7/26/2011

Berusaha Berjaya

(kebanyakan kem2 atau ceramah motivasi yg aku pernah pergi sepanjang penglibatan aku dalam pembelajaran dari sekolah rendah hingga la ke sekolah menengah , langsung tak memberi kesan motivasi langsung kat diri aku. serius. melainkan aku yg 'push' diri aku sendiri untuk belajar)

serius. tak tipu. ada jugak ceramah2 yg saja buat2 pelajar menangis masa darjah enam. aku pun ada la basah2 mata jugak masa tu , tapi bukan pasal belajar atau dosa kat mak bapak ke , bayangkan ibu bapa sudah tiada ke apa. tapi cerita yg dia cerita dalam slot tayangan tu yg buat aku sedih.

mata aku memang mata besi. paling susah nak keluar air mata kalau bab2 ceramah atau apa saja la. bazir je buang air mata camtu kalau diri sendiri still tak nak berubah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada (nasib) sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. [Ar-Ra'd 13:11]

Jadi aku sentiasa cari inisiatif demi inisiatif untuk bagi motivasi kat diri aku sendiri. dan kebanyakan dari Pak Cik Google. aku tekan je la ceramah jenis apa aku nak dengar , then dia akan bagi bermacam2 pilihan :)

Salah satu dia yg ini ;

Nampak je macam video nasyid accapella biasa , video kualiti rendah , audio teruk , lirik tak berapa dengar (tapi jangan risau , aku ada share lirik kat bawah video ni) . korang dengar la , bestt. daripada la korang asik dengar korea plastik tu , sampai bila bila pun tak habis. (ecehh. cakap orang dia pun sama) takda la , sekali sekala kita ber-astro aosis , apa salahnya ? :)

lagu ni betul2 bagi semangat kat aku , yeah , go go go ! Hindari rasa malas ~

NASYID accapella
Johan festival kemerdekaan 2007
DAMAI NURANI (SMKBTP)
LAGU: Berusaha Berjaya
Pertandingan Nasyid di Sek.Men. Agama. Rawang (SAMER)





Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang

(Lagu asal oleh : Hijjaz)


p/s : lagu ni lagu lama. kalau bagi yg peminat nasyid sejati , maybe diorang akan kata , ''ehh mamat ni baru nak dengar lagu ni ?? ketinggalan bas ke dia ni ? '' .

Alahai , aku mana la beli semua album hijjaz sejak dulu sampai sekarang. aku dengar radio je. youtube je. aku tak kaya boleh beli album nasyid banyak2 :)

p/s2 : Semoga lagu ni memberi inspirasi kepada korang jugak ! ^_^

P/s3 : Majulah nasyid untuk negara .

2 comments:

  1. oh , ''hindari rasa malas'' ? tolong highlight sikit lah ! hhaha

    ReplyDelete
  2. haha , dah highlight la tu .

    ReplyDelete