11/23/2010

Fatwa Kaum Beruk

ohh . aku sangatsangat tertarik dgn post yg bertajuk 'Fatwa Kaum Beruk' yg di-post oleh abg hamka kereta mayat . memang benda ni selalu terjadi kt segelintir masyarakat kita yg selalu cuba mengelak hukum dgn menyatakan alasan yg menidakkan kesalahan mereka . tak faham ? meh baca .

-Di petik dari blog abg hamka kereta mayat . (boleh search dia kt facebook)

Selamat membaca ;)
________________________________________________________

(Aku agak kasar dalam berbicara pada diri sendiri, siapa yang baca dan terasa, sila pujuk diri masing masing kerana ini adalah nota ugama yang aku tulis kepada diri sendiri-harap maklum)

Bila aku bagi pendapat pada diri aku sendiri, dan korang tidak setuju, lantas terus komen atau email, satu nasihat sahaja aku nak bagitahu sebelum korang habiskan masa menunggu jawapan balas dari aku.

Jangan guna Fatwa Kaum Beruk ketika berhujah dengan aku! Jangan jadi bodong bangang!

Korang tahu apa itu Fatwa Kaum Beruk?

Mari sini aku cerita..,

Pada zaman dahulu, ada satu kaum yang dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, hari lain semua boleh tangkap ikan kecuali hari sabtu, dan sebagai ujian ke atas diri mereka, Allah sengaja buat ikan ikan tu bergorombolan pada hari sabtu dengan mulut terngaga ngaga dipermukaan air, kaki pancing tengok memang geram, namun pada hari-hari yang lain, iaitu hari yang boleh tangkap ikan, takde pulak ikan tu melompat ke sana sini, memang geram, tapi untuk menjadi orang yang alim dan soleh pada zaman itu, maka kenalah sabar pada setiap hari sabtu melihat ikan bersesak sesak di tepi pantai tapi tak boleh nak tangkap kerana Allah dah larang.

Maka puak puak ni, buat satu helah, iaitu pasang bubu pada hari sabtu, dan angkat bubu pada hari ahad.., lalu puak soleh dan bertakwa menasihati mereka, salah perbuatan kamu, mana boleh tangkap ikan hari sabtu? Tapi mereka yang degil pun bagi fatwa.

"Kami mana ada tangkap ikan hari sabtu, kami tahan bubu sahaja, ikan tu sendiri yang masuk, kami angkat bubu pada hari ahad.., hari ahad mana haram tangkap ikan."

Dipendekkan cerita, oleh kerana mereka beramal dengan fatwa baru iaitu boleh tahan bubu hari sabtu, maka mereka mereka yang tangkap ikan pada hari ahad(sebenarnya hari sabtu) telah disumpah oleh Allah menjadi beruk!

Habis cerita, untuk lebih cerita lebih lanjut, baca Tafsir Ibn Katsir Surah Al-A’raf ayat 165-166.

Jadi sekarang ini, di zaman moden, ramai orang yang jahil ugama telah keluarkan Fatwa Kaum Beruk untuk membenarkan dosa dosa mereka, memang hampeh dan bangang!

Sebagai contoh, peniaga yang bukak kedai seharian, tapi kurang pelanggan datang, bila tiba waktu magrib, Allah uji korang dengan kehadiran pelanggan yang berbondong-bondong, korangpun dengan sengaja melengah-lengkan solat atau tinggal solat, lalu bila aku tegur, korang cakap, kerjapun ibadat bang, saya sedang berjihad dengan ekonomi?

Jihad kepala beruk jika tak solat! Tulah tu, pandai sangat bagi fatwa kaum beruk, konon pandai ugama, tapi jika korang mati dalam keadaan sengaja tidak solat, masuk nerakalah jawabnya!

Contoh lain, orang perempun yang tak pakai tudung, bila tanya kenapa tak pakai tudung, terus bagi fatwa kaum beruk betina..

“Aku tak pakai tudung sebab aku tak nak hipokrit, ada orang pakai jer tudung, tapi bentuk badan dan buah dada pon terjojol jugak. Ustazah yang pakai tudung labuh pun kantoi ada video seks dgn warden..”

Woi beruk, jika kau tak nak pakai tudung, jangan bagi fatwa yang benarkan kau buat dosa, jika kau beruk, tak kesah kau nak kaler bulu kepala dengan warna oren.., ini bukak tudung, lepas tu perasan bagus dari orang yang pakai tudung dengan membandingkan dosa mereka lebih banyak dari kau kononnya, haitt ptuihhh.., jika mereka yang bertudung buat maksiat dan tak bertaubat, mereka masuk neraka, dan jika kau yang tak bertudung tak bertaubat, juga masuk neraka, tak nak pakai tudung, diam diam sudah, dan berdoalah agar satu hari nanti akan pakai tudung, jangan jadi beruk betina!

Kes lain, lelaki yang tak solat jemaah, jugak sama, terus bagi fatwa kaum beruk untuk benarkan mereka solat lengah lengah dirumah,

“apalah ahli surau tu, pergi masjid hari hari tapi bini tak pakai tudung”..,

Tengok! Aduhai, jika kau tak mampu pergi masjid, duduk diam diam sudah, berdoalah kepada Allah agar beri kau kekuatan untuk datang solat jemaah, jangan perasan bagus guna Fatwa Kaum Beruk untuk benarkan 'amalan bidaah' korang.., jangan jadi beruk!

Aku jugak pernah ada orang tabligh ajak berjihad 4 bulan berdakwah di sabah kerana di sana sudah banyak orang islam yang dimurtadkan oleh pendakwah keristian yang berdakwah di sana selama dua tahun, aku mengaku aku lemah dan tak mampu ikut mereka, aku beristigfar pada Allah dan berdoa semoga Allah pilih aku atau keturunan aku untuk ikut bersama mereka kelak.., aku diam diam sahaja, tapi ada kawan aku ni, bila tak nak ikut mereka, terus bagi fatwa kaum beruk,

“bang, saya tak mainlah berdakwah 40 hari dan 4 bulan ni, saya berdakwah hari hari, jangan ajak saya berdakwah selama 4 bulan.., bidaah!”

Wah wah pandainya bagi alasan ‘tak bersalah tangkap ikan hari ahad dengan letak bubu hari sabtu’.., nasib baik tak jadi beruk.., dulu Ayah pin, bila pendakwah ajak dia solat berjemaah 5 waktu, dia cakap:

“bang, saya tak mainlah solat 5 waktu ni, saya solat setiap waktu, pakai niat jer cukup, sepanjang hari saya bersolat, apa barang solat pun ada waktu waktu..”

Nampak tak siapa yang lebik beruk daripada beruk..

Dan Fatwa Kaum Beruk ni bukan setakat orang bodoh macam ayah pin atau perempuan tak pakai tudung tu jer atau kawan aku yang berdakwah 24 jam sambil tengok video arrivals dan forward email, bukan mereka sahaja yang guna, orang yang kononnya pandai ugama, tapi bila masuk bab politik, selamba gunakan Fatwa Kaum Beruk untuk membenarkan dosa mereka..

Contoh: __________(masukkan kesalahan parti X)

lepas tu bila ditegur,

Mereka akan berkata: ______________(masukkan jawapan jawapan pengikut parti X)

Dan cuba korang bandingkan dosa mereka, dan jawapan mereka, dah tentu dosa mereka lebih kurang sama dengan kaum beruk yang tangkap ikan hari ahad, dan hujah mereka mempertahankan dosa mereka juga sama dengan hujah kaum beruk yang tangkap ikan hari sabtu.

Kan?

Tuhan mencarut maka kitapun boleh mencarut, tak boleh gantung gambar nabi tapi boleh gantung gambar tok guru, bergabung dengan orang kapir masuk neraka tapi parti kami bergabung dengan orang kapir masuk shurga, lagi lagi lagi.., bagi fatwa kaum beruk.., dari hari sabtu sampai hari ahad, tak habis habis ‘tangkap ikan hari ahad’.., beruk sungguh!

Mamat konspirasi jugak, tolong jangan bagi fatwa kaum beruk untuk benarkan fitnah, sangka buruk, dan andaian andaian bodoh melalui logo dan gambar gambar.., tolonglah jangan menghina kebijaksanaan aku.

Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk beruk kerana beruk dah terlalu banyak.

Woha!

Ps: Jangan jadi Beruk, aku sayang korang. Peace!

_____________________________________________________

END

whyj ; btul kan apa bro hamka kata ? :) kita suka carik alasan dlm membenarkan apa yg salah .

11/22/2010

Dialog antara seorang pelajar dan ustaz (part 2)

Sambungan entri sebelumnya ...



Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19).

Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?

Pelajar: Tanya sikit, adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan . Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Ustaz : Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Pelajar : Kami telah berjanji untuk sehidup semati.

Ustaz : Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

Pelajar: Bagaimana kami?

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya . Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, ampunilah hambamu yang berdosa. Amin,Ya Rabb.

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.

__________________________________________

Konklusinya ? -Whyj-

Dialog antara seorang pelajar dan ustaz (part 1)

Sepotong dialog yg aku petik dari http://wanwma.com/ artikel ; Cara memutuskan hubungan cinta.

______________________________________________

Pelajar: Kami tidak berzina!

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan) , ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertima na yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Ustaz : Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?

Pelajar : Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan . Sabda Rasulullah S.A.W. : “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat , rindu. Kemudian aturkan pertemuan . Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?

bersambung ...

11/14/2010

Dabbat al-ard (The Strange Beast): The Dabbah










p/s : Sorry kalau gamba kecik . benda ni aq amik dari buku .
tak boleh copy .
JUST CLICK UNTUK TUMBESARAN TULANG TEMULANG !