9/16/2010

Heehh ! Hubungan Malay-Indo Kemana Akhirnya ?



Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Cinta huraian
Ku takkan mengerti

Teka silangkata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja

Dan coba diamnya bicara
Sediam bersama
Di temani jasad kita

Kan ku cari konklusi


( Mencari Konklusi - Hujan )

_________________
*catatan dipadam*
_____"takut kene band''_____



Jom kita imbas kembali sejarah ketegangan hubungan Malaysia-Indonesia ;

Mengikut sejarah , Malaysia pernah berkonfrontasi dengan Indonesia oleh kerana Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia yang melibatkan kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Presiden Soekarno menganggap bahawa penubuhan Malaysia adalah satu percubaan kolonial Inggeris untuk meneruskan keuasaaan di Asia Tenggara melancarkan gerakan Ganyang Malaysia pada 27 Julai 1963.

16 September 1963 secara rasminya Malaysia ditubuhkan dimana Malaya bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Akan tetapi, Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia kurang dari dua tahun selepas itu pada 9 Ogos 1965.

Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlangsung dari 1963 sehingga 1966. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa serang menyerang berlaku diantara tentera kedua-dua negara sehinggalah konfrontasi ditamatkan secara rasminya pada 28 Mei 1966 dalam sebuah persidangan di Bangkok, Thailand dimana pemerintah Malaysia dan Indonesia mengumumkan untuk menyelesaikan konflik tersebut. Peperangan berakhir bulan Jun, dan perjanjian damai ditandatangani pada 11 Ogos 1966.

__________________________________________________________






Comments
0 Comments

0 Komentar:

Post a Comment