7/30/2011

Kekeliruan Jantina ??

(sangat sedih dan terkilan bila mendengar berita kematian Muhd Ashraf @ Aleesha Farhana . sedih bukan sebab kesian pasal hasratnya yang tak tercapai tu. sedih sebab dia meninggal dalam keadaan sedemikian rupa. ok la aku pun tak nak judge lebih2 , sebab kita tak boleh menghukum orang sesuka hati...)



Info yg dipetik dari google ;

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.

Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.

“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.

Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.

Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.

Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.

“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.

Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.

“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.

“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.

Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.

“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.

“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.

“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.

***

Info dipetik dari e-fatwa ;

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah membincangkan Isu Kekeliruan Jantina Congenital Adrenal Hyperplasia Dan Testicular Feminization Syndrome. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Bagi kes Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) pembedahan jantina untuk kembali kepada genetik asal iaitu perempuan adalah diharuskan oleh Islam kerana ia boleh dilakukan melalui rawatan hormon dan pembedahan.
  2. Manakala bagi kes Testicular Feminization Syndrome (TSF), untuk kembali kepada genetik asal (lelaki) secara pembedahan atau rawatan hormon adalah sukar. Sekiranya individu berkenaan bercadang untuk melakukan pembedahan, ia adalah diharuskan selagimana perbuatan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan samada dari aspek psikologi atau biologi kepada individu tersebut.
  3. Bagi kes Testicular Feminization Syndrome yang dikesan ketika dewasa, individu tersebut boleh menjalani kehidupan seperti biasa dan jantina mereka diiktiraf berdasarkan fizikal dan genitalia zahir mereka. Pembedahan untuk mengeluarkan testes (sekiranya ada) adalah harus untuk mengelakkan risiko penyakit seperti mendapat kanser. Perkahwinan dengan pasangan mengalami Testicular Feminization Syndrome tidak perlu dipisahkan.
  4. Pakar-pakar perubatan perlu memberi penjelasan, bimbingan dan menasihati ibu-bapa serta individu-individu muslim yang terlibat dengan kes-kes Congenital Adrenal Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome supaya menjalani rawatan bagi mengelakkan permasalahan hukum agama di kalangan umat Islam.

Keterangan/Hujah:
  1. Ambiguous Genitalia dan Testicular Feminisation Syndrome adalah kes-kes kekeliruan jantina bayi yang ada persamaan dengan ciri-ciri khunsa musykil. Ambiguous genitalia adalah individu yang mengalami keadaan ‘kecacatan’ jantina, manakala Testicular Feminisation Syndrome adalah mereka yang mempunyai alat kelamin sempurna tetapi genetiknya berbeza dan ‘cacat’ organ dalaman. Kekeliruan jantina disebabkan dua (2) faktor utama iaitu psikologi dan biologi.
  2. Terdapat dua (2) penyakit disebabkan masalah horman yang mengakibatkan kekeliruan jantina iaitu Congetinal Adrenal Hyperplasia dan Testicular Feminization Syndrome. Congenital Adrenal Hyperplasia (CAH) secara genetik adalah perempuan tetapi membesar menjadi seorang lelaki (female pseudohermaphrodite).Ciri-cirinya ialah:

    a.Mempunyai rahim dan ovari
    b.mempunyai hormon lelaki yang berlebihan disebabkan oleh penghasilan hormon ini yang berlebihan oleh kelenjar adrenal
    c.Individu ini akan membesar dengan mempunyai sifat lelaki walaupun secara genetiknya adalah perempuan
    d.Bayi baru lahir yang menghidap CAH selalunya mempunyai Ambiguous Genitalia (kelainan alat kelamin)
    e.Jika dikenalpasti, bayi akan dirujuk kepada pakar endokrin & pediatrik untuk rawatan lanjut (Rawatan hormon dan Pembedahan kecil membetulkan alat kelamin).

  3. Testicular Feminization Syndrome (TSF) secara genetik adalah lelaki tetapi membesar menjadi seorang perempuan (male pseudohermaphrodite). Ciri-cirinya ialah:

    a.Mempunyai paras hormon lelaki yang normal
    b.Tetapi alat kelamin tidak respon terhadap hormon tersebut
    c.Alat kelamin luaran menyerupai wanita
    d.Tetapi tidak mempunyai sistem peranakan wanita
    e.Mempunyai ciri-ciri kewanitaan
    f. Rawatan hormon tidak efektif

  4. Kebanyakan pandangan ulama’ seperti yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh lebih menumpukan kehadiran dua alat kelamin sebagai kriteria khunsa. Keadaan zahir merupakan dasar utama dalam penentuan jantina bagi kebanyakan ulama’. Atas asas ini, bagi kes Ambigious Genitalia kriteria yang ada kepada kanak-kanak mungkin boleh diklasifikasikan sebagai khunsa musykil.
  5. Namun bagi kes Testicular Feminisation Syndrome, kebanyakan mereka mempunyai alat kelamin sempurna, hanya segelintir terpaksa menjalani pembedahan kerana kehadiran testis pada groins (bahagian luar alat kelamin kanak-kanak). Bayi ini lahir pada zahirnya adalah jelas memiliki alat kelamin lelaki atau perempuan tetapi genetiknya adalah jantina berlawanan dengan jantina biologi mereka dan mengalami ‘kecacatan’ organ dalaman seperti ketiadaan rahim. Pakar perubatan mendapati bahawa kelainan jantina bayi atau genetik yang bertentangan dengan jantina biologi menyebabkan individu itu tidak boleh dianggap sebagai lelaki atau perempuan.
  6. Ulama’ Fiqh membahagikan khunsa kepada dua; khunsa wadhih dan khunsa musykil. Khunsa wadhih ialah khunsa yang nyata memiliki tanda-tanda kelelakian atau keperempuanan dan dapat dibezakan sama ada lelaki atau perempuan semasa bayi oleh warisnya melalui pemerhatian sifat dan ciri alat kelamin tersebut atau berdasarkan dari alat yang mana satu tempat keluar air kencing terlebih dahulu. Jantina dapat dikenalpasti dengan jelas berdasarkan yang mana alat yang lebih dominan berbanding dengan yang satu lagi yang kurang.
  7. Manakala Khunsa musykil ialah individu yang mempunyai dua alat kelamin dan air kencing keluar serentak dari kedua-dua alat tersebut dan identiti jantinanya sukar dibezakan atau hanya dapat dibezakan setelah baligh. Musykil ini hilang apabila dapat ditentukan dari mana tempat mula keluar air kencing atau kuantiti yang paling banyak atau dikira yang paling akhir berhenti. Jantina mereka juga boleh ditentukan setelah baligh dengan tanda-tanda yang dikenal pasti sama ada memiliki ciri-ciri kewanitaan (seperti kedatangan haid) atau kelelakian (seperti tumbuh janggut dan misai).
  8. Dalam kes ketidaktentuan jantina seperti ini, syarak memberi pengecualian kepada golongan khunsa musykil untuk menentukan jantina melalui pembedahan dengan syarat disokong oleh keterangan pakar di bidang tersebut. Kelonggaran adalah khusus sebagai ‘maslahah’ atau demi kebaikan bagi membolehkan individu itu dapat menjalani kehidupan dengan baik dan melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim dengan lebih sempurna.

***

[ULASAN AKU TIADA KAITAN DENGAN ALLAHYARHAM MUHD ASYRAF] ->


WHYJ : aku dah pun ulas pasal khunsa , gay , pondan dan lelaki sopan dalam entri yg lepas2 , so taknak la ulang untuk entri kali ni. cuma , pelik . pelik ya amat-amat. pelik sesangat-sangat. apasal dengan dunia sekarang ni ?

andai kata dia khunsa musykil , dia ada dua jantina . kita dah boleh tentukan jantina dia lepas baligh. lihat kecenderungan perlakuan , air kencing , dan sebagainya. khunsa wadhih tu dah sememangnya mudah ditentukan jantinanya.

TAPI , kalau sejak lahir dah memang ada satu jantina, contoh , bayi lelaki , memang sudah ada anu masa kecik. bila dah besar sikit jadi lembut2. cek2 doktor ada chromosome itu dan ini tak betul (macam info yg kt atas) . lepas tu ada gen itu dan ini tak betul. kenapa tak redha je ?

selagi tak bagi kemudharatan dalam kesihatan tak perlu la nak buat apa2 rawatan kan ? perlakuan yg lembut semulajadi kerana ketakseimbangan hormon tu bukan masalah kan ?

JADI , kenapa nak tukar jantina ? kenapa nak jadikan anu sama macam perempuan ? padahal kelakuan yg lembut itu boleh dibentuk. rawatan emosi boleh dibuat dengan berjumpa pakar2 kaunseling atau para ulamak.

kalau tak buat rawatan kelakuan atau emosi sekalipun la kan , nak jadi lelaki lembut tak salahkan SELAGI KITA TAK MELANGGAR FITRAH KEJADIAN KITA. selagi kita tak melanggar hukum syarak SEKIRAnya memang hormon kita menjadi penyebab kelembutan kita. HARAM hukumnya sekiranya kita mengubah ciptaan Yang Maha Esa.

Kalau memang anu dari kecik memang lelaki , pakai lah baju lelaki. biasakan diri untuk bercakap seperti lelaki. buat apa yang lelaki biasa buat. kalau nak berlembut , ikut cara nabi. bukan jadi bapuk. bukan jadi pondan.

berlembut bila berbicara ketika berhadapan dengan yg lebih tua. berlembut apabila memberi teguran atau nasihat. bukan berlembut tak kena tempat.

tetapi andai kata nak salahkan hormon punya pasal , nak jadi lembut dan sopan pun takda masalah SELAGI tak melanggar hukum syarak. kena pakai baju lelaki. buat cara lelaki. kelakuan pun ikut cara lelaki sejati. cuma kalau percakapan yg lembut sepanjang masa tu nak buat macam mana. ATLEAST tak melanggar hukum syarak.

-

p/s : Moga-moga kita semua mati dalam keadaan husnul khotimah. Insyaallah.

p/s2 : Semoga Allahyarham Muhd Asyraf ditempatkan bersama orang2 yg mendapat keampunan dan keredhaan Ilahi. Amin.

p/s3 : Aku still tak tahu lagi , Allahyarham Muhd Asyraf ni khunsa ke lelaki normal ? ada sesiapa tahu ? tolong bagitau aku please ?

________________________________________________________

OH . AKU DAH TAMBAH RUANGAN UTK KOMEN. SO KORANG BOLEH LA TERUS KOMEN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK KORANG YG DAH SEDIA LOG IN TU :)


1 comment:

  1. Al-FAtihah untuk roh Allahyarham Muhd Asyraf. Takziah kepada keluarganya. Semoga menerima takdir ini dengan tabah.

    ReplyDelete