(Aku rasa korang mesti bosan nak mampus baca entri aku kali ni sebab panjang nak mampus. Tapi aku tak kesah pun. Kalau baca setengah je , korang dapat bosan , kalau baca sampai habis , korang akan dapat sesuatu yang bermakna disebalik cerita panjang nak mampus ni…)
wah. lama rasanya tak update blog. bukan tahap berhabuk lagi blog aku ni , ni tahap berkulat berulat dan berkulampair. haha. *sengih sesorang*
okay , entri kali aku nak story sedikit. (actually banyak) pasal pengalaman aku la. bukan selalu aku nak cerita hal peribadi aku kat orang ni , so bertuah gila korang hari ni ! haha (bertuah sesangat)
tapi sebelum tu , aku nak memperkenalkan satu 'lembaga' (bagi aku ianya sesuatu yang bernyawa) untuk mewakili korang pada setiap kali aku terangkan sesuatu yang mungkin korang tak faham padahal korang sebenarnya faham dan malang sekali aku anggap korang sebenarnya tak faham...
haha. mesti korang kehairanan bukan ? okay ladies and gentlemen , today i would like to introduce you , the waited unidentified identity that called...
FAQ ! Frequently Ask Question . *but in WHYJ version!* . so , dia akan tanya soalan yg mewakili korang (meskipun korang geli dan taknak tanya pun) kepada aku , so boleh la aku explain dengan lebih efektif . ekeke.
-
berbalik kepada topik kita di atas , aku nak cerita pengalaman aku tentang kawan. dalam blog lama aku yg dah pupus , atau antara entri terawal aku (maybe aku pernah tulis kot) aku pernah tulis pasal kawan. tapi kali ni , hari ni , aku akan tulis dalam keadaan aku dah matang , berpengalaman , dan dapat hadapi dengan baik. okay sumpah tak faham . (ya , aku pun).
masa pra-sekolah aku seorang yang agak pendiam. aku tak banyak cakap. umur aku masa tu 5 tahun. aku tinggal kat rumah lama aku. setiap kali kawan-kawan aku tengah syok main atau sembang , aku just datang dekat dan tengok apa diorang buat. dan bila tiba waktu balik , aku tunggu mak aku sampai depan pagar , then aku balik. sampai rumah baru la mulut aku bercakap , boleh sembang-sembang sana sini. kat rumah family aku la kawan aku. kakak aku kawan baik aku. kawan luar rumah atau dekat pra-sekolah memang takda. dengan jiran aku tak rapat. dengan sedara , aku boleh la. boleh dikatakan , aku tak faham pun maksud 'bestfriend' masa tu.
okay , kita undur sikit masa. (prequel episode).
masa umur aku 3/4 tahun , aku still lagi kat rumah terawal kelahiran aku di Sungai Way. (taktau la eja betul ke tak). dan aku pun taktau tempat tu wujud lagi ke tak. aku sebenarnya tak ingat langsung kehidupan yang aku lalui masa tu sebab aku kecik lagi. tapi mak aku cakap aku kawan baik dengan Wan (bukan nama sebenar) , Manja (bukan nama sebenar) , Q (bukan nama sebenar) . semua tu nama panggilan je. diorang tu kawan-kawan masa kecik aku. aku pun tak ingat sangat. aku pun still tak faham apa erti kawan baik lagi masa tu. so , bila aku pindah rumah , masuk pra-sekolah kat rumah baru. aku tak ingat pun diorang. rindu ? jauh sekali.
okay , kita anjak selangkah ke depan daripada episod asal .
selepas tamat pra-sekolah , aku pindah rumah. masuk tadika kat rumah baru. dan yang lebih menggembirakan , aku sama tadika dengan kawan-kawan aku masa 3/4 tahun sebelum aku masuk pra-sekolah. waktu tu aku 6 tahun. kira kitorang bereempat reunion dalam satu tadika. hebat kan ? pindah rumah di kawasan yang sama. dan masuk tadika yang sama. masa tu baru la aku pandai bercakap , main-main , buat bising. bergaduh. mengorat. haha. macam-macam lagi. masa tu la aku dapat tengok kawan - kawan kelas se-tadika aku ada yang berak dalam seluar . kecing dalam seluar. menangis mak tinggal. nak ikut mak balik. demam pastu menangis. bergaduh berebut permainan. ejek mengejek (siap berlagu lagi) ,
contoh , 'lan..lan.. lan botak. lan makan taik katak' . haha korang ada ?
masa tu aku cuma rapat dengan Wan , pergi tadika dengan Wan , balik pun dengan Wan , main sana sini situ semua dengan Wan . pau bekalan makanan budak lain dengan Wan , pergi tandas dengan Wan , semua dengan Wan. Manja masa tu dia kelas sebelah dengan Q . so , 4 sekawan dipisahkan dengan 2 kelas. setahun berlalu , kitorang tamat tadika. dan tak lah serapat macam selalu. aku cuma kawan dengan Wan dan kawan-kawan lain yang rumah dekat.
zaman kanak-kanak berakhir. sekarang masuk zaman budak.
bila aku masuk darjah satu , seriously , aku excited gila. aku tengok ramai budak lain menangis kena tinggal mak. tapi aku siap suruh mak aku balik lagi , tak payah tunggu cikgu datang. mak aku tanya okay ke kalau dia balik. aku cakap 'takda apa-apa la. orang berani' . haha. (nak berlagak lah tewww)
tiba-tiba muncul Q bersama ayahnya. aku senyum pandang ayah dia sebab aku kenal. ayah dia suruh duduk sebelah aku. dia pun duduk dan disebabkan kitorang memang dah lama kenal , so kitorang terus rapat. dialah kawan baik aku dalam kelas tu. hampir semua benda kitorang buat bersama. bila ujian , nombor kitorang tak jauh beza. mesti sebelah2 je. boleh dikatakan setahun tu , 60% kehidupan aku , aku habiskan dengan dia. haha. (gila lah)
Manja masa tu kelas lain. Wan pun kelas lain. tapi , kitorang still rapat bila habis waktu sekolah. dan kitorang still jumpa bila kat sekolah agama. masa tu aku sesi pagi sekolah agama , sesi petang sekolah kebangsaan. tapi yang bestnya dua2 sekolah aku satu kelas dengan Q.
tahun 2003 , aku darjah tiga. Manja kelas lain. dah tak berapa rapat dengan kitorang. just jumpa kadang2 dan tegur gitu2 je. Wan still rapat dengan aku. hari cuti main bola dengan aku. sebab rumah kitorang dekat. Q pun still sekelas dengan aku 3 tahun berturut-turut. selalu join main bola dengan aku dan Wan.
tahun 2004 aku terpisah dari Q. tapi kitorang still sekelas dalam sekolah agama. tapi taklah teruk sangat sebab aku sekelas dengan Wan kat sekolah kebangsaan. so , aku dapat lalui tahun tu dengan baik. sebab apa ? sebab aku yakin , aku masih ada KAWAN. dan bukan kawan biasa. tapi KAWAN BAIK.
tahun 2005 , aku terpisah lagi dengan Q , tapi kitorang still sekelas dalam sekolah agama. Wan sekelas dengan aku sekolah agama , dan sekolah kebangsaan. kitorang bertiga jadi pengawas sekolah agama. jaga keamanan sekolah dan disiplin kawan lain dengan penuh tanggungjawab . (walaupun sebenarnya kitorang yang selalu buat nakal - main polis and thief sampai sepahkan mimbar surau gara-gara nak menyorok) . dan kitorang selalu masuk bilik kesihatan sebab lutut selalu luka jatuh masa lari-lari kejar-kejar. seluar kitorang (walaupun pengawas) selalu koyak dan berjahit sebab selalu jatuh.
bila solat asar , baju semua basah sebab berpeluh dan tak pakai singlet (standard la budak) , basah sampai nampak badan. pastu budak perempuan usha je sebab diorang kat saf belakang lelaki. Q dan aku selalu kena tolak jadi imam. ada sorang budak lelaki ni , pernah jadi imam. tapi boleh pulak dia buat sampai 5 rakaat. haha. makmum bingung. ustazah marah. masing-masing pening macam mana nak follow dia. benda tu sampai hari ni aku ingat.
masa tu walaupun aku pengawas sekolah agama . tapi aku suka datang lewat. masuk kelas 2.30 petang. tapi aku punya selamba (buat sekolah tu macam pak sedara aku punya) aku datang 3.00 petang. setiap hari. yaa , setiap hari. sebab apa ? sebab aku tertidur lepas balik sekolah kebangsaan.
tahun 2006. Q tak sekelas dengan aku lagi . sekolah kebangsaan dia kelas lain , sekolah agama pun dia kelas lain. aku terlebih banyak main dan menyebabkan aku disepak masuk kelas ke 2 . dia kelas pertama. (orang pandai) . tapi Wan sebaliknya. dia sama dengan aku. walaupun Q tak sama kelas dengan kitorang lagi , tapi waktu rehat , adegan kejar mengejar polis and thief masih berjalan lancar. hahaha. tapi kitorang boleh main masa sekolah agama je. sebab sekolah kebangsaan peraturan bukan kitorang yg pegang! haha. sekolah kebangsaan aku jadi pengawas pusat sumber. sama dengan Manja sejak tahun 2002. aku ketua pengawas pusat sumber, so , semua tunduk arahan aku masa tu. hehe (nak berlagak lah tewww) Wan follow aku jadi pengawas sejak dia sekelas dengan aku masa sekolah kebangsaan 2004.
Result UPSR keluar . Q 5 A . (budak pandai). aku 4 A . Wan 3 A . haha. macam ikut urutan je. maklum la. kawan baik. bila cuti saja , kitorang bertiga akan lepak bersama . tengah hari ke , petang ke , semua bersama.
zaman sekolah rendah / budak-budak berakhir....
tibalah zaman remaja. zaman sekolah menengah...
tahun 2007. Q berpindah masuk ke sekolah berasrama. (budak pandai) Wan masuk kelas lain. Aku masuk kelas lain (tapi atas Wan lah). nak diringkaskan cerita , aku terpisah dari kesemua kawan baik aku masa sekolah rendah. sumpah sedih. aku cuma dapat lepak dengan Wan waktu cuti atau balik sekolah je. main bola petang2. Q , lagilah jarang. maklumlah budak asrama. aku disepak masuk oleh mak aku dalam kelas aliran agama. (ada bahasa arab) haha. lagilah bertambah parah aku masa tu. langsung takda kawan. masa tu lah baru aku berjinak-jinak. cari kawan baru. buat member.
saat tu , barulah aku mula bertambah rapat dengan Farid (nama sebenar) (sekelas masa sekolah agama dulu) , Rusulee (nama sebenar) (sekelas masa darjah satu dulu) (kenal masa tadika tapi kelas lain) , Afiq (nama sebenar) (kenal gitu-gitu je masa darjah enam dulu) , Hakimi (nama sebenar) (kenal gitu-gitu je masa darjah enam dulu) Ibrahim (nama sebenar) (sekelas masa darjah enam dulu) dan banyak lagi. tak perlulah aku sebutkan diorang yang berpuluh orang masa tu. diorang adalah orang pertama yang aku 'pergi dekat' masa hari pertama aku masuk form 1.
Pada ketika itu , segala kesedihan terpisah dengan kawan-kawan zaman kanak-kanak , tidak lagi menghantui diri aku… ececett.
Aku terus berkawan baik dengan diorang sebab muka diorang dah sememangnya familiar sebab aku kenal diorang sejak sekolah rendah lagi. dan akhirnya aku dapat bergaul baik dengan kawan sekelas yang lain dan aku dapat lalui tahun 2007 dan 2008 dengan baik . ini sebab kawan - kawan aku dari kedua-dua kelas aliran arab tidak jauh kemana. andai kata prestasi menurun mereka hanya dicampakkan ke kelas sebelah saja. kelas aliran arab hanya mempunyai 2 kelas sahaja. berbanding kelas biasa ada 9 kelas.
Waktu ni lah aku mulai mengenal rokok (Malboro Merah) , CC a.k.a cyber cafe , melepak malam , merayap , tak balik rumah , dan macam-macam lagi lah. Tak perlu la aku sebutkan kat sini , buat segan aku je. ekeke
Akhir tahun 2008 baru la aku stop buat keje-keje camtu. Maklumlah tahun depan dah PMR. Lagi pun , mak mana yang tak marah/kecewa bila tau anak dia buat keje macam gitu kannn. Oleh kerana aku ni seorang anak yang perasan soleh , jadi aku stop bergaul dengan diorang dan secara tidak langsung stop jugak buat keje perabeh boreh tu. Buang current je.
tahun 2009 . tahun peperiksaan PMR . banyak 'kawan baru' yang baru masuk . mereka dari sekolah lain. ada yang masuk akhir tahun 2008 tapi aku tak kenal sangat. ada antara kawan2 aku yang keluar dari kelas arab sebab tak mau ambik subjek arab masa PMR . kebanyakan mereka adalah kawan baik aku , kawan melepak bersama. dan ini sangat memilukan aku. aku nak ikut diorang tapi , mak aku tak kasi. aku redha dengan keputusan mak , sebab selalunya keputusan mak adalah tepat. jadi , aku ikut saja.
sekali lagi aku terpisah dengan kawan baik aku. kawan bergelak tawa. kawan bergurau senda. atas sebab berbeza pendapat . bagi mereka bahasa arab susah. mereka selalu gagal dalam subjek arab. aku pun beranggapan begitu tapi , bagi aku keputusan seorang ibu adalah tepat. dan kalau dulu masa sekolah agama (PSRA) aku mampu buat , mengapa tidak PMR aku tidak mampu buat.
walaupun terpisah , perjuang seorang pelajar harus diteruskan. dalam kelas tu aku masih ada Farid. kawan baik aku sejak 2005 sekolah agama. dan itu menjadikan aku terus kuat. Afiq pun masih ada. tetapi kitorang kurang rapat lagi masa tu. just tegur gitu-gitu je. 3 abu bakar ketika itu hanya ada 11 orang pelajar lelaki. jadi , berbaki rakan-rakan lain yg masih ada , menjadikan aku terus bertahan utuh dengan pendirian ku.
Ketika itu , ketika masih tercari-cari kekuatan baru. seorang demi seorang kawan muncul dalam hidup aku. yang dulu tak rapat sekarang dah kamcing. yang baru masuk sekarang dah jadi member. dengan adanya kawan , kitorang masing2 memperkuatkan diri agar tahun PMR itu dapat kitorang lalui dengan baik dan sempurna.
Sedikit demi sedikit kepiluan 'ditinggalkan kawan' , terubat dengan telatah dan suasana yg dibawa oleh 'kawan yang baru kamcing'. setiap hari kami bergelak tawa dan ada saja benda yang nak dikongsikan diorang kat aku. membuatkan aku tak lagi rasa kehilangan kerana ditinggalkan kawan yg berlainan 'fahaman'.
Bagi aku , diorang ni pembakar semangat aku. biarlah aku senaraikan nama-nama diorang sebagai penghormatan kepada diorang kerana menjadi teman , rakan perjuangan , tempat berkongsi cerita , emosi , cerita pasal awek , cerita pasal musuh utama kita masa tu haha , KBA . *andai kata ada antara korang yang baca ni , haha. ini satu penghormatan buat korang dari aku*. terima kasih kawan .
Hafidz , Farid , Ahmad , Zariff , Khalil , Syahin , Ammar , Afiq , Naqiuddin , Syazwan. (member lelaki masa 2009 , 3 Abu bakar)
Jadi , melalui sumber kekuatan yang ada (kawan-kawan baik) , aku dapat tempuhi tahun 2009 dengan baik sekali. Result PMR ? 6A . Alhamdulillah . tak lah teruk sangat. Tahun itu , tahun yang sangat bermakna bagi aku. Actually , bukan tahun yang bermakna , tapi ‘kawan-kawan’ . sebab , tahun tu lah , baru aku tahu erti kawan yang sebenar. Kawan sebagai sumber kekuatan , sebagai tempat berkongsi rasa dan emosi , sebagai pembantu dikala sakit dan peneman dikala sepi , sebagai peneman dikala suka dan penghibur dikala duka .
Tak siap homework kita sama-sama kena . Kena marah dan kena denda , kita sama-sama rasa. Kena gunting rambut sebab panjang , sama-sama kita gelak. Kita ‘hentam musuh’ kita , segalanya beres. Sebab kita kuat ! hidup KBA!
Setahun berlalu , result dah dapat , 2010 menjelma…
Ku sangkakan panas sampai ke petang , rupanya hujan ditengah hari…
Awal tahun 2010 adalah waktu yang sangat memeritkan. Aku still lagi nak teruskan subjek bahasa arab dengan mengambil pakej subjek yang ada bahasa arab tinggi dan Prinsip Akaun. Tapi ada kawan-kawan aku dari 3 Abu bakar nak amik subjek lain. Jadi terpisah lagi aku dengan kawan-kawan baik aku. Kalau terpisah kelas takpa lagi tapi ,
Ada antara diorang yg mendapat tawaran masuk ke asrama penuh , sekolah teknik , MRSM , dan macam-macam lagi. Dan ini , sangat memilukan aku.
2 Kelas aliran agama yg dahulunya mempunyai sejumlah 20-25 orang pelajar lelaki , kini tinggal 6 orang. 5 orang pilih pakej Arab-Akaun , 1 orang pilih Arab-Sains. Yang lain ada yang masuk kelas biasa , masuk SBP , masuk teknik , pindah sekolah dan macam-macam lagi .
Budak lelaki yang dari 3 Abu bakar hanya tinggal aku dengan Afiq dan Syazwan. lagi tiga orang dari kelas sebelah iaitu Rusulee , Hafizudin . ketika itu memang seksa gila sebab ‘team’ sikit. Masing-masing cuba berkamcing-kamcingan sebab tau kita bakal saling memerlukan. Emosi aku masa tu sangat bercelaru. Bukan sebab hilang kawan saja , tapi sebab permohonan aku nak masuk SAM tak dapat atas alasan aku dari sekolah kebangsaan.
Dan aku baru dapat berita Manja dah pindah rumah . (dan pindah sekolah sekali). Q tiada khabar berita. Wan , dah tak rapat dengan aku.
Berbekalkan kawan yang ada , aku cari semangat baru. Sedih kena tinggal kawan , tolak tepi. Aku masih ada banyak kawan. Ya , 4 orang . terbaik . Fffuuu….
Hari berganti hari , tiba-tiba muncul seorang budak baru. Dari sekolah lain , masuk kelas aku. Nama dia Mustaqim. Hati kecil ku berkata , ‘yess , ahli baru! Boleh tambah team!’ .
Kini ahli kumpulan menjadi 6 orang termasuk aku. Alahai , sikitnya umat.
Bulan seterusnya , permohonan Syafiq (dulu dia pilih nak amik subjek kelas biasa , tapi atas faktor yg misteri , dia mohon tukar kelas , masuk arab balik) diluluskan. Syafiq balik ke pangkuan kelas aliran arab balik.
“yess , team bertambah! Muahahaha’’
Kini budak lelaki menjadi 7 orang. Bagi aku cukup lah tu , asalkan tak kesunyian. Taklama kemudian , muncul lagi seorang budak dari sekolah lain. Kamal Khairi nama dia. Orangnya sejambu namanya. Dia masuk kelas Arab-Sains (kelas sebelah). Menemani Ammar yg kesunyian. (keadaan ammar lagi sadis sebenarnya daripada aku sebab dia satu-satunya lelaki dalam kelas dia). Kamal sebenarnya nak join kelas aku . tapi mak dia tak bagi. Disebabkan kamal seorang anak yg perasan soleh macam aku , perintah ibunya dia turuti.
2010 berjalan dengan lancar. Meskipun lelaki dalam kelas aku Cuma ada 7 orang, tapi keadaan kelas boleh jadi huru-hara macam 40 orang lelaki dalam satu-satu masa. Sangat hebattt . Ini kerana (pada pendapat aku) masing-masing cuba menutupi kesunyian yg melanda kerana kekurangan pelajar. Dan mungkin juga disebabkan ‘jenis kepala’ masing-masing lebih kurang , jadi memang senang nak kamcing dan menyebabkan kelas menjadi Zoo Negara. Haha.
Berbekalkan 6 orang yang menemani aku , hidup aku kembali sempurna.
2011 , tahun SPM. Yaaa , tahun ini. Awal tahun berjalan seperti biasa, masih Zoo Negara. Cuma lokasi saja berbeza. Beberapa bulan berlalu , tiba-tiba muncul seorang taiko. Namanya Hafidz Azmi. Bila diberitahu akan namanya , aku terkenang Hafidz kawan baik aku masa 2009 yg dah masuk SBP . tapi aku tak sedih , sebab kehadiran budak baru tu akan menambah kemeriahan ‘zoo kitorang’ .
Pada awalnya , macam biasa , lumrah pelajar baru memang pendiam. Tapi lama-lama perangai dia pun jadi cam kitorang jugak. Genap 8 orang pelajar lelaki. Hampir setiap hari , kelas memang happening tak ingat . Bising boleh dengar sampai pejabat guru. Huru-hara , bersepah sini sana , bukan tahap Zoo Negara lagi ,tapi entah lah aku pun taktau. Asalkan masing-masing bahagia. Haha.
Meskipun kitorang hari-hari memekak, tapi kitorang pelajar kesayangan ustaz dan ustazah sebab kitorang pelajar aliran arab. Dah tu paling senior pulak *wink wink . haha . Kes ponteng , datang lewat , lari sekolah , tak siap projek , masalah disiplin, itu semua sudah sebati dalam diri kitorang . tapi , prestasi akademik kitorang tak merudum. Masih tinggi jika dibandingkan dengan kelas lain.
Hari berganti hari , bulan berganti bulan , SPM semakin menghampiri. Tapi kitorang still main-main lagi. Tak serius pun. Buku teks masih ada yg tinggal bawah meja. Tu belum ada yg hilangkan lagi. SPM dah dekat , aku tak tau diorang ni belajar pakai apa. Haha.
Setiap hari ada saja benda tak masuk akal yg dibuat. Kira hampir setiap hari aku gelak . Boleh kata , geng-geng 2011 ni lah yang buat zaman remaja aku bahagia. Rasa kecewa masa awal tahun 2010 jika dibandingkan dengan 2011 ni memang jauh beza.
Jumlah kitorang yg sikit ni buat kitorang jadi kuat , saling menggembirakan antara satu sama lain , lepak sama-sama , buat ekspidisi sama-sama , adventure redah sana redah sini sama-sama , tak tidor malam sama-sama , buat keja gila sama-sama , apa je yang tak sama-sama ?
Waktu ni lah kawan jadi tempat cerita masalah , penyelesai masalah , teman yang membahagiakan hidup , kawan yang sentiasa mengajak kepada kebaikan , (ada jugak keburukan kadang2 , tapi tak kritikal pun) , kawan tempat bertanya benda tak faham , dan macam-macam lagi.
Kira kamcing habis lah. Senarai Dialled Called dengan Received Called penuh dengan nama-nama diorang je. Kadang-kadang ajak lepak , study sesama , jogging / badminton , main cc , tengok bola , makan burger , pegi ou /curve atau apa-apa saja . yang penting bahagia. Solat jangan tinggal .
Inilah zaman remaja aku yang paling bermakna setakat ni. Paling seronok. Maksud aku ‘kawan-kawan yang membahagiakan’. Kalau keluarga, atau sedara mara lain pulak ceritanya. Tapi yg aku fokuskan sekarang ni pasal kawan.
So , SPM pun dah habis , tinggal tunggu result je. Member2 still jumpa. Tapi jarang la kalau nak dibandingkan sebelum SPM . yelah sebab cuti kan. Tapi bila fikir balik ,
Lepas ni , dapat ke jumpa diorang balik ? atau bakal terjadi perpisahan ditinggalkan kawan baik ?
Haaa , ini yang paling aku takut sejak SPM habis beberapa hari yang lalu. Taktau lepas ni kemana hala tuju yang bakal aku langkah. Bersama kawan lagi atau terpaksa menanggung kekecewaan berpisah dengan kawan atas faktor masa depan .
Aku ada jugak terfikir ,
“tak boleh ke kita amik diploma sama-sama , ijazah sama-sama , master sama-sama…dan seterusnya ? ”
Tapi tu semua idea gila dan mustahil . Rasanya aku dah tak boleh asik fikir , “semua benda mesti nak ada kawan” . aku kena fikir , “kawan aku , adalah diri aku. Aku yang tentukan masa depan aku. Bukan kawan aku ” .
Perjalanan harus diteruskan . Masing-masing perlu membelok ke persimpangan mengikut destinasi yang ditetapkan.
So , ‘Kawan” ,
Thanks for everything. Hope we’ll see again in the future. Terima kasih sebab teman aku sepanjang perjalanan ni. Perjalanan harus diteruskan. Semoga kita akan berjumpa dengan ‘kawan-kawan lain’ di masa hadapan dan ‘berseronok’ seperti yang kita dah lalui seperti tahun 2011 ni.
Tak kesah langkah mana yang korang pilih , yang pasti , semoga kita sama-sama dapat mengejar cita-cita di masa hadapan. Aku tak pandai nak tulis sajak atau puisi yang puitis macam kawan aku si Rusulee , tapi aku nak korang tau , aku hargai semua kenangan yang kita dah buat sepanjang tahun ni. Aku memang tak pandai berjiwang2 ni. Hehe.
So , you guys got my points here ? . tak faham takpa. Aku saja nak bagi penghormatan kepada semua kawan-kawan aku , sebab buat 2011 aku ni lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya .
Pepatah “ku sangka panas sampai ke petang , rupanya hujan ditengah hari” sekarang tak bermakna lagi sebab “ku sangka hujan hingga ke ribut , rupanya pelangi cantik muncul diwaktu petang ” . hehe
Segala yang berlaku ada hikmah. Jangan pandang sesuatu dengan pandangan kesedihan dan kekecewaan sahaja , pandang lah dengan pandangan yang berhikmah dan carilah kebahagiaan dalam perpisahan . ecehh . macam lagu Shahir la pulak .
Aku pasti , ‘hari esok mesti lebih baik dari hari ini’.
-
END
p/s : 4 Bukhari 2010 , 5 Bukhari 2011 . Sentiasa dalam ingatan aku. Thanks again.
p/s 2 : Berdasarkan petikan yang panjang nak mampus , berikan nilai yang terdapat disebalik petikan dan terangkan sebab anda memilih jawapan tersebut. Hehe.
salam....
ReplyDeletememang semua yg berlaku pasti ada hikmah yg tersimpan...