[Awas! Hantu di depan! Lajukan kenderaan anda!] -petikan filem 'Karak'
***
ok ok . semua yg kat atas tu takda kaitan pun dengan apa yg aku nak tulis. saja nak bersenandung je. nak amik 'feel'.
Question : Eh ? hari tu kata nak stop blogging buat sementara ? kata nak fokus spm ? ni asal sambung balik ? ngada-ngada ? bajet ?
Whyj : Eh suka hati aku lah. aku punya blog. aku punya sukalah. haha. lagi pun semakin dekat kita dengan spm , kita seharusnya study smart . not study hard sampai nak bukak blog pun tak boleh. bak kata ustazah aku. jadi pandai2 la bahagi masa. ;)
***
Berbalik kepada soal 'Hati' . (macam tajuk cerita Soalnya Hati la plak) . Hati ialah salah satu organ terpenting dalam tubuh badan kita. Hati kita terletak di... err... di....apa aaa...di .... di kawasan semenanjung pergunungan Kinabatangan... haha. pandai2 korang la carik hati kat mana.
Jadi hati bukan sahaja berfungsi sebagai mesin fizikal semula jadi dalaman kita , malahan berfungsi sebagai 'sesuatu yang tak dapat kita gambarkan , kita terangkan , walaupun dengan sains'. Am i right ? sebab apa ? sebab ia berhubung dengan akal yg ada di otak. mereka bersaudara. berkerja bersama. fungsi otak (selain yang sedia maklum , sudah diterangkan oleh sains) sangat banyak. dan kebanyakannya masih belum dapat di terangkan oleh para saintis.
ok. lets straight to the point...
An-Nu’man bin Basyir berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhah / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)
***
Aku ada tengok satu filem hindi yg bertajuk '3 Idiots' yg baru diterbitkan setahun yg lepas. filem ni sangat brilliant bagi aku. terlampau banyak pengajaran berbanding dengan filem hindi yg lain , banyak bogel (tak cukup kain baju) , pastu melalak terjoget sana sini ala-ala monkey. filem ni memang la ada jugak scene2 yg macam tu , tapi tak la banyak dan lebih banyak input daripada filem2 lain.
Raju : Hey Rancho , kau tak risau ke dengan exam yg dah semakin dekat ni ? buat apa kau tolong siapkan si Jobo punya projek ? lebih baik kau ulangkaji apa yang patut daripada buat benda tak berfaedah tu.
Racho : Raju , tenang. aku tahu apa aku buat. (dia meletakkan tangan kanannya di dada) ''All izz well'' . ''All izz well''. ''All izz well'' . Segalanya akan selesai.
Raju : Hey Rancho , kenapa kau buat macam tu ? (tertanya-tanya)
Farhan : Ya ya ! Apa maksud ''All izz well'' ?
Rancho : (tersenyum) Biar aku ceritakan...
Dikawasan rumah aku ada seorang jaga yg tua. dia akan mengelilingi perlahan-lahan kawasan rumah aku setiap hari untuk memastikan tiada apa yg mencurigakan. apabila dia sudah selesai mengelilingi rumah aku , dia akan menjerit sekuat hati , ''All izz well !!!'' dalam nada yg pelat . dan semua penduduk yg mendengar , akan tidur dengan nyenyak tanpa sebarang kerisauan.
pada keesokan paginya , penduduk telah digemparkan dengan satu kes kecurian dalam salah sebuah rumah. polis bertanya bagaimana pencuri boleh masuk sedangkan ada jaga yg bertugas setiap malam? rupa-rupanya setelah disiasat , jaga tua yg bertugas mengawal keselamatan kawasan rumah itu selama ini adalah seorang yg buta. penduduk selama ini telah tertipu dengan perkataan ''All izz well'' yg selama ini dianggap selamat oleh mereka.
(Rancho tersenyum kembali)
Pada saat itu baru aku tersedar , yang hati kita adalah seorang yg penakut . kita sering tertipu dengan hati kita. Jadi setiap kali ditimpa pelbagai masalah ,kita hanya perlu katakan ''All izz well'' ! (sambil meletakkan tangan di dada).
Farhan : ''All is well'' !
Rancho : Bukan! Bukan! sebut , ''All izz well...''
Raju : Tapi ianya tidak dapat selesaikan masalah lah Rancho. Masalah tetap tidak akan selesai.
Rancho : Tapi sekurang-kurangnya ia dapat menenangkan hati kita bukan ?
***
haaa lebih kurang camtu la dialognya. aku sangat bersetuju dengan apa yg dikatakan Rancho. hati kita adalah seorang yg penakut. kita sering tertipu oleh hati kita. kita sering mengikut apa yg diarahkan hati kita.
contohnya , kalau kita takut akan hantu. secara tidak langsung kita akan takut akan gelap. kita akan takut untuk masuk ke tempat2 yg gelap. walhal , itu hati kita yg cakap. tempat tu biasa saja. tiada apa yg patut kita takutkan.
get it ?
contohnya , kita sering rasa risau bila saat untuk diumumkan pemenang sesuatu pertandingan yg kita sertai , hati mesti berdebar2 , kaki tak boleh duduk diam , asik nak bergoyang sana , goyang sini. kadang2 tu sampai tutup muka , padahal telinga yg bakal dengar pengumuman tu nanti. bukannya mata. tapi mata pulak yg kita tutup. cuba kalau kita bisikkan kat hati kita ''All izz well'' , mesti kita rasa tenang je. (bagi aku , cara ni mujarab. bagi korang taktau la)
-
tapi ''All izz well'' tu cara filem hindi tu. kita sebagai orang islam , lebih baik guna yg ini ,
''Bismillahi tawakkaltu allallah'' : Dengan nama Allah , aku bertawakal :)
-
cuba kalau hati kita dah biasa tenang. percakapan jadi kurang. perhatian kepada apa yg kita buat menjadi lebih fokus. takda la sibuk nak kacau orang sana , kacau orang sini . ngumpat sana , ngumpat sini. kita boleh tengok tahap ketenangan seseorang daripada air mukanya. betul...tak tipu.
kalau hati tu dah jadi kotor , penuh dengan titik hitam , nescaya segala apa yg keluar dari mulutnya adalah nonsense. tak bermoral. tak memberi manfaat kepada orang. bahasa teruk dan macam2 lagi lah.
belum sentuh pasal kelakuan lagi. cara pemakaian. ada yg cepat melenting apabila ditegur.
contoh , seorang perempuan tidak memakai tudung. seorang lagi memakai tudung. perempuan yg bertudung menegur perempuan yg tidak bertudung supaya bertudung. perempuan yg tidak bertudung melenting dan mengatakan , 'kau yg pakai tudung ni bukannya baik sangat. mulut pun macam *******' . perempuan yg bertudung itu mungkin mempunyai perlakuan sedikit kasar , tetapi ATLEAST dia sudah bertudung . dia dah jalankan tanggungjawab dia.
yg tidak bertudung ni , sudahlah tak tutup aurat , lepas tu melenting pulak bila ditegur. bila guru yg menegur atau siapa saja yg menegur , kata belum bersedia la , kata belum dapat hidayah la , macam macam...
(haishh...aku malas nak bahas bab bertudung ni sebenarnya , tapi entah camna boleh termasuk)
sambung balik bab hati...
hati ni , kalau dah penuh dengan kebencian , dunia pun boleh hancur. percaya tak ?
HATI KITA NI BESAR PENUMBUK KITA JE. TAPI BILA DAH PENUH DENGAN KEJAHATAN , BUMI SEBESAR ALAM NI PUN BOLEH HANCUR.
percaya atau tidak HATI LEMBU KORBAN YG SEBESAR MANGKUK COLGATE PERCUMA TU PUN TAK MAMPU NAK BUAT MACAM APA YG HATI KITA BOLEH BUAT, DIA CUMA BOLEH MAKAN RUMPUT JE...
hebat sungguh hati ni. jadi kita kenalah berhati-hati agar hati kita terjaga seperti hati-hati orang yang penuh dengan keimanan di dalam hati mereka kerana hati mereka mencontohi hati Rasulullah yang hatinya adalah al-quran... berapa banyak aku nak sebut hati haa...
p/s : ehh hati aku bukannya baik sangat pun untuk cakap pasal hati ni. tapi tak salahkan kalau nak jadikan hati aku ni baik? apa salahnya sekali sekala aku tengok astro oasis ? . aku cuma nak kaitkan je apa yg aku faham pasal hati melalui filem hindi '3 Idiots' tu dengan pemahaman aku. tu je.
p/s : melenggang hai melenggang dengan tali lenggang , kalau baik HATI nanti orang pun sayang , ewah~~ ! ^__^