niat mat/minah forward ni pada asal nya baik. mulianya niat dia , ingin menyelamatkan saudara seagama daripada terus terjebak kekancah kesesatan yg sesat lagi menyesatkan para sekalian muslim yg hampir sesat kerana mendekati kesesatan yg sesat lagi menyesatkan. sesat sesat sesat...
jadi hari ni kita kecilkan sedikit skop kita tentang mesej foward , iaitu POKEMON.
-
Fwd: Bahaya Kartun Pokemon
Assalamualaikum
Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. Ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya Pokemon. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa Siryani (lughah Siryaniiyah).
Contohnya:
Pokemon – Saya Yahudi.
Charmander – Allah itu lemah (Subhanallah!)
Pikachu – Jadilah seorang Yahudi.
Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita Pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun Pokemon ini dicipta oleh Yahudi, itu boleh diterima. Sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. Tapi kali ini terbukti bahawa Yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama Pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.
- Si A -***
WHYJ : ehh. biar betul ???????????? <- tanda soal tak boleh nak panjang lagi.?
haha , sekali baca , macam 'yok yo oo' je info ni. bagi mat/minah forward , yg lurus seperti tiang lampu di lebuhraya , sekali baca je info ni , mesti diorang akan rasa , ''Huyyo ~ kena bagitau member sekalian alam nih !'' tak pun , melalui emeil yahoo ke , fb ke or apaapalah.
so , selepas mendapat jawapan yg meyakinkan , ini lah hasilnya. betul atau tidak , terpulang...
***
Assalamualaikum
Saya adalah seorang pelajar yang berada di tahun akhir pengajian di Jepun. Saya baru-baru ini telah terbaca tentang isu semasa yang dikemukakan oleh Darul Nu’man yang bertajuk Kartun Pokemon. Saya juga pernah menerima e-mail yang sama diterima oleh pengirim yang musykil tentang kartun Pokemon yang dikatakan mempunyai kaitan dengan nama Siryani, dsb. Buat pengetahuan semua, kartun Pokemon sebenarnya adalah kartun animasi yang dicipta oleh orang Jepun. Ia kemudian dialih bahasa ke bahasa Inggeris kerana popularitinya di kalangan kanak-kanak, termasuk di Jepun sendiri.
Sebenarnya asal kartun Pokemon ini adalah character game yang dicipta oleh Nintendo dan kemudian apabila game tu glamour, ia dikomersilkan lagi sebagai kartun animasi. Ingin saya terangkankan pada semua, setahu saya Pokemon itu adalah berasal dari perkataan ‘Pocket Monster’ sebenarnya. Orang Jepun suka memendekkan perkataan menjadi satu supaya senang disebut dan senang difahami. Itu yang di ringkaskan Pocket Monster kepada Pokemon. Dalam kehidupan seharian mereka pun banyak perkataan yang diringkaskan menjadi satu perkataan seperti ‘Remote Control’ TV di Jepun biasa disebut RemoKon.
Pocket Monster ni adalah kartun yang berkisarkan koleksi monster (binatang) yang mempunyai kriteria tersendiri yang boleh perform berbagai perkara. Monster ini disimpan dalam poket supaya senang di bawa ke mana-mana. Sebab itu nama mereka adalah Pocket Monster (Pokemnon). Jadi, saya yang sedang studi di Jepun, tidak nampak di mana maksudnya “Pokemon – Saya Yahudi ” yang ditulis dalam e-mail yang disebarkan. Salah satu nama character dalam kartun Pokemon itu adalah Pikachu. Setahu saya, dalam bahasa Jepun, Pika bermaksud bersinar / shiny / glitter. Memandangkan character Pikachu tu mempunyai kebolehan mengeluarkan tenaga electric yang tinggi sebagai pertahanan diri, jadi bagi saya, nama itu memang bersesuaian.
Setakat itu sahaja ilmu yang saya tahu. Mungkin juga setelah dialih bahasa ke bahasa Inggeris, nama character tu berubah. Mungkin juga nama nama character tu dinamakan atas nama Siryani atau mungkin juga tidak. InsyaAllah kalau saya ade masa saya akan semak lagi mengenai nama-nama monster yang glamour dan betulkah penulis cartoon menamakan monster-monster itu atas nama Siryani. Setahu saya kat Jepun ni, agamanya Shinto. Banyak yang free thinker. Banyak agama Buddha. Banyak masuk Kristian, saya rasa sebab ikut-ikutan. Maklumlah kurang pegangan bila masyarakat dah maju. Mereka hendak meniru American seperti menyambut Hari Krismas. Wallahualam.
-Si B-
WHYJ : Info yg lebih meyakinkan ! Ada lagi ...
***
Antara dua masalah bangsa kita yang boleh memudharatkan adalah:
- Cepat terikut-ikut.
- Cepat percaya tanpa soal siasat.
Di sini saya memuji saudara Salmi kerana membahasakan diri dengan “saya” dan bukan “watashiwa”. Maklumlah Melayu ni kalau dah merantau dia berubah sikit. Kalau dah sampai ke negeri barat dia akan kata “I am hungry. I wanna eat”. Kalau dah ke Timur Tengah pula, dia akan kata “Ana jau’an. Ana bahabba akla.”
Sebenarnya “lughah Siryaniiyah” itu adalah bahasa Suryani atau Aramaic Timur iaitu bahasa Nabi Isa a.s. Kitab Injil yang asal juga diturunkan dalam bahasa ini. Saya rasa tak ramai orang yang masih tahu bahasa ini kecuali segolongan kecil orang Syria. Namun begitu perlu difahami bahawa bahasa Suryani adalah salah satu pecahan bahasa Semitic. Ini jugalah bahasa Nabi Ibrahim iaitu bahasa Ibrani atau Hebrew kuno. Dan perlu juga difahami bahawa bahasa Arab, Hebrew dan Suryani ini kesemuanya berasal dari satu rumpun jadi masih terlalu banyak persamaannya.
Jadi saya pelik bagaimana perkataan “Pokemon” boleh diterjemahkan kepada “Saya Yahudi” dalam bahasa Suryani sedangkan sepatutnya ia akan berbunyi “Ena Deyehoodiya” (Perhatikan pula betapa hampirnya ini dengan bahasa Arab).
Begitu juga perkataan “Charmander” yang kononnya bermaksud “Allah itu lemah.” Sepatutnya berbunyi “Ilahi Ayta Karhat.”
Kesimpulannya jangan kita main telan saja apa yang didengar. Siasatlah dahulu.
-Si C-
***
WHYJ : Ya. setuju. bangsa kita mudah terikut. tiada langsung sifat ingin menyelidik perkara2 yg baru diperolehi. kalau macam ni , boleh rosak bangsa. bukan bangsa je , agama pun boleh rosak kalau macam ni. terlalu taksub dengan 'konspirasi yg dibuat2' oleh orang kita sendiri atau agama lain yg sengaja membodoh2 kan orang islam di Malaysia yg rata-rata orang melayu.
p/s : Kalau setakat meng-gebang orang , aku pun pandai ,
contoh : Ultraman Tiga = Atuk kau kawin tiga . haha. tak pun buat statement macam ni ,
'Ultraman adalah jarum sulit Kristian. Lihat cara mereka mem'fire' raksasa, tangan mereka membentuk salib! Sebarkan kepada Muslim yang lain.'
Doraemon = Saya orang buddha. :P
p/s2 : Jadi , janganlah kita men'stupid'kan diri kita dengan perkara2 yg boleh membuatkan kita dilihat 'stupid' pada pandangan orang. sama-samalah kita berdoa , kawan2 jom kita tadah tangan...
“ya Allah, kau berikanlah hidayah kepada mat/minah 'foward' agar tidak lagi jadi 'stupid' [jahil] . amin”
-sumber info diatas : Pakcik Google-