ohh. lama betul aku dah tak update blog ni. rindu rasanya nak post something. tapi kalau nak diikutkan , aku langsung takda masa. terkadang tu nak bernafas pun susah. lagi-lagi diambang kemuncak penentu masa depan ni semakin menghampiri. maklumlah , budak spm. jadi untuk entri kali ni , pengisian kali ni , mungkin ada sedikit unsur keperibadian dalam beberapa perkataan. hopefully , korang tak kisah.
ok , cukup lah mukaddimah . readers , meh sini , aku nak story something...
-
Salah satu falsafah , atau barangkali prinsip or maybe slogan dan mungkin sekali sepotong ayat yang sangat memberi inspirasi dalam hidup aku , aku istilahkan sebagai ...
'Selalu itu pahit , Jarang itu manis'
susah nak explain benda ni. tapi benda ni sering berulang dan berulang dalam hidup aku , antara sedar tidak sedar , ianya sentiasa berulang. korang pun pasti mengalami benda yg sama. tapi korang tak perasan. (mesti korang tak faham)
sebagai contoh yg pernah berlaku dalam hidup aku , nak dijadikan cerita..., tak berapa lama dahulu (ada la dalam 3/4 bulan yg lalu.tak la lama pun) aku pernah ada seorang 'kawan'. kawan aku ni garang sekali orangnya. sejak hari pertama aku jumpa dengan dia , sampai la tiba saat aku berpisah dengan dia , cuma empat atau tiga kali je aku nampak dia senyum. itu pun kalau ter-nampak. setiap kali aku buat salah , confirm kena marah. memang ke-bengis-an dia terserlah. dia tak kira depan orang atau belakang orang , dia terus sound aku. dengan niat , aku tak kan mengulangi kesalahan aku. jadi aku sebagai orang dibawah pemerhatian dia , setiap langkah akan aku pastikan lancar dan tiada kesalahan dalam setiap tindakan yg aku lakukan agar tidak dimarahi lagi.
apabila tibalah saat untuk kami berpisah , di hari-hari terakhir aku ditempatnya , dia sering tidak 'datang'. sebenarnya , aku lebih suka bila dia tak datang. sebab, takda sesiapa yg akan memerhatikan tinda tanduk aku setiap masa. dan kalau aku buat salah , takda siapa pun akan marah aku. kepahitan itu sentiasa aku rasakan bila dia 'ada' , boleh dikatakan selalu jugaklah aku kena marah. rasa malu , rasa teruk , segalanya pahit untuk ditelan. tapi , memandangkan aku pun dah tak lama lagi akan 'pergi dari tempat' tu , aku pun bersabar dan kuatkan diri.
hari yang ditunggu-tunggu pun tiba , habuan yg dinantikan kini berada dalam genggaman aku. tidak dapat digambarkan gembiranya aku. segala kepahitan kini membuahkan hasil. kesabaran aku selama ni telah berbayar. dan itulah kali terakhir aku ditempat 'kawan' aku. namun , pada hari itu , aku tak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. tak mengapalah. aku ni bukan siapa siapa pun.
hari demi hari , minggu demi minggu , bulan demi bulan . 4 bulan berlalu dengan begitu pantas. pada suatu hari aku kembali ke tempat itu. pada saat itu ku lihat tempat itu banyak sekali perubahannya. cantik dan menarik. ku lihat dari jauh , 'kawan' ku masih ada. 'mereka' yg dulu seperjuangan dengan ku juga masih ada. kecuali dua tiga orang 'rakan' baru , muka baru yang terkial-kial seperti aku yang 'dulu' . urmm . lama-lama ok lah tu. aku berjumpa dengan semua rakan-rakan ku yg lama di situ . ahh. rindu sekali rasanya. banyak sekali perkara yg hendak disembangkan. tapi aku tak boleh menghabiskan banyak masa di situ.
setelah puas bersembang , mata ku liar memerhati sekeliling. 'kat mana agaknya dia?' tanya ku. hurmm. 'ahh! itu dia!' . aku terus mendekati dia. pada saat itu.. , aku sangat terkejut , dia senyum ! sampai sebaris gigi atas dan sebaris gigi bawah nampak jelas kelihatan . mimik muka yang gembira menyambut kedatangan aku , menyebabkan aku , terasa amat dihargai.
selalunya muka 'kawan' aku itu garang , bengis . tapi pada hari ini , nampak seperti seorang yg sangat peramah. jarang sekali melihat senyumannya sebegini. menyebabkan ia menjadi 'manis' . dan itu lah yg aku maksudkan , 'selalu itu pahit , jarang itu manis' .
-
dan 'kawan' yang aku maksudkan diatas adalah bos aku. bos yg nampak garang (tapi baik orangnya). tempat di atas adalah tempat kerja aku ketika cuti akhir tahun. baru-baru ni aku jumpa dia , aku tengok dia senyum , dia pegang bahu aku , macam seorang kawan baik . macam seorang abang dengan adik. itu perkara yg paling best terjadi sepanjang hari itu.
tapi kan , rasanya ada jugak yg terjadi sebaliknya.. , maka disebut sebagai 'selalu itu manis , jarang itu pahit' . contohnya...nak dijadikan cerita ,
si A , si B , si C dan si F berkawan baik. pada suatu hari , si F mendapat hadiah dan ingin berkongsi kegembiraan bersama kawan2nya. pada mulanya si A bersetuju , namun apabila tiba saat ingin pergi , si A membatalkan hasratnya atas sebab yg pada mulanya tidak diketahui oleh kawan2nya. si B dan si C memujuk agar si A tidak mengecewakan si F. namun si A berdegil. si B , si C dan si F masih menunggu , mana lah tahu si A akan mengikut mereka untuk meraikan si F buat seketika. bukannya lama pun. namun tunggu punya tunggu , si A masih tidak berganjak. malah dihalaunya si B , si C dan si F agar meninggalkan dia bersama dengan halnya yg kalau dilihat dari sudut nilai persahabatan , memang tidak patut. B,C dan F berasa kecewa dan terkilan atas sikap yg ditunjukkan si A. mereka telah saling mengenali sejak dari sekolah rendah , namun si A lebih mementingkan halnya yg tidak sampai seminggu dia 'mendapatnya'. B,C dan F pun bertolak dengan penuh rasa kecewa.
keesokkan harinya , mereka bertemu. si A menegur si B. namun si B diam sahaja. dia terkilan barangkali atas sikap si A semalam. namun tidak timbul sedikit pun perasaan benci si B terhadap kawan baiknya itu. cuma moodnya mungkin tidak berapa baik hari itu. tidak lama kemudian si A menegur si C dan bertanyakan tentang semalam. si C bercerita dengan nada kecewa terhadap si A. si B bersetuju.
tiba-tiba si A melenting. seolah-olah ingin berkelahi dan mempertahankan dirinya. seolah-olah dialah yg betul. dialah yg benar. dengan nada suara yg tinggi , dia berteriak. menyebabkan orang disekitarnya terdengar , dan mengambil tahu apa yg diteriaknya. sudahlah tiada perkataan 'maaf' yg dimulakan dalam perbualan, malah dia mengburuk-buruk dan mengungkit segala perkara yg berlaku sepanjang perhubungan dia dengan si B dan si C. si B yg berasa marah dan ingin menumbuk muka si A , namun atas sifat 'sedar atas marah'nya , dan kesedaran bahawa orang yg bakal dia sakiti itu adalah kawan baiknya , dia membatalkan niatnya dan beredar dari situ dengan memendam segala kemarahannya. si C yg dari tadi sudah berang , terus membentak , dan ingin selesaikannya dengan berdua sahaja. namun si A tidak memandang langsung muka si C dan terus melenting , dengan menghadap orang di sekitarnya , barangkali ingin meraih sokongan. si C terus berang dan memandang si A. namun si A terus berceloteh dan mengabaikan bentakan si C . si B mengajak si C pergi dari situ dan tinggalkan saja si A dengan perangainya .
orang di sekitar si A seolah-olah menyokong si A yg bercerita tak berkesudah. si B dan si C diam sahaja dan kecewa dengan sifat si A. tidak sangka kawan yg selama ini disanjung , telah mengkhianati mereka , menghina mereka . kini , nama si A pun si B dan si C meluat dengar . kejadian pada hari itu si B dan si C telah ceritakan pada si F . si F juga rasa kecewa dan marah atas sikap si A . kini mereka berasa benci dengan si A. si bukan lagi sebahagian dari hidup mereka.
selama ini segala aktiviti dilakukan bersama , segalanya manis. kini , yg berlaku telah menyebabkan segalanya menjadi pahit untuk ditelan.
-
jadi ada juga 'Selalu itu manis , Jarang itu pahit' . tapi byk yg berlaku dalam hidup aku , 'selalu itu pahit , jarang itu manis' . namun , kadang2 tu bila dah selalu sangat 'pahit' , tak sedap jugak. tapi itu lah yg buat kita semakin kuat. bila dah selalu dapat pahit , kita akan jadi kuat dan lali untuk telannya. itu sesuatu yg bagus. cuba kalau dah selalu sangat dapat manis , tetiba dapat pahit , dah tentu lidah akan terkejut dan kecewa.
p/s : jadi apa salahnya sekali sekala dapat makan hempedu . takkan hari-hari nak makan gula .
p/s2 : sorry kalau terselit cerita peribadi sikit . apa salahnya buat penyedap cerita.
p/s3 : siapa makan nasik dengan hempedu , dialah yg kenyang :) *dan pahit
p/s4 : entri kali ni sorry tak banyak yg funny utk di-share-kan. no ha-ha.
p/s5 : banyak sangat ayat sastera , sampai aku rasa korang pun tak faham apa yg aku taip .
untunglaaa si D ngn E cuti . hhaha .
ReplyDelete*sy hnya scroll and roll and rock the wall dan gulingguling. :))