12/20/2011

Bila nikmat Allah tidak lagi dianggap Rahmat

(Antara perkara paling seronok yang aku suka lakukan ialah bila aku buat lawak pastu aku suka gelak sendiri )


 


Okay-okay. Statement kat atas takda kena mengena dengan petikan yang akan disampaikan.

Assalamualaikum Stalker sekalian.

Korang pernah dengar tak orang cakap , atau pernah terbaca kat status facebook , atau kat mana-mana saja , orang buat statement yang lebih kurang macam ni ;


“Tengok ni haa (screen shot) . Connection failed lah s*al.
Hujan lebat punya pasal lah ni. B*bi , B*bi , B*bi !”


“Alamak aih. Hujanlah pulak. Jahanam projek aku.”


“Sekarang ni asyik hujan je. Semua plan terus tak menjadi.”


“Aiii. Hujanlah pulak. Macam mana nii… (plan tak menjadi jugak lah tu)”

-

Dan bermacam-macam lagi statement yang berbaur kebencian dikeluarkan atas sebab turunnya hujan. Bagi aku antara statement paling durhaka ialah statement yang pertama sekali . Ia dikeluarkan di status facebook oleh seorang makhluk Allah yang entah macam mana orang macam ni aku boleh ‘ter-approved’ kat facebook.

Jelas sekali orang macam dia ni jahil tentang bab akidah yang boleh terbatal gara-gara tidak menjaga tutur kata. Kalau lelaki samseng tulis macam tu takdalah aku nak hairan sangat , ini seorang perempuan baya-baya aku jugak lah . tapi aku rasa aku 3 tahun tua. Dia muda lagi kot. Aaa entah . tapi tu tak penting. Yang penting , dia dah tuliskan sesuatu tanpa berfikir dengan kepala hotak dia yang dikurniakan Ilahi kepadanya.

FAQ : Whyj , boleh bagi nama profile dia tak ? Boleh kitorang tolong maki dia.

Haaa . tak payah. Korang maki nanti , aku yang dapat dosa. Sebab aku yang bagi nama dia kat korang. Haha.

FAQ : Whyj , kau ni asal bajet bagus ? macam kau tak pernah mengeluh sebab hujan pulak.


Pernah. Semua orang pernah. Tapi ucapan aku tak kritikal. Paling koman pun aku cakap ,
‘Aisey , hujan daa.’ Haha. (ayat cover line) Tapi , aku ucap slow-slow , dalam hati . Tak macam dia , siap maki-maki , siap tulis kat facebook, siap buat screen shot , siap bentak-bentak , kalau boleh biar satu dunia tau yang dia bengang. Kerana hujan telah menyebabkan connection internet dia lembab atau slow atau terputus atau … yang sama waktu dengannya .

Dan setiap kali aku ter-mengeluh , aku akan terfikir balik apa yang aku cakap tadi. Mesti terngiang-ngiang dalam hati aku.

‘Good side’ aku yang aku namakan naluri baik (aku namakan naluri ni Whyj ! dia la tulang belakang segala penulisan aku pada setiap kali aku nak tulis entri baru) . Good side inilah yang akan cepat-cepat sedarkan aku bila terbuat kesalahan yang kadang-kadang aku terlupa atau ter-tak perasan. Tapi , barang harus diingat , segala yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk datang dari sifat dan kelemahan kita sendiri yang sering terlalai.

FAQ : Whyj , jangan la lari topik . orang nak dengar pasal hujan .

Okayy . berbalik kepada hujan . kenapa aku ‘back up’ hujan gila-gila kat sini ? Kenapa ?
Pantang betul aku bila hujan yang aku sayang ni , orang cakap ‘b*bi’ – sungguh bengap manusia tersebut.

FAQ : So , kau dah block perempuan durhaka tu kat facebook ?

Belum . On the way . hehe . berbalik kepada hujan . Aku ‘back up’ hujan sebab hujan itu kan….

FAQ : Rahmat !

Okay . semua orang tau. Hujan itu rahmat . Nikmat kurniaan ilahi yang membawa rahmat. Rahmat yang bertebaran ke seluruh pelusuk alam. Bukan setakat siram pokok-pokok bunga atas bumi saja , bukan setakat buat air mineral untuk kita minum saja , bukan setakat untuk basuh badan manusia yang tengik ni saja , bukan setakat nak cuci asap kereta kat KL saja , atau apa-apa yang korang nampak dan jelas di mata.


Tapi , pernahkah korang berfikir dengan lebih kreatif atau menggunakan akal luar fikiran , betapa setiap penciptaan yang Maha Esa , mempunyai nilai dan kelebihan disebalik penciptaannya yang kadang-kadang korang anggap enteng ?

FAQ : Sumpah tak faham .

Okay . contoh :

Hujan . Air yang muncul dari langit. Atau lebih tepat dari gumpalan awan yang berat dan padat kerana di dalamnya sarat dengan isipadu wap air yang berjuta gelen jumlahnya.

Ia turun ke bumi sebagai titisan air agar tidak memudaratkan manusia sebagai khalifah di muka bumi dan bertanggungjawab memanfaatkannya demi kemapanan manusia jagatraya. Andai kata ia turun dengan limpahan air deras seperti air terjun , maka mampus lah korang dek kerana kelemasan akibat curahan air hujan yang melimpah dari langit yang tingginya lebih tinggi dari gunung Kinabalu .


Dek kerana hujan adalah fenomena alam , dan ia perkara normal , manusia sering memikirkan bagaimana untuk melakukan dan meneruskan aktiviti harian tanpa kebasahan disirami air hujan. Maka , saat itu , hasil ilham kurniaan tuhan , manusia telah mencipta PAYUNG !

Seorang saintis telah mencipta payung . Dia telah mengusahakan perusahaan menjual payung dan akhirnya perniagaannya maju hasil dari penciptaan barunya yang bakal memudahkan manusia.

Dia menjadi kaya , dan dia berkahwin dengan seorang gadis yang datang dari keluarga miskin. Lalu , hasil kekayaannya yang melimpah ruah , keluarga gadis juga turut merasai kekayaan yang dimiliki saintis terbabit .

Hasil perkahwinan Saintis terbabit dengan Gadis miskin tadi , mereka dikurniakan cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan . Anak – anak mereka membesar hasil dari perniagaan saintis tadi yang memproses dan menjual payung kepada masyarakat.


Anak lelaki sulung mereka kini sudah membesar dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara kerana kecemerlangannya dalam akademik. Oleh kerana saintis terbabit kaya dan taktau nak buat apa dengan duitnya yang seperti air terjun, dia menghantar anaknya ke luar Negara dengan senang hati .


Anak perempuannya juga kini sudah membesar dan kini ingin berkahwin dengan seorang pengusaha bot dan sampan terbesar di Terengganu. Perkahwinan mereka direstui kedua ibu bapa mereka dan kebahagiaan mereka berpanjangan sehingga dikurniakan 11 orang cahaya mata yang dijangka bakal menggantikan pasukan bola sepak Negara Harimau Malaya .


Sekembalinya anak sulung saintis terbabit dari luar Negara , si saintis sudah jatuh sakit . Maka anak sulung saintis terpaksa menggantikan bapanya untuk menerajui perniagaan yang diusahakan bapanya. Menurut doktor yang merawat , bapanya kekurangan protein kerana kurang memakan ikan air tawar. Maka , anak saintis tersebut mengimport beberapa tan ikan selar kuning dan ikan Salmon Oren segar untuk bapanya agar bapanya pulih seperti sediakala.


Namun bapanya masih tidak sembuh juga malahan keadaan bapanya semakin tenat . Tidak lama kemudian bapanya meninggal dunia. Bil kematian bapanya sebanyak RM1300 sahaja. Baginya ia jumlah yang kecil.

Tidak lama kemudian ibunya pula meninggal dunia akibat kemurungan. Oleh kerana anak saintis tidak mahu ramai masyarakat menderita kekurangan protein seperti bapanya , dia nekad mencipta ikan yang mudah dimakan pada bila-bila masa dan mudah untuk dimasak atau boleh dimakan begitu sahaja. Maka dengan itu terciptalah Sardin Tin .

Perniagaan mengusahakan payung kini diterajui adik perempuannya yang juga isteri kepada usahawan bot dan sampan.


FAQ : Whyj , cerita kau boring la. Kalau boring je takpa lagi , dah tu merepek meraban pulak tu. Pejadah semua ni dengan hujan bro ?


Okay . cerita berakhir di sini. Aku malas nak buat episod 2 Hikayat Saintis Payung. Tapi andai kata korang seorang yang peka , segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada saintis tersebut dan anak bininya bermula dengan titisan air hujan. Cuba semak balik .


Kalau korang seorang yang pandai mengira , cuba kira berapa banyak nikmat yang dikurniakan kepada saintis kerana payung? yang diilhamkan tuhan kepadanya gara-gara hujan ?

Faham tak apa yang cuba aku sampaikan ?

FAQ : Okay faham. Hujan bukan setakat air mineral , air mandi , air air air dan pasal air saja. Hujan , payung , ikan di laut dan sungai , bot dan sampan , perniagaan , sekolah makan pakai anak bini , kahwin bla bla bla …

Okay kira fahamlah tu . jadi apa hak perempuan tu untuk mencemuh nikmat hujan yang punya la luas gila gara-gara internet connection dia failed ?! Whattaaa….

Come on la , hari-hari kau online facebook , tak muak-muak ke ? Pergi keluar sana , mandi air hujan . tengok dunia ni betul-betul . Pandang la alam yang luas terbentang ni. Takkan gara-gara tak dapat chat dengan jantan kat facebook pun nak hina nikmat Allah. Kau biar betul bro ?


FAQ :Eh , janganlah marah ! Kawal emosi bro !

Aku tak marah pun . Tapi , tu lah . kalau kita pandang alam ni menggunakan luar kotak pemikiran kita , kita akan nampak sesuatu yang lain. Pandang lah dengan mata hati , bukan mata kasar.

Belum aku cerita tentang nikmat penciptaan lipas lagi . Ala lipas yang korang benci tu , yang korang geli tu . Nak ? okay , cerita dia macam ni …

FAQ : Dah bro . tak payah cerita . dah faham . mesti kau nak cerita pasal lipas , pastu muncul saintis racun serangga , pastu anak bini saintis racun serangga , pastu anak dia kahwin dengan usahawan ubat gegat , pastu saintis mati , bayar bil masuk kubur hasil jualan racun serangga , bla bla bla … kan ?


Cis kau . Aku baru nak bukak cerita baru . Tu baru lipas. Belum aku bukak cerita pasal nyamuk dan semut . Tapi jalan cerita lebih kurang je. hehe.

Apa-apa pun , setiap yang diciptakan Allah , pasti ada hikmah disebalik penciptaannya. Jangan selalu tengok buruknya saja. Tengok la dengan mata hati segala kebaikan yang diperolehi melaluinya.

-

END


p/s : Ini entri pertama aku guna FAQ . padahal FAQ tu untuk soalan je. tapi aku jadikan dialog pulak . ahh peduli apa aku . yang penting senang nak explain .

6 comments:

  1. Nice entry ! Oh btw, aku suka FAQ tu . pandai betul dia berkata-kata . haha .

    ReplyDelete
  2. Kakak nak sentuh satu - apa juga yg Allah jadikan mesti ada hikmah tersembunyi. Memarahi kehadiran hujan bererti org itu kena perbaiki aqidah diri...

    Terima kasih follow kakak...

    ReplyDelete
  3. salam..

    leh masuk maharaja lawak..:))

    ReplyDelete
  4. lipas??? hehehe CK geli lipas :D

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...

    selamat menyambut tahun baru 2012..:)

    ReplyDelete