereka 3 orang menemani Zack untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Dengan langkah yang berdebar-debar , Zack mengambil nombor giliran dan menunggu dengan penuh kesabaran dan doa yang tidak putus-putus di dalam hatinya.

nombornya di panggil , dia disaringkan ke dalam salah sebuah bilik doktor. pelbagai pertanyaan doktor itu ajukan , dan dia menjawab dengan terperinci apa yang telah dia rasakan sejak 5 hari yang lalu. doktor menyuruhnya melakukan ujian air kencing bagi menguji , apakah dia mengalami sakit buah pinggang atau tidak.

Air kencing Zack yang masih suam itu dihantar ke makmal , bagi menguji sama ada keputusannya negatif atau positif.


Keputusan sudah sampai ke tangan doktor. dan keputusannya......



Negatif!

''Ya Allah...... Alhamdulillahirabbil Alamin , syukur Ya Allah !''

Doktor memberitahu bahawa Zack hanya mengalami kekurangan air dalam badan. Doktor memberikan Zack ubat penahan sakit dan ubat sodium citrate yang tidak diketahui oleh Zack apa fungsinya.

Kemudian Zack singgah ke surau di dalam klinik itu untuk menunaikan solat zohor sambil bersujud kesyukuran ke atas nikmat kesihatan yang diberikan Allah padanya sekali lagi.
Sejak hari itu , Zack kembali menjadi pelajar terbaik di sekolahnya. Dia mula memilih rakan yang baik agar tidak lagi terjebak ke dalam kancah aktiviti tidak bermoral.

SPM yang lagi sebulan bakal menjelma , semakin dirasakan debarannya. Zack mula mempertingkatkan usaha dan tidak lupa mengambil ubat yang telah diberikan pihak klinik kepadanya.

Zack jugak tidak lupa berpesan kepada para pembaca blog WHYJ , yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini agar tidak lupa berdoa dan memperbanyakkan ibadah agar setiap usaha yang dilakukan akan diberkati oleh Allah swt. hehe.



p/s : Cerita di atas tiada kena mengena dengan WHYJ sama sekali. Ia hanyalah rekaan semata-mata. Jika terdapat apa-apa persamaan , sila abaikan. Mungkin ia hanyalah kebetulan semata-mata. Semata-mata merujuk kepada mata-mata yang menjadi mata-mata kepada mata-mata para pembaca kerana mata-mata mereka mungkin menjadi mata-mata kepada mata-mata yang menjadi mata-mata yang menjadi mata-mata ... err....




Comments
0 Comments

0 Komentar:

Post a Comment